Assalamualaikum dan salam muafakat Johor kepada semua
pembaca. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan Negeri Johor
pimpinan YAB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang telah membawa Johor ke satu
tahap yang lebih baik menerusi kesinambungan pemimpin terdahulu. Usaha
mewujudkan satu program yang mendekati rakyat iaitu Pelan Suara Hati Johor
adalah usaha yang dinanti-nantikan oleh rakyat jelata. Ini memperlihatkan
kerajaan yang diterajui oleh BN adalah sebuah kerajaan yang prihatin dan
mendekati rakyat. Konsep merakyatkan kerajaan Johor telah menampakkan bahawa
kerajaan tidak bertindak sebagai aktor dominan malah buah fikiran setiap rakyat
yang diluahkan menerusi media sosial turut diambilkira dalam menjadikan sebuah
negeri yang berjaya, selamat, harmoni, sejahtera dan mempunyai wawasan untuk
dicapai.
Transformasi yang dilakukan oleh kerajaan Johor adalah bersesuaian dengan era dan perubahan yang berlaku. Ini secara tidak langsung menjadikan Johor sebuah kerajaan yang dinamik dan berjaya. Usaha kerajaan dalam membina rumah mampu milik, menambahkan jumlah rezab tanah Melayu yang berganda dan membaiki segala kemudahan awam boleh dianggap sebagai usaha yang menepati sasaran dan mendekati rakyat. Ini kerana rakyat hanya mahukan kehidupan yang sejahtera dan selamat bersesuaian dengan nama Johor itu sendiri.
Syabas dan tahniah kepada kerajaan Johor yang tidak berhenti menjuarai isi hati rakyat dan dapat meminimakan permasalahan rakyat. Saya juga berdoa agar pemimpin Johor, pentadbir Johor dan rakyat Johor sentiasa beristiqamah dalam mencari kebahagian dan kejayaan hidup bagi mewariskan kepada generasi seterusnya.
Sekian terima kasih.