Tuesday, May 31, 2011

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN BAKRI

Sekalung penghargaan dan tahniah kepada seluruh perwakilan UMNO bakri seramai 765 orang kerana menghadiri mesyuarat perwakilan bagi tahun 2011. Mesyuarat yang diadakan pada 28 mei 2011 jam 8.30 pagi telah dirasmikan oleh YB.Datuk seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi selaku Naib Presiden UMNO malaysia. Mesyuarat kali ini membawa 3 usul yang dipersetujui iaitu minta kuota mca diberikan kepada umno bagi kerusi parlimen bakri, meminta kerajaan mengawal kenaikan harga barang dan mengkaji semula kitab sekolah agama yang digunakan pada hari ini digantikan kepada kitab asal Johor.

Namun mesyuarat kali ini tidak hanya diberikan perhatian kepada persidangan sahaja tetapi apa yang mustahak adalah persiapan umno dalam menghadapi pilihanraya jika diadakan pada tahun ini.

Friday, May 27, 2011

CERAMAH UMUM SIRI 2

Datuk Prof. Madya Dr. Mizan Hitam.
Gerakan Belia 4B Kawasan Bakri meneruskan lagi majlis penjelasan kepada orang ramai menerusi ceramah umum siri ke 2.Kali ini ceramah yang berbentuk ilmiah dan agama yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Prof. Madya Dr. Mizan bin Hitam (Rektor UiTM Melaka), Ust.Samsudin bin Saudi (penceramah bebas) dan Ust. Mohd Fadli bin Saat (Pegawai JASA Daerah Ledang).

Program yang diadakan pada 29 Mei 2011 (ahad) jam 8.30 malam di Padang Taman Bakri Jaya Muar Johor merupakan kedudukan yang sesuai untuk orang ramai hadir. Matlamat ceramah ini adalah menjelaskan dan memberikan ilmu pengetahuan kepada orang ramai untuk memilih keputusan yang terbaik bagi meneruskan survival masa hadapan negara yang baik.

Oleh itu saya menjemput tuan-tuan dan puan-puan serta sahabat sekalian untuk hadir sama bersama-sama mendengar ceramah yang baik ini.

Monday, May 23, 2011

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN UMNO KE 65


UMNO kini meraikan ulangtahunnya yang ke 65, sebuah parti yang tertua, sebuah parti yang banyak jasanya dan kini UMNO sebuah parti yang menjadi tonggak utama perjuangan Melayu. Namun apa yang saya ingin sentuh pada ruangan ini adalah UMNO semakin lemah dan dipinggirkan oleh orang-orang UMNO sendiri. Dunia mengakui perjuangan UMNO dengan kelantangan menentang gagasan Malayan Union yang mana British mahu dilakukan, namun semangat orang Melayu ketika itu menolak Malayan Union, usaha UMNO memasuki ke ceruk kampung amatlah berkesan sehingga berjaya menuntut kemerdekaan dari British pada 1957.

UMNO terus mendewasakan dirinya dengan meraih sokongan padu umat Melayu dengan kebijaksanaan menggunakan kuasanya dengan mendapat sokongan yang besar daripada majoriti orang Melayu. Kemenangan yang besar pada setiap pilihanraya menjadikan UMNO semaakin kukuh sehingga orang Melayu meletakkan harapan yang tinggi kepada UMNO malah di sesetengah tempat jika ada pertandngan dengan meletakkan batang cangkul, tunggul, batang pisang atau songkok tetap parti UMNO akan menang dalam pilihanraya. Jasa UMNO sering disebut-sebut sehingga negara tidak ada tanpa perjuangan UMNO atau negara tidak merdeka tanpa perjuangan UMNO.

Pemerintahan demi pemerintahan sehingga kepimpinan Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri ke 5 dilihat Perdana Menteri yang paling singkat dan paling kritikal memimpin UMNO. Apa tidaknya apabila Tun Mahathir telah keluar dari UMNO dan pembebasan Anwar Ibrahim yang menjadi semboyan kuat kebangkitan rakyat . Ini ditambah dengan lahirnya golongan cerdik pandai hasil usaha DEB, terbitnya banyak universiti, rancaknya pembangunan internet, sikap mahukan kebenaran, ketelusan, keadilan, kesaksamaan dan sikap mementingkan alam akhirat yang menyebabkan parti PKR dan PAS telah menjadi wadah baru untuk orang Melayu. Malah orang Melayu pada masa kini yang suatu ketika dulu mengibar bendera UMNO kini mereka sanggup mengibarkan bendera DAP. Di mana silapnya ?

UMNO pada hari ini dilihat oleh golongan muda sudah tidak relevan, bukan parti UMNO tidak relevan tetapi kepimpinan UMNO yang perlu berubah. Ramai orang sayangkan parti UMNO tapi memandangkan UMNO dipimpin oleh golongan yang lemah mindanya, dipimpin oleh orang yang penuh rasuah, ditadbir dengan banyak salah laku telah menyebabkan parti UMNO semakin dipinggirkan oleh orang Melayu. Kalau dahulu UMNO pembela bangsa, agama dan negara namun kini UMNO mementingkan kelompok kecil yang tidak mewakili keseluruhan rakyat. Mengapa di sekolah guru-guru lebih 50 % tidak menyokong kepimpinan UMNO, mengapa pensyarah di Universiti tidak menyokong parti UMNO dan mengapa pimpinan tertinggi jabatan tidak menyokong UMNO, adakah mereka tidak tahu yang parti UMNO banyak berjasa dan adakah mereka orang yang tidak berterima kasih kepada UMNO atau dia tidak mengenal budi yang dilakukan oleh UMNO sewaktu susah dahulu. Tentu tidak, rata-rata yang diterima adalah mereka sayangkan UMNO tetapi mereka mahu pemimpin UMNO pada hari ini perlu bersikap jujur, jika mereka tidak layak letaklah jawatan, jika mereka terlibat dengan pelbagai rasuah dan kejahatan lepaskanlah jawatan agar jawatan kepimpinan UMNO ditabdir oleh orang yang betul. Oleh kerana sikap tidak mahu mengalah inilaha yang menyebabkan peminggiran UMNO terus menerus malah jika lihat ceramah parti pembangkang kehadiran orang ramai begitu bik sekali jika dibandingkan dengan program UMNO. Belum pernah saya melihat seorang wanita yang cantik bertudung duduk di atas rumput berlapikkan surat khabar hingga ke jam 12 malam mendengar ceramah.

Nah inilah cabaran yang perlu kita sahut sebagai pemimpin UMNO di semua peringkat. Ucapan ualangtahun UMNO perlu diberikan perhatian agar parti UMNO kekal relevan, letakkanlah mereka yang betul. Kepimpinan Datuk Seri Najib dan Tan Sri Mahyudin adalah penentu dan nyawa terakhir dalam memastikan UMNO tidak ditolak pada PRU 13. Rakyat tidak mementingkan duit semata tetapi rakyat fikirkan orang yang benar, betul dan jujur. Jangan kita memandang rendah pada pandangan orang yang nak berjasa, jangan kita memandang kereta mewah dan rumah besar sebagai kejayaan UMNO. Tetapi kejayaan UMNO yang sebenar adalah dapat melahirkan jiwa perjuangan Melayu Islam yang tulin, tidak rasuah, tidak mempunyai moral yang rendah dan mementingkan soal dunia akhirat.

Semua ini berada di dalam dua keadaan, satu dalaman pemimpin tersebut, jika buruk mengakulah, berundurlah beri laluan pada yang betul dan sokong mereka dan kedua keputusan YAB Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar Johor. Carilah mereka yang benar, bersendikan Islam, bermatlamatkan keikhlasan dan mempunyai jiwa rakyat yang benar, bukan pemimpin wayang yang pandai menanam tebu di bibir pimpinan atasan akhirnya kita kalah dalam PRu 13.