Wednesday, October 14, 2009

Satu Transformasi Untuk Pemuda Malaysia

Tahniah diucapkan kepada pemuda UMNO Malaysia yang telah mengadakan perhimpunan dengan jayanya, walaupun berlaku pertukaran tampuk kepimpinan pemuda namun saudara Khairy Jamaludin berjaya mengadakan perhimpunan pemuda tanpa ada ketegangan. Namun bukanlah apa yang dikata "indah khabar dari rupa" "hanya panas di diwaktu pagi" "meriah pemuda hanya di dewan"....nun jauh di sana dikampung pedalaman, di kampung yang pemudanya dahaga soal pembelaan dan perjuangan yang ikhlas mereka masih belum mendapat sentuhan ketua pemuda Malaysia. Di mana silapnya...adakah saudara Khairy sendiri yang masih belum kesempatan untuk turun ke padang atau disebabkan hubungan antara ketua pemuda bahagian dengan ketua pemuda Malaysia renggang akibat pertandingan yang lalu. Pemuda jangan hanya pentingkan style, memakai jaket di waktu panas, berjalan beramai-ramai semacam satu kumpulan ganas, mementingkan hiburan dan keseronokan, hanya menyanyi lagu yang sedap di dalam dewan, hanya mementingkan imbuhan....apa yg penting adalah apa yang dikata di dalam dewan perlu dilaksana...walau tukar dan pinda perlembagaan sekalipun jika tidak ubah sikap, gaya pendekatan di kalangan pemuda usah harap yang tinggi tinggi, cukuplah sekadar nama sahaja....

Saranan Presiden UMNO dan Pengerusi BN jelas, kotakan apa yang dijanjikan dan KPI pemuda perlu jelas...jika barisan pimpinan Pemuda Malaysia tidak mulakan, jika barisan pemuda negeri tidak mulakan masakan pula di peringkat akar umbi yang hanya melihat sahaja. Pemuda tidak mahukan satu retorik kosong, satu kenyataan yang berdekah-dekah, apa yang mustahak adalah perubahan yang perlu dibawa oleh pimpinan tersebut. Apabila seorang pemimpin telah bercampur dengan kerosakan, meletakkan sesuatu bukan di tempatnya tunggulaha, akan berlaku kerosakannnya.

Pemuda UMNO perlu berani, berani untuk bersuara dan bertindak berasaskan kepada perundangan negara dan perlembagaan Malaysia, pemuda jangan hanya pandai main taktik kotor, mengadakan provokasi dan membuat satu sandiwara yang pastinya orang akan tahu juga...oleh itu perhimpunan kali ini adalah titik tolak penting untuk mengubah persepsi masyarakat khususnya di luar parti sana untuk melihat sejauhmanakah yang pemuda Malaysia ingin lakukan. Jangan hanya nakkan jawatan sahaja baik dimana peringkat namun tidak mampu untuk menggalasnnya....suntikan Khairy Jamaludian amat penting dalam mengubah persepsi ini...jangan hanya pandai bercakap di dada akhbar, jangan menyorokkan diri di belakang orang lain...tapi tonjolkanlah diri dihadapan masyarakat sebagai pemuda yang berjaya membuat transformasi...

Monday, October 5, 2009

PAS Membenarkan Orang Politik Bukan Islam Menggunakan Al Quran


Baru-baru ini ceramah di Bagan Pinang, Salahudin Ayub telah mempertahankan N. Gobalakrishnan kerana menggunakan ayat suci al quran dalam ceramahnya ketika berkempen di Bagan Pinang. Salahudin Ayub menegaskan ia dibenarkan bagi orang bukan Islam bagi tujuan memperkukuhkan hujah ketika berceramah dan ayat Allah boleh dibaca di mana-mana tempat. Salahudin juga menganggap pemikiran orang yang menolak orang bukan Islam tidak boleh membaca al quran adalah pemikiran lapuk sedangkan di Negara luar ramai orang bukan Islam membaca al quran tidak seperti di Negara ini.

Sepanjang yang saya tahu bukan N. Gobalakrishnana sahaja yang membacanya malah ramai lagi pemimpin parti dari DAP dan PKR yang bukan Islam turut membacanya. Persoalan yang saya ingin timbulkan mengapa ia dibaca untuk dijadikan hujah bagi menghadapi kempen pilihanraya sahaja ataupun kempen di atas pentas politik, mengapa N. Gobalakrishnan tidak membacanya ketika ia bersama keluarganya sendiri atau dengan rakan-rakan India Non Muslim, mengapa al quran hanya dibaca pada bahagian-bahagian tertentu yang tidak diambil keseluruhannya, siapa yang mengajar mereka memilih potongan ayat suci al quran ini sehingga mereka tahu ayat mana sesuai untuk dijadikan hujah, adakah sesuai orang yang tidak mempunyai wudhuk, tidak menjaga adab membaca al quran, berhadas besar dan berhadas kecil, tidak mengarahkan al quran itu ke kiblat dan tidak menjaga sunah-sunah rasulullah di dalam membaca al quran, membaca dalam keadaan yang salah, membaca dalam keadaan terpekik-pekik dan yang paling mengecewakan orang Islam yang mendengar ceramah tersebut kononnya ia berilmu hanya membiarkan kesilapan ia berlaku. Adalah amat baik jika sipembacanya membaca dalam keadaan tenang, sederhana, bersuci dan memeluk Islam. Mengapa masa kita belajar di sekolah kita akur kepada guru kita, bahawa kitab al quran setelah kit abaca kita cium dan junjungnya, beranikah orang bukan Islam melakukannya.

Saya lihat, keadaan PAS bertambah celaru apabila memasukkan dirinya ke dalam Pakatan Rakyat, mereka sendiri bergaduh antara satu sama lain antara bersetuju untuk masuk ke dalam Pakatan Rakyat atau mengasingkan diri. Inilah akibatnya apabila PAS sendiri digunakan oleh Pakatan Rakyat sedangkan PAS sendiri tidak sempat menggunakan peluang di dalam Pakatan Rayat. PAS sendiri membenarkan agama Islam yang mulia dan tinggi di sisi Allah, agama kehidupan dan kebenaran dan agama yang diredhai oleh Allah digunakan oleh tangan-tangan yang mahukan kuasa politik di tangan mereka waimah dengan cara tidak baik sekalipun. Saya masih ingat ketika saya belajar di USM apabila rakan saya dari PAS dengan tegasnya berkata “kita sebagai orang Islam tidak boleh menghalalkan cara dalam mengejar matlamat”. Namun PAS dahulu dan kini telah berubah, ayuh PAS bersama UMNO di dalam menegakkan Islam, masih ramai yang akan mengikuti PAS jika PAS keluar dari Pakatan Rakyat demi survival dan kelangsungan Islam dan Melayu.

Thursday, October 1, 2009

Tragis Gempa Di Sumatera Barat




Subhanallah....mungkin itu yang kita mampu luahkan dengan apa yang berlaku di Sumatera Barat. Ribuan orang pasti akan terkorban tidak mengira siapa, baik orang alim atau tidak, baik orang kaya mahupun miskin, baik orang dihormati mahupun sebaliknya. Kekuatan 7.6 skala ritcher si Padang dan 6.6 skala ritcher di Jambi bukanlah satu gegaran yang kecil dan dipandang sepi....jika Selangor, Melaka, Johor dan negeri Sembilan boleh merasai gegarannya apa pula yang berlaku di tempat sendiri.

Indonesia adalah sebuah negara jiran kita yang mempunyai pertalian sejarah yang cukup rapat dan ketat, sehinggakan segala budaya, warisan sejarah, perkembangan Islam dan perhubungan serumpun telah lama berkait...malah tidak dinafikan rakyat Malaysia dan Indonesia kerap berhubungan sebagai satu saudara. Indonesia dianggap abang kepada Malaysia mempunyai keluasan yang berpuluh kali ganda dengan Malaysia dan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Namun Indonesia memiliki garisan gempa bumi dan gunung berapi yang aktif jika dibandingkan di Malaysia. Namun adakah keselamatan yang dialami di Malaysia kita harus berpejam mata ?

Teringat saya di satu hadis Rasulullah SAW yang menceritakan tentang ketika Allah menciptakan bumi ini, bumi dalam keadaan berkocak dan bergoncang, lalu Allah menciptakan gunung ganang dan bukit bukau sebagai pasaknya, maka berkata para malaikat " hebatnya makhlukmu gunung ganang dan bukit bukau, adakah ada yang lebih hebat dari itu" berkatalah Allah "ada, iaitu besi yang boleh memotong gunung ganang dan bukit bukau" maka berkata para malaikat "hebatnya besi, sehingga boleh memotong bukit bukau dan gunung ganang sedangkan gunung ganang sahaja berjaya menghentikan kocakan bumi, adakah yang lebih hebat dari besi" tanya para malaikat...maka Allah menjawab "ad, iaitu api, sifat api boleh memotong besi" maka bertanya " adakah yang lebih hebat dari api ?" maka Allah menjawab iaitu "air, air dapat memadam api" maka bekata para malaikat "hebatnya air, air dapat memadam api, api dapat memotong besi, besi dapat memotong gunung ganang dan bukit bukau"....malaikat bertanya " adakah yang lebih hebat dari air ?" maka Allah menjawab ada " iaitu angin, angin dapat mengatasi air" maka malaikat bertanya " wahai Allah adakah yang lebih hebat dari angin ? maka Allah menjawab " ada, iaitu anak adam yang bersedekah dengan tangan kanannya namun tangan kirinya tidak mengetahui sedekah itu ".

Saya beranggapan, jika rakyat Indonesia dan Malaysia membuat amalan kebaikan yang berterusan termasuk bersedekah dan menghindarkan diri dari kerosakan maka parkara yang hebat yang diceritakan ini sudah pasti memberikan kebaikan kepada kita semua...salam syawal...