Di dalam meneruskan kehidupan seharian, sehari demi sehari sehinggalah tiba masanya nanti dipanggil oleh Allah SWT, saya tertanya tanya sampai bilakah masyarakat saya terus bercelaru, bergaduh, berperang, bersengketa antara satu sama yang lain, menutup kebenaran, membuat fitnah, mengadu domba, membuat kejahatan, meneruskan kerosakan, lidah bercabang, bersifat munafik, mengambil hak orang lain, melakukan maksiat dan kejahatan dan pelbagai lagi kerosakan. Tidak perlu pergi terlalu jauh, ambil sahaja di Muar ini bukan nak mencari kelemahan bagi penduduk di Muar tapi saya percaya semua tempat wujud persamaan. Sehingga setiap hari kerosakan demi kerosakan terus bermaharaja lela, malah yang nak buat kebaikan semakin hari semakin berkurangan jika tidak ada kepentingan dan tiada keikhlasan.
Semalam saya terkejut, apabila saya menerima sekeping risalah Program Anak Yatim mendapatkan dana wakaf tanah bagi pembinaan sebuah kolej berprestij tinggi setanding universiti. Namun tidak juga dinamakan Kolej Anak-Anak Yatim tetapi diletakkan nama yang cukup elit. Bukan itu sahaj telah mempunyai tanah selauas 320 ekar di sebuah negeri (tak perlu sebut). Saya menanyakan kepada brother yang serahkan phamplet itu kepada saya, saya tanya berapa had umur bagi anak yatim, dia kata dia pun tak tahu, mungkin lapan belas rasanya. Bila saya tanya berapa usia pelajar anak yatim yang akan masuk ke kolej, tentulah lebih dari 18 tahun, nah bagaimana nak capai sasaran jika program ini untuk anak yatim, malah anak yatim yang cemerlang lebih tertumpu untuk masuk ke universiti luar negara atau universiti awam. Disinilah saya melihat kecelaruan yang timbul dalam negara kita.
Saya melihat sudah tiba masanya tidak kira UMNO, PAS, KEADILAN, DAP, BEBAS dan berkecuali asalkan yang memegang kalimah syahadah, hendaklah berlapang dada, jangan pertikaikan orang lain, kalau yang dah buat salah mengaku sahaja, jangan menegakkan benang yang basah, letaklah jawatan, fikirlah yang kita ini akan mati, takutlah kesan dan akibatnya, renungkanlah anak-anak selepas kita, kasihan mereka bila kita bercelaru mereka lagi bercelaru, berapa juta negara akan rugi bila terus dibolot oleh mereka yang tidak betul jalannya, saya dah masak sangat dengan perkara ini, saya masih ingat lagi kata-kata YB. Datuk Abdullah Ali "jangan kita menyusahkan orang lain dan jangan menyusahkan diri kita kalau nak jadi pemimpin".
saya amat berharap, bersatulah demi Agama Allah yang tercinta, bersatulah demi Melayu sebagai bangsa kita dan bersatulah demi Malaysia yang berjaya.
No comments:
Post a Comment