Monday, June 27, 2011

USAHA MENGHIDUPKAN KEMBALI FAHAMAN KOMUNIS

Terdapat di dalam masyarakat kita pada hari ini dengan berlindungkan parti politik cuba menghidupkan fahaman komunis yang pastinya tidak lagi diterima di Malaysia malah negara asal penubuhan komunis juga tidak lagi mengamalkan ideologi yang mementingkan soal kesamarataan dan tiada pemilikan serta menolak ketuhanan kerana dianggap mengongkong kepada kejayaan sesebuah negara. Ideologi yang diterapkan semasa meletusnya Revolusi Bolshevik pada 1917 di Rusia tidak lagi diterima, malah China sendiri yang sebelum ini menolak kapitalis juga mewujudkan ribuan kilang sebagai keperluan negara mereka. Namun ideologi komunis telah bertukar kepada fahaman yang lebih lembut iaitu fahaman sosialisme yang memeperjuangkan hak pekerja, peranan golongan pelajar dan bersikap anti penjajah.

Penahanan 30 orang dari Parti Sosialisme Malaysia (PSM) di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang bersama beberapa risalah termasuk kemeja T yang berimej tokoh komunis Argentina, Ernesto ‘Che’ Guevara atau El Che, bekas pimpinan Parti Komunis Malaysia (PKM) iaitu Chin Peng, Abdullah CD, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah telah memperlihatkan mereka masih memilih perjuangan komunis dari meletakkan perjuangan sebenar yang sepatutnya diterapkan. Meletakkan golongan yang kalah adlah satu yang silap, mereka menganggap golongan ini sebagai hero dalam hidup mereka sehingga hendak menyamakan kedudukan mereka dengan Tunku Abdul Rahman yang dilihat menekankan diplomasi dan cara lembut berbanding cara mereka yang bersikap gerila atau menjalankan cara pintas di jalan raya.

Sewajarnya golongan ini perlu ditahan dan dikenakan tindakan yang sewajarnya, kita menerima konsep yang diamalkan pada hari ini iaitu demokrasi berparlimen, mengapa mereka memilih fahaman komunisme. Saya akui golongan fahaman ini amat bersetuju dengan menyokong demonstrasi bersih yang diadakan pada 9 Julai 2011. Ini kerana setiausaha agung PSM memberikan penjelasan di Lobi Parlimen bersama Pengerusi PSM, Dr. Mohd Nasir Hashim merangkap ADUN Kota Damansara, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Naib Presiden PAS, Nurul Izah Anwar. Walaupun PSM menafikan tindakan mereka mahu menghidupkan semula komunisme namun pendekatan dan agenda yang diperjuangkan mirip kepada komunisme. Adakah dengan memperjuangkan pimpinan yang tidak diiktiraf sebagai satu keadilan untuk semua.

Saya menyeru kepada pihak polis agar mengambil langkah segera, pantas dan tegas supaya mengekang fahaman komunis ini, ia akan mengecewakan ramai rakyat Malaysia yang pernah bersama-sama menentang gerila komunis. Saya juga menyeru kepada rakyat Malaysia yang menyokong ideologi ini perlu hentikan, bawa bersama agenda Islam dalam melaksanakan Demokrasi Berparlimen. Elakkan diri dari menyokong Demontrasi Bersih pada 9 Julai ini kerana disebalik demonstrasi ini adala fahaman komunis yang cuba dihidupkan.

Tuesday, June 21, 2011

HIMPUNAN HARAM BERSIH

Saya kecewa dengan tindakan pihak yang menganjurkan Demonstrasi BERSIH yang kononnya untuk menuntut pilihan raya akan datang lebih bersih. Masih ingat BERSIH yang diadakan pada siri 1 tahun 2006. Ia adalah anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Women’s Development Collective (WDC) dan Writers Alliance for Media Independence (WAMI) yang dilancarkan di Parlimen Malaysia pada 23 November 2006. Siapa yang hadir ketika itu, tentulah Presiden PKR iaitu Dr. Wan Azizah Wan Ismail, R. Sivarasa, Lim Guan Eng selaku Setiausaha DAP, Teresa Kok selaku Setiausaha Publisiti DAP, Nasharudin Mat Isa selaku Timbalan Presiden PAS, Salahudin Ayub selaku Ketua Pemuda PAS, Syed Shahir Syed Mohamud dari MTUC. Ketika itu BERSIH telah menganjurkan 100,000 orang di Dataran merdeka pada 10 oktober 2007 yang turut dihadiri Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim, Dr. Wan Azizah dan Abdul Hadi Awang yang ingin menyerahkan memorandum kepada Istana Negara, namun Yang Dipertuan Agung ketika itu Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak ada kerana merasmikan Kejohanan Kuda Lasak Piala Sultan Terengganu 2007 di Setiu Terengganu. Tindakan ini telah membangkitkan rasa kurang senang Datuk Seri Abdullah selaku Perdana Menteri kerana mengheret institusi raja dalam kancah politik kerana tindakan sengaja pembangkang. Malah Datuk seri Najib ketiak itu menjadi Timbalan perdana Menteri menyatakan bahawa kerajaan boleh menghimpunkan lebih ramai daripada Demonstrasi BERSIH, namun Demonstrasi BERSIh perlulah mengikut saluran yang betul dalam nyatakan rasa tidak puas hati mereka. Mengapa baju kuning dipilih, sebabnya ia meniru Gerakan Orange Revolution di Ukraine iaitu menuntut pilihan raya yang adil dan gaya menggulingkan Presiden Filipina iaitu Ferdinand Marcos pada 1986. Di antara tuntutan bersih ketika itu adalah :
1. Penyemakkan semula daftar pemilih
2. Penggunaan dakwat kekal
3. Pemansuhan sistem undi pos
4. Penggunaan media yang lebih adil kepada semua parti politik semasa pilihan raya
Demonstrasi ini tidak mendapat permit dari pihak polis kerana polis memberikan beberapa alasan yang saya fikir ia relevan dan kena pada tempatnya iaitu mengapa nak hantar memorandum kepada YDPA perlu menghimpunkan seramai 100,000 orang dengan kempen selama 2-3 bulan. Ia meniru gaya para sami di Myanmar yang menuntut keadilan. Tindakan ini juga membawa kepada rasa tidak puas hati kepada mereka yang tidak bersetuju dengan himpunan BERSIH yang sudah pastinya akan menimbulkan rasa ketegangan dan perhimpunan tersebut bukanlah budaya dari Malaysia ia adalah budaya yang diimport dari negara luar yang berbeza kerajaannya.

Namun kali ini BERSIH ingin membuat semula Demonstrasi yang kononnya mempunyai matlamat yang sama, cumanya kali ini ia mensasarkan 300,000 orang iaitu bilangan yang bertambah dari 100,000 pada tahun 2007 kepada 300,000. Cuba bayangkan jika 100,000 polis sukar untuk mengawal dengan tingkahlaku pelbagai fikiran inikan pula 300,000 (jangan salahkan polis jika guna kekerasan). Saya kecewa dengan sikap pembangkang yang menyalahkan polis dalam dua perkara iaitu :
1. Mengatakan polis yang mencetuskan huru hara
Jawapan : Tidak mungkin polis yang dididik, dilatih, ditanamkan sikap cekap, tegas dan adil akan menjadi punca kepada huru hara. Jika polis tidak benarkan, akurlah…kalau bapa tak benarkan akurlah….Polis ada cara untuk membenarkan demonstrasi ini, mungkin boleh buat di stadium seperti mana PAS buat solat hajat, mungkin boleh buat di pulau yang tidak mengganggu ornag lain. Dengan mengadakan himpunan di ibu kota yang penuh sesak telah memperlihatkan mereka tidak mencapai klimaks demonstrasi.
2. Mengatakan polis menjadi telunjuk BN
Jawapan : sudah tentulah polis akan menenerima telunjuk BN selaku Parti Yang Memerintah, mana ada polis ikut telunjuk pembangkang yang bukan parti pemerintah. Namun bukanlah Polis itu tidak tahu membezakan mana yang perlu diikut mana yang perlu tidak diikut, tidak mungkin pimpinan BN juga menjadi tahanan polis waimah ia seorang Menteri sekalipun. Jelas di sini pembangkang hanya main persepsi tetapi tidak merujuk keadaan dirinya.

Kali ini juga BERSIH telah membawa 8 tuntutan yang melebih 4 tuntutan pada 2007 iaitu :
1. Bersihkan senarai pengundi
2. Reformasi Undi Pos
3. Guna dakwat kekal
4. Masa kempen minimum 21 hari
5. Akses media yang bebas dan adil kepada parti yang bertanding
6. Kukuhkan Institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor

Beberapa ornag ahli jawatankuasa BERSIH 2.0
1. Ambiga Sree (Pengerusi)....Bekas Pengerusi Majlis Peguam
2. Mat Sabu (Timbalan).....Timbalan Presiden PAS
3. Andrew Khoo
4. K Arumugam
5. Dr Farouk Musa
6. Harris Ibrahim
7. Liau Kok Fah
8. Maria Chin Abdullah....Eksekutif WDC
9. Richard Y W Yeoh
10. Dr Toh Kin Woon
11. Dr Wong Chin Huat
12. Datuk Yeo Yang Poh
13. Zaid Kamaruddin
14. Dr Subramaniam Pillay
15. Arul Prakkas

Apakah agenda tersirat BERSIH
1. Ingin mengekalkan momentum semangat perang selepas pilihan raya Sarawak
2. Ingin mengulangi kejayaan mereka pada himpunan 2007
3. Ingin membuat provokasi iaitu sekiranya mereka ditangkap atau dikasari oleh pihak berkuasa maka adalah story atau hujah yang menyatakan kerajaan itu zalim, media asing pun ambil gambar maka wujudlah tekanan daripada negara luar yang mengatakan Malaysia sebuah negara yang zalim dan huru hara. Kesannya pada pelabur dan imej negara di mata antarabangsa. Bak kata pepatah Melayu, Menang Jadi Arang Kalah Jadi Abu.
4. Bukan untuk menghantar memorandum sebagai matlamat utama tetapi untuk mewujudkan suasana perarakan agar bahang peperangan dapat diteruskan iaitu sentimen marahkan kepada kerajaan dapat diaktifkan. Soalnya adakah memorandum ini tidak boleh sampai jika yang pergi itu 20 ornag termasuk pimpinan 3 parti pembangkang dan tidak bolehkah bawa kepada Dewan Rakyat untuk dibentuk Rang Undang-Undang. Saya sedar dengan sifat anak muda yang suka kepada semangat peperangan memang himpunan inilah yang kita nantikan, namun untuk apa menembak pada diri sendiri, untuk apa menjaringkan gol dalam gawang sendiri dan untuk apa kita makan daging saudara sendiri, sewajarnya pembangkang bawa anak muda ini bersama-sama mengikuti perjuangan membela negara dari ancaman penyakit, kebersihan, masalah sosial yang menjadi barah negara atau jika nak perang sangat ayuh ikutlah kapal yang menghala ke Palestin.
5. Ingin menyiapkan diri untuk pilihan raya ke 13, inilah masanya yang boleh digunakan sebagai tanda sokongan rakyat kepada mereka
6. Sebagai jalan pintas untuk mengambil alih kerajaan atau Putrajaya dengan cara jalanan seperti mana yang dilakukan oleh negara Asia Timur atau nak ikut Thailand dan Filipina

Mengapa kita RAKYAT Malaysia tidak perlu ikut Demonstrasi Bersih
1. Ia menyalahi undang-undang kerana
2. Jika perbuatan itu memudaratkan maka janganlah dilakukan, ia ditegah dalam Islam
3. Jika kita ditangkap dan dipenjarakan atau dalam perjalanan kita terbunuh maka sia-sia hidup kita, lebih baik kita jaga anak isteri, ibu bapa, kaum keluarga serta selesaikan hutang-hutang kita sebelum kita meninggalkannya agar tidak terbeban kepada waris
4. Demosntrasi ini ada agenda lain iaitu memastikan kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU 13
5. Demonstrasi ini adalah untuk mengalihkan isu iaitu kes liwat Anwar Ibrahim dengan Saiful, kes Video seks Anwar Ibrahim, ke jam Omega…..bersihkan isu ini sebum Anwar Ibrahim bercakap soal BERSIH
6. Demonstrasi ini tidak ikhlas kerana mereka setuju dengan SPR atas kemenangan mereka di beberapa negeri tetapi mereka tidak bersetuju dengan kekalahan mereka di peringkat nasional
7. Demonstrasi ini hanya dianggotai jawatankuasanya seramai 4 ornag Melayu, 4 India dan 7 Cina, namun demonstrasi ini akan dihadiri hampir majoriti Melayu, siapa yang yang bodoh, orang Melayu tunjuk perasaan orang bukan Melayu ada kuasa, dahlah Md Sabu tak berapa pandai Bahasa Inggeris (dalam ceramah tak pernah dengar pun) dan tak pandai bahasa Cina dan india, memanglah kena jual walaupun dia jadi timbalan pengerusi Demonstrasi Bersih. Si Ambiga Sree pandai Bahasa Inggeris pandai bahasa ibundanya dan tahu strategi perundangan.

Wednesday, June 8, 2011

MAJLI PENYAMPAIAN BUNGKUSAN KEPADA MANGSA RIBUT






UMNO Bahagian Bakri sekali lagi menjadi badan yang prihatin apabila menganjurkan majlis penyerahan bantuan kepada 47 penerima bantuan mangsa ribut pada 7 Jun 2011. Program dianjurkan bersama JPMM DUN Sungai Abong dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mangsa ribut yang terlibat merangkumi Melayu dan Cina. Sumbangand daripada Dato' Saipolbahri (Ketua UMNO Bakri), Datuk Dr. Haris Salleh (Pengerusi JPMM DUN Sungai Abong), En. Mazlan bin Hj. Sabari (Timbalan Ketua UMNO), Hj. Hassan Johari (Naib Ketua UMNO) dan Hj. Mohd Fuad bin Tukirin (Ketua Pemuda UMNO).

Program yang diadakan di Balairaya Taman Meranti turut dihadiri oleh Pn. Jamilah Othman (ketua wanita), Tok Mokhtar (Ketua Kampung Batu 3), Tok Musyrik (ketua kampung Batu 50, Tok Nazir (ketua kampung batu 6), Tok Khalil (ketua kampung jeram Tepi), Tok Salleh (ketua kampung simpang jeram), tok kahar (ketua kampung Sabak Awor), Pn. Hellen Fong (Ahli Majlis) dan Goh Kim Huat (Ahli Majlis) serta penduduk setempat.

Keprihatinan ini perlu diteruskan dan perpaduan yang ditunjukkan perlu dikekalkan demi menghadapi pilihanraya akan datang. Berjuang tidak minta dibayar berkhidmat tidak minta disanjung, demi perjuangan yang amat mulia, kunamakan perjuangan untuk agama, bangsa dan negara..... Syabas dan tahniah.

Isu permukaan jalan tidak rata di Jalan Parit Tiram bersebelahan Sek. Keb. Simpang Jeram


Isu ini ditimbulkan oleh penduduk setempat yang meminta pihak kerajaan membaiki segera keadaan jalan yang rosak di Jalan Parit Tiram belakang Sek. Keb. Simpang Jeram. Kedudukan jalan yang menjadi penghubung kepada Taman Jaya 1 dan 2, Jeram Tepi, Taman Sri Jeram dan Jalan Bakri sering digunakan oleh orang ramai sebagai jalan pintas bagi mengelakkan kesesakan. Laluan ini juga digunakan oleh pelajar sekolah berulang alik dan menghubungkan dengan Sekolah Agama Simpang Jeram. Keadaan jalan yang rosak akibat dilalui oleh kenderaan berat yang sedang membuat projek perumahan di sebelah Taman Jaya 2. Keadaan jalan yang tidak rata telah mengakibatkan kesukaran kepada pengguna jalan dan keselamatan pelajar sekolah.

Jalan ini juga dilalui oleh mereka yang hendak bermain futsal di Real Futsal Simpang Jeram. Penduduk amat berbesar hati jika tindakan segera dapat diambil untuk keselesaan orang ramai.

MENCARI TITIK PERTEMUAN BUKAN PERPISAHAN

Di dalam meneruskan kehidupan seharian, sehari demi sehari sehinggalah tiba masanya nanti dipanggil oleh Allah SWT, saya tertanya tanya sampai bilakah masyarakat saya terus bercelaru, bergaduh, berperang, bersengketa antara satu sama yang lain, menutup kebenaran, membuat fitnah, mengadu domba, membuat kejahatan, meneruskan kerosakan, lidah bercabang, bersifat munafik, mengambil hak orang lain, melakukan maksiat dan kejahatan dan pelbagai lagi kerosakan. Tidak perlu pergi terlalu jauh, ambil sahaja di Muar ini bukan nak mencari kelemahan bagi penduduk di Muar tapi saya percaya semua tempat wujud persamaan. Sehingga setiap hari kerosakan demi kerosakan terus bermaharaja lela, malah yang nak buat kebaikan semakin hari semakin berkurangan jika tidak ada kepentingan dan tiada keikhlasan.

Semalam saya terkejut, apabila saya menerima sekeping risalah Program Anak Yatim mendapatkan dana wakaf tanah bagi pembinaan sebuah kolej berprestij tinggi setanding universiti. Namun tidak juga dinamakan Kolej Anak-Anak Yatim tetapi diletakkan nama yang cukup elit. Bukan itu sahaj telah mempunyai tanah selauas 320 ekar di sebuah negeri (tak perlu sebut). Saya menanyakan kepada brother yang serahkan phamplet itu kepada saya, saya tanya berapa had umur bagi anak yatim, dia kata dia pun tak tahu, mungkin lapan belas rasanya. Bila saya tanya berapa usia pelajar anak yatim yang akan masuk ke kolej, tentulah lebih dari 18 tahun, nah bagaimana nak capai sasaran jika program ini untuk anak yatim, malah anak yatim yang cemerlang lebih tertumpu untuk masuk ke universiti luar negara atau universiti awam. Disinilah saya melihat kecelaruan yang timbul dalam negara kita.

Saya melihat sudah tiba masanya tidak kira UMNO, PAS, KEADILAN, DAP, BEBAS dan berkecuali asalkan yang memegang kalimah syahadah, hendaklah berlapang dada, jangan pertikaikan orang lain, kalau yang dah buat salah mengaku sahaja, jangan menegakkan benang yang basah, letaklah jawatan, fikirlah yang kita ini akan mati, takutlah kesan dan akibatnya, renungkanlah anak-anak selepas kita, kasihan mereka bila kita bercelaru mereka lagi bercelaru, berapa juta negara akan rugi bila terus dibolot oleh mereka yang tidak betul jalannya, saya dah masak sangat dengan perkara ini, saya masih ingat lagi kata-kata YB. Datuk Abdullah Ali "jangan kita menyusahkan orang lain dan jangan menyusahkan diri kita kalau nak jadi pemimpin".

saya amat berharap, bersatulah demi Agama Allah yang tercinta, bersatulah demi Melayu sebagai bangsa kita dan bersatulah demi Malaysia yang berjaya.

Sunday, June 5, 2011

KURSUS PEMANTAPAN DAN TRANSFORMASI ORGANISASI

Tahniah diucapkan kepada mereka yang mengikuti Kursus Pemantapan Transformasi Dan Organisasi (KPTO) yang diadakan pada 3-5 Jun 2011 di Kem Permata Alor Gajah Melaka. Kenangan yang cukup indah apabila peserta dari Bakri dipecahkan kepada 2 kumpulan parti iaitu Jam Dan Kunci. Bagi saya yang menyertai parti kunci (pembangkang) amat menyeronokkan kerana banyak idea boleh melakukan kepada parti kerajaan yang sememangnya tidak agresif, terlalu mengikut protokol, tidak ada idea, sering kena sindiran dan hanya retorik semata. bagi parti kami sering menjulang perkataan keadilan, kesaksamaan, generasi muda, pemikiran baru, ketelusan dan sebagainya. sebagai pembangkang juga kami tidak takut kepada pihak kerajaan kerana apa yang mustahak dan terpenting adalah cita-cita kami menegakkan soal negara yang adil, maju dan berjaya. Walaupun ada dalam kumpulan kami yang ditangkap oleh polis (si botak tu) namun tidak mematahkan semangat kami untuk terus berjuang sebagai parti pembangkang. Kami hanya kalah 15 undi sahaja dan jika diadakan semula kami akan LAWAN TETAP LAWAN.

Namun objektif yang rasionalnya bukan emosi yang kami letakkan tapi soalan kerelevanannya dalam sesuatu keputusan yang tidak mengorbankan rakyat teramai, sebab itulah kami akan rasional walaupun duduk sebagai pembangkang. Kami mahukan kerajaan yang baik, kerajaan yang tidak menidakkan orang lain dan kerajaan yang berhatikan rakyat.

selamat berjuang wahai sahabatku tidak kira pembangkang atau kerajaan, keran medium utama kita adalah di P.145 Bakri..............TAKBIR