Wednesday, April 8, 2009

Rakyat Mahu Melihat Perubahan BN

Pemimpin BN khususnya UMNO sedang diperhatikan oleh rakyat apakah transformasi-transformasi yang ingin dilakukan khususnya selepas perhimpunan agung UMNO dan penyerahan kepimpinan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. Gandingan Najib Muhyiddin sudah dipastikan akan membuat perubahan tersebut bagi memastikan kelangsungan politik UMNO akan terus kukuh dan berkekalan dalam menjadikan UMNO terus relevan dan diminati oleh rakyat khususnya golongan muda.

Pemimpin UMNO dan komponen BN seharusnya menolak golongan badut politik yang tidak memberikan jawapan yang tepat tentang kehendak akar umbi atau sekeliling, mereka hanya melaporkan perkara-perkara yang sedap didengar kepada bos mereka. Transformasi yang amat penting sebagai pemimpin UMNO adalah mereka yang mampu memberikan maklumat dan fakta yang tepat kepada rakyat. Bukan mudah untuk menjadi seorang pemimpin yang benar tambahan lagi dalam krisis UMNO yang sedang melanda.

Rakyat pada hari ini bijak menilai, mereka tidak lagi perlu disogok dan jika disogok pun mereka sudah ada orang atau parti mana yang ingin dipilih. Sikap dan tingkalaku pemimpin UMNO yang menjengkelkan amat memberi kesan terhadap sokongan. Pemimpin di peringkat kawasan amat penting sebagai imej hamba kepada rakyat bukan raja bertakhta di hati.

Bagaimana pemimpin UMNO mahu menarik golongan muda untuk memberikan sokongan kepada UMNO. Mereka sudah pastinya tahu apakah kehendak golongan muda khususnya golongan muda profesional dan berpendidikan. Mereka tidak mahu apa kecuali penyelesaian konflik pucuk pimpinan dapat diselesaikan bagi menjadikan mood pemuda kepada BN akan meningkat. Imej mereka amat penting bagi memastikan ia adalah role model yang berintegriti.

Parti MCA dan MIC amat penting untuk sama-sama melakukan transformasi, mereka perlu ingat bahawa hari ini mereka tidak hanya disokong oleh ahli parti dalam memastikan pakatan BN akan terus kukuh, mereka seharusnya memberikan tumpuan kepada rakyat Cina dan India . Segala permasalahan mestilah dibawa kepada mesyuarat BN di semua peringkat terutamanya di peringkat Bahagian kalau isu tempatan, di peringkat negeri kalau ia masalah negeri dan di peringkat nasional jika ianya isu nasional atau isu akar umbi yang tidak dapat diselesaikan. Jika rujuk kepada kekalahan BN di Bukit Gantang, di mana sokongan kaum Cina, daripada 15,000 pengundi Cina hanya 1,500 pengundi sahaja yang menyokong BN. Adalah amat penting pendekatan dan transformasi segera dilakukan oleh MCA dan MIC bagi membolehkan ia mendapat tempat di dalam kabinet.

Pandangan Kemenangan BN, PKR dan PAS

Kemenangan dalam pilihanraya yang lalu mempunyai signifikannya tersendiri. Latar belakang calon yang bertanding bagi parti BN boleh dikatakan ballance dan profesional manakala calon Pakatan Rakyat mempunyai latarbelakang yang tersendiri kecuali calon bebas yang mempunyai latarbelakang yang kurang memberangsangkan dalam soal mencari undi.

Thursday, April 2, 2009

PELANTIKAN NAJIB MELENGKAPI TEORI RAHMAN

Alhamdulillah, pelantikan Dato' Seri Najib sebagai PM ke 6 telah jadi kenyataan pagi tadi dihadapan SPB YDPA, pelantikan ini telah melengkapi teori RAHMAN tetapi apa yang berlaku sepelas teori ini.

Ada satu pendapat menyatakan lepas ini teori MAHATHIR pula iaitu M = Muhyiddin, A = Ahmad Zahid, H = Hishamuddin dan seterusnya ATHIR akan ditentukan kelak. tetapi ini adalah teori sahaja yang mencantikkan lagi warna politik di Malaysia.

Tetapi apa yang menghairankan adalah orang Melayu kita sendiri yang mendedahkan kelemahan dan keburukan orang Melayu yang diambil kesempatan oleh kaum bukan Melayu khususnya pembangkang. Pelik betul tengok PKR yang bersungguh-sungguh taknak bagi Najib jadi PM, saya tahu pelantikan ini akan mengecewakan Anwar Ibrahim, apa boleh buat, hukum Allah telah ditentukan, kita kena yakin qada' dan qadar. Bila tak dapat, janganlah kaitkan dengan macam2, kes Al Tantuya, Kes Mongolia, pembelian peralatan perang dan bermacam lagi.

Saya nak tegur kepada penyokong-penyokong PKR ni, awak tahu ke apa yg dikatakan oleh Anwar itu betul, adakah awak menyaksikan, adakah awak membuktikan, adakah awak hidup sebilik dan tidur sekatil dengan Najib. Salam dengan Najib pun tak pernah tapi cerita macam2 keaiban orang. Bila fitnah dah berleluasa, awak menambah lagi, sia-sialah pahala amal yang awak buat. Dulu kata Mahathir itu Mahafiraun, kata Pak Lah Temberanglah kini giliran Najib pula. Bila kita mengatakan sesuatu sesuatu yang buruk ke atas seseorang tanpa berpandukan kepada penyaksian dan bukti kita berdosa besar. Janganlah terlalu taksub kepada pemimpin sapai kita langgar hukum Islam dan tali silaturahum, janganlah kerana taksub pada Anwar Ibrahim anda lanyak semacam aje kat UMNO dan BN. Mulia sangatkah anda sampai sanggup menghina saudara seislam kita. Lebih baik saudara muhasabah diri, banyak belajar ilmu fardu ain, belajar tasauf, belajar tauhid, belajar ekonomi, belajar tajwid dan yang baik untuk diri kita dan keluarga kita.

Saya puji beberapa pemimpin PAS yang dapat membezakan dan lebih rasional seperti Nik Aziz, Hadi Awang, Sallehudin Ayub, Mustafa Ali dan beberapa orang lagi, saya akui banyak kelemahan dalam UMNO yang ketika ini mereka sedang berusaha untuk baiki, ingatlah PKR tidak perjuangkan agama dan bangsa, ia hanya perjuangkan keadilan untuk mereka yang tertindas seperti Anwar Ibrahim, yang peliknya yang keluar dari UMNO taknak pula masuk PAS, yang dia masuk PKR sebab masuk parti PAS menyebabkan dia kena insaf dan menjadi alim.

Apa yang saya nak nyatakan hari Jumaat (penghulu segala hari) marilah kita bersatu semula sepertimana Ansar dan Muhajirin bersatu atau seperti datuk nenek kita bersatu menentang Malayan Union.
HIDUP ISLAM, HIDUP MELAYU, HIDUP MALAYSIA

Tan Chun Boon Pegawai JASA Bentayan

Beliau yang saya kenali seorang yang aktif dalam persatuan masyarakat Cina termasuk MCA mempunyai banyak pengalaman politik. Beliau adalah tulang belakang penting pegawai Cina di negeri Johor. sikap beliau yang mudah bekerjasama dan bertolak ansur telah membuatkan ramai pegawai Melayu yang senang dengan dirinya.

Beliau mempunyai tanggungjawab yang besar bagi memastikan kemengan DUN Bentayan kepada BN memandangkan pada masa kini ia dipegang oleh DAP. Apa yang penting adalah kesepakatan di dalam masyarakat Cina pada pRU 13 agar ia dapat mengundi calon BN dan penyelesaian isu-isu tempatan serta isu nasional yang mempunyai ballance kapada masyarakat Cina.

Wednesday, April 1, 2009

Beri Kepercayaan Kepada Datuk Najib Tun Abd. Razak

Peralihan kuasa pemimpin tertinggi UMNO antara Paklah dan Najib benar-benar menunjukkan keikhlasan Paklah untuk meletakkan jawatan. Paklah bukan sahaja seorang yang berjiwa lembut malah Paklah juga menepati janji dengan apa yang beliau lakukan. Setiap pemimpin ada lebih ada kurang kerana kita bukan maksum seperti pada anbiya.

Peralihan kuasa kepada Najib adalah satu yang bertepatan dan tidak dapat disangkal lagi. Suka atau tidak beliau akan diberikan amanah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam. Jika dilihat sistem pemerintahan negara kita adalah mana-mana parti yang menang majoriti maka parti itulah yang akan memerintah. Serupa juga dengan UMNO dan parti komponen lain yang bersatu di bawah BN memandangkan Najib adalah Pengerusi Barisan Nasional maka beliau dipilih sebagai Perdana Menteri. Hakikat ini akan menafikan Anwar Ibrahim yang mahu mengambil alih jawatan tersebut yang selama ini diidam-idamkan.


Kita beri peluang kepada Najib untuk memperbetulkan semula persepsi yang tidak baik terhadap negara dan kerajaan. Jika kita tidak beri peluang, kita tidak adil dan tidak peri kemanusiaan. Seseorang yang hendak dinilai gagal atau berjaya bukan kerana keturunannya tetapi kerana tindakan dan perlakuan yang diamalkan. Serupa juga dengan Najib, kita haruslah beri kepercayaan dan kita sendiri haruslah beri sokongan dan bersama-sama dalam merealisasikan harapan untuk menjadikan negara kita maju, rakyat yang hidup harmoni dan bersatu padu serta kemajuan ekonomi yang baik.


Gandingan Najib Mahyudin adalah rencah politik yang baik. Najib mempunyai kepakaran yang amat luas tentang politik, seorang yang setia kepada parti dan seorang yang berhati-hati sedangkan Mahyudin pula bukanlah seorang yang asing dalam bidang ekonomi, kepakaran beliau memakmurkan ekonomi negeri Johor sewaktu menjadi Menteri Besar dan kesungguhan beliau melaksanakan jawatan kabinet perlulah dilihat satu keupayaan tersendiri. Beliau yang berlatarbelakangkan agama yang baik memandangkan ayah beliau suatu ketika dulu adalah ulama besar di Muar.


Saya percaya, reformasi yang hendak dijalankan akan dapat dilakukan walaupun ada sedikit halangan. Kita berilah persepsi positif kepada pemimpin kita, ibaratlah pemimpin kita itu seperti bapa kita yang sedang berusaha memajukan kebahagiaan kita semua. Selamat Maju Jaya

Pegawai Tadbir Kerajaan Johor N41

Semalam masuk interview Pegawai Tadbir Kerajaan Johor N.41, memang tough, daripada 56 soalan yg aku target cuma 5 soalan aje yg keluar, betul2 pening dibuatnya, baca juga fardu ain, tapi soalan dia betul2 mendalam dan mencabar, bila ditanya apa itu niat, blurr juga nak jawab, ditanya apa itu sifat wajib, harus dan mustahil bagi Allah dan Rasulullah yang terkandung dalam akoiduliman, setakat yg wajib bolehlah jawab bila bab mustahil dapat sikit2 bila bab harus langsung tak dapat, kena juga soal tentang dasar penerapan islam, apa yang terkandung dalam dasar tu, memanglah tak baca langsung, nak tembak2 takut salah, ini bab agama tak boleh nak main2.

Bila tanya part undang-undang tubuh kerajaan Johor, macamana Menteri Besar dilantik oklah juga boleh jawab, bila part bahasa inggeris yang ni boleh tahan, sebab dia suruh cerita kerajaan Malaysia aku tak dapat terangkan dengan baik, tanya kerajaan Johor tak dapat terangkan dengan baik tapi bila tanya tentang jabatan aku, yg ni aku dapat jawab dengan baik. Bila tanya part organisasi antarabangsa dia suruh pilih antara ASEAN, PBB, OIC atau apa jua badang anatrabangsa, aku pilih PBB sebab kelas Master aku ada kaitan dengan PBB, so bolehlah jawab, cumanya bukan kita fokus sangat pasal PBB, bila ditanya bilangan asal keanggotaan PBB dan berapa kali Malaysia menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan PBB, yg ni aku tak dapat jawab.

Kepada kawan2 yang seangkatan dengan aku yg masuk interview JSC ini, bacalah secara mendalam bab fardu ain, bukan yg basic darjah 6, banyakkan pengetahuan am, influentkan bahasa inggeris dan baca kerajaan undang-undang tubuh kerajaan Johor, aku yakin dapat jawab. Jangan gelabah bila kena tekan, jangan kelentong kalau tak tahu, masuk beri salam dengan suara yg jelas (aku bagi perlahan kena tegur), jawab dengan yakin, pakaian kemas, susun sijil elok2, surat sokongan majikan penting, yg kakitangan kerajaan jangan lupa bila buku servis setahun dan rekod prestasi kerja 2 tahun, kalau dapat sokongan politik hati2 takut kena jawab, macam aku org politik langsung dia tak tanya pasal politk sampai dia kata "awakni dah banyak politik", penglibatan ngo penting, name tag pakai yg hitam putih tu.

Akhirnya aku tetap doakan kejayaan kawan2 aku berjaya, dah berjaya ingatlah ini amanah Allah yg perlu kita jalankan, bukan ambil kesempatan dengan kedudukan yg terbaik, kalau dah duduk kat atas jangan lupa rumput dibumi, ikut resmi padi lagi berisi lagi tunduk....