Monday, September 14, 2009

Mencari Lailatulqadar Di 7 Malam Akhir


Dari Ibnu Umar, beberapa lelaki dari sahabat Nabi SAW bermimpi melihat lailatulqadar ketika tidur pada sepuluh malam terakhir Ramdhan. Kemudian Rasulullah SAW bersabda : "Aku juga melihat apa yang kamu lihat dalam mimpi itu, iaitu bertepatan pada tujuh malam terakhir. Oleh sebab itu, barang siapa yang sengaja hendak mencarinya, maka hendaklah mencarinya pada tujuh malam terakhir". - Sahih Bukhari

Sunday, September 13, 2009

Khatam Al Quran UMNO Bahagian Bakri






UMNO Bahagian Bakri telah mengadakan program Khatam Al Quran bersempena bulan Ramadhan Al Mubarak di Kampung Parit Zin Bakri pada 10 September jam 5.00 petang. Hampir 150 orang telah hadir di dalam menjalankan program khatam tersebut. Di dalam majlis tersebut turut diadakan majlis penyampaian bantuan anak-anak yatim seramai 11 orang bagi Kampung Parit Zin dan Parit Nor Bakri. Di dalam ucapan Ketua UMNO Bahagian Bakri, beliau memberikan tazkirah ramadhan dengan merebut peluang di malam lalilatul qadar yang banyak ganjarannya...

Pemimpin Perlu Menjaga Rakyat

Kenyataan Datuk Seri Najib amat bertepatan sekali apabila beliau berkata “apa makna popular dikalangan parti tetapi tidak popular dikalangan rakyat” bukan hanya jaga perwakilan sahaja untuk mempastikan kedudukan kuasa tetapi yang mustahak adalah kehendak rakyat dibawah jajahannya dapat dipertahankan. Kenyataan beliau amat bertepatan dan perlu disedari oleh pemimpin UMNO baik di peringkat cawangan, bahagian, perhubungan mahupun pusat, baik pemuda, puteri mahupun wanita.

Sayang sekali, apabila seseorang pemimpin parti tidak sanggup turun ke bawah kerana takut duitnya habis dikikis oleh orang bawah. Ini adalah persepsi salah dan takut dengan baying-bayang sendiri. Apabila seseorang itu naik memegang jawatan dan mempertaruhkan wang dalam merebut jawatan, inilah yang menghantui dan membayangi dirinya. Mereka menggunakan duit untuk mendapatkan kerusi, berbelanja ratusan ribu ringgit malah jutaan ringgit untuk dapatkan kuasa, ketika bertanding ia sanggup turun ke bawah, sanggup bersengkang mata, sanggup menelefon perwakilan hingga pagi, sanggup memberikan senyuman hipokrit, sanggup memberikan kebahagian termasuk hiburan, keseronokan dan rasuah. Inilah pemimpin yang bertopengkan wajah UMNO, kononnya ia menang secara halal, ia menang kerana popular, ia menang kerana ingin menabur kebaktian.

Kemenangan yang ada pada dirinya, telah tersemat satu tanggungjawab yang besar iaitu mendahulukan rakyat, mendahulukan ahli-ahlinya dan mendahulukan orang ramai. Tetapi sebaliknya apabila menang atau tidak menang, ia sukar dihubungi, tidak nampak kelibat diakar umbi, tidak tersenyum melebar, kehadiran ke cawangan kerana ada permintaan, kehadiran ke bawah kerana ada program rasmi, kehadiran ke akar umbi kerana untuk mencukupkan syarat bahawa dialah pemimpin yang mesra kepada rakyat. Pemimpin ini sedang sibuk mencari modal jutaan ringgit yang telah dikeluarkan, menggantikan balik overdraf yang dicagarkan, membayar balik pinjaman peribadi di bank, mendapatkan tenbder-tender kerajaan kelas A, nah apa yang berlaku bila projek dijalankan, untung sehingga 40% maka jahanamlah projek tersebut sepertimana runtuhnya stadium Terengganu, seperti retaknya makmal computer, apa tidaknya menjadi kontraktor besar tidak diukur dari segi akademik, hanya ada modal dan kelulusan SRP sudah cukup untuk menjadi kontraktor untung atas angin dan sekapal.

Inilah kesilapan pemimpin UMNO pada hari ini, kesilapan yang sukar untuk ditangani jika tidak melakukan anjakan peribadi, kesilapan yang perlu satu ubat mujarab yang hebat. Ini kerana mereka naik tidak berasaskan ilmu pengetahuan, ilmu agama, ketokohan berucap, ketokohan berpidato, berpendidikan rendah, mempunyai integriti yang lemah, mempunyai moral yang hina dan tidak menunjukkan akhlak terpuji dihadapan masyarakat. Sayang sekali tokoh ini mempunyai nafsu besar yang dia tidak sedar bahawa nafsu itulah yang akan merosakkan UMNO. Dia tidak sedar bahawa keinginan untuk menjadi wakil rakyat adalah satu penghinaan amanat rakyat, hanya kerana berlambangkang logo BN, dia menyembunyikan watak buruknya.....akhirnya BN tertewas kerana soal calon yang hina budi pekerti dan integrity yang baik...apa jadi dengan calon Permatang Pasir, apa jadi dengan calon Kuala Terengganu, apa jadi dengan calon Bukit Gantang kecuali calon di Manek Urai sahaja yang terselamat. Apa jadi kalau kalah berturut-turut maka perang psikologi pembangkang telah mereka menang, namun tidak insaf lagi termasuklah yang berlaku di UMNO Bahagian Teluk Kemang yang seolah-olah mereka tidak faham tentang signal penduduk. Bukan kesetiaan yang tidak bertempatan, bukan keakuran yang salah tetapi apa yang mustahak adalah meletakkan sesuatu di tempatnya...inilah yang dikatakan orang yang adil dan bukan orang yang zalim....Sewajarnya mereka sedar akan kehendak Timbalan Perdana Menteri bahawa mereka memerlukan calon yang ramai untuk dinilai, bukan takut dengan ketua....ingatlah orang lain melihat, satu dunia melihat, namun barisan kepimpinan tidak sedar lagi, saya percaya kesetiaan yang ditunjukkan bukan ikhlas dihati, namun hati berdetik dikalangan pemimpin kawasan...tiada orang lainkah yang boleh menggantikan, adakah seorang pemimpin itu perlu mendongak ke langit....ingat sejarah Datuk Z di Klang...kesnya masih belum selesai, cerita politik akan diingati, namun orangnya sudah tiada...

Wahai sahabatku sekalian, kenyataan Datuk Seri Najib itu amat penting dan amat memerlukan tindakan kita, usah hanya bercakap kawasan lain, tetapi renung-renunglah keadaan kawasan sendiri.

Thursday, September 10, 2009

BERBUKA PUASA DGN ORANG ASLI






Tahniah kepada YB. Dr. Shahrudin selaku ADUN Jorak yang prihatin kepada masyarakat orang asli kampung Tambak Dapor yang hanya 22 buah rumah terletak di pedalaman Jorak. Bersebelahan dengan Parlimen Bakri, Kampong Tambak Dapoor adalah kampung tradisional orang asli yang tidak beragama Islam. Mereka mengamalkan upacara ritual dan kepercayaan animisme. Dengan kedudukan yang jauh ke pedalaman, mereka tidak mempunyai bekalan air dan elektrik dan tiada talian telefon termasuk selular. Kedudukan mereka yang jauh telah memberikan keprihatinan YB yang menganggap ada hak yang perlu diberikan kepada masyarakat orang asli ini.

Dengan semangat yang tinggi, kami berempat dari kawasan Bakri juga menjejaki masyarakat ini dengan turut serta dalam majlis penyampaian cenderahati, ucapan, berbuka bersama dan solat berjamaah (ahli rombongan sahaja). Kehadiran kami dirasakan cukup diminati dan mereka melihat keprihatinan YB telah menyentuh perasaan mereka. Dalam ucapan YB beliau berusaha untuk membawa Timbalan Perdana Menteri ke kawasan ini bagi melihat sendiri nasib kaum orang asli dan berusaha untuk memberikan kelengkapan hidup mereka termasuk bekalan air, elektrik dan talian telefon.

Kami sempat juga bergambar dengan keluarga orang asli yang rumahnya kecil dibuat dari kulit kayu, namun mereka juga memiliki motosikal untuk berulang ke pekan.

Majlis Khatam Al Quran Wanita UMNO Bahagian Bakri






Tahniah kepada Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Bakri pimpinan Hjh Jamilah Othman yang setiap tahun mengadakan khatam Al Quran bersama MPWK. Bermula jam 8 pagi 5 Sept 09 di masjid Kampung Kenangan Dato' Abdullah Jaafar Batu 6 Bakri, majlis khatam diadakan dengan menjemput wanita cawangan-cawangan seluruh Bakri. Turut hadir merasmikan majlis khatam adalah Dato' Saipolbahari Suib selaku Ketua UMNO Bahagian Bakri, Hj. Hasan Johari selaku Naib Ketua Bahagian, Hj. Mohd Fuad Tukirin Ketua Pemuda, Cik Hanizah Rafidah Mohd Shukri selaku ketua puteri, Pn. Juana Abdullah wakil daripada Lembaga Pertubuhan Penduduk, En. Bashah Ali selaku Pegawai KPDNHEP, Hj. Saim bin Abu Yamin selaku Penggerak Masjid Dan Surau Daerah Muar Ledang serta penduduk di kawasan KKDAJ.

Majlis turut menyampaikan bantuan kepada ibu tunggal, tazkirah kepenggunaan dan tazkirah ramadhan. Di dalam ucapan Jamilah Othman turut menyatakan berkenaan penubuhan persatuan ibu tunggal parlimen bakri dan en bashar juga mengumumkan bahawa Jamilah Othman dilantik sebagai Ketua Hal Ehwal Pengguna Daerah Muar.

Tuesday, September 8, 2009

Pemilihan Calon Di Bagan Pinang

Pilihanraya kecil lagi....itulah luahan daripada jentera BN yang sering berhadapan dengan pilihanraya kecil, 6 kali bertanding hanya 1 menang dan 1 tidak bertanding, yang menang disebabkan ianya kerusi BN iaitu Batang Ai dan kedudukannay di sarawak yang memang sukar jentera PKR nak sampai.

Tapi kali ini berbeza dengan Batang Ai, kedudukan Bagan Pinang di Parlimen Teluk Kemang yang dilihat 3 kerusi dimenangi pembangkang iaitu 2 PKR (DUN Chuah dan DUN Port Dickson) manakala 1 kerusi DAP (DUN Lukut)sedangkan BN hanya menang 2 kerusi iaitu Bagan Pinang dan DUN Linggi. Kemenangan pembangkang 3 daripada 5 DUN di Teluk Kemang kerana pengundi bukan Melayu lebih ramai di kawasan tersebut jika dibandingkan di DUN Bagan Pinang dan DUN Linggi.

Jika dilihat jumlah pengundi di Bagan Pinang adalah 13,964 iaitu Melayu 64%, Cina 10.8%, India 20.4% dan lain-lain 4.9%. Persoalannya, daripada jumlah undi kita dah tahu kemana undi-undi akan dibahagikan. Katakanlah saya ambil pengundi Melayu, ia pecah kepada 2 iaitu BN dan PR. Jika BN pecah lagi iaitu penyokong calon dan bukan penyokong calon. Jika PR pecah lagi akan mengundi PAS atau PKR namun ia tetap memberi undi kepada calon PR. Jika dari sudut undi Cina kita boleh pecahkan iaitu penyokong MCA dan PR. MCA pula pecah kepada 2 ikut presiden dan ikut timbalan presiden, namun MCA hardcore akan beri pada calon BN. Jika kaum cina yang menyokong PR tetap tidak berubah dan kumpulan ini adalah teramai. Jika masyarakat India pula terpecah kepada beberapa kumpulan kalau BN ia lihat MIC atau PPP. MIC Pula berpecah-pecah group Presiden dan group Datuk S. Subramianiam.

Namun diketengahkan beberapa isu yang penting untuk melihat keadaan calon. Tan Sri Isa yang disebut-sebut mempunyai beberapa isu namun yang popular adalah beliau disabitkan dengan politik wang. Isu perarakan kepala lembu, isu kononnya rampasan kuasa di Perak, isu pemindahan kuil,isu kerajaan korupsi dan umno rasuah dan isu moral calon. Kehadiran kereta-kereta mewah sepanjang pilihanraya, gaya-gaya mak datin akan memuakkan lagi pengundi untuk mengundi BN. Sokongan kumpulan Tan Sri Isa Samad dan sokongan Datuk Seri Mohamad Hasan juga boleh mengecilkan sokongan BN. Faktor moral amat penting, inilah yang berlaku di DUN Manek Urai yang mana BN menengahkan calon yang mempunyai moral yang baik telah berjaya mengurangkan majoriti pembangkang yang cukup besar, namun kerana calon PAS iaitu Mohd Fauzi Abdullah yang dilihat mesra rakyat, cara kampung dan hubungan baik dengan orang ramai telah menyelamatkan beliau. Jika dibandingkan dengan calon di Permatang Pasir iaitu Rohaizat Othman isu moral dan peribadi menyebabkan beliau dan jentera BN turut letih dan tidak mampu menangkis serangan bertubi-tubi pembangkang.

Di dalam hal ini, apa yang penting bukanlah seseorang itu yang memiliki jawatan tertinggi di dalam parti diberikan tempat, namun yang paling mustahak ia disenangi oleh semua pihak baik di dalam UMNO/Bn mahupun di luar UMNO/BN. Ambillah pandangan akar umbi termasuk ketua-ketua cawangan, NGO, jabatan kerajaan dan juga risik-risik kepada pembangkang. Apa yang penting calon tersebut tinggi moralnya, mempunyai rekod kerja yang baik, mempunyai personaliti yang baik serta hubungan mesra rakyat. Faktor calon amat penting kerana ia boleh dianggap penentu kemenangan BN. Jika faktor BN, Dato' Seri Najib dan Tan Sri Mahyudin telah bertungkus lumus mengangkat kerajaan bertambah baik dengan konsep 1Malaysia, malah ekonomi negara dalam keadaan baik serta mendapat pengiktirafan di luar negara.

Namun eksploitasi pembangkang tidak melihat kebenarang di dalam menitik BN, apa yang penting rakyat dikelirukan dengan fakta songsang fan rakyat dibuaikan dengan janji-janji kesenangan. Lihatlah ceramah pembangkang, mereka meletakkan kepentingan rakyat Malaysia lebih tinggi jika dibandingkan perjuangan BN iaitu kaum didahulukan. Malah pembangkang berjaya membentuk pemikiran kelas konflik iaitu rakyat bawahan dengan rakyat atasan, golongan miskin dan golongan elit kaya. Inilah perjuangan PR yang membawa teori karl marx iaitu sistem komuniti atau sistem komunis....

Thursday, September 3, 2009

Tazkirah Ramadhan Belia 4B


Syukur alhamdulillah, Gerakan Belia 4B Cawangan Bukit Naning akan mengadakan Tazkirah bersempena bulan Ramadhan. Program yang dijadualkan pada 13 september 2009 bertempat di Surau An Nur Batu 19 Air Hitam akan menjemput 120 orang belia. Berikut adalah aturcara program :
6.00 ptg : Ketibaan pimpinan belia, ahli belia dan penduduk setempat serta YB. Datuk Abdullah Ali
6.30 ptg : Tazkirah yang disampaikan oleh Ust. Hj. Ramli bin Hj. Ali
7.00 ptg : Ucapan Pengerusi Belia 4B
: Ucapan YB. Datuk Hj. Abdullah bin Md. Ali
: Berbuka puasa
: Solat Maghrib berjamaah
: Jamuan makan
: Solat Isyak berjamah
: solat tarawih berjamaah
: More dan bersurai
Kepada semua sahabat-sahabat, dijemput hadir ke majlis tersebut, mudah-mudahan majli ini akan diberkati oleh Allah SWT.

Wednesday, September 2, 2009

Perasmian Surau Parit Belukar Cina






Alhamdulillah pada hari semalam 2 Sept. 2009, Surau Parit Belukar Cina di Air Hitam Muar telah selamat dirasmikan oleh Pegawai Daerah Muar (Tn. Hj. Mislan Karmani). Turut hadir ADUN Bukit Naning, Ketua UMNO Bahagian Bakri, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bakri, Ketua-Ketua Jabatan, Penghulu Mukim Air Hitam serta penduduk setempat. Hampir 150 orang yang hadir dalam menyaksikan perasmian tersebut. Surau yang dibina ditapak asal atas usaha YB. Datuk Abdullah Ali yang menggantikan surau yang reput dan berkayu dengan digantikan surau batu berharga RM 120,000.00.

Tidak dinafikan, usaha YB. Datuk Abdullah dalam membawa banyak bangunan baru di DUN Bukit Naning dan parlimen Bakri termasuk Surau, Masjid, Jeti Nelayan, tempat menunggu bas, jambatan batu, balairaya, dewan masyarkat, turap jalan, lampu kuning dan pembangunan modal insan dengan memberikan ruang kepada belia serta sukan.

Perasmian surau ini turut diikuti dengan bermarhaban beramai-ramai, berbuka puasa, solat maghrib berjamaah, solat isyak berjamaah serta bertarawih 20 rakaat. Majlis bersurai pada jam 10.10 malam.