Thursday, December 31, 2009

PERKAHWINAN DR ROSLI DAN BUNG MOKHTAR


Apa yang membezakan antara perkahwinan dua orang pemimpin politik ini iaitu Dr. Rosli Allani (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan) dan Datuk Bung Mokhtar (Ahli Parlimen BN dari Kinabatangan Sabah). Kedua-dua mereka telah mempunyai isteri masing-masing namun kerana ingin menambahkan zuriat kedua-duanya berkahwin satu lagi. Kedua-duanya mendapat liputan akhbar yang kerap namun yang menjadi isu kontroversi adalah perkahwinan yang tidak sah antar Dr. Rosli dan pasangannya Ilyani Mohd Nor.

Boleh dikatakan perkahwinan antara Bung Mokhtar dan Zizie Izatie walaupun nampak kelakar namun ia melalui jalan yang sah dan tidak dijadikan bahan isu dan isteri Bung Mokhtar serta ibu Zizie juga merestui. Tetapi sebaliknya perkahwinan Dr. Rosli yang diarahkan mufaraqah oleh Mahkamah Tinggi Syariah kerana perkahwinan mereka diragui dan ia disyaki dijalankan oleh satu sindiket di Selangor dan kemudian Dr. Rosli berkahwin lagi di selatan Thailand.

Sebagai seorang yang kononnya pejuang Islam dibawah Parti yang berasaskan Islam, di mana letak akhlaknya. Seorang bapa yang bernama Mohd Noor Che Man sanggup membawa kes pernikahan beliau ke mahkamah syariah, sanggup membuat laporan polis di Balai polis Kota Bahru dan sanggup bersengkang mata bersama rakan-rakannya mengepung rumah Dr. Rosli selama 19 jam kerana masih tinggal sebumbung dengan anaknya. Sebagai bapa yang menjaga anak sejak ia dilahirkan sehingga umur Ilyani berusia 30 tahun sanggup mengenepikan kedudukan bapanya, saya tidak fikir inilah cara Islam yang menolak wali sebenar dalam perkahwinan. Walaupun keinginan atau rela hati beliau untuk ikut Dr. Rosli, namun sewajarnya bapa yang ada, ibu yang ada tidak dilihat seperti tidak ada........

KENAIKAN HARGA GULA


Langkah menaikkan harga gula secara mendadak tanpa memberikan tanda-tanda lebih awal mengejutkan banyak pihak dan ia pastinya memberikan implikasi yang tidak baik khususnya kepada pengguna atau rakyat. Kenaikan harga gula sebanyak 20 sen iaitu dari RM 1.45 kepada RM 1.65 di Semenanjung manakala di Sabah dan Sarawak dari RM 1.55 kepada RM 1.75. Walaupun kerajaan memberikan alas an kenaikan ini adalah wajar memandangkan harga dunia pada masa kini adalah RM 2.20 yang bermaksud kerajaan masih menanggung subsidi gula sebanyak 80 sen dan membandingkan kepada Negara jiran iaitu Thailand RM 2.50 sekilogram, Indonesia RM 3.40 sekilogram, Singapura RM 3.05 sekilogram dan Filipina RM 3.62 sekilogram.

Sewajarnya kenaikan ini pasti akan memberikan kesan walaupun ia kesan minima (jika ia boleh dikawal) atau kesan maksima jika kerajaan tidak mengawal peniaga-peniaga yang menggunakan gula seperti kos makanan dan minuman. Ini termasuklah peniaga yang menjual teh tarik, teh o, milo o, kopi o, air botol, makanan dan lain-lain.

Bagi isi rumah atau suri rumah, kenaikan kos 20 sen mungkin tidak terasa jika isi rumah hanya 3 orang atau jumlah yang kecil namun, bagi isi rumah yang mempunyai bilangan anak sehingga 7, 8, 9 dan 10 orang sudah pastinya duit 20 sen yang dinaikkan itu akan terasa. Saiz kuih akan menjadi kecil atau saiz yang sama harga yang berlainan.

Adalah dicadangkan kenaikan yang ingin dilakukan adalah secara terperingkat iaitu naik paling tinggi 10 sen atau 5 sen bagi mengelakkan ianya terasa dan memberikan alasan yang munasabah serta penjelasan kepada orang ramai mengapa ia perlu dinaikkan, bukan naik malam tadi malam tadi umumkan. Perkataan silap mata tidak lagi boleh dijalankan kerana dalam keadaaan hari ini kerajaan BN adalah lemah. Apa yang rakyat tahu adalah Malaysia mempunyai kilang gula, ladang tebu dan mempunyai raja gula iaitu Robert Quock.

PENSYARAH USM DILANTIK SEBAGAI YDPMAIPP


Tahniah diucapkan ke atas perlantikan Ustaz Ellias Zakaria sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang setelah berlaku kemelut perlantikan dijanjikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang ingin melantik Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohd Salleh Man sebagai Pengerusi namun beliau hanya dilantik sebagai Timbalan sahaja iaitu jawatan yang baru diwujudkan.

Sebagai orang yang mengenali Ustaz Ellias yang kerap keluar di dalam Forum Perdana Ehwal Islam, beliau pernah mengajar saya dalam subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara (TITAS), beliau juga merupakan pensyarah di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM dan apa yang dibanggakan beliau kerap memberikan khutbah Jumaat tanpa perlu menggunakan teks di Masjid Al Khaleq USM.

Perlantikan beliau adalah tepat kerana beliau bukan orang politik, beliau merupakan seorang professional dalam bidang keagamaan dan perlantikan beliau sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang adalah tepat. Semoga perlantikan beliau yang menggantikan En. Shahbudin Yahya akan mengukuhkan lagi Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan syiar Islam di Pulau Mutiara.

Wednesday, December 30, 2009

PENGHARAMAN LPKP KE ATAS BAS LEBIH 30 TAHUN


Penguatkuasaan pengharaman bas sekolah yang berusia lebih 30 tahun tidak dapat beroperasi pada Januari 2010 adalah sesuatu perkara yang tidak boleh diterima. Ini kerana ia terlalu cepat dan mendesak tanpa memikirkan cadangan lain bagi mengatasi permasalahan ini. Bukan sahaja pengusaha bas akan marah, malah lebih 30 ribu pelajar di seluruh negara tidak dapat bergerak dan lebih 30 ribu keluarga akan memarahi pihak LPKP dan seterusnya kepada kerajaan Barisan Nasional. Cuma nak maklumkan kebanyakan yang memiliki bas lama ini adalah peniaga Melayu yang tidak mampu untuk memiliki bas baru yang harganya lebih RM 500 ribu sebiji.

Perlu mengambilkira cadangan kerajaan untuk mengenakan penyemakkan kenderaan berusia lebih 15 tahun ke PUSPAKOM, namun cadangan itu ditarikbalik kerana ia menimbulkan kemarahan ramai pemilik kenderaan yang mempunyai usia ini.

Adakah kerana isu kemalangan bas 2 tingkat milik Sani Ekspress dijadikan isu bagi pengharaman bas sekolah ini, kalau kerana isu inilah ia dianggap tidak logik, ini kerana bas Sani Ekspress yang mengorbankan 10 orang ia berusia 3 bulan dan dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan termasuk black box.

Apa yang dilihat dalam perkara ini adalah nyawa pelajar, kepentingan peniaga dan perlaksanaan kerajaan yang perlu ditekankan, ia mesti seimbang dan adil. Untuk itu sewajarnya perbincangan antara persatuan ibu bapa pelajar, persatuan pengusaha bas dan LPKP bagi mencari jalan penyelesaian. Mungkin cadangan mewujudkan dana pinjaman kepada pengusaha bas atau membuat penyemakkan PUSPAKOM yang lebih kerap dapat dijalankan

Tuesday, December 29, 2009

PROGRAM GERAK TUMPU ZON 8 BAKRI (C)









Tahniah kepada Pn Hjh Jamilah Othman selaku Ahli Majlis Perbandaran Muar yang telah menganjurkan program gerak tumpu sebagai satu program yang memberikan sifat tanggungjawab ahli masyarakat di taman tersebut terhadap kebersihan. Program yang diadakan di Padang Taman Jeram Mulia Bakri pada 27 Disember 2009 telah dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Bakri YBhg. Dato’ Saipolbahri bin Hj. Suib.
Turut hadir di dalam program tersebut adalah YDP Majlis Perbandaran Muar iaitu Hj Wahab bin Ridwan, imam masjid Batu 3, ketua Kampung Jeram Masjid Tok Khalil bin Ismail, Pegawai JASA Daerah (akulah tu), Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Bakri, Pn. Mariam Sharif dan mantan wakil rakyat DUN Bukit Naning, Hj. Hashim Rais.
Program yang diisi dengan sukaneka kanak-kanak, pertandingan sepak takraw yang diuruskan oleh Pengerusi Belia Jati, Mohd Fitri Iskandar, senaman JRobik yang diketuai oleh En. Husin Pagoh, pertandingan gubahan tuala dan memasak yang diketuai oleh Pn Mariam Sharif dan Kak Rosminah Warno, serta ceramah kesihatan daripada Jabatan Kesihatan Muar, Pn. Normala Ayub.
Di dalam majlis tersebut, YDP MPM mengharapkan agar penduduk dapat mengamalkan cara hidup yang sihat dan menguruskan sampah dengan baik. Ini kerana dalam sehari penduduk sekitar Muar telah menghasilkan 250 tan dan setahun 90,000 tan, jika sampah tidak dikitar semula ia telah menyebabkan pusat pembuangan sampah di Bakri Batu 6 menghadapi masalah. Beliau berharap barang-barang yang boleh dikitar semula dapat dijual dan digunakan untuk membayar bil elektrik dan air yang pastinya menjimatkan duit. Beliau mengambil contoh plastic yang sukar dilupuskan walaupun 100 tahun, namun ia boleh dikitar semula untuk kegunaan masa akan datang, apa yang mustahak adalah generasi akan datang dapat menikmati kehidupan yang lebih baik dengan adanya pengurusan sampah yang cekap.
Sementara itu, Dato’ Saipolbahri mengharapkan apa jua yang dilakukan seharian adalah satu ibadah, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak MPM yang bertungkus lumus dalam menjadikan masyarakat di Daerah Muar ini hidup dalam keadaan bersih dan sejahtera, masyarakat pada hari ini menumpang kasih kepada pihak MPM yang banyak berikan kesenangan dan ikatan ini perlu dipupuk dan dikekalkan sampai bila-bila. Beliau juga menekankan bahawa penduduk di kawasan ini perlulah bersatu di dalam usaha merampas kembali kerusi di DUN Sungai Abong.

MESYUARAT PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN BELIA 4B MALAYSIA

















Seramai lebih 600 perwakilan dari seluruh Negara tidak termasuk Sabah dan Sarawak telah menghadiri Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Gerakan Belia 4B Malaysia yang diadakan di Puteri Resort Ayer Keroh Melaka pada 20-22 Disember 2009. Mesyuarat yang dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, selaku Presiden Belia 4B Malaysia yang dihadiri juga isteri dan anak beliau yang turut menyertai Gerakan Belia 4B ini.

Belia 4B yang mempunyai rangkaian yang terbesar dan teramai di seluruh Malaysia merupakan satu persatuan belia yang mementingkan aspek bersatu, belajar, bekerja dan berkhidmat untuk agama, bangsa dan Negara.

Mesyuarat kali ini dianggap penting kerana meletakkan halatuju belia 4B pada masa akan datang. Setelah akta belia dikuatkuasakan maka kepimpinan belia 4B telah diambilalih oleh golongan yang berusia bawah 40 tahun. Presiden belia 4B yang baru iaitu Sdr. Muamar Gadafi bin Dato’ Jamaludin telah mengetuai pertubuhan belia ini tanpa berlaku pertandingan di antara kepimpinan yang ada. Banyak negeri telah sepakat menaikkan nama beliau selaku presiden memandangkan pengalaman beliau yang luas. Beliau yang berusia 30 tahun memiliki ijazah kejuruteraan di luar Negara, memiliki firma sendiri dan merupakan anak kepada Setiausaha Agong Gerakan Belia 4B Malaysia.

Walaupun belia 4B tidak berlaku pertandingan, sepertimana kata-kata perwakilan dari Kelantan, jangan hanya gah pada nama, sewajarnya pemipin yang mempunyai nama ini dapat turun ke kawasan dan akar umbi kerana mereka yang berada di akar umbilah yang menaikkan nama beliau hingga ke jawatan tertinggi. Ramai tokoh yang lahir daripada belia 4B antaranya Datuk Ali Rustam, Dato’ Noh Omar, Dato’ Johari Bahrom, Dato’ Khaled Nordin, Dato’ Dr Khir Toyo, Dato’ Raja Zainudian Raja Omar, Dato’ Ghani Othman, Datuk Dr. Haris Salleh dan ramai lagi di peringkat negeri seluruh Malaysia.

BERGERAK

Tuesday, December 15, 2009

KEPRIHATINAN KERAJAAN TERHADAP PEKEBUN KECIL


Ucapan Dato' Saipolbahri Suib selaku Ketua UMNO Bahagian Bakri


Ucapan YB. Hj. Aziz Kaprawi selaku EXCO Pertanian DanIndustri ASas Tani Johor


Turut Hadir Hj. Hasan Johari,Hj.Fuad Tukirin danbarisan pimpinan UMNO Bahagian Bakri


Bantuan Alatan Pertanian disampaikan kepada semua cawangan dalam DUN Bukit Naning


Turut disampaikan bantuan alatan kesenian

Turut disampaikan hadiah-hadiah program KEMAS Air Hitam

15 Disember 2009 : Kerajaan amat memberikan tumpuan kepada pekebun kecil dalam meningkatkan pengeluaran hasil pertanian mereka. Pelbagai bantuan yang ditawarkan kerajaan termasuk dalam bidang pembungkusan dan pemasaran sehingga hasil mereka amat diperlukan di pasaran dunia khususnya di negara China kata Tn. Hj. Aziz Kaprawi selaku EXCO Pertanian Dan Industri Asas Tani Kerajaan Johor. Beliau berkata demikian dihadapan lebih 300 orang penduduk di Kampung Parit Tengah Air Hitam di dalam program Pemimpin Bersama Rakyat. Turut hadir didalam program tersebut adalah Dato’ Saipolbahari Suib yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Bakri, Naib Ketua Hj.Hasan bin Johari, Ketua Wanita Hjh.Jamilah Othman dan Ketua Pemuda Mohd Fuad Tukirin dan barisan kepimpinan UMNO Bahagian Bakri.

Menurutnya lagi pasaran ubi sebagai contoh amat diperlukan di negara China sehingga keperluan lebih 10 tan sebulan daripada Malaysia. Malah pasaran di negara jiran juga memerlukan pengeluaran dari Malaysia. Beliau berharap pekebun kecil dapat mengambil bantuan dan peluang yang ditawarkan oleh pihak kerajaan termasuk geran-geran bantuan seperti mesin dan modal kerana kerajaan amat prihatin terhadap permasalahan rakyat menerusi slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Beliau amat berharap pekebun kecil dapat bersatu di dalam satu persatuan dalam menjadikan pengeluaran pertanian berskala besar. Mengambil contoh di dalam pembinaan pesawat Airbus, banyak negara di Eropah telah bersatu dalam menjayakan misi pembinaan Airbus tersebut sehingga ia dikenali pesawat terbesar di dunia.

Sementara itu, Dato’ Saipolbahri berharap peluang-peluang yang diberikan oleh kerajaan perlulah diambil oleh penduduk di kawasan Parlimen Bakri.Kedudukan Mukim Air Hitam yang dipenuhi dengan kawasan pertanian dianggap kawasan yang sesuai di dalam menjayakan dasar pertanian negara. Ini kerana banyak peluang pertanian yang ditawarkan masih tidak digunakan. Beliau yangmerupakan Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) Bakri dan Pengerusi Peladang Kawasan Bakri amat mengharapkan penduduk dikawasan parlimen Bakri dapat bersatu padu, saling sayang menyayangi dan menjadikan apa yang dilakukan dalam aktiviti seharian sebagai satu ibadah.

Pada majlis tersebut juga, Tn.Hj. Aziz sudi menyampaikan bantuan alatan pertanian kepada pemimpin masyarakat di kawasan DUN Bukit Naning dan hadiah pertandingan aktiviti KEMAS dan Sukaneka peringkat Zon Air Hitam.

Friday, December 11, 2009

Lama Betula Tak Aktif Blog

A'kum sahabat seperjuangan sekalian...mohon maaf kerana dah lama tak update blog ini sejak bulan november hingga kini, apabila tengok blog wak leman terasa jugak sebab kesibukan dia bekerja sempat jua dia aktifkan blog..tahniah wak leman.

Mungkin kerana tugasan seharian dan tanggungjawab yang diamanahkan dan ditambah dengan facebook itu yg jadi kacau nak update blog...insya Allah lepas ni dah boleh aktif balik....cumanya nak bgtau yg aku telah dipilih sebagai Pengerusi Gerakan Belia 4B Parlimen Bakri, jam 12.45 mlm tadi baru balik dari ngeteh kat kedai norzack tomyam batu 6Bakri....

Lepas ni aku sambung balik blog ini....