Sunday, October 17, 2010

Di Mana Hendak Diletakkan DG41 Hingga DG48 Dalam Politik

Saya terpanggil untuk melihat ke mana arahnya guru yang bergred DG41 hingga DG48 yang tidak memegang jawatan hakiki seperti Guru Besar, Pengetua, GPK, Guru Kanan dan beberapa jawatan utama yang lain setelah dibenarkan untuk berpolitit. Dengan alasan golongan ini adalah golongan yang sangat memainkan peranan dalam masyarakat jika diukur kejayaan parti UMNO suatu ketika dulu dengan menggerakkan jentera mereka dikalangan guru-guru khususnya di peringkat akar umbi. Apabila kebenaran yang diberikan oleh Ketua Setiausaha Negara dan disahkan oleh Perdana Menteri sendiri, saya mencar dimana arah golongan ini hendaj diletakkan, adakah ia berminat ke dalam politik, adakah golongan ini akan menyertai UMNO atau golongan ini akan menyertai pembangkang. Persoalan ini perlu dilihat secara serius dan mendalam kerana golongan ini dianggap sebagai golongan berpengaruh dalam masyarakat.

Di dalam Mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Bakri pada 19 Jun 2010 (Sabtu) di Hotel Muar Traders, saya telah membawa satu usul iaitu MEMASUKKAN DAN MERAMAIKAN GOLONGAN PROFESIONAL, AGAMA DAN BERPENDIDIKAN KE DALAM UMNO, usul ini diterima dengan sokongan daripada En. Abd. Ghani bin Abd. Moin selaku AJK UMNO Bahagian Bakri dan Ketua Cawangan Jalan Daud yang merupakan seorang yang memiliki Master dari USA. Walaupun usul ini diterima persoalannya, dimana hendak diletakkan golongan ini ke dalam UMNO, adakah pemimpin UMNO yang sedia ada telah bersedia untuk menerima golongan ini, ini kerana dikhuatiri golongan ini akan mengancam kedudukan jawatan mereka dan memperlekehkan keadaan mereka yang tiba-tiba ingin merebut atau menduduki jawatan utama ke dalam parti.

saya juga ingin bertanya, adakah guru-guru tersebut telah bersedia untuk menyertai UMNO atau mereka ingin menyertai parti pembangkang khususnya PAS yang dilabelkan imej Islamik dan PKR yang dilabelkan imej profesional. Secara jujurnya, jika golongan ini mahu diterima ke dalam UMNO, pemimpin UMNO perlu bersedia untuk memberikan peluang ke atas mereka. sebagai contoh, jawatan di peringkat cawangan dan bahagian ada jawatan yang dilantik, maka dengan ini saya mencadangkan agar guru-guru tersebut dilantik ke jawatan seperti ajk mahupun setiausaha cawangan bagi membantu kerja-kerja mengurus tadbir cawangan tersebut. Ini kerana ilmu yang mereka miliki perlu dimanfaatkan untuk kegunaan masyarakat setempat. saya juga percaya pemimpin UMNO dapat menerima golongan pendidikan ini secara perlahan-lahan dengan syart ia mesti melalui proses dari bawah ke atas.

semoga cetusan ini akan memberikan peluang dan pemikiran ke atas pemimpin UMNO.

Saturday, October 16, 2010

Bajet RMK 11

Sewaktu saya berada di UKM kerana kelas ganti Dr Ravi saya sempat mendengar pembentangan bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan. Apa yang saya nak ulas adalah kenyataan beliau sebelum ini yang melihat pembentangan bajet adalah merujuk kepada suara ramai adalah benar. Bantuan atau elaun Ketua Kampung/ Pengerusi JKKK/Tok Batin akan dinaikkan dari RM 450 kepada RM 800 jelas menunjukkan keprihatinan beliau kepada masyarakat agar Ketua Kampung lebih berusaha dan bekerja untuk masyarakat. JIka sebelum ini Ketua Kampung adalah kakitangan awam yang besara juga,kerajaan tidak meninggalkan orang yang bersara dalam pembentangan bajet, malah kenaikan elaun persaraan dan duit bonus tetap diberikan.

Walaubagaimanapun terdapat komen2 yang berbisa tentang pemberian RM500 kepada seluruh kakitangan kerajaan bergred 54 kebawah termasuk kontrak yang begitu sedikit. Tuntutan CUEPACS yang sebelum ini menuntut 2 bulan gaji atau paling kurang satu bulan gaji tidak kesampaian kerana kemampuan kerajaan untuk memberikan bayaran hanya RM500 sahaja. Ulasan Perdana Menteri yang menyatakan jika ikut diri beliau memang dia nak bagi bonus sebulan tetapi jika ikutkan diri beliau sebagai Menteri Kewangan beliau tidak mampu melihat negara membelanjakan duitnya lebih daripada jumlah pendapatan negara.

Apa yang saya nak ulaskan,kakitangan awam yang bergred 41 ke atas mungkin melihat pemberian RM500 adalah kecil namun bagi kakitangan bergred 41 ke bawah beliau berterima kasih kerana kumpulan ini biasa mendapat jumlah gaji bulanan yang lebih kecil jika dibandingkan yang di atas. Namun lebih bersyukur lagi kerana kakitangan swasta langsung tidak dapat tambah2 syarikat kecil yang hampir gulung tikar. Syukur juga jika RM 500 dapat digunakan untuk pembelian barang sekolah anak,yuran sekolah anak dan yang mustahak dapat digunakan untuk keperluan kebahagiaan keluarga.