Monday, December 12, 2011

BELIA 4B MENYERAHKAN MEMORANDUM PADA HJ MD SABU


Tn Hj Mohamad bin Sabu selaku Timbalan Presiden PAS menerima memorandun dan menurunkan tandatangan ke atas memorandum tersebut. turut hadir Chegu Bard, Dato' Chua Jui Meng, YB Er teck Hwa, Yb Mohamad Taslim, Ketua Cabang PKR Muar, Ketua Cabang PKR bakri dan lain-lain pemimpin


Tn Hj Md Sabu dan Chegu Bard membenarkan saya berucap kira-kira 10 minit, namun provokasi dan celaan dari pembangkang semakin panas. Tapi saya tak kisah, kerana kita sama-sama profesional, dan pihak polis pun banyak membantu


Pihak polis dan penganjur iaitu unit amal memberikan perlindungan kepada saya untuk keluar dari tempat berceramah...alhamdulillah semuanya selamat kerana kita nakkan politik yg selamat iaitu kerajaan membela rakyat, kerajaan 1Malaysia...lain kali kalau nak ceramah boleh jemput lagi...

MEMORANDUM KEPADA HJ MD SABU

MEMORANDUM
KEPADA
YBHG. TN. HJ. MOHAMAD BIN SABU
TIMBALAN PRESIDEN PAS MALAYSIA

DARIPADA
GERAKAN BELIA 4B KAWASAN BAKRI

TARIKH : 11 DISEMBER 2011
TEMPAT : KG. PARIT NO. 3, JALAN YUSOF, MUAR JOHOR

1. PENDAHULUAN

Gerakan Belia 4B Kawasan Bakri dengan nombor pendaftaran PPPB: 01-11/1401 yang mempunyai 6 Cawangan dan keahlian seramai 457 orang anak muda merasakan kehadiran pimpinan tuan tidak diperlukan untuk kawasan ini. Ini kerana kawasan ini adalah penyokong kuat Barisan Nasional iaitu dengan merujuk keputusan PRU 11 dan PRU 12.

Perkara BN PKR
PRU 11 652 (68.71 %) 181 (27.76 %)
PRU 12 617 (67.42%) 182 (29.50 %)

Tuan juga perlu tahu bahawa sokongan PR di Bakri bukan kerana pengundi Melayu tetapi adalah pengundi Cina di kawasan Bandar. Oleh itu Gerakan Belia 4B Kawasan Bakri melihat tidak ada keperluan tuan untuk hadir ke kawasan ini kerana majoriti adalah melayu dan kawasan yang tuan hadiri ini adalah kubu kuat BN.

2. INTI PATI

Kami melihat tindak tanduk tuan selama ini berceramah di kawasan Bakri khususnya di Markaz PAS Jeram Masjid. Oleh itu beberapa perkara yang ingin kami sentuh iaitu :



2.1 Mengeluarkan kata-kata kesat dan tidak berhikmah
Dalam ceramah tuan, tuan banyak mengeluarkan kata-kata herdikan dan cacian kepada pemimpin UMNO yang merupakan satu bangsa dan satu agama dengan tuan. Tindakan tuan ini menunjukkan imej yang tidak baik untuk belia dan tidak boleh kami mencontohi imej tuan. Perkataan haprak, celaka dan sial yang tuan keluarkan perkataan yang tidak wajar sebagai pemimpin. Oleh itu kami tidak dapat menganggap tuan sebagai model kami.

2.2 Mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan rakyat
Tindakan tuan yang meminta agar memasukkan tokoh-tokoh lain ke dalam sejarah menurut tuan seperti Mohamad Indera adalah sesuatu yang mengelirukan. Tuan memutarkan sejarah dengan menganggap beliau tokoh yang mana beliau telah berjuang menentang polis Bukit Kepong. Pembunuhan polis Bukit Kepong adalah sesuatu yang sensitif yang tuan tidak hiraukan. Tuan sewajarnya lebih berhati-hati kerana kami di Malaysia tidak menyukai parti komunis.

2.3 Mewujudkan kerenggangan antara belia
Tuan memberikan kenyataan yang menjurus kepada kerenggangan kami sebagai belia sehingga kumpulan belia tidak bersatu apabila bercakap soal politik. Di dalam facebook mahupun media alternatif yang lain kami terpaksa membuang masa untuk bertengkar apabila tuan memberikan kenyataan yang mewujudkan ketegangan dengan pihak kerajaan. Tindakan ini mengundang masalah dan kami mewarisi pergaduhan tuan dengan pihak kerajaan.

3. PENUTUP

Oleh yang demikian, demi menghormati perpaduan dan kesejahteraan kampung ini, tuan hendaklah bersetuju untuk tidak perlu hadir ke kawasan Bakri bagi menjaga keamanan dan kesejahteraan yang kami kecapi selama ini. Pihak kami mengharapkan tuan lebih fokus kepada kawasan yang PR menangi bukan di Johor.

Semoga memorandum ini akan memberi kesan kepada tuan.

Daripada :



Mohd Radzi bin Hj. Amin
Pengerusi
Gerakan Belia 4B Kawasan Bakri

Thursday, November 24, 2011

Rasional Mahasiswa Dibenarkan Politik

Keputusan YAB Perdana Menteri meminda AUKU Perkara 15 dengan membenarkan mahasiswa dibenarkan berpolitik adalah satu keputusan yang berani untuk membenarkan mahasiswa yang berusia 21 tahun ke atas untuk berpolitik. Ini akan menjadikan mahasiswa akan lebih kreatif berdaya saing dan mampu berfikir lebih jauh berbanding keadaan sedia ada.

Namun apa yang saya nak sentuh adalah mahasiswa perlulah mengetahui core bussines sebenarnya. Belajar sehingga tamat dan mendapat ijazah adalah satu keutamaan asal yang diharapkan oleh ibu bapa dan keluarga serta masyarakat. Pengalaman sebagai siswa saya akui bukan semua orang mempunyai minat dalam politik malah boleh saya anggarkan 70 % tidak kisah tentang politik di peringkiat kampus.Mereka mengundi calon yang bertanding bukanlah mengetahui siapa orang tersebut malah hanya kerana terikut dengan kawan-kawan. Namun semangat politik di luar kampus memang mempengaruhi senario politik didalam kampus.

Saya berpandangan adalah wajar mahasiswa yang berpolitik perlu mengetahui batasnya, perjuangan yang nak dibuat adalah untuk kemajuan negara bukanlah untuk agenda politik kumpulan tertentu. Tidak boleh hipokrit dalam perjuangan dan penuh kejujuran serta keikhlasan demi kebaikan agama bangsa dan negara.

LAWATAN YAB MENTERI BESAR JOHOR BAKRI

Selamat datang kepada YAB Menteri Besar Johor ke Bakri pada 6,9-10 Disember 2011,lawatan yang cukup bermakna untuk masyarakat dan pimpinan Bakri. Banyak isu yang perlu dirungkaikan dan inilah bukti keprihatinan kerajaan dalam menyelesaikan isu-isu yang tertunggak. Lawatan YAB Menteri Besar akan diiringi dengan exco kerajaan Johor, ketua-ketua jabatan peringkat negeri dan pimpinan di peringkat Bahagian serta daerah mengundi.

Diharapkan pertemuan ini akan memberi manfaat kepada penduduk di Bakri bagi menterjemahkan maksud ini ayuhlah dapat bersama-sama dalam program yang dirancangkan.

Thursday, November 10, 2011

MUAR MEMERLUKAN MUZIUM

Sebagai anak jati Muar, saya melihat sudah tiba masanya Daerah Muar memerlukan sebuah muzium bagi menghimpunkan semua khazanah sejarah sejak mulanya pembukaan Daerah Muar sehinggalah kini iaitu sejarah Muar moden. Daerah Muar memang kaya dengan sejarahnya, jika rujuk pada buku sejarah Malaysia sudah pasti Daerah mana mana Daerah utama Muar tidak akan ditinggalkan malah banyak lagi sejarah Muar yang perlu dimuatkan.

Saya percaya penduduk Muar amat bersetuju malah penduduk negeri Johor turut mengakui pentingnya Muzium Muar dibina, malah saya menggalakkan mana mana Daerah utama negeri Johor turut membinanya agar menjadi tanda ingatan untuk generasi muda.

Sebagai pengerusi Gerakan Belia 4B kawasan Bakri saya akan berusaha untuk menggunakan ngo ini bagi memastikan kewujudan muzium.

INTIPATI BAJET 2012

Jumlah bajet - RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion

Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia adalah paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.

Kerajaan jangka pertumbuhan ekonomi terus mantap - antara 5 dan 5.5 peratus tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.

Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012. Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi 2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada 2009 kepada 5.6 peratus pada 2010.

Peruntukan rancakkan pembangunan

Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek, iaitu lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju.

Kereta hibrid Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.

RM1 bilion untuk sekolah Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah. RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.

Manakala M100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara.

FELDA Global Ventures Holdings Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.

Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.

RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.

Yuran sekolah Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.

Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.

Pencen 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.

Kakitangan awam Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.

Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320

Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Polis RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.

Keluarga tentera RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.

Subsidi Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.

Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.

Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50

Tepung - harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35

Skim rumah pertama Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100 ribu isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

Subsidi rumah Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.

Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.

Teksi persendirian Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.

Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.

Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.

Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.

Perlindungan kepada gelandangan Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.

Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250 dengan Anjung Singgah.

Simpanan persaraan - KWSP Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.

Pinjaman TEKUN Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.

Penjawat Awam Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.

Meringankan Kos Sara Hidup Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit.

Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;

Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.

Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.

Rancangan Tebatan Banjir Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.

Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.

Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.

Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.

Friday, October 28, 2011

MAJLIS PERMUAFAKATAN MENDAULATKAN KETUANAN DAN EKONOMI MELAYU

Kepada semua penduduk di Parlimen Bakri khususnya, Tuan dan puan dipelawa untuk bersama-sama Dalam menjayakan program anjuran Biro Ekonomi Umno Bahagian Bakri sepertimana yang berikut :
Tarikh : 29/10/2011 (Sabtu)
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Masjid Al Hill Batu 20 Air Hitam, Muar
Marilah kita bersama-sama memikirkan permasalahan yang melanda umat Islam pada hari ini khususnya isu Ekonomi dan murtad, isu yang amat relevant untuk dikupas dan dihadami oleh semua orang yang mempunyai kalimah toyibah...

Saturday, October 22, 2011

HIMPUN HIMPUN SELAMATKAN AKIDAH...UNTUK ALLAH

Hari ini 22/10/11 jam 3.26 petang aku berada di dalam stadium shah alam bersama sahabat2 yang lain dalam satu matlamat satu tujuan demi Allah Yang Esa , satu kiblat , satu agama dan satu tuhan iaitu Allah. Akidah umat Islam kian rosak , usaha pemurtadan semakin serius , anak yang dilahirkan belum pasti imannya ...inilah usaha kecil yang dibuat untuk menyelamatkan akidah Islam untuk meminta semua pihak memahami Islam bahawa kami tidak mengganggu agama kamu dan kamu jangan ganggu agama kami .islam dijamin tetapi keislaman kita belum tentu.

setakat pada jam 3.43 petang jumlah yang hadir dianggarkan separuh stadium, dimulakan dengan persembahan nasyid , bacaan sajak , bacaan al Quran oleh sdr yusof, ucapan Dr yusri bin muhamad pengerusi bersama selaku pensyarah uiam,

Wednesday, October 19, 2011

KECEWA DENGAN PAS DAN PKR

keputusan pas yang kononnya memperjuangkan Islam dilihat tidak konsisten dengan. tidak menyertai himpunan sejuta umat pada sabtu ini dengan alasan tidak mahu dimanupulasi dan menghormati keputusan penganjur yang ini tidak libatkan politik. adalah menjadi logik politik bahawa setiap apa jua yang dibuat oleh pas mestilah berkait dengan politik. begitu juga dengan pkr yang tidak mahu bersama dalam himpunan ini kerana ia akan dimanupulasi oleh pihak lain.

Saya kecewa kerana himpunan bersih mereka sanggup bermatian bersama ambiga , himpunan reformasi mereka sanggup bersama Anwar, Namun himpunan anti murtad ia tidak bersama dengan Islam. aduhai sayang sungguh parti pas yang diharapkan memperjuangkan Islam namun takut dengan dap dan lebih sayangkan undi pada pru 13 yang belum tentu pas dan pkr akan selesa sepertimana pru 12......Takbir , ya Allah selamatkanlah umat islam Di malaysia Dan dunia ini ....

Tuesday, October 18, 2011

HIMPUNAN SEJUTA UMAT PERLU DISOKONG

Tahniah pada ngos yang menganjurkan himpunan sejuta umat bagi menolak Usaha pemurtadan yang begitu kritikal bagi umat Islam di Malaysia Hari ini. Sebagai umat Islam, saya menyeru ayuh kepada mereka yang mempunyai kalimah toyibah untuk bersama sama dalam himpunan sejuta umat. Jangan dipolitikan usaha ini, tahniah pada pemuda PAS Pusat, pemuda UMNO NEGERI Selangor dan ngos yang lain kerana bersama sama dalam program ini. Inilah masanya untuknkita menyatakan pendirian bahawa kita menolak Usaha kumpulan tertentu yang Cuba memesongkan akidah umat Islam.

InsyaAllah saya akan hadir dalam himpunan sejuta umat pada 22/10/11 di stadium shah Alam.

Sunday, August 7, 2011

KECEWA DENGAN USAHA PEMURTADAN ORANG ISLAM

Sebagai seorang muslim, amat tersentuh dihati apabila usaha membaptiskan orang Islam di Malaysia ini begitu aktif sekali sehingga ramai dikalangan anak-anak Melayu kita yang beragama Islam telahy berada dipersimpangan dan akhirnya boleh menjerumus diri mereka untuk mengikuti ajaran baru mereka.

Kerana kemiskinan telah menyebabkan golongan ini memilih jalan singkat dengan menerima pelawaan dan bantuan yang diberikan oleh badan ngo yang bergerak atas arahan gereja. Golongan ini mendapat bayaran sebanyak RM 200.00 sekepala bagi anak-anak mereka, mendapat bantuan lain seperti bantuan sara diri sekeluarga, bantuan tuisyen percuma, bantuan perlindungan, menyanyi dan bergembira bersama pastor yang diberikan tanggungjawab. Malah golongan ini telah mula berani membezakan antara Muahamad dan Isa dalam konsep akidah.

Terlalu banyak usaha untuk memesongkan akidah umat Islam, pelbagai penghinaan dilakukan ke atas umat Islam sedangkan sedikit pun umat Islam tidak melakukan provokasi mahupun sabotaj kepada agama Kristien. Antaranya meletakkan lambang salib di sejadah, meletakkan lambang salib seolah olah lambang masjid di dalam lukisan, hiburan, pakaian,makanan dan pelbagai lagi unsur yang menyelitkan soal akidah.

Apa yang saya hendak lontarkan, sejauhmanakah akidah umat Islam pada hari ini sehingga mereka boleh terbwa-bawa dalam soal akidah yang sangat penting daripada duit yang mereka terima. Nilai iman yang ada pada diri mereka amat genting sekali sehingga menerima apa sahaja ketika dirinya ditimpa musibah. Saya menyeru dan meminta kepada semua pihak iaitu :

a. Ibu bapa : didiklah anak mereka dengan penuh keislaman, untuk itu ibu bapa perlu Islam terlebih dahulu, menerangkan soal kimanan, ketauhidan, soal rasul, soal alam akhirat, soal syurga neraka, soal sejarah kewujudan manusia, dalam anak-anak dengan al quran, dedahkan mereka dengan al hadis, bawa mereka ke masjid, bawa anak ke kelas agama. semak solat anak, uji minda anak dengan ketauhidan kerana anak itu ibarat kain putih.

b. Suami : Kepada mereka yang bergelar suami, jangan abaikan isteri dan anak-anak yang Allah amanahkan kepada kita, jaga isteri dan anak jangan sampai penceraian. Ini kerana banyak berlaku kebanyakan mereka yang bercerai mengalami masalah kewangan dan akhirnya memilih untuk menerima bantuan gereja. Kepada suami juga, bawalah anak-anak ke masjid untuk dapatkan suasana Islam dan pengetahuan Islam, ingatlah wahai suami, anda akan ditanya di akhirat kelak dengan tanggungjawab yang telah diberikan.

c. Kerajaan : kepada petugas-petugas JKM, pastikan bantuan yang sepatutnya diberikan perlu diteruskan, jangan hentikan selagi anak-anak mereka masih bersekolah, selagi ibu atau bapa masih tidak berupaya untuk menyaara diri, tanya betul betul pada penerima adakah ia telah bersedia untuk terus berdikari atau tidak, permudahkan permohonan dan percepatkan proses, selitkan sekali dengan unsur keagamaan kepada kumpulan ini, jangan hanya beri makana sahaja tetapi bawalah sekali kitab-kitab yang boleh dibaca, ini kerana orang miskin terlalu dekat dirinya dengan tuhan berbanding orang kaya. Saya juga minta agar penguatkuasaan jabatan agama perlu ditingkatkan, membuat semakan di gereja daerah masing-masing, jika berlaku ambil tindakan segera dan minta jasabaik dari pihak geraja agar tidak meneruskan usaha untuk melamar umat Islam masuk ajaran mereka. Juga berlaku di hospital, ketika ada insan yang sedang nazak di atas katil hospital, ada paderi yang datang untuk menarik mereka ke jalan agama mereka, inilah bahaya jika kita tidak tangani bersama.

d. Parti politik : Kepada parti UMNO, PAS dan PKR yang beragama Islam, jangan tunduk pada tekanan politik sahabat, ini soal akidah, kita semua akan dipertanggungjawabkan, hendaklah bersatu demi Islam yang tercinta, bersifat tegas dalam isu murtad.

P.S : Semoga kalian semua yang beragama Islam akan diselamatkan diri dan keluarga dari ditimpa kebinasaan. semoga kita terus berpegang teguh pada kalimah toyibah...hidup kita mati kita hanya untuk Allah yang satu

Saturday, August 6, 2011

CUCU MAT KILAU KELUAR PKR


Blog cucu mat kilau dianggap blog yang cukup serius dalam mendepani kerajaan Negeri Pahang, pembongkaran demi pembongkaran yang dilakukan turut memberi impak kepada pentadbiran MB Pahang termasuk isu Lynas dan isu FELDA. Menjadi orang paling penting dalam menggerakkan PKR Negeri Pahang dan mempunyai cita-cita yang besar untuk masa depan negara. Beliau pernah menjadi setiausaha UMNO Cawangan di Jengka 7 dan keluar dari PKR setelah Anwar dipecat pada 1998. Beliau pernah dicalonkan sebagai ADUN Lepar Pahang pada PRU 10 (2004) namun terpaksa memberikan laluan pada calon PAS kemudian dicalonkan semula pada PRU 11 (2008) sebagai ADUN Kemayan namun tewas pada ADUN BN.

Kisah keluarnya cucu mat kilau atau nama sebenarnya Mohd Shukri bin Mohd Ramli yang menjadi orang penting penubuhan keadilan adalah beliau kini sedang memilih untuk memasuki parti mana pada PRU 12, ini kerana beliau berhasrat untuk bertanding pada PRU akan datang atas alasan beliau ingin membawa isu rakyat untuk ke dewan negeri secara terhormat. Beliau yang mempunyai pelbagai kenalan di dalam parti utama Melayu masih belum buat keputusan, namun ramai yang meramalkan lebih baik cucu mat kilau ini masuk PAS berbanding parti lain.

Yang menarik juga beliau tidak bersetuju dengan pendekatan pimpinan PKR yang dirasai oleh ramai orang termasuklah Lokman Adam, Ezam Md. Nor, Zulkifli Nordin, Datuk Zahrain dan ramai lagi iaitu tidak mendengar pandangan orang bawahan....

Kepada cucu mat kilau, saya menasihatkan agar bersamalah dengan parti UMNO, wujudkan golongan yang telus dan bebas sebagai kumpulan check and ballance UMNO, hanya parti UMNO sahaja yang membawa kesejahteraan untuk rakyatnya, sama-samalah kita membetulkan persepsi buruk yang dilemparkan ke atas UMNO. Kita sudah lihat sekarang apa yang berlaku, orang seperti kitalah yang akan meneruskan perjuangan.

P.S : Mat Kilau tidak pernah meninggalkan agama dan bangsanya dalam menentang penjajah...

50 DALIL MENGAPA ANWAR TIDAK BOLEH JADI PM


Ditulis oleh Allahyarham Khalid Jafri pada Mei 1998

1 DENDAM KESUMAT

Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.

Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin.

2 PENENTANG

Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO.

3 PECAH DAN PERINTAH

Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Tun Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah.

Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka.

4 SUMPAH BOHONG

Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO, ternyata sumpah bohong yang dilaknati Allah SWT.

5 JAHANAMKAN Tun Dr. Mahathir

Bersumpah untuk menjahanamkan pimpinan Dr. Tun Dr. Mahathir di depan Haji Sulaiman Palestin (Allahyarham) kerana ditahan ISA sewaktu Dr. Tun Dr. Mahathir menjadi Menteri Pelajaran (Pendidikan).

6 CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Cakap tak serupa bikin merupakan amalan Anwar menjadi pemimpin. Kalau Anwar berucap anti politik wang maka bermakna Anwarlak bapak politik wang sewaktu menjelang pemilihan jawatan Timbalan Presiden UMNO tahun 1993.

7 BAPAK RASUAH

Rasuah berlaku paling tinggi sewaktu Anwar menjadi Menteri Kewangan, jadi orang panggil Anwar Bapa Rasuah.

8 KELUARGA ROSAK

Anwar dari keluarga yang rosak. Bapanya Ibrahim Abd. Rahman mengambil orang gajinya sebagai isteri menyebabkan ibu Anwar Hajah Che Yan hidup tertekan dan mengidap lumpuh.

Mokhtar adik Anwar pula penagih dadah. Keluarga yang tidak begitu senang dulu sekarang menjadi kaya raya bila Anwar menjadi Menteri Kewangan.

9 LARIKAN ANAK DARA
Anwar telah melarikan anak dara orang untuk bernikah di Siam. Anwar tidak mendapat restu daripada Wan Ismail bapa Azizah sehingga Wan Ismail terpaksa mengeluarkan pistolnya untuk mengusir Anwar daripada memasuki rumahnya.

Akhirnya ibu Anwar mengambil inisiatif menikahkan Anwar dan Azizah dirumahnya, di Bukit Mertajam.

Sikap Anwar ini memperlihatkan betapa undang-undang, peraturan tata susila dan budaya Melayu dan Islam boleh diketepikan asal ia boleh memenuhi hawa nafsunya.

10 MAIN BONTOT

Semua orang heboh apabila rahsia Anwar main bontot pemandunya Azizan terbongkar.

Cerita hobi Anwar main bontot ini bukan perkara baru. Ia telah bermula sewaktu ia belajar di MCKK dan Universiti Malaya lagi. Ramai yang mahu ke depan untuk menceritakan kisah silam Anwar ini. Tunggulah.

11 MAIN BINI ORANG

Kisah bagaimana Anwar terlibat skandal seks dengan isteri orang – isteri Setiausaha Sulitnya Mohamad Azmin bin Ali yang bernama Puan Shamsidar Taharin telah dibongkar sendiri oleh aidk kepada Azmin iaitu Ummi Hafilda binti Ali.

12 ANAK HARAM

Hasil dari hubungan seks dengan Shamsidar telah dikurniakan seorang cahayamata bernama Afifa. Anak ini menjadi kebanggaan Shamsidar kerana ia anak Pembesar Negara.

13 DURJANA & CURANG

Anwar bukana sahaja lelaki curang terhadap isterinya tetapi pengamal homoseksual yang dilaknati Allah SWT.

14 SUKA BERGADUH
Nama Anwar sendiri mentafsirakn Anwar suka bergaduh atau berperang. AN WAR bererti suatu perang dalam bahasa Inggeris, kerana itu hidupnya suka pada krisis, bergaduh, pertelingkahan dan berperang.

15 BERTOPENG AGAMA

Sewaktu Anwar menjadi pemimpin ABIM dulu, prinsip agama Islam dijadikan asas perjuangannya untuk mencapai matlamat dalam politik.

Setelah menyertai UMNO, semua prinsip dan perjuangan Islam hanya sebagai topeng saja sedangkan perjuangan sebenarnya adalah sebaliknya.

Anwar menjadi munafik bila menjadi imam dan berkhutbah sembahyang Jumaat sedangkan dirinya tidak bersih, akhlak yang bergelumang dengan dosa. Bacaan surah kulya ayuhal ka firun pun dilafazkan salah. Ini komen para ulama sendiri. Anwar juga sering dilihat pakai kain sutera ketika menjadi imam.

16 MUNGKAR

Dari dosa-dosa nyata yang dilakukan oleh Anwar menjadi ia seorang mungkar bererti menderhaka kepada Allah SWT dan beliau tidak diberi restu dan rahmat untuk mentadbirkabn negara.

17 MENGUTUK UMNO

Semasa menjadi pemimpin ABIM dan pelajar Anwar lantang mengecam dan mengutuk habis-habisan UMNO dan para pemimpinnya tetapi tidak lama kemudian beliau menjelir lidahnya ke langit.

18 PEMIMPIN TANPA WAWASAN

Sebenarnya Anwar merupakan pemimpin tanpa wawasan. Wawasannya dilihat cuma mahu menjadi kaya melalui rasuah, rampas kuasa melalui UMNO dan homoseks.

19 SALAH GUNA KUASA

Walaupun Dr. Tun Dr. Mahathir masih menjadi Perdana Menteri tetapi dalam banyak hal, Anwar membelakangkan kuasa tersebut dan memaparkan imejnya sendiri.

Contohnya beliau bertindak bersendirian dalam dasar-dasar luar yang telah diasaskan dengan baik oleh Menteri Luar Abdullah Ahmad Badawi. Kerana itu terdapat pertentangan penyampaian Dr. Tun Dr. Mahathir dan Pak Lah dengan beliau.

Anwar juga menggunakan Biro Tata Negara (BTN) untuk dijadikan alat politiknya.

20 JADI BONEKA AMERIKARamai orang terperanjat, kerajaan Amerika Syarikat telah menyambut ketibaan Anwar di Amerika sebagai sambutan negarawan nombor satu dengan tembakan meriam 21 das dan hamparan merah. Sedangkan Dr. Tun Dr. Mahathir sendiri tidak pernah disambut demikian rupa.

Sambutan yang sama pernah diberi kepada Boris Yelstin, sedangkan Presiden Soviet Union waktu itu masih disandang oleh Gorbachev.

Tidak lama kemudian Soviet Union berpecah dan muncullah Boris Yelstin sebagai Presiden baru Russia.

Tidakkah Amerika Syarikat boleh melakukan demikian ke atas Malaysia? Macam-macam boleh berlaku dan macam-macam anggapan rakyat terhadap Anwar bila ditafsir persahabatan yang luar biasa ini. Adakah Anwar menjadi agen CIA?

21 RIBA

Walaupun Anwar sebagai Menteri Kewangan, Malaysia gagal mempertahankan kedudukan ekonomi negara yang cemerlang sebelum beliau mengambilalih dan kemerosotan serta kegawatan terus menerus berlaku, namun penilaian Amerika Syarikat terhadap Anwar disebaliknya.

Baru-baru ini beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Pembangunan IMF – Institusi Kewangan Amerika yang memberi pinjaman kepada negara-negara yang mengalami tekanan inflasi sperti yang dialami oleh Indonesia, Thailand dan Korea Selatan dengan syarat-syarat yang boleh mencekik leher negara-negara berkenaan.

Jadi Anwar bergelumang dengan institusi kafir yang mengamalkan riba – satu-satunya perniagaan yang dilaknat oleh Allah SWT.

Di Malaysia bolehlah diperbankan Islam dan segala urus niaga bank berjalan secara Islam, tetapi Anwar tidak boleh perbankan Islam IMF.

22 PEMBOHONGAN

99% amalan hidup Anwar adalah pembohong.

Anwar pernah kata ABIM adalah diasaskan olehnya sendiri. Katanya ABIM berasal dari namanya Anwar bin Ibrahim. Sedangkan yang menubuhkan ABIM ialah Sanusi Junid dengan Prof. Nawawi Ghazali. Nawawi ialah Presiden pertama manakala Sanusi Naib Presiden.

23 ABIM

Sebelum Anwar meninggalkan ABIM, beliau telah berikrar untuk mengABIMkan UMNO.

Kerana itu kita boleh menyaksikan ramai orang ABIM menyusup dalam UMNO menjadi Ketua, Timbalan, Naib Ketua dan AJK Bahagian dan Cawangan UMNO di merata tanahair.

24 PENYERTAAN PARTI 46

Anwar tidak senang dengan keputusan membawa masuk semua anggota Parti 46 yag diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah, kerana itu ia berusaha menghalanginya dari semua peringkat supaya orang 46 tidak mendapat tempat dalam bahagian-bahagian UMNO.

Sebagai pemimpintentulah tidak sihat mempunyai hasad dengki sedangkan anggota 46 mempunyai tekad yang ikhlas membubarkan partinya dan menyertai semula UMNO.

25 JATUHKAN ORANG-ORANG BERJASA KEPADA UMNO

Siapa juga yang dianggap kuat walaupun mereka banyak berjasa kepada UMNO. Anwar akan mencari jalan untuk mengenepikan mereka dan meletakkan orang-orangnya.

Antara yang menjadi mangsanya ialah Ghaffar Baba, Abdullah Ahmad Badawi, Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Mohamad Hj. Taib, Anuar Musa dan Daim Zainuddin sendiri.

26 KURANG AJAR

Ghaffar dan Dr. Tun Dr. Mahathir merupakan dua tunggak UMNO yang sama-sama menubuhkan UMNO dalam tahun 1946.

Kalay Ghaffar menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri adalah wajar, setelah berjuang lama dalam UMNO barulah merasa jawatan tersebut.

Tetapi Anwar yang baru masuk UMNO menjulang naik dengan menghumban orang-orang ynag yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negaranya.

Ghaffar rasa terhina oleh sikap kurang ajar Anwar. Sepatutnya ini menjadi satu pengajaran kepada orang-orang UMNO yang mengikuti sejarah perjuangan orang Melayu dan parti UMNO. Sikap hormat menghormati harus menjadi amalan kita semua.

27 SIKAP HIPOKRIT

Jika sekiranya seorang pemimpin mempunyai sikap hipokrat maka ia mendedahkan kesilapan pada dirinya sehingga meletakkan mertabatnya begitu rendah. Sikap ini dipunyai oleh Anwar Ibrahim.

28 RAKUS

Amalan yang dilaknati Allah SWT sebagai pengamal main bontot (homoseksual) meletakkan keperibadian Anwar begitu rendah dan kerektornya menjadi rakus dalam semua hal.

29 LUPA DARATAN

Anwar sejak diangkat jadi Menteri lagi sudah mula melupakan kehidupannya sebagai pejuang Islam. Beliau mengharungi kehidupan yang bercanggah dengan prinsip perjuangannya dulu. Kalau boleh beliau mahu berkuasa secara autokrat.

Sewaktu menjadi Menteri Pelajaran, beliau pernah diundang merasmikan sebuah Sekolah Kebangsaan di Masjid Tanah, Melaka. Tetapi sedihnya beliau menjawab “apa perlu saya datang”.

30 BERCANGGAH DENGAN PERDANA MENTERI

Walaupun Dr. Tun Dr. Mahathir masih menjadi Perdana Menteri, Anwar sudah berlagak macam Perdana Menteri.

Kenyataan Dr. Tun Dr. Mahathir mengenai satu-satu projek atau isu sering dinafikan oleh Anwar atau membuat kenyataan yang bertentangan.

31 ANWAR CONTROL MEDIA

Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 berada di bawah telunjuk Anwar. Berdecak saja Anwar, maka sudah jadi berita utama media-media tersebut.

Walaupun Dr. Tun Dr. Mahathir berucap lebih bernas akan ditempatkan barisan kedua atau muka dalam.

32 FITNAH

Menerusi media-media tersebut akan memfitnahkan seseorang pemimpin sehingga mereka tidak diberi peluang untuk membela diri.

Contohnya mangsa mereka ialah Rahim Tamby Chik, walaupun tidak pernah didakwa atau dihukum di Mahkamah, tetapi Rahim terang-terang dituduh rasuah dan hubungan seks dengan gadis di bawah umur.

33 DAHI PESEK

Kalau kita amati dahi Anwar ternyata pesek. Menurut ahli Fung Shui orang berdahi pesek tidak akan menjadi pemimpin agung atau pemimpin nombor satu.

34 GELOMBANG

Buku gelombang yang ditulis oleh Anwar menggambarkan hidup Anwar sentiasa berada dalam arus gelombang.

35 KEJATUHAN RINGGIT

Sebelum Anwar menjadi Menteri Kewangan, nilai ringgit kita ialah RM2.20 berbanding dengan US$1.00. Tetapi sekarang kedudukan telah berubah RM3.90 berbanding US$1.00.

Akibatnya barangan dapur meningkat sehingga 60%.

Sepatutnya perlantikan Anwar sebagai Pengerusi Pembangunan IMF boleh mempengaruhi kenaikan nilai ringgit tetapi ia semakin turun.

36 KERUGIAN BESAR

Kegawatan ekonomi negara berlarutan sehingga sekarang akibat kerugian dialami oleh Bank Negara dari RM10.1 bilion hingga RM12.8 bilion.

Peranan Bank Negara sepatutnya tidak terlibat dengan perjudian (niaga wang) tetapi memelihara reserve negara.

Bank Negara telah dikelaskan sebagai “big bully” dalam pasaran pertukaran asing sehingga mengalami kerugian yang amat besar.

Akibatnya pelabur-pelabur pertukaran asing dari Eropah dan Amerika Syarikat mendendami peranan Malaysia dan mereka bertindak balas menjadikan matawang Malaysia sebagai sasarannya.

Namun sebagai Menteri Kewangan Anwar hanya berupaya memberitahu rakyat bahawa kita hanya rugi di atas kertas saja.

Inilah standard Menteri Kewangan kita, orang yang tidak pernah menceburi bidang ekonomi diberi tugas kewangan, semakin lingkuplah wang negara.

37 PELAJARAN

Anwar hanya berkelulusan Kesusastraan Melayu Universiti Malaya. Itupun tak lulus tahun pertama.

Beliau tidak ada pengetahuan langsung di bidang perniagaan dan ekonomi yang boleh diharapkan menjaga dan menguruskan kewangan negara.

38 NEPOTISME

Dari keluarga yang tidak mewah, Pak Ibrahim sekarang boleh kahwin satu lagi. Kalau kedua-dua isteri tak bagi, lari saja ke Siam – ikut stail Anwar.

Rani, abang Anwar dulu muflis tapi sekarang bukan main kaya lagi, berkepit ke sana sini dengan Ku Yah.

Wan Ismail mertua Anwar yang dulu nak tembak Anwar kerana larikan anaknya Azizah, sekarang bukan main angguk dengan menantu yang tersayang.

Wan Ismail pun dapat habuan yang besar dengan 30 juta saham bernilai RM90 juta.

39 BERMAHARAJALELA

Bayangkan kalau Anwar jadi Perdana Menteri nanti? Beliau bukan saja bawa Malaysia papa kedana dan keluarganya menjadi kaya raya tetapi kerakusan Anwar bermaharajalela. Habislah bontot anak remaja kena main.

Menteri Belia dan Sukan terpaksa adakan senarai setiap minggu, menyediakan remaja-remaja jambu untuk habuan Anwar.

Habislah Menteri-Menteri sekarang disingkirkan. Siapa yang hulur bontot dialah jadi Menteri.

Syed Hussein Al-Attas (penulis yang bukan professor) tak mungkin terima jawatan dari Anwar kerana beliau bukan homo, bukan pula kaki kebas isteri orang. Syed Hussein juga ada maruahnya sendiri. Lain kalau hulur fulus kebas saja bib! Mereka kebas lagi banyak, tak terkira.

40 KAUM LUT

Menurut berita Buletin Utama bahawa di ibukota sekarang ini terdapat 20,000 orang lelaki yang terlibat dalam skandal homoseksual.

Bilangan tersebut bertambah dari masa kesemasa dan di khuatiri ibukota akan bertukar menjadi kampung Sadum di Palestine di mana hampir seluruh masyarakatnya mengamalkan homo.

Kaum Nabi Lut ini langsung tidak mendengar nasihat Nabi Lut bahawa perbuatan mereka adalah dilaknati Allah SWT.

Akhirnya Allah SWT musnahkan seluruh daerah Sadum dan mematikan hamoir keseluruhan manusia durjana kecuali Nabi Lut dan beberapa kerat pengikut yang beriman.

Kita khuatir jika bilangan pengamal homo ini semakin ramai dan tidak boleh dikawal lagi maka Tuhan akan melaknatkan penghuninya menjadi punah ranah.

Yang peliknya bukan tidak ada kaum wanita cantik di Sadum tetapi lelaki juga yang dicari. Kelebihan pada Anwar pula dia boleh kebas depan belakang, lebih teror dari kaum Lut.

41 TIDAK DISENANGI RAKYAT

Dengan penglibatan skandal dengan isteri orang, homoseksual, rasuah, salah guna kuasa, jadi boneka Amerika Syarikat, menopengkan agama Islam dan berbagai lagi, maka Anwar menjadi pemimpin tidak popular dan akan membawa porak peranda bukan saja kepada ahli UMNO tetapi seluruh rakyat Malaysia.

42 ORANG MELAYU MENJADI MISKIN

Sebelum Anwar menajadi Menteri Kewangan, ramai orang Melayu menikmati kesenangan dan kekayaan. Tetapi bila Anwar ganti Daim Zainuddin, orang Melayu jatuh miskin. Selama lima tahun mereka tunggu dengan sabar agar kemelesatan ekonomi dapat dipulihkan tetapi rezeki yang ditunggu masih tidak tiba.

Lebih lama Anwar jadi Menteri Kewangan, orang Melayu akan menjadi papa. Yang kaya bertambah kaya ialah kaum keluarga Anwar sendiri.

43 MASA DEPAN NEGARA GELAP

Malaysia dikenali di mata dunia kerana populariti Perdana Menterinya Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dalam waktu yang singkat Malaysia akan berhijrah dari dunia ketiga kepada negara maju.

Konsep Wawasan 2020 menjadikan Malaysia negara dengan rakyat yang makmur dan bersatupadu.

Apakah impian kita ini tercapai andaikata Anwar menjadi Perdana Menteri nanti?

Ramai yang meramalkan nasib masa depan negara akan gelap di bawah Anwar.

44 STRATEGI

Dalam keadaan ekonomi yang merosot, Anwar masih berupaya menyusun strategi politiknya untuk berkuasa dengan agenda bagaimana untuk menumbangkan Dr. Tun Dr. Mahathir.

Anwar mahu semua general dan leftenannya bertanding sebagai Ketua, Timbalan, Naib Ketua, AJK, Ketua Pemuda dan Ketua Wanitadalam peringkat bahagian baru-baru ini.

Malangnya strategi Anwar ini menghadapi kebuntuan kerana beberapa peraturan majlis Tertinggi UMNO.

Jadi kebanyakan yang menduduki jawatan-jawatan penting bahagian bukan kalangan mereka yang menyokong Anwar.

Kalau strategi Anwar ini berhasil (sebelum Peraturan MT) maka beliau berhasrat mahu menentang Dr. Tun Dr. Mahathir dalam pemilihan 1999. Anwar mahu Dr. Tun Dr. Mahathir K.O di tangannya.

45 TABUR WANG

Kerana kemewahan wang yang dimiliki oleh Anwar dan orang-orangnya, maka menyebabkan setiap calonnya dalam pertandingan bahagian pasti menang.

Dalam pemilihan Ketua Bahagian UMNO Langkawi tahun 1995, orang-orang Anwar tabur wang macam nak rak, semata-mata mahu hapuskan kemenangan Sanusi Junid.

Pengaruh wang yang amat kuat menyebabkan Sanusi tewas di tangan Abu Bakar Taib Ahli Parlimen Langkawi.

Begitu di Melaka baru-baru ini, akibat politik wang, Rahim Tamby Chik mengalami kekalahan untuk jawatan Ketua Bahagian Kota Melaka.

46 MAKAN MENCANGKUNG MAKAN BERSEPIT

Tatatertib Melayu adalah tatatertib kehidupan Islam. Perjuangan Islamlah menjadi asas perjuangan Anwar sewaktu dalam ABIM.

Tetapi bila jadi Menteri, adat kesopanan yang diamalkan selama ini terus hilang. Anwar dirakamkan makan mencangkung di khalayak ramai dan makan bersepit di depan Perdana Menteri.

47 PENUBUHAN MTEN

Perdana Menteri Dr. Tun Dr. Mahathir terlalu berlembut dengan Anwar walaupun Anwar sanggup memijak kepala.

Dr. Tun Dr. Mahathir mencari jalan bagaimana untuk mengawal kewangan negara supaya perbelanjaannya dapat di atur tidak diboroskan oleh Anwar.

Kerana itu Dr. Tun Dr. Mahathir membentuk Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dimana Daim Zainuddin menjadi Pengarah Eksekutifnya.

48 TAMPARAN KEPADA ANWAR

Sepatutnya Anwar harus sedar bahawa penubuhan MTEN adalah satu tamparan kepadanya kerana kredibilitinya dalam menyelenggarakan kewangan negara diragui.

Kalau Anwar mempunyai hemat dan bermoral tinggi, sepatutnya ia meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan.

49 KEHANCURAN

Perpaduan UMNO dan orang Melayu yang selama ini berjalan baik dan stabil akan hancur sekiranya Anwat tetap dipilih sebagai Perdana Menteri.

Ini didasarkan dari fakta-fakta yang dibentangkan dalam buku ini.

50 AMANAT

Akhirnya amanat dari Haji Sulaiman Palestin kepada Dr. Tun Dr. Mahathir sebelum beliau meninggal dunia.

Anwar banyak berguru kepada Allahyarham yang merupakan bapa saudaranya. Haji Sulaiman yang merupakan tokoh veteran UMNO banyak mengetahui rahsia dan kelemahan Anwar.

Dr. Tun Dr. Mahathir dicadangkan oleh beliau supaya memilih Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri kalau mahu melihat UMNO selamat.

Wednesday, August 3, 2011

Selamat Menjalani Ibadah Puasa


Salam semua, pembaca blog yang saya kasihi, saya ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa bagi tahun 2011. Kita amat bersyukur kepada Allah SWT dengan izin-Nya kita dapat meneruskan ibadah puasa ini, jika kita bayangkan mereka yang masih hidup namun tidak mendapat nikmat untuk berpuasa masakan pula yang telah meninggal dunia. Syukur alhamdulillah dengan keizinan yang telah diberikan.

Sahabat sahabat semua, sebagai salah seorang bloggers di Malaysia ini, saya mengajak dan menyeru kepada umat Islam marilah kita bersatu untuk kebaikan sebuah negara yang kita cintai, perkara titik bengik dalam politik kerana tafsiran yang berbeza kita hentikanlah, kita melihat keadaan negara di luar kotak, meneliti tentang kebaikan dan kemakmuran yang sama-sama kita kecapi, apa jua permasalahan yang timbul jika ianya logik dan ada cara untuk menyelesaikannya kenalah dengan cara berbudi dan berbahasa, apa yang kita lihat bloggers yang seolah-olah tidak takut akan hukuman dan balasan dari-Nya terus menerus menyerang individu. Sempena bulan puasa ini juga kita angkat diri kita dari penghinaan kerana tindakan dan perbuatan diri kita.

Wahai pembaca bloggers, sedikit renungan di bulan ramadhan apabila kita berpuasa :
Sesungguhnya telah termaktub di dalam Al-Quran dan Sunnah tentang kelebihan berpuasa secara umumnya, antaranya:

Puasa mendekatkan diri dengan Allah:

Allah berfirman :
Maksudnya: “Lelaki-lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang menjaga kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar” [Al-Ahzab: 35]

Puasa mengawal syahawat:

Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Wahai pemuda-pemuda! Barang sesiapa antara kamu berkemampuan, maka berkahwinlah, kerana pernikahan itu menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan, dan barang sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai (memutuskan syahawat)” [HR Al-Bukhari: 5065, Muslim: 1400]

Puasa menyelamatkan seseorang dari neraka:

Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah, kecuali Allah akan menjauhkan dia (kerana puasanya) dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” [HR Al-Bukhari: 2840, Muslim: 1153]

Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Puasa adalah perisai, di mana seorang hamba itu berperisai dengannya dari api neraka” [HR Ahmad: 15299, Lihat Shahih Attarghib: 970]

Puasa menjanjikan syurga:

Dari Abi Umamah, beliau berkata:
Maksudnya : Wahai Rasulullah! Tunjukkan kepadaku, amalan yang boleh membawaku kepada syurga, Nabi SAW bersabda: “Ke atasmu puasa, tidak ada amalan yang sama dengannya” [HR Annasa'i: 2220, Lihat Shahih Sunan Annasa'i: 2097]

Friday, July 29, 2011

SPR guna ‘Sistem Biometrik’ elak manipulasi



Di antara kelebihan sistem biometrik ialah:

sistem biometrik membolehkan proses pengesahan pengundi dilakukan secara elektronik. Ini bermakna sistem ini dapat membuat pengesahan terhadap kad pengenalan untuk membuktikan ia dokumen asli (mykad). Sistem simpanan data warga negara yang dikendalikan oleh JPN adalah ‘kalis manipulasi’ dan mempunyai data lengkap setiap individu yang mempunyai Mykad tulen.

Mudah dikendalikan secara telus. Pengundi hanya perlu meletakkan ibu jarinya di alat biometrik dan maklumat yang keluar pada skrin itu sama dengan kad pengenalan pengundi. Sebelum mengeluarkan kertas undi, SPR akan meneliti sama ada nama pembawa kad pengenalan itu tersenarai dalam daftar pemilih atau tidak. Stakat ini ada 12 juta pemilih berdaftar.

Dapat hindari pengundi hantu seperti didakwa pembangkang. Sistem Biometrik mampu mengesan orang yang sama mengundi untuk kali kedua dan sekali gus dapat kesan pengundi hantu. Jika orang yang sama cuba mengundi kali ke dua di tempat lain komputer akan mengesan kesan orang tadi sudah pun mengundi .
Oleh itu, kaedah ini kebal daripada manipulasi dan penyalahgunaan dan penipuan ketika pilihan raya. Cara ini akan dapat memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara telus, adil dan bersih. Bagaimapun SPR perlu membuat kajian dan persedian ynag rapi supaya tidak timbul masalah ketika dilaksanakan nanti.

SPR JAWAB 8 TUNTUTAN BERSIH



LAPAN tuntutan Bersih adalah bersihkan senarai undi, reformasi kepada undi pos, gunakan dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Dalam sesi dialog bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pengamal media dan wakil agensi kerajaan anjuran Institut Perkembangan Minda (Inmind) baru-baru ini ,Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menjelaskan lbeberapa tuntutan utama itu.

Senarai pengundi berdaftar :

daftar pemilih untuk lebih 12 juta orang pengundi telah dikemas kini mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja iaitu alamat pada MyKad pengundi bermula 2002.
Menjadi tanggungjawab pengundi menyemak alamat berdaftar mereka untuk dibersihkan kerana SPR tiada kuasa untuk menukar alamat tersebut tanpa dipohon sendiri individu berkenaan.
seseorang itu berhak mendaftar alamat mengundi di kampung halamannya,bukan di tempat dia bermastautin. Lebih 40 peratus pengundi berdaftar yang ada kini berbuat demikian. Ada undang-undang menetapkan alamat perlu dikemaskini dengan JPN selepas tiga bulan berpindah tetapi tidak ramai yang berbuat demikian.
SPR hanya merujuk kepada maklumat JPN mengenai kematian pengundi, bukannya mengikut cakap sesiapa sahaja.Maklumat kematian bergantung kepada waris untuk memaklumkan kepada JPN. Kesukaran paling banyak timbul untuk penduduk pedalaman di Sabah dan Sarawak. Inilah yang dicanang-canangkan kononnya ada pengundi hantu.
Hakikatnya, tiada daftar pengundi di dunia yang bersih 100 peratus memandangkan faktor seperti kematian adalah sesuatu ynag tidak boleh dijangkakan.

Undi Pos:

SPR sedang membuat penambahbaikan. Untuk memansuhkan terus kaedah itu tidak mungkin kerana tidak adil kepada rakyat yang bertugas pada hari mengundi atau di luar negara.
Pengundi yang dibenarkan membuang undi melalui pos adalah polis, tentera, pelajar sepenuh masa di luar negara dan kakitangan kerajaan yang bertugas di luar negara berserta ahli keluarga mereka. SPR juga sedang mengkaji undi pos untuk petugas media.

SPR akan memantapkan lagi undi pos dan akan laksanakan undian awal mulai Pilihan Raya Umum Ke-13.
Walkil (Ejen) parti-parti politik juga kini dibenarkan memantau undi pos di kem dan ibu pejabat polis hasil usaha penambahbaikan itu.
Penggunaan Dakwat Hitam:

Amalannya seolah-olah satu langkah ke belakang. Yang praktikal ilaah sistem 12 digit individu pada MyKad merupakan antara tercanggih di dunia. Dakwat hitam digunakan di negara yang tidak memiliki sistem seperti MyKad serta mempunyai berpuluh juta pengundi.

Penggunaan dakwat juga bercanggah dengan Perlembagaan negara dan pindaan perlu dibuat jika kaedah itu mahu dilaksanakan.
SPR juga pertimbangkan untuk gunakan sistem biometrik dan mengikut maklumat asal JPN.

21 hari berkempen

Tempoh kempen yang diberikan SPR adalah sesuai dengan realiti negara ini. Ia sudah berpatutan untuk rakyat kerana kita hanya mempunyai hanya 12 juta pengundi.
Di negara luar seperti Indonesia berkempen selama satu bulan adalah wajar kerana negara itu mempunyai ribuan pulau dan lebih 100 juta pengundi.
Tuntutan-tuntututan yang lain lebih merupakan tuduhan-tuduhan politik semata-mata.

Tuesday, July 26, 2011

BERSIH AKUI LANGGAR TITAH TUANKU


Adalah amat mengecewakan, kenyataan seorang rakyat yang dah berjumpa dengan Tuanku, menyatakan kesediaan untuk akur namun mengengkari apa yang dipersetujui dengan alasan yang tidak munasabah. Inilah Ambiga selaku pengerusi penganjur Demontrasi Haram BERSIH yang merugikan banyak perkara termasuk soal imej negara Malaysia di kaca mata dunia. Beliau sewajarnya insaf dan menghadap tuanku memohon maaf atas sifat kegagalannya.

Dengan memberikan alasan yang kononnya mereka tidak tahu yang kerajaan tidak membenarkan penggunaan stadium Merdeka dan tidak bersedia untuk buat di stadium lain kerana masalah logisitik dan kesuntukan masa sebenarnya tidak boleh diterima akal. Sewajarnya, Ambiga kena sedar, sebagai rakyat yang patuh kepada Kedaulatan Undang-Undang, ia menerima apa juga sebab yang dikeluarkan oleh kerajaan. Sebagai pertubuhan yang tidak mendaftarkan dengan ROS, sudah cukup baik kerajaan beri layanan isteimewa termasuk segera memberikan permit dengan menggunakan pertubuhan yang sah dan menggunakan stadium di luar dari Kuala Lumpur.

Secara jujurnya, jika dilihat modus operandi BERSIH ia jelas memperlihatkan mereka mahukan provokasi agar memastikan kerajaan kita mendapat tekanan dari pihak asing. Cuba lihat kumpulan yang diketuai oleh Tian Chua, Dr. Hata Ramli, Ambiga dan pelbagai kumpulan lagi yang datang dalam laluan yang berbeza-beza, ini menjelaskan lagi sesungguhnya mereka sengaja mahu untuk mencabar dan menyatakan polis itu jahat.
Saya lihat, kenyataan Ambiga yang kononnya, majoriti rakyat Malaysia menyokong 8 tuntutan tersebut adalah satu bentuk penipuan, sumber manakah beliau dapat, data mana ia perolehi, jika hanya segelintir kecil yang menyokong dan ramai yang berbelah bagi dan majoriti tidak menyokong ini jelas memperlihatkan Ambiga hanya pandai main wayang.
Saya juga tidak setuju dengan kenyataan Ambiga yang kononnya beliau menganggap kerajaan kita tidak melayan pembangkang sebagai rakyat Malaysia. Ambiga kena jujur dan jangan jadi penipu, apa yang tidak dibuat oleh kerajaan untuk pembangkang atau ketua pembangkang mahupun rakyat yang membangkang. Di kampung-kampung yang dimenangi oleh Barisan Nasional, penduduk yang membangkang turut menikmati jalan tar di hadapan rumah, mendapat mesin bantuan perniagaan, mendapat perlindungan daripada pihak polis yang meronda kawasan rumahnya malah sedikit pun tidak ditinggalkan dalam majlis kemasyarakatan. Mereka mengadakan ceramah di rumah atau di markaz, adakah ia dihalang oleh kerajaan, mereka mengutuk UMNO dan polis adakah kerajaan mengambil tindakan dan adakah UMNO membalasnya. Jika di parlimen sahaja, ketua pembangkang diberikan tempat khas termasuk bilik sendiri. Sebenarnya Ambiga kena faham, bahawa kerajaan tidak sama sekali menganggap pembangkang itu bukan rakyat Malaysia, ia adalah persepsi sendiri dan Ambiga juga tidak jujur kerana kenyataan beliau sebelum ini menyatakan beliau tidak memihak kepada pembangkang tapi jelas, terang, bersuluh, berfakta dan berdata yang beliau duduk sebaris dengan pembangkang.

Monday, July 25, 2011

Pendedahan Cincin Rosmah

Salam kepada pembaca...saya ni tak pandai nak korek benda yang tidak betul supaya dijadikan betul, tak pandai nak ngata benda yang tak nyata, hanya nak bagi tahu pada kawan-kawan yang membaca dengan menggunakan akal yang waras.

Isu kali ini adalah cincin yang dikaitan dengan Rosmah Mansur.

Pertama....Adakah logik seorang isteri perdana menteri membeli cincin dengan harga RM 24.4 juta dengan cara pembelian secara kurier. Adakah Rosmah tidak tahu yang cincin sebentuk boleh dibeli terus ketika beliau keluar negara. Tidak perlulah dia bersusah payah dengan menanggung kritikan orang ramai dan perlu bayar cukai kastam untuk mendapatkan cincin tersebut. Jawapannya adalah syarikat Jacob & Co hanya menghantar cincin tersebut untuk tujuan Rosmah membelinya, namun Rosmah tidak sebodoh itu, takkan dia nak beli, sudah tentulah dia pulangkan semula. Kalau dia beli apa Datuk najib tak marah, tentulah marah ketika rakyat marah takkan nak buat hal pulak.

Keduanya ...Adakah kita nak halang syarikat yahudi iaitu Jacob ini nak berniaga atau nak hantar mesej pada kita, mana boleh halang, sebab kita sendiri terdedah dengan perkara ini, siapa di antara kita yang suka dengan kaum Yahudi, kita sebagai Islam tentu menolaknya, tapi kalau memang syarikat yahudi ini kirim sesuatu pada seseorang di Malaysia ini siapa boleh halang. Ini semua mainan politik, kalau syarikat itu adalah ciptaan pihak yang tak sokong Rosmah namun menggunakan nama Rosmah, ia juga boleh berlaku jika cincin itu dihantar kepada Wan Azizah, so jelas kat sini, syarikat Jacob boleh atau tidak boleh dikaitkan dengan Rosmah.

Ketiganya...Cincin itu telah dihantar pulang ke syarikat asal, ini bukti Rosmah seorang yang bertangungjawab untuk tidak menyembunyikan cincin tersebut. Ini bermakna kes ini selesai, namun bagi golongan yang tidak puas hati akan terus menghentam Rosmah kerana ada nama dia tertera di screen kastam dan mengapa Rosmah dikaitkan dengan syarikat Yahudi. Kalau memang taknak faham dan taknak bersangka baik tentu aje jawapan yang diberikan tak akan puaskan orang yang tak berpuas hati.

saya nak tanya pada golongan yang seangkatan seperti Chegu bard, adakah anda menilai dan menghukum tanpa jelas dan sahih kebuktiannya...ayuh jangan kita tanggung dosa terus menerus. Kes ini telah selesai dan alangkah baiknya jika anda turut mendoakan kebaikan orang lain termasuk saya mendoakan saudara....

Monday, June 27, 2011

USAHA MENGHIDUPKAN KEMBALI FAHAMAN KOMUNIS

Terdapat di dalam masyarakat kita pada hari ini dengan berlindungkan parti politik cuba menghidupkan fahaman komunis yang pastinya tidak lagi diterima di Malaysia malah negara asal penubuhan komunis juga tidak lagi mengamalkan ideologi yang mementingkan soal kesamarataan dan tiada pemilikan serta menolak ketuhanan kerana dianggap mengongkong kepada kejayaan sesebuah negara. Ideologi yang diterapkan semasa meletusnya Revolusi Bolshevik pada 1917 di Rusia tidak lagi diterima, malah China sendiri yang sebelum ini menolak kapitalis juga mewujudkan ribuan kilang sebagai keperluan negara mereka. Namun ideologi komunis telah bertukar kepada fahaman yang lebih lembut iaitu fahaman sosialisme yang memeperjuangkan hak pekerja, peranan golongan pelajar dan bersikap anti penjajah.

Penahanan 30 orang dari Parti Sosialisme Malaysia (PSM) di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang bersama beberapa risalah termasuk kemeja T yang berimej tokoh komunis Argentina, Ernesto ‘Che’ Guevara atau El Che, bekas pimpinan Parti Komunis Malaysia (PKM) iaitu Chin Peng, Abdullah CD, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah telah memperlihatkan mereka masih memilih perjuangan komunis dari meletakkan perjuangan sebenar yang sepatutnya diterapkan. Meletakkan golongan yang kalah adlah satu yang silap, mereka menganggap golongan ini sebagai hero dalam hidup mereka sehingga hendak menyamakan kedudukan mereka dengan Tunku Abdul Rahman yang dilihat menekankan diplomasi dan cara lembut berbanding cara mereka yang bersikap gerila atau menjalankan cara pintas di jalan raya.

Sewajarnya golongan ini perlu ditahan dan dikenakan tindakan yang sewajarnya, kita menerima konsep yang diamalkan pada hari ini iaitu demokrasi berparlimen, mengapa mereka memilih fahaman komunisme. Saya akui golongan fahaman ini amat bersetuju dengan menyokong demonstrasi bersih yang diadakan pada 9 Julai 2011. Ini kerana setiausaha agung PSM memberikan penjelasan di Lobi Parlimen bersama Pengerusi PSM, Dr. Mohd Nasir Hashim merangkap ADUN Kota Damansara, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Naib Presiden PAS, Nurul Izah Anwar. Walaupun PSM menafikan tindakan mereka mahu menghidupkan semula komunisme namun pendekatan dan agenda yang diperjuangkan mirip kepada komunisme. Adakah dengan memperjuangkan pimpinan yang tidak diiktiraf sebagai satu keadilan untuk semua.

Saya menyeru kepada pihak polis agar mengambil langkah segera, pantas dan tegas supaya mengekang fahaman komunis ini, ia akan mengecewakan ramai rakyat Malaysia yang pernah bersama-sama menentang gerila komunis. Saya juga menyeru kepada rakyat Malaysia yang menyokong ideologi ini perlu hentikan, bawa bersama agenda Islam dalam melaksanakan Demokrasi Berparlimen. Elakkan diri dari menyokong Demontrasi Bersih pada 9 Julai ini kerana disebalik demonstrasi ini adala fahaman komunis yang cuba dihidupkan.

Tuesday, June 21, 2011

HIMPUNAN HARAM BERSIH

Saya kecewa dengan tindakan pihak yang menganjurkan Demonstrasi BERSIH yang kononnya untuk menuntut pilihan raya akan datang lebih bersih. Masih ingat BERSIH yang diadakan pada siri 1 tahun 2006. Ia adalah anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Women’s Development Collective (WDC) dan Writers Alliance for Media Independence (WAMI) yang dilancarkan di Parlimen Malaysia pada 23 November 2006. Siapa yang hadir ketika itu, tentulah Presiden PKR iaitu Dr. Wan Azizah Wan Ismail, R. Sivarasa, Lim Guan Eng selaku Setiausaha DAP, Teresa Kok selaku Setiausaha Publisiti DAP, Nasharudin Mat Isa selaku Timbalan Presiden PAS, Salahudin Ayub selaku Ketua Pemuda PAS, Syed Shahir Syed Mohamud dari MTUC. Ketika itu BERSIH telah menganjurkan 100,000 orang di Dataran merdeka pada 10 oktober 2007 yang turut dihadiri Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim, Dr. Wan Azizah dan Abdul Hadi Awang yang ingin menyerahkan memorandum kepada Istana Negara, namun Yang Dipertuan Agung ketika itu Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak ada kerana merasmikan Kejohanan Kuda Lasak Piala Sultan Terengganu 2007 di Setiu Terengganu. Tindakan ini telah membangkitkan rasa kurang senang Datuk Seri Abdullah selaku Perdana Menteri kerana mengheret institusi raja dalam kancah politik kerana tindakan sengaja pembangkang. Malah Datuk seri Najib ketiak itu menjadi Timbalan perdana Menteri menyatakan bahawa kerajaan boleh menghimpunkan lebih ramai daripada Demonstrasi BERSIH, namun Demonstrasi BERSIh perlulah mengikut saluran yang betul dalam nyatakan rasa tidak puas hati mereka. Mengapa baju kuning dipilih, sebabnya ia meniru Gerakan Orange Revolution di Ukraine iaitu menuntut pilihan raya yang adil dan gaya menggulingkan Presiden Filipina iaitu Ferdinand Marcos pada 1986. Di antara tuntutan bersih ketika itu adalah :
1. Penyemakkan semula daftar pemilih
2. Penggunaan dakwat kekal
3. Pemansuhan sistem undi pos
4. Penggunaan media yang lebih adil kepada semua parti politik semasa pilihan raya
Demonstrasi ini tidak mendapat permit dari pihak polis kerana polis memberikan beberapa alasan yang saya fikir ia relevan dan kena pada tempatnya iaitu mengapa nak hantar memorandum kepada YDPA perlu menghimpunkan seramai 100,000 orang dengan kempen selama 2-3 bulan. Ia meniru gaya para sami di Myanmar yang menuntut keadilan. Tindakan ini juga membawa kepada rasa tidak puas hati kepada mereka yang tidak bersetuju dengan himpunan BERSIH yang sudah pastinya akan menimbulkan rasa ketegangan dan perhimpunan tersebut bukanlah budaya dari Malaysia ia adalah budaya yang diimport dari negara luar yang berbeza kerajaannya.

Namun kali ini BERSIH ingin membuat semula Demonstrasi yang kononnya mempunyai matlamat yang sama, cumanya kali ini ia mensasarkan 300,000 orang iaitu bilangan yang bertambah dari 100,000 pada tahun 2007 kepada 300,000. Cuba bayangkan jika 100,000 polis sukar untuk mengawal dengan tingkahlaku pelbagai fikiran inikan pula 300,000 (jangan salahkan polis jika guna kekerasan). Saya kecewa dengan sikap pembangkang yang menyalahkan polis dalam dua perkara iaitu :
1. Mengatakan polis yang mencetuskan huru hara
Jawapan : Tidak mungkin polis yang dididik, dilatih, ditanamkan sikap cekap, tegas dan adil akan menjadi punca kepada huru hara. Jika polis tidak benarkan, akurlah…kalau bapa tak benarkan akurlah….Polis ada cara untuk membenarkan demonstrasi ini, mungkin boleh buat di stadium seperti mana PAS buat solat hajat, mungkin boleh buat di pulau yang tidak mengganggu ornag lain. Dengan mengadakan himpunan di ibu kota yang penuh sesak telah memperlihatkan mereka tidak mencapai klimaks demonstrasi.
2. Mengatakan polis menjadi telunjuk BN
Jawapan : sudah tentulah polis akan menenerima telunjuk BN selaku Parti Yang Memerintah, mana ada polis ikut telunjuk pembangkang yang bukan parti pemerintah. Namun bukanlah Polis itu tidak tahu membezakan mana yang perlu diikut mana yang perlu tidak diikut, tidak mungkin pimpinan BN juga menjadi tahanan polis waimah ia seorang Menteri sekalipun. Jelas di sini pembangkang hanya main persepsi tetapi tidak merujuk keadaan dirinya.

Kali ini juga BERSIH telah membawa 8 tuntutan yang melebih 4 tuntutan pada 2007 iaitu :
1. Bersihkan senarai pengundi
2. Reformasi Undi Pos
3. Guna dakwat kekal
4. Masa kempen minimum 21 hari
5. Akses media yang bebas dan adil kepada parti yang bertanding
6. Kukuhkan Institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor

Beberapa ornag ahli jawatankuasa BERSIH 2.0
1. Ambiga Sree (Pengerusi)....Bekas Pengerusi Majlis Peguam
2. Mat Sabu (Timbalan).....Timbalan Presiden PAS
3. Andrew Khoo
4. K Arumugam
5. Dr Farouk Musa
6. Harris Ibrahim
7. Liau Kok Fah
8. Maria Chin Abdullah....Eksekutif WDC
9. Richard Y W Yeoh
10. Dr Toh Kin Woon
11. Dr Wong Chin Huat
12. Datuk Yeo Yang Poh
13. Zaid Kamaruddin
14. Dr Subramaniam Pillay
15. Arul Prakkas

Apakah agenda tersirat BERSIH
1. Ingin mengekalkan momentum semangat perang selepas pilihan raya Sarawak
2. Ingin mengulangi kejayaan mereka pada himpunan 2007
3. Ingin membuat provokasi iaitu sekiranya mereka ditangkap atau dikasari oleh pihak berkuasa maka adalah story atau hujah yang menyatakan kerajaan itu zalim, media asing pun ambil gambar maka wujudlah tekanan daripada negara luar yang mengatakan Malaysia sebuah negara yang zalim dan huru hara. Kesannya pada pelabur dan imej negara di mata antarabangsa. Bak kata pepatah Melayu, Menang Jadi Arang Kalah Jadi Abu.
4. Bukan untuk menghantar memorandum sebagai matlamat utama tetapi untuk mewujudkan suasana perarakan agar bahang peperangan dapat diteruskan iaitu sentimen marahkan kepada kerajaan dapat diaktifkan. Soalnya adakah memorandum ini tidak boleh sampai jika yang pergi itu 20 ornag termasuk pimpinan 3 parti pembangkang dan tidak bolehkah bawa kepada Dewan Rakyat untuk dibentuk Rang Undang-Undang. Saya sedar dengan sifat anak muda yang suka kepada semangat peperangan memang himpunan inilah yang kita nantikan, namun untuk apa menembak pada diri sendiri, untuk apa menjaringkan gol dalam gawang sendiri dan untuk apa kita makan daging saudara sendiri, sewajarnya pembangkang bawa anak muda ini bersama-sama mengikuti perjuangan membela negara dari ancaman penyakit, kebersihan, masalah sosial yang menjadi barah negara atau jika nak perang sangat ayuh ikutlah kapal yang menghala ke Palestin.
5. Ingin menyiapkan diri untuk pilihan raya ke 13, inilah masanya yang boleh digunakan sebagai tanda sokongan rakyat kepada mereka
6. Sebagai jalan pintas untuk mengambil alih kerajaan atau Putrajaya dengan cara jalanan seperti mana yang dilakukan oleh negara Asia Timur atau nak ikut Thailand dan Filipina

Mengapa kita RAKYAT Malaysia tidak perlu ikut Demonstrasi Bersih
1. Ia menyalahi undang-undang kerana
2. Jika perbuatan itu memudaratkan maka janganlah dilakukan, ia ditegah dalam Islam
3. Jika kita ditangkap dan dipenjarakan atau dalam perjalanan kita terbunuh maka sia-sia hidup kita, lebih baik kita jaga anak isteri, ibu bapa, kaum keluarga serta selesaikan hutang-hutang kita sebelum kita meninggalkannya agar tidak terbeban kepada waris
4. Demosntrasi ini ada agenda lain iaitu memastikan kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU 13
5. Demonstrasi ini adalah untuk mengalihkan isu iaitu kes liwat Anwar Ibrahim dengan Saiful, kes Video seks Anwar Ibrahim, ke jam Omega…..bersihkan isu ini sebum Anwar Ibrahim bercakap soal BERSIH
6. Demonstrasi ini tidak ikhlas kerana mereka setuju dengan SPR atas kemenangan mereka di beberapa negeri tetapi mereka tidak bersetuju dengan kekalahan mereka di peringkat nasional
7. Demonstrasi ini hanya dianggotai jawatankuasanya seramai 4 ornag Melayu, 4 India dan 7 Cina, namun demonstrasi ini akan dihadiri hampir majoriti Melayu, siapa yang yang bodoh, orang Melayu tunjuk perasaan orang bukan Melayu ada kuasa, dahlah Md Sabu tak berapa pandai Bahasa Inggeris (dalam ceramah tak pernah dengar pun) dan tak pandai bahasa Cina dan india, memanglah kena jual walaupun dia jadi timbalan pengerusi Demonstrasi Bersih. Si Ambiga Sree pandai Bahasa Inggeris pandai bahasa ibundanya dan tahu strategi perundangan.

Wednesday, June 8, 2011

MAJLI PENYAMPAIAN BUNGKUSAN KEPADA MANGSA RIBUT






UMNO Bahagian Bakri sekali lagi menjadi badan yang prihatin apabila menganjurkan majlis penyerahan bantuan kepada 47 penerima bantuan mangsa ribut pada 7 Jun 2011. Program dianjurkan bersama JPMM DUN Sungai Abong dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mangsa ribut yang terlibat merangkumi Melayu dan Cina. Sumbangand daripada Dato' Saipolbahri (Ketua UMNO Bakri), Datuk Dr. Haris Salleh (Pengerusi JPMM DUN Sungai Abong), En. Mazlan bin Hj. Sabari (Timbalan Ketua UMNO), Hj. Hassan Johari (Naib Ketua UMNO) dan Hj. Mohd Fuad bin Tukirin (Ketua Pemuda UMNO).

Program yang diadakan di Balairaya Taman Meranti turut dihadiri oleh Pn. Jamilah Othman (ketua wanita), Tok Mokhtar (Ketua Kampung Batu 3), Tok Musyrik (ketua kampung Batu 50, Tok Nazir (ketua kampung batu 6), Tok Khalil (ketua kampung jeram Tepi), Tok Salleh (ketua kampung simpang jeram), tok kahar (ketua kampung Sabak Awor), Pn. Hellen Fong (Ahli Majlis) dan Goh Kim Huat (Ahli Majlis) serta penduduk setempat.

Keprihatinan ini perlu diteruskan dan perpaduan yang ditunjukkan perlu dikekalkan demi menghadapi pilihanraya akan datang. Berjuang tidak minta dibayar berkhidmat tidak minta disanjung, demi perjuangan yang amat mulia, kunamakan perjuangan untuk agama, bangsa dan negara..... Syabas dan tahniah.

Isu permukaan jalan tidak rata di Jalan Parit Tiram bersebelahan Sek. Keb. Simpang Jeram


Isu ini ditimbulkan oleh penduduk setempat yang meminta pihak kerajaan membaiki segera keadaan jalan yang rosak di Jalan Parit Tiram belakang Sek. Keb. Simpang Jeram. Kedudukan jalan yang menjadi penghubung kepada Taman Jaya 1 dan 2, Jeram Tepi, Taman Sri Jeram dan Jalan Bakri sering digunakan oleh orang ramai sebagai jalan pintas bagi mengelakkan kesesakan. Laluan ini juga digunakan oleh pelajar sekolah berulang alik dan menghubungkan dengan Sekolah Agama Simpang Jeram. Keadaan jalan yang rosak akibat dilalui oleh kenderaan berat yang sedang membuat projek perumahan di sebelah Taman Jaya 2. Keadaan jalan yang tidak rata telah mengakibatkan kesukaran kepada pengguna jalan dan keselamatan pelajar sekolah.

Jalan ini juga dilalui oleh mereka yang hendak bermain futsal di Real Futsal Simpang Jeram. Penduduk amat berbesar hati jika tindakan segera dapat diambil untuk keselesaan orang ramai.

MENCARI TITIK PERTEMUAN BUKAN PERPISAHAN

Di dalam meneruskan kehidupan seharian, sehari demi sehari sehinggalah tiba masanya nanti dipanggil oleh Allah SWT, saya tertanya tanya sampai bilakah masyarakat saya terus bercelaru, bergaduh, berperang, bersengketa antara satu sama yang lain, menutup kebenaran, membuat fitnah, mengadu domba, membuat kejahatan, meneruskan kerosakan, lidah bercabang, bersifat munafik, mengambil hak orang lain, melakukan maksiat dan kejahatan dan pelbagai lagi kerosakan. Tidak perlu pergi terlalu jauh, ambil sahaja di Muar ini bukan nak mencari kelemahan bagi penduduk di Muar tapi saya percaya semua tempat wujud persamaan. Sehingga setiap hari kerosakan demi kerosakan terus bermaharaja lela, malah yang nak buat kebaikan semakin hari semakin berkurangan jika tidak ada kepentingan dan tiada keikhlasan.

Semalam saya terkejut, apabila saya menerima sekeping risalah Program Anak Yatim mendapatkan dana wakaf tanah bagi pembinaan sebuah kolej berprestij tinggi setanding universiti. Namun tidak juga dinamakan Kolej Anak-Anak Yatim tetapi diletakkan nama yang cukup elit. Bukan itu sahaj telah mempunyai tanah selauas 320 ekar di sebuah negeri (tak perlu sebut). Saya menanyakan kepada brother yang serahkan phamplet itu kepada saya, saya tanya berapa had umur bagi anak yatim, dia kata dia pun tak tahu, mungkin lapan belas rasanya. Bila saya tanya berapa usia pelajar anak yatim yang akan masuk ke kolej, tentulah lebih dari 18 tahun, nah bagaimana nak capai sasaran jika program ini untuk anak yatim, malah anak yatim yang cemerlang lebih tertumpu untuk masuk ke universiti luar negara atau universiti awam. Disinilah saya melihat kecelaruan yang timbul dalam negara kita.

Saya melihat sudah tiba masanya tidak kira UMNO, PAS, KEADILAN, DAP, BEBAS dan berkecuali asalkan yang memegang kalimah syahadah, hendaklah berlapang dada, jangan pertikaikan orang lain, kalau yang dah buat salah mengaku sahaja, jangan menegakkan benang yang basah, letaklah jawatan, fikirlah yang kita ini akan mati, takutlah kesan dan akibatnya, renungkanlah anak-anak selepas kita, kasihan mereka bila kita bercelaru mereka lagi bercelaru, berapa juta negara akan rugi bila terus dibolot oleh mereka yang tidak betul jalannya, saya dah masak sangat dengan perkara ini, saya masih ingat lagi kata-kata YB. Datuk Abdullah Ali "jangan kita menyusahkan orang lain dan jangan menyusahkan diri kita kalau nak jadi pemimpin".

saya amat berharap, bersatulah demi Agama Allah yang tercinta, bersatulah demi Melayu sebagai bangsa kita dan bersatulah demi Malaysia yang berjaya.

Sunday, June 5, 2011

KURSUS PEMANTAPAN DAN TRANSFORMASI ORGANISASI

Tahniah diucapkan kepada mereka yang mengikuti Kursus Pemantapan Transformasi Dan Organisasi (KPTO) yang diadakan pada 3-5 Jun 2011 di Kem Permata Alor Gajah Melaka. Kenangan yang cukup indah apabila peserta dari Bakri dipecahkan kepada 2 kumpulan parti iaitu Jam Dan Kunci. Bagi saya yang menyertai parti kunci (pembangkang) amat menyeronokkan kerana banyak idea boleh melakukan kepada parti kerajaan yang sememangnya tidak agresif, terlalu mengikut protokol, tidak ada idea, sering kena sindiran dan hanya retorik semata. bagi parti kami sering menjulang perkataan keadilan, kesaksamaan, generasi muda, pemikiran baru, ketelusan dan sebagainya. sebagai pembangkang juga kami tidak takut kepada pihak kerajaan kerana apa yang mustahak dan terpenting adalah cita-cita kami menegakkan soal negara yang adil, maju dan berjaya. Walaupun ada dalam kumpulan kami yang ditangkap oleh polis (si botak tu) namun tidak mematahkan semangat kami untuk terus berjuang sebagai parti pembangkang. Kami hanya kalah 15 undi sahaja dan jika diadakan semula kami akan LAWAN TETAP LAWAN.

Namun objektif yang rasionalnya bukan emosi yang kami letakkan tapi soalan kerelevanannya dalam sesuatu keputusan yang tidak mengorbankan rakyat teramai, sebab itulah kami akan rasional walaupun duduk sebagai pembangkang. Kami mahukan kerajaan yang baik, kerajaan yang tidak menidakkan orang lain dan kerajaan yang berhatikan rakyat.

selamat berjuang wahai sahabatku tidak kira pembangkang atau kerajaan, keran medium utama kita adalah di P.145 Bakri..............TAKBIR

Tuesday, May 31, 2011

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN BAKRI

Sekalung penghargaan dan tahniah kepada seluruh perwakilan UMNO bakri seramai 765 orang kerana menghadiri mesyuarat perwakilan bagi tahun 2011. Mesyuarat yang diadakan pada 28 mei 2011 jam 8.30 pagi telah dirasmikan oleh YB.Datuk seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi selaku Naib Presiden UMNO malaysia. Mesyuarat kali ini membawa 3 usul yang dipersetujui iaitu minta kuota mca diberikan kepada umno bagi kerusi parlimen bakri, meminta kerajaan mengawal kenaikan harga barang dan mengkaji semula kitab sekolah agama yang digunakan pada hari ini digantikan kepada kitab asal Johor.

Namun mesyuarat kali ini tidak hanya diberikan perhatian kepada persidangan sahaja tetapi apa yang mustahak adalah persiapan umno dalam menghadapi pilihanraya jika diadakan pada tahun ini.

Friday, May 27, 2011

CERAMAH UMUM SIRI 2

Datuk Prof. Madya Dr. Mizan Hitam.
Gerakan Belia 4B Kawasan Bakri meneruskan lagi majlis penjelasan kepada orang ramai menerusi ceramah umum siri ke 2.Kali ini ceramah yang berbentuk ilmiah dan agama yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Prof. Madya Dr. Mizan bin Hitam (Rektor UiTM Melaka), Ust.Samsudin bin Saudi (penceramah bebas) dan Ust. Mohd Fadli bin Saat (Pegawai JASA Daerah Ledang).

Program yang diadakan pada 29 Mei 2011 (ahad) jam 8.30 malam di Padang Taman Bakri Jaya Muar Johor merupakan kedudukan yang sesuai untuk orang ramai hadir. Matlamat ceramah ini adalah menjelaskan dan memberikan ilmu pengetahuan kepada orang ramai untuk memilih keputusan yang terbaik bagi meneruskan survival masa hadapan negara yang baik.

Oleh itu saya menjemput tuan-tuan dan puan-puan serta sahabat sekalian untuk hadir sama bersama-sama mendengar ceramah yang baik ini.

Monday, May 23, 2011

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN UMNO KE 65


UMNO kini meraikan ulangtahunnya yang ke 65, sebuah parti yang tertua, sebuah parti yang banyak jasanya dan kini UMNO sebuah parti yang menjadi tonggak utama perjuangan Melayu. Namun apa yang saya ingin sentuh pada ruangan ini adalah UMNO semakin lemah dan dipinggirkan oleh orang-orang UMNO sendiri. Dunia mengakui perjuangan UMNO dengan kelantangan menentang gagasan Malayan Union yang mana British mahu dilakukan, namun semangat orang Melayu ketika itu menolak Malayan Union, usaha UMNO memasuki ke ceruk kampung amatlah berkesan sehingga berjaya menuntut kemerdekaan dari British pada 1957.

UMNO terus mendewasakan dirinya dengan meraih sokongan padu umat Melayu dengan kebijaksanaan menggunakan kuasanya dengan mendapat sokongan yang besar daripada majoriti orang Melayu. Kemenangan yang besar pada setiap pilihanraya menjadikan UMNO semaakin kukuh sehingga orang Melayu meletakkan harapan yang tinggi kepada UMNO malah di sesetengah tempat jika ada pertandngan dengan meletakkan batang cangkul, tunggul, batang pisang atau songkok tetap parti UMNO akan menang dalam pilihanraya. Jasa UMNO sering disebut-sebut sehingga negara tidak ada tanpa perjuangan UMNO atau negara tidak merdeka tanpa perjuangan UMNO.

Pemerintahan demi pemerintahan sehingga kepimpinan Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri ke 5 dilihat Perdana Menteri yang paling singkat dan paling kritikal memimpin UMNO. Apa tidaknya apabila Tun Mahathir telah keluar dari UMNO dan pembebasan Anwar Ibrahim yang menjadi semboyan kuat kebangkitan rakyat . Ini ditambah dengan lahirnya golongan cerdik pandai hasil usaha DEB, terbitnya banyak universiti, rancaknya pembangunan internet, sikap mahukan kebenaran, ketelusan, keadilan, kesaksamaan dan sikap mementingkan alam akhirat yang menyebabkan parti PKR dan PAS telah menjadi wadah baru untuk orang Melayu. Malah orang Melayu pada masa kini yang suatu ketika dulu mengibar bendera UMNO kini mereka sanggup mengibarkan bendera DAP. Di mana silapnya ?

UMNO pada hari ini dilihat oleh golongan muda sudah tidak relevan, bukan parti UMNO tidak relevan tetapi kepimpinan UMNO yang perlu berubah. Ramai orang sayangkan parti UMNO tapi memandangkan UMNO dipimpin oleh golongan yang lemah mindanya, dipimpin oleh orang yang penuh rasuah, ditadbir dengan banyak salah laku telah menyebabkan parti UMNO semakin dipinggirkan oleh orang Melayu. Kalau dahulu UMNO pembela bangsa, agama dan negara namun kini UMNO mementingkan kelompok kecil yang tidak mewakili keseluruhan rakyat. Mengapa di sekolah guru-guru lebih 50 % tidak menyokong kepimpinan UMNO, mengapa pensyarah di Universiti tidak menyokong parti UMNO dan mengapa pimpinan tertinggi jabatan tidak menyokong UMNO, adakah mereka tidak tahu yang parti UMNO banyak berjasa dan adakah mereka orang yang tidak berterima kasih kepada UMNO atau dia tidak mengenal budi yang dilakukan oleh UMNO sewaktu susah dahulu. Tentu tidak, rata-rata yang diterima adalah mereka sayangkan UMNO tetapi mereka mahu pemimpin UMNO pada hari ini perlu bersikap jujur, jika mereka tidak layak letaklah jawatan, jika mereka terlibat dengan pelbagai rasuah dan kejahatan lepaskanlah jawatan agar jawatan kepimpinan UMNO ditabdir oleh orang yang betul. Oleh kerana sikap tidak mahu mengalah inilaha yang menyebabkan peminggiran UMNO terus menerus malah jika lihat ceramah parti pembangkang kehadiran orang ramai begitu bik sekali jika dibandingkan dengan program UMNO. Belum pernah saya melihat seorang wanita yang cantik bertudung duduk di atas rumput berlapikkan surat khabar hingga ke jam 12 malam mendengar ceramah.

Nah inilah cabaran yang perlu kita sahut sebagai pemimpin UMNO di semua peringkat. Ucapan ualangtahun UMNO perlu diberikan perhatian agar parti UMNO kekal relevan, letakkanlah mereka yang betul. Kepimpinan Datuk Seri Najib dan Tan Sri Mahyudin adalah penentu dan nyawa terakhir dalam memastikan UMNO tidak ditolak pada PRU 13. Rakyat tidak mementingkan duit semata tetapi rakyat fikirkan orang yang benar, betul dan jujur. Jangan kita memandang rendah pada pandangan orang yang nak berjasa, jangan kita memandang kereta mewah dan rumah besar sebagai kejayaan UMNO. Tetapi kejayaan UMNO yang sebenar adalah dapat melahirkan jiwa perjuangan Melayu Islam yang tulin, tidak rasuah, tidak mempunyai moral yang rendah dan mementingkan soal dunia akhirat.

Semua ini berada di dalam dua keadaan, satu dalaman pemimpin tersebut, jika buruk mengakulah, berundurlah beri laluan pada yang betul dan sokong mereka dan kedua keputusan YAB Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar Johor. Carilah mereka yang benar, bersendikan Islam, bermatlamatkan keikhlasan dan mempunyai jiwa rakyat yang benar, bukan pemimpin wayang yang pandai menanam tebu di bibir pimpinan atasan akhirnya kita kalah dalam PRu 13.

Monday, April 25, 2011

PELUANG KERJA DALAM BIDANG PERKAPALAN DAN LARIAN HARI BURUH


Sempena 1 Mei 2011 iaitu Hari Buruh, Gerakan Belia 4B Kawasan Bakri mengambil kesempatan untuk mengadakan program khidmat masyarakat menerusi program "Jom Kita Sihat Bakri". Program yang dianjurkan sehari akan dirasmikan oleh Dato' Saipolbahri bin Hj. Suib selaku Ketua UMNO Bahagian Bakri. Turut diadakan program tersebut adalah acara larian kesihatan yang akan dilepaskan oleh YB. Datuk Hj. Abdullah bin Md. Ali selaku ADUN Kawasan Bukit Naning bersama YBhg. Datuk Dr. Hj. Haris bin Hj. Salleh selaku Pengerusi JPMM DUN Sungai Abong. Pelbagai acara menarik yang disediakan bagi mewujudkan lagi suasana sihat dikalangan penduduk Bakri.

Antara tentatif program adalah :
7.00 pagi : Pendaftaran peserta

: Senaman J-Robik

7.45 pagi : Acara larian kesihatan kategori pelajar sekolah rendah, menengah, dewasa dan veteran

8.00 pagi : Pertandingan mewarna

: Kem Kesihatan
: Pameran Kesihatan
: Program derma darah oleh HPSF
10.00 pagi : Ceramah 1 : “Gaya Hidup sihat” Oleh HPSF

11.00 pagi : Ceramah 2 : “Bebas Denggi” Oleh Pejabat Kesihatan Daerah Muar

12.00 tengahari : Majlis Perasmian penutupan

: Nyanyian lagu Bangsa Johor dan Negaraku

: Bacaan Doa

: Ucapan Perasmian

: Gimik Pelancaran “ Tak Nak Merokok”

: Penyampaian hadiah dan cenderahati



1.30 petang : Solat zuhur berjemaah

2.00 petang : Ceramah kenegaraan

3.00 petang : Ceramah “kerjaya dalam bidang perkapalan”

5.00 petang : Bersurai


Dijemput kepada sahabat-sahabat untuk menjayakan program ini. Insya Allah Gerakan Belia 4B Bakri akan mengadakan aktiviti bulan seterusnya.

Monday, February 14, 2011

sambutan maulidur rasul

Sambutan maulidur rasul peringkat daerah muar telah diadakan di masjid jamek sultan ibrahim pada 15 feb 2011 jam 8.00 pg. Seramai lebih 8000 org telah hadir yg mana amanat sambutan maulidur rasul disampaikan oleh tn Hj Misalan bin Karmani, turut hadir adun bkt serampang, adun sg abong, adun maharani, datuk md ismail md shah, datuk dr haris salleh, dato saipolbahri suib, hj fuad tukirin, hjh jamilah othman, ketua-ketua jabatan dan orang ramai,.

Ceramah telah disampaikan oleh Tn Hj Hanafiah bin Abd Razak dari jabatan falak majlis agama islam johor. Antara yg disentuh tentang sejarah perjuangan nabi dalam mengembangkan Islam. Nak dapat pertolongan Allah tidak besar bajetnya, hanya kita berusaha mendekati diri-Nya. 3 sifat penting dlm diri kita iaitu sabar atas kesusahan, redha dgn ketentuan dan tidak putus doa walaupun dalam keselesaan sbg bukti tawakal thdp Allah. Rahsia Rasulullah dlm kejayaan yg dibantu oleh Allah.

Ucapan Do, tentang kebersihan daerah muar yg perlu dilakukan secara bersama, sikap penduduk yg suka membuang sampah dan pekerja yg tidak berdedikasi telah menyebabkan masalah sampah berleluasa. Turut disentuh tentang sambutan velentine day yg haram disambut oleh org Islam. Kasih sayang dapat ditunjukan menerusi cara yg halal dlm hubungan suami isteri dan keluarga.

Wahai sahabat muslimku, ambillah iktibar dari perjuangan rasulullah dlm mengembangkan islam. Mudah2an kita dapat manfaatnya. Insya Allah yea sahabat

Sunday, January 9, 2011

USRAH PIMPINAN 4B TAHUN 2011

Alhamdulillah, usrah 4B Bakri telah bermula kembali. Dengan menemukan pimpinan 4B yang ingin menyuntik semangat dan roh Islam, maka usrah dimulakan di rumah Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Bakri. Usrah yang bersantai namun diisi dengan tazkirah iaitu buku bertajuk Sabda Rasululllah yang diriwayatkan oleh Ibnu Abas. dengan mengupas 2 tajuk iaitu "Ingatlah Allah ketika senang maka Allah akan mengingatimu ketika susah " dan " Mintalah kepada Allah nescaya Allah akan kurniakan".

Selepas dari tazkirah, ahli pimpinan Usrah telah membincangkan Program Usrah pada minggu depannya di Gunung Ledang iaitu 15-16 Januari 2011. Insya Allah usrah akan berjalan pada setiap minggu iaitu Jumaat malam yang akan bergilir-gilir di rumah ahli usrah.

KONVOI 4B KE RUMAH PIMPINAN DALAM PARLIMEN BAKRI

Pada 2 Januari 2011, Gerakan Belia 4B Kawasan Bakri telah memulakan langkah barunya dengan membawa 23 orang pimpinan Belia 4B termasuk belia Pesta, Belia MAYC Bakri, Belia Kampung Tengah, Belia Pertama Indah dan pemuda UMNO Bakri untuk bersama-sama mengunjungi rumah pimpinan dalam Parlimen Bakri.

Dengan memulakan langkah awalnya iaitu berkumpul di Masjid Jamek Sultan Ibrahim untuk sesi taklimat solat sunat duha dan bacaan doa keselamatan untuk bergerak ke check point yang dirancangkan iaitu :
1. Rumah En. Muzamael bin Sharif (Penghulu Mukim Bandar)
2. Rumah En. Chris Lee Ching Yong (Pengerusi JPMM DUN Bentayan)
3. Rumah En. Halim (Ketua Kampung Bukit Treh)
4. Rumah Tn. Hj. Dris bin Sehan (Ketua Kampung Sabak Awor)
5. Rumah Tn. Hj. Kahar bin Hj. Mashuri (Ketua Kampung Sungai Abong)
6. Rumah Tn. Hj. Hassan bin Ayub (Ketua Kampung Parit Keroma)
7. Rumah En. Mokhtar bin Sulaiman (Ketua Kampung Batu 3)
8. Rumah Tn. Hj. Khalil bin Ismail (Ketua Kampung Jeram Tepi)
9. Rumah Tn. Hj. Salleh bin Shukor (Ketua Kampung Simpang Jeram)
10. Rumah Tn. Hj. Musyrik bin Yusof (Ketua Kampung Batu 5)
11. Rumah Tn. Hj. Hassan bin Hj. Johari (Naib Ketua UMNO Bahagian Bakri dengan makan tengahari dan zolat zuhur dirumahnya)
12. Rumah En. Toh Pee Chu (Ketua Masyarakat Bakri Timor)
13. Rumah En. Sia Ka Tuan (Ketua Masyarakat Bakri)
14. Rumah Tn Hj Kudari bin Hashim (Ketua Kampung Batu 14-16 Air Hitam)
15. Rumah En. Salleh bin Hashim (Ketua Kampung Parit Haji Anuar)
16. Rumah En. Salleh bin Hj. Karim (Ketua Kampung Batu 17-18 Air Hitam)
17. Rumah En. Jamil bin Madran (Ketua Kampung Sri Sempadan)
18. Rumah En. Arifpudin bin Abd. Latif (Penghulu Mukim Air Hitam)
19. Perjumpaan dengan pasukan polis Bukit Naning
20. Rumah Tn. Hj. Sarman bin Othman (Ketua Kampung Parit Tengah Air Hitam. Peserta konvoi merempuh hujan lebat, habis semua sekali...takpe sahabat ini perjuangan dan pengalaman)
21. Minum petang di simpang Parit Tengah
22. Solat asar di Masjid Parit Tengah
23. Rumah Tn. Hj. Rohani bin Idris (Ketua Kampung Parit Baru, jumpa beliau di Masjid Parit Baru)
24. Rumah En. Saifudin bin Kadak (Ketua Kampung Parit Bugis)
25. Rumah Tn Hj. Yatimin bin Yatiman (Ketua Kampung Sri Bulatan Setia)
26. Rumah Tn. Hj. Mohd Nizam Al Bakri bin Hj. Ali (Pengerusi Biro Agama 4B Bakri)
Majlis berjalan dengan baik sekali, para peserta sanggup bermula dan berakhir dengan minat yang cukup tinggi. Mereka tidak kisahkan tentang wang minyak malah mereka sanggup mengeluarkan duit sendiri untuk membeli baju, membayar insurans dan duit minyak. Peserta mengharapkan akan ada ekspedisi yang lebih jauh dan mencabar. Insya Allah saasaran 4B Bakri adalah konvoi motosikal dari Bakri ke Jerlun Kedah.