Thursday, December 16, 2010

Petua Orang Cemerlang

1. Orang yang cemerlang sentiasa berusaha menjana hati yang bersih dan sentiasa mencuci hatinya menggunakan pelbagai teknik dan petua seperti sembahyang taubat, istighfar, baca Al Qurang, maafkan semua orang, ingat mati, sedekah, berpuasa, kekalkan wudhu dan sebagainya.....

2. Orang cemerlang sentiasa membentuk niat yang murni untuk setiap kegiatan yang dilakukan

3. Orang yang cemerlang sentiasa mencari emas dalam diri. Tuhan mencipta manusia dengan sempurna, tetapi kebanyakkan orang tidak sedar. Dengan mengenal diri secara mendalam, kita dapat menerobos sempadan diri.

Hilangnya Seorang Pejuang Agama, Bangsa Dan Negara


Al fatihah diucapkan kepada Allahyarham YB. Datuk Hj. Sulaiman bin Taha (ADUN Tenang merangkap Ketua UMNO Bahagian Labis) yang telah pulang ke rahmatullah pada pagi tadi akibat sakit paru-paru dan kencing manis. Beliau yang telah dimasukkan ke dalam wad di Hospital Ampang Puteri seorang tokoh pejuang sehingga memenangkan kerusi Barisan Nasional di Parlimen Labis iaitu anak kepada Dato' Chua Soi Lek.

Allahyarham yang bertanding di DUN Tenang memenangi 7,655 undi manakala PAS 2,138 dengan majoriti 5,517. Pada pilihanraya 2008, allahyarham memperolehi 6,367 undi manakala PAS memperolehi 3,875 undi dengan majoriti 2,492.

Semoga roh allahyarham Datuk Sulaiman Taha diberkati oleh Allah SWT, termasuk dikalangan para pejuang Islam dan semoga kerusi DUN Tenang masih milik Barisan Nasional dengan majoriti yang bertambah.

Wednesday, December 8, 2010

Ketuanan Melayu Digantikan Kedaulatan Melayu

Saya menjujung kata-kata DYMM Sultan Ibrahim Ismail yang menyatakan ketuanan Melayu perlu digantikan kepada Kedaulatan Melayu. Ini kerana, ketuanan Melayu agak mengelirukan apabila wujud pandangan bahawa ketuanan Melayu akan melahirkan antara tuan dan hamba, ini bermakna orang Melayu menjadi tuan dan bukan Melayu menjadi hamba. Inilah yang menyebabkan orang Melayu sendiri yang menolak ketuanan Melayu atas kepentingan politik mereka dan ia amat mengguriskan rakyat Malaysia berketurunan Melayu dan Raja-Raja Melayu.

Oleh itu untuk menyelamatkan keadaan ini, saya beranggapan perkataan ketuanan Melayu wajar digantikan Kedaulatan Melayu yang melihat Raja-Raja Melayu dan rakyat Melayu adalah seorang yang berdaulat selepas daripada penyerahan Tanah Melayu daripada kerajaan British. Dengan adanya kedaulatan Melayu ini sudah pastinya kata lawan tidak berdaulat tidak akan wujud. Ini kerana Kedaulatan Melayu telah pun diterima sejak kita merdeka lagi, malah kedaulatan Melayu inilah yang menjadi asas kemakmuran negara Malaysia menjadi sebuah negara yang dikenali dan berdaya maju.

Soal orang Melayu menolak ketuanan Melayu amat mengecewakan dan mendukacitakan, tidak wajar mengambil pedang dari bapanya lalu menghayun pedang tersebut kepada bapanya, ertinya tidak wajar seorang yang dikatakan Melayu sanggup untuk membunuh kaumnya sendiri kerana nikmat yang sedikit. Saya minta kepada orang-orang Melayu tidak kira di dalam parti mana sekalipun dan tidak kira dalam NGO mana sekalipun janganlah kita menolak soal kedaulatan Melayu, malah kita wajib mempertahankannya selepas kita mempertahankan Islam sebagai agama kita, jika kita menolak kedaulatan Melayu sedangkan kaum lain mempertahankan kaumnya, maka kita teramat rugi ibarat yang dikejar tidak dapat dan yang digendong keciciran. Islam dan Melayu tidak boleh dipisahkan, Islam adalah agama kita dan Melayu adalah kaum kita, begitu juga dengan Islam dan Cina (jika dia Islam) tidak boleh dipisahkan, Islam adalah agama Cina adalah kaum mereka. Jangan campurkan antara kaum dalam perjuangan ketika bercakap antara Melayu dan Melayu, kita ada budaya, adat, kefahamannya tersendiri.

MAJLIS PENYERAHAN SIJIL PENEMPATAN (CF) UNTUK PROJEK PARLIMEN BAKRI

Pada 6 Dis 2010, UMNO Bahagian Bakri bersama Pejabat Daerah Muar telah mengadakan majlis penyampaian sijil layak menduduki bagi 3 projek yang diperuntukan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri menerusi permohonan yang dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Bakri. Antara projek yang diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri adalah :
a. Menaiktaraf Mess Pegawai PGA Bakri
b. Pembinaan Jalan di SRJKC Chin Terh Bakri
c. Pembinaan Pentas Budaya Parit Tengah Air Hitam
Kesemua projek tersebut telah pun siap dilaksanakan pada bulan 8 dan majlis yang diadakan pada tarikh tersebut adalah penyerahan sijil kepada penerima-penerima projek. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Ketua Penolong Pegawai Daerah iaitu Tn. Hj. Zainal Eran yang mewakili Pegawai Daerah Muar, ucapan YB. Datuk Hj. Abdullah bin Md. Ali selaku ADUN Bukit Naning dan ucapan perasmian oleh YBhg. Dato' Saipolbahari bin Hj. Suib selaku Ketua UMNO Bahagian Bakri. Di dalam ucapan CADO adalah projek ini yang dilobi sendiri oleh Dato' Saipol ketika TPM hadir ke Bakri, sebanyak, menyentuh tentang pembangunan PIA dan PIAS yang akan dijalankan pada Januari 2011 dengan peruntukan sekitar RM 1 juta.

ADUN Bukit Naning juga menyentuh inilah keprihatinan kerajaan Barisan Nasional yang memberikan peruntukan kepada kawasan-kawasan yang memerlukan, marilah kita bersyukur kepada Allah SWT yang memberikan keamanan dan kemakmuran dalam negara Malaysia, memuji sistem penyampaian negara yang melaksankan transformasi yang diperlukan dalam mencapai objektif 1Malaysia,memuji kepada Dato' Saipol yang melaksanakan sebahagian tugas Ketua Bahagian dengan membawa projek di Bakri termasuk membina masjid Kampung Parit Tengah dan mendapatkan projek-projek untuk rakyat. Namun beliau menyentuh apakah yang kita perolehi daripada ADUN dan Ahli Parlimen pembangkang yang menang, langsung tidak ada projek pembangunan yang kita perolehi, hanya melawat sahaja dengan tangan kosong dan terus berpolitik menghentam kerajaan. Oleh itu beliau berharap pada masa akan datang pengundi-pengundi jangan tertipu dengan pembangkang kerana tidak ada apa yang boleh diharapkan. Malah kerajaan BN juga menurap jalan ke rumah ADUN pembangkang. Beliau juga menyatakan tentang projek yang telah pun dilaksanakan dan telah pun diluluskan iaitu Masjid Kampung Kenangan dato' Abdullah Jaafat Batu 6 Bakri sebanyak RM 2.3 juta dengan tambahan RM 250 ribu, Masjid Parit Keroma Jalan Dato' Haji Kosai sebanyak RM 1.5 juta dengan tambahan RM 300 ribu, Masjid Batu 18 Air Hitam hampir RM 2.3 juta dan RM 500 ribu untuk kerja-kerja menambak tanah merah dari Kampung Parit Kelantan ke Kampung Tanah Merah. Beliau juga mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharam semoga pemikiran kita semakin baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Bagi Dato' Saipol pula, program yang diadakan ini adalah permintaan Pejabat Daerah yang mahukan satu majlis diadakan bagi memaklumkan kepada umum tentang kelulusan peruntukan dari TPM, beliau setuju dengan kenyataan ADUN Bukit Naning yang mana pembangkang tidak membuat apa-apa malah beliau bersama ADUN Bukit Naning berusaha untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat termasuk kelulusan penutupan tapak pelupusan sampah. Beliau menyentuh tentang konvensyen BN yang meminta kita hendaklah buang jauh-jauh perkara yang keruh dan mengambil yang jernih, kita sama-sama berusaha untuk merampas kembali kerusi-kerusi yang kalah di Parlimen Bakri, beliau akan memberikan latihan kepada jentera parti untuk menghadapi pilihanraya dan beliau berharap jentera pemuda, wanita dan puteri jangan berjanji kepada awam yang akan memberikan kesan kepada pilihanraya. Beliau berjanji untuk merampas kembali kerusi yang kalah dari pembangkang.
ketibaan ADUN Bukit Naning bersama Ketua UMNO Bahagian Bakri










KARNIVAL SUKAN JPMM NEGERI JOHOR 2010

Syabas dan tahniah kepada kontinjen JPMM DUN Bukit Naning kerana menyertai pertandingan sukan JPMM Negeri Johor yang diadakan pada 3-5 Disember 2010 bertempat di Kulaijaya dan Pandan City Johor Bahru. Dengan menyertai 7 acara sukan iaitu bola jaring 3 on 3, bola keranjang 3 on 3 lelaki, bola keranjang 3 on 3 perempuan, sepak takraw, futsal bawah 12 tahun, futsal terbuka dan futsal veteran. Penyertaan keseluruhan jenis permainan telah memperlihatkan DUN Bukit Naning berupaya untuk duduk bersama 55 DUN yang lain. Terima kasih kepada Pn. Safiah Semon (bola jaring), En. Allen (Bola Keranjang), En. Idros (Futsal) dan En. Md Zin Baki (sepak takraw) serta tidak lupa kepada En. Hedzir Abd Shukor selaku penyelaras sukan Daerah Muar. Terima kasih juga kepada Penghulu Mukim Air Hitam, En. Arifpudin bin Abdul Latif kerana mengizinkan penggunaan kompleks penghulu tanpa mengira masa.

Terima kasih kepada YB. Datuk Hj. Abdullah bin Md. Ali kerana memberikan peruntukan bagi menjayakan sukan ini, pada awalnya nak hantar separuh acara sahaja tetapi atas keyakinan dan masa depan serta memberikan pengalaman kepada pemain-pemain maka semua acara Datuk sertai. Terima kasih juga kepada Datuk yang minta saya mewakilkan dirinya pada majlis perasmian pembukaan dan penutupan yang mana saya duduk bersama wakil-wakil rakyat dan ketua-ketua jabatan seluruh Negeri Johor.

Walaubagaimanapun, DUN Bukit Naning masih belum mampu untuk meraih apa jua pingat yang dipertandingkan termasuklah DUN Sungai Abong, DUN Bentayan, DUN Sungai Balang, DUN Maharani, DUN Jorak, DUN Bukit Serampang, DUN Tangkak, DUN Bukit Gambir kecuali DUN Serom yang memenangi ketiga bola jaring.

Insya Allah, pada masa akan datang, DUN Bukit Naning akan mengkaji tahap pemain dan akan meletakkan pemain-pemain sebaris dengan kejayaan DUN lain, tahniah kepada DUN Stulang yang memenangi keseluruhan sukan JPMM Negeri Johor bagi tahun 2010.Pemain sedang memasuki pusingan suku akhir, namun tewas dengan DUN Sri Medan 2-0
Pasukan Futsal Veteran DUN Bukit Naning

Monday, November 22, 2010

SEMOGA BERJAYA PELAJAR-PELAJAR SPM DAN STPM

Kesempatan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mendoakan kepada adik-adik yang sedang menduduki peperiksaan SPM dan STPM pada hari ini semoga beroleh ketenangan ketika menjawab peperiksaan dan semoga beroleh kejayaan pada keputusan peperiksaan nanti. Selama 12 tahun adik-adik belajar dalam bidang akademik inilah puncak tertinggi untuk adik-adik dapat menjejaki ke menara gading. Gembira sungguh emak dan abah serta adik beradik yang mengetahui kejayaan anda apabila anda berada di menara gading.

Abang bukanlah orang yang pandai dalam pelajaran, tapi abang masih ingat kawan abang berbangsa India iaitu Shanmugam ketika abang di High school Muar, dia bagitau untuk kita ke bandar Muar masing-masing mempunyai jalannya tersendiri antara cepat mahupun lambat, namun jangan putus asa, anda pasti berjaya kerana setiap orang dilahirkan adalah tidak sama dari segi pengalaman, keluarga dan genetik, hanya diri kita sendiri yang tahu dimana kelebihan yang kita ada.

Teruskan yea adik adik dalam pelajaran, mohon restu dari ibu bapa dan guru yang mendidik kita tak pernah jemu...

Semoga berjaya

Sunday, October 17, 2010

Di Mana Hendak Diletakkan DG41 Hingga DG48 Dalam Politik

Saya terpanggil untuk melihat ke mana arahnya guru yang bergred DG41 hingga DG48 yang tidak memegang jawatan hakiki seperti Guru Besar, Pengetua, GPK, Guru Kanan dan beberapa jawatan utama yang lain setelah dibenarkan untuk berpolitit. Dengan alasan golongan ini adalah golongan yang sangat memainkan peranan dalam masyarakat jika diukur kejayaan parti UMNO suatu ketika dulu dengan menggerakkan jentera mereka dikalangan guru-guru khususnya di peringkat akar umbi. Apabila kebenaran yang diberikan oleh Ketua Setiausaha Negara dan disahkan oleh Perdana Menteri sendiri, saya mencar dimana arah golongan ini hendaj diletakkan, adakah ia berminat ke dalam politik, adakah golongan ini akan menyertai UMNO atau golongan ini akan menyertai pembangkang. Persoalan ini perlu dilihat secara serius dan mendalam kerana golongan ini dianggap sebagai golongan berpengaruh dalam masyarakat.

Di dalam Mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Bakri pada 19 Jun 2010 (Sabtu) di Hotel Muar Traders, saya telah membawa satu usul iaitu MEMASUKKAN DAN MERAMAIKAN GOLONGAN PROFESIONAL, AGAMA DAN BERPENDIDIKAN KE DALAM UMNO, usul ini diterima dengan sokongan daripada En. Abd. Ghani bin Abd. Moin selaku AJK UMNO Bahagian Bakri dan Ketua Cawangan Jalan Daud yang merupakan seorang yang memiliki Master dari USA. Walaupun usul ini diterima persoalannya, dimana hendak diletakkan golongan ini ke dalam UMNO, adakah pemimpin UMNO yang sedia ada telah bersedia untuk menerima golongan ini, ini kerana dikhuatiri golongan ini akan mengancam kedudukan jawatan mereka dan memperlekehkan keadaan mereka yang tiba-tiba ingin merebut atau menduduki jawatan utama ke dalam parti.

saya juga ingin bertanya, adakah guru-guru tersebut telah bersedia untuk menyertai UMNO atau mereka ingin menyertai parti pembangkang khususnya PAS yang dilabelkan imej Islamik dan PKR yang dilabelkan imej profesional. Secara jujurnya, jika golongan ini mahu diterima ke dalam UMNO, pemimpin UMNO perlu bersedia untuk memberikan peluang ke atas mereka. sebagai contoh, jawatan di peringkat cawangan dan bahagian ada jawatan yang dilantik, maka dengan ini saya mencadangkan agar guru-guru tersebut dilantik ke jawatan seperti ajk mahupun setiausaha cawangan bagi membantu kerja-kerja mengurus tadbir cawangan tersebut. Ini kerana ilmu yang mereka miliki perlu dimanfaatkan untuk kegunaan masyarakat setempat. saya juga percaya pemimpin UMNO dapat menerima golongan pendidikan ini secara perlahan-lahan dengan syart ia mesti melalui proses dari bawah ke atas.

semoga cetusan ini akan memberikan peluang dan pemikiran ke atas pemimpin UMNO.

Saturday, October 16, 2010

Bajet RMK 11

Sewaktu saya berada di UKM kerana kelas ganti Dr Ravi saya sempat mendengar pembentangan bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan. Apa yang saya nak ulas adalah kenyataan beliau sebelum ini yang melihat pembentangan bajet adalah merujuk kepada suara ramai adalah benar. Bantuan atau elaun Ketua Kampung/ Pengerusi JKKK/Tok Batin akan dinaikkan dari RM 450 kepada RM 800 jelas menunjukkan keprihatinan beliau kepada masyarakat agar Ketua Kampung lebih berusaha dan bekerja untuk masyarakat. JIka sebelum ini Ketua Kampung adalah kakitangan awam yang besara juga,kerajaan tidak meninggalkan orang yang bersara dalam pembentangan bajet, malah kenaikan elaun persaraan dan duit bonus tetap diberikan.

Walaubagaimanapun terdapat komen2 yang berbisa tentang pemberian RM500 kepada seluruh kakitangan kerajaan bergred 54 kebawah termasuk kontrak yang begitu sedikit. Tuntutan CUEPACS yang sebelum ini menuntut 2 bulan gaji atau paling kurang satu bulan gaji tidak kesampaian kerana kemampuan kerajaan untuk memberikan bayaran hanya RM500 sahaja. Ulasan Perdana Menteri yang menyatakan jika ikut diri beliau memang dia nak bagi bonus sebulan tetapi jika ikutkan diri beliau sebagai Menteri Kewangan beliau tidak mampu melihat negara membelanjakan duitnya lebih daripada jumlah pendapatan negara.

Apa yang saya nak ulaskan,kakitangan awam yang bergred 41 ke atas mungkin melihat pemberian RM500 adalah kecil namun bagi kakitangan bergred 41 ke bawah beliau berterima kasih kerana kumpulan ini biasa mendapat jumlah gaji bulanan yang lebih kecil jika dibandingkan yang di atas. Namun lebih bersyukur lagi kerana kakitangan swasta langsung tidak dapat tambah2 syarikat kecil yang hampir gulung tikar. Syukur juga jika RM 500 dapat digunakan untuk pembelian barang sekolah anak,yuran sekolah anak dan yang mustahak dapat digunakan untuk keperluan kebahagiaan keluarga.

Friday, September 3, 2010

BAHAYANYA PERSIMPANGAN KAMPUNG TENGAH BAKRI

Pada suatu ketika saya hendak ke Johor Bahru atas urusan jabatan dan menyerahkan nama pengundi baru kepada SPR, tiba dipersimpangan kampung tengah saya lihat ada seorang wanita India terbaring di atas jalan raya dihadapan sebuah kereta. Kelihatan wanita itu meraung dan memerlukan bantuan untuk dibawa ke hospital. Saya pun turun dan membantu untuk menghubungi cawangan trafik Muar bagi kejadian kes kemalangan yang telah berlaku. Tidak lama kemudian sebuah van ambulans dari klinik batu 6 Bakri telah sampai dan berjaya membawa wanita India itu ke hospital. Maka jalan Kampung Tengah tidak lagi sesak akibat daripada kemalangan yang telah berjaya diuruskan.

Pada yang saya tertanya, adakah persimpangan yang agak sibuk dan bahaya tidak mendapat perhatian yang sewajarnya, adakah untuk menunggu kemalangan maut. Ini kerana daripada apa yang saya tinjau persimpangan ini memang keliru kerana tidak banyak papan tanda keselamatan. Apabila waktu kemuncak seperti waktu pagi, tengahari dan petang maka kawasan ini akan mengalami kesesakan. Ini ditambah dengan dengan keadaan simpang yang sempit.

Saya minta perhatian kepada pihak JKR untuk menangani permasalahan simpang kampung tengah yang sentiasa menjadi isu bagi masyarakat setempat. Jika kos untuk membina lampu isyarat adalah mahal buatlah sesuatu seperti memasang alat-alat keselamatan yang lebih jelas untuk pengguna jalan raya. Kewujudan jalan Muar By Pass juga meningkatkan lagi bilangan kenderaan yang melalui kawasan ini.

Thursday, June 10, 2010

RMK 10 : PEMBANGUNAN FIZIKAL JANGAN BERLAKU KETIRISAN


Pembentangan YAB Perdana Menteri di dalam bajetnya pada hari semalam telah menarik perhatian saya di dalam bajet sebanyak 60% dalam pembangunan fizikal dan selebihnya adalah pembangunan bukan fizikal. Apa yang menarik perhatian saya adalah dilema usahawan yang melaksanakan pembangunan fizikal sudah pastinya melihat pengurangan bajet ini akan memberikan impak kepada perniagaan mereka dan seterusnya akan mengecilkan peluang mereka untuk meraih pendapatan yang lebih. Tindakan Perdana Menteri ini memang saya menyetujui kerana sudah tiba masanya pembangunan bukan fizikal lebih diutamakan agar seiring dengan pengisian nilai kemanusiaan di dalam pembangunan.

Namun dalam perbincangan ini saya ingin mengekodkan kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri yang melihat usahwan Melayu perlu dibantu dengan mengikut sistem meritokrasi. Pada hari ini kerajaan sudah pastinya kecewa dengan usahawan yang tidak mempunyai daya saing yang tinggi, gagal menyiapkan pelbagai projek fizikal, pelaksanaan yang tidak berpuas hati yang berlaku kecacatan melampau dan yang paling menyedihkan adalah berlakunya ali baba di dalam pelaksanaan projek tersebut. Perkara ini sudah semestinya akan menggagalkan dasar dan hasrat murni kerajaan untuk melihat usahawan bumiputera yang beradaya saing dan maju terutamanya parti yang membawa imej Melayu iaitu UMNO. Saya sendiri melihat kecuaian di dalam pelaksanaan projek yang merupakan antara punca mengapa rakyat tidak menyokong Barisan Nasional, ini kerana hanya keran ingin merebut keuntungan yang besar projek tersebut tidak capat dilaksanakan dengan baik dan langsung tidak dapat dimanfaatkan yang akhirnya menyusahkan orang ramai dan sakit mata yang memandang. Sudah tiba masanya kerajaan hanya menyokong kepada usahawan bumiputera yang tulen, maksudnya tidak hanya kepada usahawan tersebut memiliki pejabat, mesin dan tenaga kerja namun yang paling mustahak adalah ketulenan dalam pelaksanaan projek tersebut. Menilai secara meritokrasi agar sasaran kerajaan iaitu sekurang-kurangnya 30 % ekuiti korporat bumiputera tercapai iaitu mempunyai rekod kerja yang baik, berkemahiran dan bukan berpaut pada orang lain. Saranan ini adalah dilihat bersesuaian dengan persekitaran ekonomi global dan domestik yang mencabar bagi mewujudkan penyertaan syarikat yang berdaya saing. Dengan mengutamakan prinsip mesra pasaran, berdasarkan keperluan, merit dan berdaya maju sudah pastinya usahawan bumiputera mampu untuk mencapai tahap yang lebih gemilang seperti kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari.

Oleh itu saya meminta kepada usahawan bumiputera, anggaplah apa yang disampaikan oleh Perdana Menteri kita ini sebagai satu saranan yang penting untuk melihat kejayaan bangsa yang menggelarkan dirinya sebagai bangsa Melayu.

Thursday, May 20, 2010

PROGRAM COMMUNITY POLICING


Kepada penduduk di kawasan Sungai Abong, marilah kita bersama-sama menjayakan program Communty Policing pada 23 Mei 2010 (Ahad) jam 7.45 pagi bertempat di Taman Desa Muar. Program anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Muar bersempena hari polis ke 203 adalah baik dan bermanfaat untuk kita semua. Pelbagai acara disediakan sepanjang program tersebut yang dijangka tamat pada jam 12.30 tengahari. Berikut adalah aturcara bagi majlis tersebut :
7.45 pg : Ketibaan orang ramai
8.10 pg : Ketibaan Ketua Polis Daerah Muar
8.15 pg ; Ketiabaan Ketua Polis Negeri Johor
8.30 pg : Senamrobik yang diketuai oleh Pej. Belia Dan Sukan Daerah Muar
: Gimik Pelancaran
: Gotong royong membersihkan 3 taman(Taman Desa, Taman Indah dan Taman Marin)
9.00 pg : Petandingan mewarna kategori kanak-kanak
11.00 pg :Pertandingan tarik tali
12.30 tgh : Penyampaian hadiah, perasmian penutupan dan jamuan makan tengahari

Turut diadakan sepanjang program tersebut adalah pameran kesihatan, narkotik, jenayah, trafik dan jabatan belia dan sukan. Sebagai Pengerusi Belia 4B Kawasan Bakri, saya menyeru kepada semua penduduk dan pembaca blog ini untuk hadir sama bagi menjayakan program yang baik manfaatnya untuk kita semua.

Monday, May 10, 2010

Selamat Menyambut Ulangtahun UMNO Ke 64

Saya selaku ahli UMNO seumur hidup ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun UMNO ke 64 yang merupakan parti yang telah banyak berjasa kepada negara, kerana parit inilah rakyat kita dapat hidup dengan penuh toleransi dan kemajuan negara dapat dicapai dengan kekuatan yang ditunjukkan oleh pemimpin UMNO terdahulu.

Kepada pendokong UMNO di semua peringkat, saya berpesan agar kita betulkan balik persepsi UMNO yang tercalar setelah PRU 12, banyak kelemahan yang kita lihat sehingga kita berkelahi antara kita dan mengukuhkan parti pembangkang, janganlah kita menjadi duri dalam daging yang akan membocorkan secgala rahsia dan kekuatan UMNO, kesetiaan kita telah terbukti apabila mereka yang keluar dari UMNO telah kembali kepada UMNO kerana tidak percaya dan kecewa dengan parti pembangkang, namun kita tidak boleh berdiam diri dan ini hanyalah bonus kecil atas kesedaran mereka memikirkan nasib orang Melayu pada masa akan datang.

Apa yang mustahak khususnya di Bakri yang mengalami 3 kerusi kalah hendaklah kita betulkan kembali niat perjuangan kita, kita bukan hendak memfaraidkan harta yang diusahakan oleh datuk nenek kita, tetapi kita adalah pewaris yang menjaga harta yang kita miliki untuk anak bangsa kita pada masa depan.

Salam perjuangan dan salam hormat...

MOHD RADZI BIN HJ AMIN (0319330)

BANTAHAN CADANGAN PELESENAN PERTARUHAN BOLA SEPAK

Saya selaku Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Bakri membantah cadangan kerajaan untuk mewujudkan satu lesen bagi membenarkan pertaruhan semasa bola sepak piala dunia yang akan dijalankan pada Jun 2010 ini. Cadangan ini tidak logik dan tidak masuk akal kerana merasakan apabila pelesenan ini diadakan ia mudah dikawal dan dipantau oleh pihak kerajaan serta hasilnya boleh dibangunkan untuk pembangunan sukan. Saya melihat cadangan ini akan memberikan orang ramai lebih banyak pengetahuan dan kreativiti anak muda khususnya orang Melayu akan mewujudkan lebih banyak perjudian yang tidak didaftarkan. Ia bukan sahaja memberikan kesan buruk kepada penjudi malah akan membawa masalah kepada rumhatangga si penjudi sehingga boleh menyebabkan ia meminjam dengan along. Melalui perjudian secara profesional juga akan melahirkan perjudian secara kecil-kecilan dan saya yakin setiap agama dan kaum tidak menyukai perjudian yang boleh melemahkan masyarakat.

Bagi saya, selaku Pengerusi Gerakan Belia 4B Bakri, mencadangkan agar penguatkuasaan perjudian semasa piala dunia ini dijalankan, undang-undang yang sedia ada yang melarang perjudian mesti dikekalkan dan mengkuhkan lagi undang-undang tersebut, libatkanlah bersama RELA, Polis, Jabatan Agama, SRS dan para belia dalam menangani permasalahan ini. Saya masih ingat cadangan kerajaan untuk memberikan kondom percuma bagi mengelakkan anak luar nikah yang ramai da AIDS, namun cadangan ini adalah cadangan yang tidak menyelesaikan persoalan pokok. Saya menyeru kepada pihak kerajaan, penekanan agama dalam setiap tindakan adalah perlu bagi mengelakkan kita hanya memikirkan secara logik akal, penguatkuasan yang tegas seperti kerajaan Singapura mesti dicontohi untuk kebaikan generasi yang akan datang...

Saturday, April 17, 2010

BERIKAN KEMENANGAN BN DI HULU SELANGOR

Apabila jumpa kawan di warung saya beritahu yg calon BN adalah calon yg paling sesuai dgn membawa konsep 1Malaysia. Dia tanya saya kenapa, awak kenal dia ke ? Saya kata tak, tapi saya buktikan yg Kamal nama Melayu, Nathan nama India, M pulak biasa Cina pakai kat pangkal depan, jadi nama M. Kamalnathan memang calon 1Malaysia. Gelak kawan dengarnya....

Jika dibandingkan dengan nama Zahid, orang mmg kenal dia, org kenal dia sebab dia pernah jadi Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu yang menjadi penentang kuat kepada PAS, orang kenal dia juga suatu ketika dulu pernah menajdi Menteri Di Jabatan Perdan Menteri, orang kenal dia jugak kerana dia pernah menjadi Majlis Tertinggi UMNO, ayat yang mudah dia dikenali kerana UMNO, tapi ketika ini jika ditanya lubuk hatinya dia masih sayangkan UMNO, tapi apa boleh buat ada perkara yg tidak sehaluan dengan dirinya atau tawaran yang mungkin menyeronokkan maka PKR dijadikan tempat berteduh....Kalau Zahid sayangkan melayu dan Islam lebih baik dia masuk PAS...soalnya PAS boleh terima ke ? dan Zahid pulak boleh terima ke PAS.

Ok, tentang Hulu Selangor, saya yakin BN akan menang, kemenangan BN banyak faktor yang membantu, apa yg paling-paling mustahak adalah, rakyat di Hulu Selangor telah sedar yang dia tersalah bagi undi kat Pakatan Rakyat, kekecewaan mereka jelas apabila dibuktikan kehilangan kuasa di Pulau Pinang, kehilangan rasa hormat pada Sultan di Perak dan pergaduhan sesama Melayu semakin menjadi-jadi dengan PKR menekankan demonstrasi jalanan dengan menjadikan ornag tua dan perempuan sebagai benteng mereka....Apabili Setiausaha Politik, SDr. Ezam Md. Nor, apabila Naib Presiden PKR iaitu Dr. Chandra Muzafar, apabila Pengerusi Badan Perhubungan PKR, Datuk Seri Zahrain, apabila MP Nibong Tebal, Tan Tee Beng, apabila bekas Timbalan ketua Menteri Pulau Pinang, Sdr. Mohd Fairuz, apabila MP Kulim Bandar Bahru YB Zulkifli Nordin (orang yang lantang), apabila Ahli parlimen Bagan Serai Perak Hj. Mohd Fadzil dan terbaru ADUN bakar batu pun keluar PKR inilah jelas dibuktikan yang PKR semakin rapuh dan hanya menunggu perpecahan dan apabila Anwar ibrahin sendiri dihadapkan ke mahkamah dan tidak sanggup untuk melafazkan ikrar sumpah ke liwatnya orang semakin tahu, Anwar Ibrahim seorang pelakon yang pandai berpura-pura dengan imej wark dan baiknya...

Personally saya hanya minta Anwar bersumpah yang ia tak melakukan liwat, mungkin ini boleh membantu kemenangan PKR, tapi sudah terlewat sebab Anwar lebih suka dibawa ke mahkamah dan ia tahu dimana teknikal yang boleh digunakan untuk menang. Rakyat mula muak dengan sifat Anwar apabila menjadikan perkara remeh temeh kerana ia menghabiskan masa rakyat untuk mengikuti kesnya, menghabiskan duit rakyat untuk membawa kesnya ke mahakamah dan menjadikan masyarakat terpecah-pecah kerana masing2 membawa doktrin dan fahaman serta persepsi tersendiri...Namun adakah ia benar atau salah kita serahkan kepada pihak berwajib untuk menjalankan amanahnya....

Tentang Hulu Selangor, saya yakin sekali lagi yang BN boleh menang, sudah masuk 6 penggal kerusi di Hulu Selangor adalah milik MIC, rakyat disitu sudah arif dan masak dengan wakil rakyat India dan dapat menerimanya, namun tidak menjadi masalah untuk meletakkan Kamalnathan. Kepada pengundi di hulu Selangor, tidak ada parti di Malaysia yang terbaik kecuali BN yang banyak memberikan kebaikan kepada negara, namun kepada pemimpin BN, haruslah berusaha untuk membetulkan persepsi yang tidak baik agar ia terus dianggap relevan untuk naungan generasi baru dan muda....

Saturday, April 3, 2010

1 TAHUN KEPIMPINAN YAB PERDANA MENTERI DALAM KONTEKS BAKRI

Syabas dan tahniah kepada YAB Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 setelah mengorak satu langkah yang baik, baru menerusi satu transformasi pemikiran dan anjakan perbuatan ke arah Malaysia yang lebih baik, kreatif, dinamik, kesejahteraan dan kejayaan dalam semua pembangunan.

Jika diukur dari aspek sosial, kejayaan pentadbiran PM ini jelas dilihat apabila meletakkan rakyat satu keutamaan dan pencapaian mesti diutamakan oleh semua agen kerajaan dan jentera parti khususnya Barisan Nasional. Sebanyak 6 bidak keberhasilan utama (NKRA) menjadi kayu pengukur tahap kejayaan beliau yang merupakan satu wawasan tinggi bagi memacu impian rakyat yang lebih gemilang. Tidak itu sahaja, apabila tindakan beliau sendiri yang turun ke bawah seperti sambutan dirinya sebagai PM yang tahun pertama dibuat dengan mengadakan lawatan kerja ke Hulu Selangor (iaitu kawasan yang akan berlaku PRK) telah menyatakan bahawa beliau bukanlah PM yang hendak diagungkan dan dijulang atas nama, tetapi untuk menabur bakti kepada rakyat. Contoh inilah yang mesti diikuti oleh pemimpin di dalam Parlimen Bakri agar rakyat tahu signal yang ditunjukkan oleh PM turut dirasai di peringkat akar umbi.

Jika diukur dari aspek agama, beliau yang sebelum ini dilabelkan sebagai seorang moderate malah ada yang menganggap dirinya sebagaiseorang yang tidak mementingkan Islam jelas kelihatan apabila beliau turun sendiri ke ijtimak tabeligh asia yang diadakan di Nilai Negeri Sembilan dengan kehadiran puluhan ribu umat Islam. Beliau juga memberikan pengiktirafan kepada johan qari dan qariah negara dengan pencen serta peruntukan yang besar dalam penyemarakkan Islam.

Monday, March 22, 2010

PROGRAM OPKIM UITM DI PARLIMEN BAKRI




Syabas dan tahniah kepada semua peserta OPKIM iaitu 104 pelajar, 32 siswa/siswi UiTM fakulti Pengurusan Perniagaan, 15 orang belia 4B dan 10 orang guru yang menyertai kursus selama 3 hari 2 malam di SMK Sungai Abong. Saya sebagai Pengerusi belia 4B Kawasan Bakri ingin mengucapkan jutaan terima kasih khususnya kepada Dato' Saipolbahari yang sudi merasmikan majlis penutupan OPKIM, Datuk Dr.Haris Salleh selaku Pengerusi JPMM DUN Sungai Abong, Tn. Hj. Ahmad Nasarudin Tulus selaku wakil rasmi Pegawai Pelajaran Daerah Muar, Tn. Hj. Mahmud bin Sarlan selaku Pengetua SMK Sungai Abong, Pn.Sahera binti Arifin selaku Pensyarah UiTM, Tok Kahar Mashuri selaku Pengerusi PIBG merangkap ketua kampung dan En Hanapiah selaku pengusaha kantin.

Program yang bermula pada 19-21 Mac 2010 telah dilancarkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri di Kompleks Sukan Pagoh dengan melibatkan lebih 800 siswa/siswi, 2,414 pelajar dan Parlimen yang terpilih.

Bagi Parlimen Bakri, pemilihaan sekolah ini dibuat berdasarkan latarbelakang sekolah yang berada diantara bandar dan luar bandar serta kedudukan sekolah yang berada di kawasan kalah.

Banyak pengisian telah dijalankan seperti program LDK yang menerapkan nilai keyakinan, jati diri,keberanian,kepimpinan, nilai kerohanian dan semangat muafakat dalam kumpulan. Pelajar juga turut mengadakan program gotong royong di Taman Marin dengan membersihkan kawasan secara bersama dengan pihak SWM. Pihak sekolah juga berharap agar Gerakan Belia 4B akan terus memberikan kursus seperti ini yang akan memberikan faedah kepada generasi akan datang.

Syabas kepada peserta OPKIM,siswa/siswi, para belia dan pihak pengurusan pendidikan.

SUKAN JPMM DUN BUKIT NANING




Saya selaku Penyelaras Sukan JPMM DUN Bukit Naning ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para peserta yang menyertai 4 acara sukan yang dipertandingkan iaitu sepak takraw terbuka, futsal junior, futsal terbuka dan futsal veteran, bola keranjang 3 on 3 dan bola jaring 3 on 3. Pertandingan sukan yang diadakan di kompleks penghulu Mukim Air Hitam bagi acara futsal dan bola jaring, manakala acara sepak takraw diadakan di gelanggang batu 17 dan bola keranjang di dewan Pu Nan Bakri. Sebanyak 54 pasukan telah mendaftarkan diri bagi kesemua acara dan yang paling unik adalah acara ini turut mensyaratkan seorang bukan Melayu bagi setiap acara yang dipertandingkan. Bagi DUN Bukit Naning adalah sukar untuk mengadakan gabungan antara bukan Melayu kerana demografi kawasan yang semulajadi, namun strategi dan sokongan daripada masyarakat Cina dan India yang baik telah berjaya mengadakan gabungan ini dengan mengambil India di Batu 6 dan Cina di Bukit Bakri.

Sukan ini telah dirasmikan oleh YH. Dato' Saipolbahari Hj Suib selaku Ketua UMNO Bahagian Bakri dan penutupan dilakukan oleh YB. Datuk Hj. Abdullah bin Md. Ali selaku ADUN Bukit Naning, bagi penyampaian hadiah ia dilakukan pada 1 April 2010 yang akan disampaikan oleh Menteri Besar Johor sempena lawatan kerja ke Bukit Naning.

Kesempatan ini saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada urusetia pertandingan iaitu Md. Zin Baki, Salimi Md. Shah, Idros, Nurita Sapari, Masleha, Samsudin, Azman, Edy, Jamil Jamirin, Hasmawi, Allen, En Majid, Vasu, Lee Poh Ping dan Saravanathan. Syabas sekali lagi kepada semua yang terlibat.

Monday, March 8, 2010

Kursus Kepimpinan Gerakan Belia 4B Parlimen Bakri Bersama Pelajar STPM

Peserta bergambar kenangan bersama Dato' Saipolbahari, Pengarah JASA Johor dan jurulatih JASA Negeri Johor
Gambar kenangan bersama Pegawai Daerah Mersing Dato' Hj. Abdul Razak bin Hassan selepas daripada ceramah yang diberikan
Para peserta mengadakan tarian poco-poco
Bacaan tahlil yang dibawa oleh Hj Nizam Al Bakri dan kuliah maghrib yang disampaikan oleh En. Mardi Ngadino

Seramai 61 belia bersama pelajar STPM telah mengikuti Kursus Kepimpinan yang diadakan pada 5-7 Mac 2010 yang diadakan di Teluk Gorek, Mersing. Kursus selama 3 hari 2 malam diisi dengan jati diri pelajar Melayu, kepimpinan, kemahiran berkomunikasi, santapan rohani, tayangan kemerdekaan, berdebat dan kemahiran fizikal. Program yang bercorak santai tetapi penuh pengisian dilihat memberikan kesedaran kepada para peserta yang menyedari tentang pentingnya mempertahankan negara Malaysia.
Ceramah daripada Pegawai Daerah Mersing turut diberikan bagi memberikan suntikan semangat yang baru kepada para peserta yang dilihat pentingnya pegawai kerajaan yang mempunyai semangat dan tanggungjawab kepada keselamatan negara. Beliau turut menekankan soal perpaduan di kalangan masyarakat yang bermula pada diri sendiri agar negara tidak mudah dipermainkan oleh pihak luar. Para peserta ditekankan soal membuat inovasi dan kreatif dalam memaksimakan sumber alam negara yang banyak, jika dilihat pada ketika dulu sumber ekonomi negara seperti bijih timah telah dibawa ke Eropah memandangkan masyarakat ketika itu tidak mempunyai pengetahuan yang baik.

Di dalam majlis penutupan Dato’ Saipolbahari bin Hj. Suib selaku pimpinan Bakri turut menekankan soal jatidiri Melayu dan Islam agar ia dapat bertahan pada masa akan datang. Generasi muda adalah pewaris negara yang akan menyambung perjuangan pemimpin pada hari ini dan kita yang berhutang pada kerajaan mestilah membayar hutang tersebut kepada anak-anak generasi akan datang agar mereka juga menikmati apa yang kita nikmati.

Friday, February 26, 2010

MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA








26 Feb 2010 - Sek. Tinggi Chung Hwa, lebih 1,500 orang telah hadir di dalam Majlis Jamuan Makan Malam Menyambut Perayaan Tahun Baru Cina anjuran Gabungan Persatuan-Persatuan Tiong Hwa Muar yang telah dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato' Hj. Abdul Ghani Othman. Turut mengiringi beliau isterinya iaitu YAD Prof. Datin Paduka Dr. Jamilah Arifin, Timbalan Menteri Belia Dan Sukan, Pengerusi Persatuan Tiong Hwa iaitu Dato' Ng Kok Hwa,Pegawai Daerah Muar, YDP Majlis Perbandaran Muar, Ketua Polis Daerah Muar, ADUN Bukit Naning, Ketua UMNO Bahagian Bakri, Ketua UMNO Bahagian Muar, Pengerusi JPMM DUN Bentayan, Pengerusi JPMM DUN Sungai Abong, Ketua MCA Bahagian Bakri, Ketua MCA Bahagian Muar dan ramai lagi yang mewakili persatuan Tiong Hwa termasuk keturunan Hokien, keturunan Hainan, keturunan Hokchiu, keturunan Kwongsai, keturunan Teo Chew, keturunan Hakka dan beberapa lagi keturunan termasuk ketua tokong,ketua penjaja, pengerusi SJKC Sing Hwa,Pengetua Chung Hwa High School.

Pertemuan ini adalah penting bagi menunjukkan sokongan masyarakat Cina terhadap kerajaan yang diikrarkan oleh Pengerusi Tiong Hwa, beliau berharap agar kerajaan akan lebih memantau projek-projek pembangunan yang dilihat menghadapi masalah, memastikan sikap kakitangan kerajaan yang turun ke padang, efisien dan komited, memohon tapak tanah untuk pembinaan replika tarian singa memandangkan pasukan tarian singa dan naga telah memenangi 32 kali kejohanan di peringkat antarabangsa.

YAB Menteri Besar juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 650,000.00 bagi melaksanakan peromohonan yang diminta oleh masyarakat Tiong Hwa termasuk sekolah, persatuan penjaja, tokong dan diharapkan sokongan yang baik dan padu dapat diteruskan kepada kerajaan Barisan Nasional. Beliau juga membandingkan Daerah Muar dengan Daerah lain yang mempunyai keunikan tersendiri dengan masyarakatnya yang mempunyai persefahaman yang baik. Toleransi antara kaum amat penting sepertimana yang dibawa oleh Perdana Menteri dan hasilnya adalah kemajuan ekonomi negara yang bertambah pulih. Muar juga dikenali sebagai bandar pengeluar perabot terbesar di Malaysia dan mempunyai pasukan tarian singa dan naga yang dikenali.

Kehadiran Ahli Parlimen Bakri iaitu DAP hendak menyerahkan memorandum di dalam majlis makan tidak kesampaian apabila dihalang oleh pihak berkuasa memandangkan program tersebut adalah sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional.

SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA KAUM TIONG HWA DAN HARAPANN YANG TINGGI UNTUK MEMASTIKAN KITA BERSAMA DI DALAM MEMENANGI PILIHANRAYA AKAN DATANG.

Wednesday, February 17, 2010

Dato' Chua Jui Meng Turun Ke Pasar Muar

17 Mac 2010 - Dato' Chua Jui Meng yang sebelum ini menjadi Ahli Parlimen Bakri selama 4 Penggal dalam kerusi Barisan Nasional telah keluar untuk menyertai PKR dan kini merupakan Ahli Majlis Tertinggi PKR. Alasan beliau menyertai PKR kerana perjuangan beliau sama dengan perjuangan yang dibawa oleh PKR.Pada jam 9.30 pagi semalam,Dato' Chua bersama rombongannya seramai 40 orang telah mengunjungi pasar awam Muar dengan membuka kaunter akhbar/info PKR, bersalaman, menyerahkan akhbar lidah rasmi Keadilan berbahasa Melayu dan Cina. Dato' Chua yang merupakan veteran lama MCA mempunyai hubungan yang mesra dan memang ia dikenali oleh seluruh masyarakat kerana jawatan beliau sebagai Menteri.

Beliau yang beramah mesra dengan peniaga dan orang awam yang membeli barang dikawasan tersebut turut diikuti oleh Hj. Kusni Simoh yang merupakan Pengerusi PKR Cabang Bakri serta Ketua Angkatan Muda Ledang (Arab), Ketua Angkatan Muda Muar (Anuar) dan beberapa lagi pengikut mereka yang berada di Kuala Lumpur. Walaupun orang mengenali Dato' Chua namun ada juga memandang sinis dengan kemasukkan Dato'Chua ke dalam PKR kerana tidak berterima kasih kepada BN malah wujud cakap-cakap dari peniaga setempat tak lama lagi akan ramai orang PKR yang akan keluar parti. Keluarnya Datuk Seri Zahrain telah menunjukkan bahawa PKR semakin runcing dan krisis dalaman ini sudah pastinya akan memberi kesan kepada PKR dan DAP. Sehingga Menteri Besar Kedah menyatakan janganlah sampai melarat ke Kedah dengan krisis yang berlaku iabarat sebuah rumah jira yang terbakar sudah pastinya mereka perlu bersiap sedia.

Majlis Penyerahan Ang Pau

8 Feb 2010 : Majlis penyerahan bantuan kepada orang miskin di Bukit Bakri bersama Ketua Masyarakat Bakri Barat iaitu En.Sia Ka Tuan telah dijalankan di Pejabat MCA Cawangan Bukit Bakri. Seramai 30 orang telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh orang ramai bermula jalam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari.

UMNO Bahagian Bakri menerusi wakilnya iaitu Tn.Hj. Rasid bin Hj. Suib telah menyampaikan beberapa kotak limau daripada Dato' Saipolbahari yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Bakri. Majlis berjalan dengan suasana tenang dan simpati dengan keadaan penerima yang dilihat kurang upaya. Termasuk orang tua, anak cacat dan ibu tunggal turut diberikan ang pau.

Sepanjang tinjauan saya, yang menariknya, penerima bantuan akan duduk sebaris dan dihadapan mereka ada kotak yang diisi dengan ang pau yang diberikan oleh dermawan. Namun sebelum itu, terdapat penyambut tetamu yang mengucapkan jutaan terima kasih kerana hadir dan mereka akan ke kaunter pendaftaran bagi memaklumkan berapakah jumlah sumbangan yang akan diberikan. Daripada kiraan pada hari tersebut, jumlah sumbangan yang diterima melebihi RM 20,000.00.

Mungkin kaedah ini boleh dicontohi oleh masyarakat Melayu.....

Friday, February 12, 2010

MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

12 Feb 2010 jam 8.00 malam, satu Majlis Perasmian Menara Jam dan Sambutan Tahun Baru Cina anjuran bersama JKKK Bukit Bakri dan KRT Bukit Bakri telah diadakan. Seramai 250 orang telah hadir di dalam majlis tersebut. Antara pemimpin yang hadir adalah YB. Datuk Abdullah Ali (ADUN Bukit Naning), En. Sia Ka Tuan (Pengerusi JKKK Kampung Baru), En. Chris Lee Ching Yong (Pengerusi JPMM DUN Bentayan), Hj. Mohd Fuad Tukirin (Ketua Pemuda UMNO Bakri), En. Ali bin Tukiman (mewakili YDP MPM), En. Aridas (Pengerusi MIC Bakri), En. Rumsani Abd Rahman (Pegawai Perpaduan Muar), En. Lee Poh Ping (Ahli Majlis Perbandaran Muar) dan Mohd Radzi Amin (Pegawai JASA Daerah Muar.

Majlis dimulakan dengan persembahan gendang harimau bagi menerima acara sambutan daripada The Bakri Chinese Art Of Self Defence kemudian berjalan ke tapak perasmian jam besar yang terletak di selekoh jalan Bakri. Acara bunga api turut dijalankan dan diikuti dengan ucapan En. Sia Ka Tuan yang mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran. Kemudian ucapan Chris, namun ketika Chris naik ke pentas, Ahli Parlimen Bakri iaitu Er Teck Hwa bersama kumpulannya sekitar 20 orang telah datang ke meja utama dan bersalaman dengan jemputan. Selepas itu beliau meminta tarian gendang harimau dimainkan untuknya dan selepas itu beliau naik ke pentas dengan menyerahkan sampul surat kepada Chris. Beliau dengan lagaknya yang tidak menghormati majlis orang dianggap pengacau yang kononnya ia buat kerja. Kemudian beliau bersama kumpulannya telah pergi ke tempat jam besar dengan memacak sign board Tapak Pelupusan Sampah dan menunjukkan kepada media tentang soalan yang dibawa ke Parlimen.

Majlis diteruskan dengan ucapan Chris dan di dalam ucapannya beliau menekankan isu tapak pelupusan sampah amat penting untuk ditangani, Ahli Parlimen Bakri mempunyai harapan yang tinggi untuk beliau menyelesaikan isu sampah ini. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan ADUN Bukit Naning yang menyatakan bahawa isu sampah telah diambil tindakan oleh pihak kerajaan. Pihak kerajaan amat peka untuk menangani masalah ini. Beliau sendiri telah bawa isu ini ke Dewan Negeri Johor ,Mesyuarat Tindakan Daerah dan Majlis Perbdandaran Muar. Tapak ini hanyalah sementara dan ia pasti akan dtutup,namun beliau meminta kepada penduduk agar bersabar seketika kerana tapak baru telah dikenalpasti namun ia memerlukan kajian daripada Jabatan Alam Sekitar untuk melihat kesannya di tapak pelupusan yang baru.

Daripada tindakan yang diambil oleh Ahli Parlimen Bakri telah menunjukkan beliau sendiri tidak berjaya menangani permasalahan sampah dan menyerahkan kepada Chris untuk menguruskan isu ini, ini menunjukkan seolah-olah berliau sendiri seperti menyerahkan mandat kepada Chris untuk menyelesaikan perakara ini. Jelas menunjukkan pembangkang tidakmampu melakukan apa-apa dalam menyelesaikan masalah rakyat, mereka hanya boleh bawa dan bercakap yang peranan itu boleh dimainkan oleh sesiapa sahaja jika diberikan jawatan wakil rakyat.

Tuesday, February 9, 2010

Kita Mampu Menang Pada PRU 13

Pada hemat saya,dan saya yakin menerusi gerak nadi akar umbi, kita mempunyai ruang yang luas dan kekuatan yang baik bagi menawan kembali kerusi-kerusi yang kalah atau terlepas ke tangan pembangkang. Keyakinan ini dapat dilihat hasil tinjauan saya ke bawah dengan mendalami perkara-perkara utama untuk menang.

Persoalannya,adakah kita semua sudah bersedia untuk menerima tawaran kemenangan itu, adakah kita sanggup untuk memikul tanggungjawab sebagai prasyarat kemenangan. Kita mempunyai pelbagai kekuatan dalaman Bahagian dan luaran Bahagian, kerana inilah masa yang paling sesuai untuk kita bekerja dengan setulus hati,tanpa memikirkan prasangka buruk antara satu dengan yang lain,meletakkan kepentingan parti bukan diri dan kesediaan untuk berubah.

Gagasan 1Malaysia,kita mendahului masa,kita menjuarai isu dan kita mewakili semua bangsa perlu diterapkan dalam kepimpinan UMNO Bahagian Bakri agar mereka melihat yang kita benar-benar berjuang untuk rakyat.

Setelah diteliti tidak kuat mana pembangkang di Bakri, isu dalaman DAP, jentera yang terhad dalam PAS dan tiada sebarang momentum langsung daripada PKR adalah peluang terbaik untuk kita sama-sama mengambilnya. Tugas ini bukan tugas jabatan kerajaan sahaja, tugas ini bukan tugas badan NGO sahaja dan tugas ini tidak terbeban pada parti sahaja, tetapi kita perlu berganding bahu antara jabatan, badan NGO dan UMNO....namun siapa yang nak koordinate, inilah yang perlu kita sepakati.

Apabila kita memahami dan menginsafi tentang struktur,kita taat pada pemimpin dan bekerjasama untuk bersama kita pasti akan dihormati...Kita tidak ditertawakan oleh parti lain. UMNO, MCA,MIC,PGRM dan PPP harus duduk semeja, harus mempunyai tekad yang sama, kesedaran dan kesungguhan perlu ada dalam setiap sanubari pemimpin. Tidak mungkin lebih 50 tahun kita mentadbir kita membiarkan masa dan situasi mencorakkan kita. Kita mampu bangkit dan menggandakan apa yang dibawa oleh pemimpin terdahulu.

Kepada jentera UMNO tidak kira berjawatan atau tidak, kita adalah aktivis,kita adalah pejuang, kita jua adalah pendiding, kalau hanya seorang yang memberi wang seringgit kita hanya ada seringgit tapi kalau 20,000 ahli UMNO beri seringgit kita ada RM 20,000 untuk kita tundukkan parti lawan....

Selebihnya untuk mengetahui tips kemanangan bolehlah kita berbincang.....

Program JUARA RAKYAT Bahagian Bakri Bulan Kebajikan

Syabas dan tahniah kepada kepimpinan UMNO Bahagian Bakri kerana mendahului bahagian lain di Daerah Muar mengambil inisiatif untuk melaksanakan program JUARA RAKYAT Peringkat parlimen yang akan diadakan pada 19 dan 20 Februari 2010 di PESTA 1 dan PESTA 2.Berikut adalah aturcara program yang dijangkakan
19 Februari 2010 (Jumaat)
2.30 petang : Persiapan tempat
: Pameran dimulakan
5.00 petang : Acara sukaneka masyarakat
: Lawatan ke rumah orang sakit
7.30 malam : Majlis bacaan yassin dan tahlil

20 Februari 2010 (Sabtu)
8.30 pagi : Gotong royong perdana
10.00 pagi : Minum pagi
12.00 tengahari : Makan tengahari
2.30 petang : Majlis perasmian
: Ketibaan jemputan
: Ketibaan perasmi
: Lagu Bangsa Johor
: Lagu Negaraku
: Lagu Kita Juara Rakyat
: Ucapan Wakil Kaum India
: Ucapan Wakil Kaum Cina
: Ucapan perasmian Wakil Kaum Melayu
: Majlis penyampaian ang pau
: Minum petang dan bersurai
9.00 malam : Persembahan Pentarama “1Malaysia” di PESTA 2
Buat masa ini permit polis telah dipohon bagi perlaksanaan program juara rakyat. Datanglah beramai-ramai khususnya jentera UMNO dan BN yang ingin melihat kekuatan kita bertambah....sasaran peserta lebih 1,500 orang yang akan hadir.

Thursday, January 14, 2010

PELANCARAN PERKASA NEGERI JOHOR


Saya dengan ini menjemput sdr/sdri/tuan/puan/Datuk/Dato’ ke Majlis Pelancaran PERKASA Negeri Johor yang akan diadakan pada 17 Januari 2010 pada jam 2.00 petang di Dewan Jubli Intan Batu Pahat, Johor. Saya yang dilantik sebagai EXCO Wira Perkasa Johor amat berbesar hati jika tuan/puan yang menyintai perjuangan Islam dan Melayu turut hadir di dalam pelancaran PERKASA tersebut yang akan disempurnakan oleh YB. Dato’ Paduka Ibrahim Ali selaku Presiden PERKASA Malaysia.

Secara jujurnya saya melihat, PERKASA adalah satu wadah, satu platform satu medium yang sesuai untuk digunakan oleh mereka yang menyintai kepada perjuangan Islam. Pelbagai isu yang timbul pada hari ini yang mengaitkan soal kepentingan Islam dan mengheret soal keperibadian Melayu yang dimanipulasikan oleh sesetengah pihak yang tidak sensitive atau mereka yang cuba untuk menguji kesepakatan Melayu/Islam dan cuba untuk mencabar kekuatan kita. Jika kita tidak bertindak selain menggunakan saluran politik yang diterajui oleh UMNO dan PAS, maaflah PKR boleh diisukan kamampuannya, jika kita tidak melibatkan badan-badan NGO Islam, jika kita tidak melibatkan kerajaan BN yang dipimpin oleh Islam dan jika kita tidak membawa kepada Raja-Raja Islam sudah pastinya sesuatu kes atau isu tidak dapat diselesaikan.

Ayuh sahabat-sahabatku, kita bergegas kesana, sebagai tanda sokongan kita kepada satu badan NGO yang sanggup untuk meletakkan kepentingan Islam dan Melayu sebagai agenda utama. Jika kita kuat dan bersatu kita akan dihormati.

Salam Perjuangan....

AKHLAK RASULULLAH IKUTAN KITA

Tuesday, January 12, 2010

TAN SRI KOH TSU KOON DATANG KE BAKRI


Ketibaan Tan Sri Koh Tsu Koon diiringi oleh pimpinan PGRM







9 Jan. 2010 : Kehadiran Koh Tsu Koon datang ke Bakri di sambut dengan lebih daripada 1,000 orang dalam majlis Makan Makan Malam Sempena Perayaan Ulang Tahun Ke-25 Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) Bahagian Bakri Serta Pertandingan Karaoke Kanak-Kanak Peringkat Negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Majlis turut dihadiri oleh pimpinan parti Gerakan iaitu Ybhg. Dat’ Teo Kok Chee selaku Pengerusi PGRM Johor, YB. Liong Teck Meng (Ahli Parlimen Simpang Renggam), Ybhg. Wee Chong Yan selaku Pengerusi PGRM Bakri merangkap Naib Pengerusi PGRM Johor, Sdri, Tai Moon selaku Ketua Wanita PGRM Johor, Sdr. Yap Zhen Xian selaku Ketua Pemuda PGRM Johor serta pimpinan lain disemua peringkat Johor.

Turut hadir dalam parti komponen adalah Dato’ Saipolbahri selaku Ketua UMNO Bahagian Bakri, Hjh. Jamilah Othman selaku Ketua Wanita Bahagian bersama AJK, Hj. Mohd Fuad Tukirin selaku Ketua Wanita dan AJK, Cik Hanizah Rafidah Mohd Shukri selaku Ketua Puteri dan Mohd Radzi Amin selaku Pegawai JASA Daerah Muar. Mewakili MCA bakri adalah En. Sia Ka Tuan selaku Pengerusi MCA Bakri, En. Chriss Lee Ching Yong selaku Ketua Pemuda MCA Bakri merangkap Pengerusi JPMM DUN Bentayan.

Majlis yang bertemakan dengan 1 Malaysia telah dimulakan dengan ucapan Wee Chong Yan yang menyatakan bahawa hanya parti BN sahaj yang memperjuangkan semua kaum, menyatakan kerisauan keadaan ekonomi negara yang tidak baik telah menyebabkan ramai penduduk telah berhijrah ke luar negara kerana ditawarkan keadaan ekonomi yang lebih baik. Sudah tiba masanya kerajaan membetulkan keadaan ini agar keharmonian dan kesejahteraan negara dapat dicapai melalui kejayaan ekonomi. Terima kasih juga kepada UMNO dan kerajaan yang telah memajukan Daerah Muar.

Didalam ucapan Ketua UMNO Bahagian Bakri telah mengucapkan terima kasih kepada tan Sri Koh Tsu Koon yang sudi datang ke Bakri dan membantu keadaan politik di bakri. Jalinan kerjasama yang lebih erat dan akrab menerusi program seperti ini pasti akan mengukuhkan kekuatan Barisan Nasional Parlimen Bakri. Marilah kita bersama-sama berusaha mengambil semula kerusi-kerusi yang telah tewas dan berikanlah satu tepukan gemuruh kepada Presiden Parti Gerakan Malaysia sebagai pemimpin utama yang kita sokongi.

Di dalam ucapan Pengerusi Parti Gerakan Johor, Sdr. Teo Kok Chee, beliau melihat perlunya kita bersatu di dalam menjayakan gagasan 1 Malaysia, kita mestilah melihat kejayaan 2020 sebagai matlamat bersama.

Tan Sri Koh Tsu Koon juga menyatakan bahawa pada siang tadi Perdana Menteri telah menghadiri perhimpunan raksasa bagi melancarkan konsep Juara Rakyat di Ulu Selangor. Perdana Menteri telah menekankan bahawa kita hendaklah berjuang untuk rakyat dan Barisan Nasionallah sebuah parti yang terbukti mempunyai pengalaman yang luas dan berkemampuan dalam mentadbir negara. Marilah kita memupuk semangat perpaduan dan sikap toleransi antara semua kaum, kita hormatilah hak kaum masing-masing, kita menerima agama Islam sebagai agama persekutuan tetapi dalam masa yang sama agama lain boleh dijalankan di Malaysia ini. Marilah kita bersatu dan berganding bahu menjayakan gagasan 1 Malaysia di dalam era yang baru. Kita mengetahui bahawa kita bukanlah sempurna, kita juga ada kecacatan dan marilah kita berusaha membaiki keadaan ini, kita mestilah bersatu padu dengan parti-parti yang berpengalaman. Muar adalah pengeluar perabot yang terbesar di Malaysia, hasil eksport dari Muar sebanyak 40%, boleh dipanggil Muar adalah bandaraya perabot, namun kita menghadapi 2 masalah dalam industri ini iaitu kurangnya tenaga buruh dan status tanah yang tidak diluluskan oleh majlis sebagai kawasan industri, ini menyebabkan insentif dari kerajaan tidak dapat diberikan. Mengucapkan tahniah kepada PGRM Bakri kerana telah menambahkan ahli baru, cawangan baru dan PGRM Pusat sedia untuk kerjasama dalam membantu mendapatkan kerusi-kerusi yang hilang di kawasan Bakri. Walaupun Pulau Pinang telah jatuh kepada tangan pembangkang, namun kita tidak berputus asa dan kita mesti ada keyakinan untuk merampas semula negeri itu.

Wednesday, January 6, 2010

ISU KALIMAH ALLAH


Berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dengan ini Gerakan Belia 4B Negeri Johor berpendirian bahawa :
1. Kami dengan ini menyokong kenyataan YAB Perdana Menteri yang berjanji akan menyelesaikan isu ini bersandarkan proses undang-undang melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang akan bertindak memfailkan rayuan.
2. Kami juga menyokong hasrat YAB Perdana Menteri untuk mengadap Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu dalam jangka masa terdekat bagi menyelesaikan isu ini.
3. Kerajaan juga digesa untuk menggubal dan melaksanakan Akta Sekatan Dan Pengembangan Dan Dakyah Agama Lain ke atas penganut/orang Islam di negeri-negeri yang masih belum melaksanakannya dan sekiranya akta ini wujud di negeri berkenaan (yang belum melaksanakannya) sudah tentu keadaan akan berbeza iaitu menggunakan kalimah Allah selain daripada Islam akan menjadi satu kesalahan jenayah.
4. Kami juga ingin mengingatkan semua pihak yang berkenaan tentang Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke 82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008 memutuskan penggunaan kalimah Allah adalah khusus buat agama dan umat Islam sahaja.
5. Kami juga mahu member peringatan kepada pihak berkenaan tentang Keputusan Kerajaan sebelum ini melalui mesyuarat Kabinet bertarikh 16 Mei 1985 juga telah memutuskan bahawa perkataan Allah adalah termasuk antara kalimah-kalimah yang dilarang penggunaannya oleh mereka yang bukan beragama Islam. Malah penggunaan kalimah Allah, Baitullah, Solat dan Kaabah telah pun diwartakan hanya eksklusif buat umat Islam sahaja bertarikh 5 Disember 1986. Manakala Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 3 Januari 2008, memutuskan untuk mengekalkan larangan tersebut sebagaimana yang pernah diputuskan pada 18 Oktober dan 1 November 2006.
6. Kami di dalam Gerakan Belia 4B Negeri Johor mahu memberi amaran kepada pihak yang berkenaan supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang mendakwa kerajaan tidak mempunyai hak untuk campurtangan di dalam urusan dalam gereja berdasarkan hak yang diberi oleh Perkara 11(3a) Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana alas an ini adalah tidak benar sama sekali. Sebaliknya kerajaan telah diberi hak oleh Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 11(4) (untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam). Di bawah peruntukan ini kerajaan (sama ada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri) telah menggubal undang-undang mengawal dan menyekat pengembangan agama-agama bukan Islam terhadap umat Islam. Sebagai contoh Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Negeri Terengganu 1980, Seksyen 9 menyebut; (melarang seseorang (bukan Islam) daripada menggunakan perkataan-perkataan tertentu baik dalam tulisan, ucapan atau kenyataan untuk menggambarkan antaranya kepercayaan atau konsep mana-mana agama bukan Islam. Perkataan-perkataan itu termasuklah Allah, Ilahi, Rasul, Nabi, Wahyu, Iman, Imam, Syariah, Ulama, Dakwah, Ibadah, Injil dan lain-lain). Peruntukan ini jelas menunjukkan bahawa menggunakan kalimah “Allah” sebagai terjemahan kepada perkataan “God” di dalam Bible adalah menyalahi undang-undang yang sedang berkuatkuasa di negara ini. Oleh itu, ia tidak boleh disifatkan sebagai urusan dalaman gereja.
7. Pihak kami juga mahu mengemukakan soalan terhadap pihak berkenaan, mengapa mereka tidak menggunakan kalimah asal bagi tuhan sebagaimana yang terkandung dalam bahasa asal kitab mereka ? Mengapa nama tuhan perlu diterjemah sedangkan nama tuhan adalah satu nama khas yang sepatutnya digunapakai tanpa mengira bahasa pertuturan si penganut agama. Bukankah kalimah tuhan dalam Bible berbahasa Ibrani ialah Elohim, El, Eloh atau Elah ?
Dan soalan kedua kami mengapa masih wujud percanggahan antara penganut agama mereka tentang gelaran kepada tuhan mereka sendiri ? sedangkan pada Ogos 2007, seorang paderi Roman Katholik di Belanda, Tiny Muskines, telah membuat seruan supaya penganut Kristian menggunakan kalimah “Allah”. Bagaimanapun seruan tersebut telah mendapat bantahan daripada penganut Krisitan sama ada dalam kalangan Protestan mahupun Katholik. Presiden Liga Katholik Bagi Hak Agama dan sivil telah membantah saranan tersebut dalam kenyataannya.
8. Gerakan Belia 4B Negeri Johor mewakili sebahagian generasi muda menegaskan walaupun keputusan mahkamah itu harus dihormati berdasarkan prinsip keluhuran undang-undang, kami tetap berasa amat khuatir ianya boleh mencetuskan pergaduhan dan perbalahan dalam masyarakat malah tidak mustahil akan berlakunya rusuhan agama yang akan menggugat keharmonian dan keamanan negara. Ianya tidak mustahil berlaku sekiranya kemarahan umat Melayu sudah tidak terbendung lagi.
9. Selaku warganegara yang cintakan keamanan berteraskan perpaduan kaum dan semangat Satu Malaysia, pihak kami menuntut agar isu ini berakhir secara yang sebagaimana yang sebahagian besar rakyat mengharapkan.
10. Kami yakin dengan kemampuan kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri untuk menyelesaikan isu ini dengan sebaik-baiknya.
Inilah kenyataan media yang disampaikan oleh Sdr. Mohd Syahrin bin Jamaludin selaku Pengerusi Gerakan Belia 4B Negeri Johor

Sehubungan dengan itu Gerakan Belia 4B Kawasan Bakri meminta semua umat Islam agar dapat solat hajat dan membacakan surah yassin setiap malam agar keputusan Mahkamah Rayuan akan memihak kepada kita dan mengharapkan daripada Allah SWT agar dapat melindungi dan menyelamatkan Islam di bumi Malaysia ini.

Sunday, January 3, 2010

KUNJUNGAN MESRA DI DUN BUKIT NANING

3 Januari 2010 – Selepas daripada selesainya kunjungan di DUN Sungai Abong, maka kepimpinan UMNO Bahagian Bakri yang diketuai oleh dato’ Saipolbahri telah turun ke DUN Bukit Naning. 2 kawasan telah ditetapkan iaitu di perkarangan surau Batu 16 ¾ dan Balairaya Parit Tengah Parit Baru. Lebih daripada 400 orang menghadiri perjumpaan tersebut walaupun dalam keadaan hujan.

Di dalam ucapan Ketua UMNO bahagian, beliau menyatakan bahawa kelulusan untuk menubuhkan program giat mara di Parit Tengah telah pun diluluskan yang mana 4 kursus awal telah disediakan iaitu bengkel motosikal, kursus menggunting rambut, kursus jahitan dan grafik computer, pembangunan di Kampung Parit Tengah tidak akan dicicirkan, namun kerjasama dari semua pihak dan bersatu padu amat penting bagi hasrat yang ingin dibawa akan tercapai, beliau juga berharap puteri di kawasan Air Hitam dapat diadakan dan ditambah bagi mengukuhkan lagi jentera UMNO, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada persatuan Belia Restu yang telah dirasmikan dan merupakan medium baru untuk menarik sokongan. Beliau menjemput kepada semua penduduk agar dapat hadir pada malam ini untuk hiburan informasi bersama Band PGA Bakri.

Walaupun DUN Bukit Naning memenangi kerusi pada pilihanraya lalu, namun kemenangan yang tipis ini perlu digandakan usahanya bagi meningkatkan lagi majority dan seterusnya dapat menawan kembali kerusi Parlimen Bakri.

KUNJUNGAN MESRA DI DUN SUNGAI ABONG







Antara mereka yang hadir di dalam dewan PESTA 2
ucapan perpaduan, kasih sayang dan kerjasama antara yang ditekankan oleh Dato' Ketua Bahagian
Di antara pemimpin UMNO Bahagian Bakri yang hadir

3 Januari 2010 – Kunjungan mesra UMNO Bahagian Bakri diteruskan selepas daripada perjumpaan di DUN Bentayan, 3 kawasan telah ditetapkan iaitu di Dewan Serbaguna KKTDI 2, Dataran Kampung Parit Ulu dan Balairaya Parit Keroma Jalan Dato’ Haji Kosai. Lebih 600 orang telah menghadiri perjumpaan yang diketuai oleh Dato’ Saipolbahari bersama kepimpinan UMNO Bahagian Bakri.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Bersatu Bersetia Berkhidmat dan UMNO Johor ketika berada di KKTDI 2 diikuti dengan bacaan doa, ucapan Ketua UMNO Bahagian, penyampaian beg sekolah, penyampaian calendar dan jamuan. Turut diserikan dengan rombongan ke majlis perkahwinan bekas Setiausaha Puteri iaitu cik Haryati Osman dengan pasangannya dan ke rumah Naib Ketua Wanita iaitu Pn. Mariam Sharif yang dikenali Mariam A.
Di dalam ucapan Ketua UMNO Bahagian Bakri menyatakan UMNO Bahagian Bakri mempunyai asset sebanyak RM 7.5 juta iaitu nilai bangunan UMNO di Bakri Batu 1 yang akan dimiliki oleh ahli-ahli UMNO Bakri, ucapan terima kasih kepada ketua-ketua cawangan yang menggerakkan cawangan, sebagai ibu bapa kita perlu mengambilkira padangan anak-anak yang merupakan asset keluarga, bersama-sama berusaha merampas kembali kerusi di DUN Sungai Abong, majalah Suara UMNO Bahagian Bakri telah dikeluarkan dan akan terus dikeluarkan, kelulusan Penubuhan Peladang Kawasan Bakri yang mampu memberikan peluang kepada ahli-ahli UMNO dan berkaitan yuran keahlian.

Walaupun majlis dalam keadaan hujan, namun jentera UMNO tidak berpatah semangat dan meneruskan program kunjungan mesra dan percaya bahawa UMNO lah juara rakyat bukan juara membantah dan hanya polemic murahan.