Monday, August 31, 2009

Sambutan Kemerdekaan Kali Ke 52 Peringkat Muar

Majlis sambutan Hari Kemerdekaan Kali ke 52 Peringkat Daerah Muar yang diadakan di Stadium Muar telah menyaksikan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat.Turut hadir semua Pegawai Daerah Muar (Hj. Mislan Karmani),ketua-ketua jabatan, YB-YB, 12 orang pejuang kemerdekaan dan dirasmikan oleh wakil YAB Menteri Besar Johor iaitu YB. Encik Hoo Seong Chang (EXCO Pelancongan dan Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna).

Majlis bermula jam 8.00 pg yang mana pertandingan sepanduk dan keseragaman pakaian diadakan. walaupun majlis berjalan dengan ringkas akibat HINI dan bulan puasa namun semangat kemerdekaan jelas kelihatan di wajah setiap kontinjen. Tahniah kepada JPMM DUN Bukit Naning kerana mendapat tempat kedua di dalam kategori JPMM, Agensi kerajaaan dan Swasta. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Kadi Muar, Nyanyian lagu Negaraku dan Bangsa Johor yang diketuai oleh pasukan koir SMK Convent. Kemudian diikuti dengan amanat daripada wakil MB dan seterusnya membawa masuk 12 pejuang kemerdekaan. Syahdu melihat tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang berhempas pulas mempertahankan tanah air daripada penjajah termasuk British, Jepun, Komunis dan persitiwa berdarah 13 Mei 1969.

Majlis bersurai jam 9.00 pg....nak minum dengan kawan2 tak dapat sebab berpuasa....

Program Mengimarahkan Ramadhan Pemuda UMNO

Pergerakan pemuda telah mengadakan program mengimarahkan surau sempena bulan kemerdekaan dengan mengadakan majlis berbuka puasa diikuti dengan solat tarawih dan tazkirah ramadhan. Program yang diadakan di Surau Jeram Tepi telah dihadiri kira-kira 100 orang termasuk penduduk setempat, ajk pemuda bahagian dan pemuda UMNO Cawangan.

Amanat daripada Ketua Pemuda agar merebut peluang membuat kebaikan dan mencari malam lailatul qadar yang dijanjikan dengan kebaikan dimana malam itu lebih baik dari 1000 bulan.

Teruskan pemuda dalam memperjuangkan agama, bangsa dan negara....

Bacaan Yassin, Tahlil, Doa Kesyukuran Dan Jamuan Muhibah

Semalam 30 Ogos 2009, majlis bacaan yassin, tahlil, doa kesyukuran, berbuka dan jamuan muhibah telah diadakan di Masjid Sultan Ibrahim Muar. Majlis berjalan pada jam 5.30 petang dengan ketibaan YAB Menteri Besar Johor diiringi dengan Ahli Majlis Kerajaan Johor, SUK, Dato' Bandaraya JB, Pengerusi Majlis Agama Islam Johor, YB-YB, Ketua UMNO Bahagian-Bahagian, Ketua-Ketua Jabatan (termasuk akulah) serta rakyat diseluruh negeri Johor.

Majlis ini diadakan sempena menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos kali yang ke 52. Turut hadir juga Ketua Polis Johor Dato' Mokhtar Sharif, Ketua Polis Muar Tuan Nasir dan yang memberikan tazkirah Dato' Hj. Tahrir bin Kiai Samsudin (Mufti Negeri Johor).

Majlis dimulakan dengan bacaan yassin, kemudian bertahlil dan berdoa memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi. Selepas itu diikuti tazkirah yang disampaikan oleh Mufti Johor yang bertajuk Nikmat Kesyukuruan. Di antara pengisian tazkirah adalah kita hendaklah bersyukur kerana Islam menjadi agama rasmi di negara ini, kemudian kita mesti bersyukur kerana Islam yang ada di Malaysia ini adalah Islam dari ahli Sunah Waljamaah, kemudian kita mesti bersyukur kerana kita termsuk dikalangan mazhab Syafie dan kita wajiblah bersyukur kerana menikmati kehidupan Islam.

Majlis berbuka puasa diadakan kemudian semua jemputan berjalan kaki dari masjid muar ke Tanjung Emas kerana bersama dengan rakyat berbilang kaum di dalam majlis jamuan muhibah. Majlis potong kek dan penyerahan watikah kepada pelbagai kaum diadakan. Syabas dan tahniah kepada rakyat Muar yang masih mengekalkan perpaduan yang muhibah dikalangan kita semua.

Friday, August 28, 2009

Ciri-ciri pemimpin sejati

PADA satu hari, Abu Dzar al-Ghifari meminta Rasulullah SAW melantik dirinya menjadi pegawai, tetapi Rasulullah menolaknya.

Sambil menepuk-nepuk bahu sahabatnya itu, Baginda bersabda: ''Tidak, Abu Dzar, engkau orang lemah. Ketahuilah, jawatan itu amanah. Ia kelak di hari kiamat merupakan kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi orang yang mendapatkannya dengan betul dan melaksanakan tugas serta kewajipannya dengan betul pula.''

Imam Nawawi menyebut hadis di atas merupakan pedoman dasar dalam berpolitik. Politik mampu menjadi sumber petaka bagi orang yang tidak bertanggungjawab.

Namun kata Nawawi, politik juga boleh menjadi ladang pengabdian dan amal soleh yang subur bagi orang yang mampu dan bertanggungjawab. Politik (kekuasaan) bukan sesuatu yang buruk. Ia ibarat pisau bermata dua; ada baik dan buruknya.

Ia menjadi baik dengan tiga syarat - seperti dalam hadis di atas - iaitu berada di tangan orang yang berkemampuan, diperolehi dengan cara yang betul dan dipergunakan untuk kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.

Malangnya, dalam percaturan politik kini, orang kerap hanya bercakap satu perkara, iaitu bagaimana merebut kekuasaan. Bukan bagaimana mempergunakan kekuasaan itu serta melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dan lebih daripada itu kepada Allah SWT.

Sesiapa pun tidak dapat menafikan bahawa kuasa sememangnya sesuatu yang menggiurkan kerana dengan kuasa, individu berkenaan membayangkan dia boleh mencapai apa juga impiannya. Menurut Imam Ghazali, dibandingkan dengan harta, kuasa jauh lebih menggoda.

Ia berasaskan kepada tiga alasan iaitu, pertama, kuasa mampu menjadi alat untuk memperbanyakkan harta. Dengan kuasa, seseorang boleh mengayakan dirinya.

Keduanya, pengaruh kekuasaan lebih kuat dan lebih lama. Harta, kata Imam Ghazali, boleh hilang kerana dicuri atau berkurangan.

Namun itu tidak berlaku kepada kekuasaan kerana ia bererti pengaruh seseorang pemimpin di kalangan pengikut dan penyokongnya. Ketiga, kekuasaan menimbulkan kesan populariti yang sangat luas.

Bagaimanapun apa yang harus difahami menjadi pemimpin tidak hanya menerima amanah rakyat, tetapi juga menerima amanah Allah. Pemimpin adalah 'hamba' kepada rakyat. Pemimpin yang mengkhianati dan menodai hak rakyatnya, bererti menggugat dan mengabaikan amanah Allah.

Hakikatnya, menjadi pemimpin bukan mencari kekayaan, tetapi pengabdian. Menjadi pemimpin bererti melaksanakan ibadah yang paling berat untuk melunaskan amanah rakyat dan Allah.

Seorang pemimpin yang baik sentiasa membersihkan batinnya kerana dia sedar niat yang tidak baik boleh menjadikan kekuasaan yang dimiliki sebagai sesuatu yang boleh dijual beli.

Akibatnya, dia mungkin akan tergoda untuk menipu dan membohongi rakyat. Rasulullah bersabda: ''Tiada seorang hamba yang diberi amanah Allah untuk memimpin rakyat kemudian menipu mereka, melainkan Allah mengharamkan syurga baginya.''

Apabila masyarakat lebih mementingkan kebendaan sehingga segalanya harus dibayar dan kemuliaan seseorang hanya diukur oleh berapa banyak harta yang dimilikinya, maka godaan yang paling besar bagi para pemimpin, birokrat dan mereka yang berada dalam lingkaran kekuasaan ialah harta.

Para pemimpin atau wakil rakyat yang lemah imannya, nescaya akan mudah terperangkap dalam penjara hawa nafsu yang dibungkus dengan kata-kata indah, iaitu korupsi, kolusi dan nepotisme.

Oleh itu seorang pemimpin tidak harus terpengaruh dengan kekuasaan yang dimiliki, sebaliknya berusaha menjadi pemimpin yang dihormati dan melaksanakan amanah dengan sebaik-baik.

Dalam soal ini apa yang dilakukan ialah Khalifah Umar Al Khattab seperti mana yang dipaparkan dalam cerita berikut boleh dijadikan teladan.

Satu hari, selepas selesai mengimamkan solat Asar, Khalifah Umar bertanyakan mengenai seorang sahabatnya yang tidak datang.

Dia diberitahu bahawa sahabat tersebut sedang sakit. Umar segera meluangkan masa menziarah sahabatnya itu.

Sampai di rumah sahabat yang sakit tersebut, Umar mengetuk pintu memberi salam. Dari dalam sahabat berkenaan menjawab salam dan bertanya: ''Siapa di luar?'' Umar menjawab: "Umar bin Khattab." Mendengar yang datang adalah Amirul Mukminin, sahabat tersebut terus bangun dan segera membuka pintu.

Melihat keadaan sahabatnya itu, Umar bertanya: ''Kenapa engkau tidak bersolat berjemaah bersama kami? Sedangkan Allah telah memanggilmu dari langit yang ketujuh, tetapi engkau tidak menyambutnya! Sedangkan panggilan Umar bin Khattab membuatkan kau gelisah dan ketakutan?"

Hikmah di sebalik peristiwa ini ialah, pertama, seorang pemimpin yang baik bukan semata-mata berasa cukup dengan kesolehan dan ketakwaan dirinya, tetapi dia juga berasa bertanggungjawab untuk mengajak mereka di bawah tanggung jawabnya untuk menjadi soleh.

Kedua, pemimpin yang soleh tidak akan pernah berasa bangga dengan penghormatan yang diberikan oleh orang bawahannya. Dia tidak mahu mereka hanya mengikut apa sahaja katanya biar pun apa yang dilakukan adalah salah.

Jika itu berlaku maka terjadilah apa yang disumpahkan Allah dalam surat Al-Ashr bahawa mereka semua akan berada dalam kerugian. Itulah sebabnya ketika seorang sahabat melarang sahabat lainnya kerana terlalu sering menegur Khalifah Umar dengan ucapannya: ''Takutlah kepada Allah, hai Umar''. Ternyata teguran itu justeru disokong Umar sendiri. Umar berkata: ''Biarkan dia mengatakannya. Kalau orang-orang ini tidak menegurku sedemikian, maka mereka menjadi tidak berguna dan jika aku tidak mendengarkannya, maka aku bersalah.''

Oleh itu kepada mereka yang bergelar pemimpin dan keluarga mereka sedarilah tanggungjawab yang ada di bahu mereka. Janganlah ingat apabila kita berkuasa dan berpengaruh kita boleh melakukan apa sahaja.

Janganlah memperdayakan rakyat dengan mainan politik kita kerana akhirnya kebenaran pasti akan mengatasi kebatilan. Mungkin demi kepentingan politik dan berebut kekuasaan, kita rela melakukan apa sahaja tetapi percayalah hasrat untuk berkuasa dengan menggunakan kepalsuan sebagai senjata tidak akan bertahan lama.

Akhirnya, pemimpin seumpama itu pasti akan kecundang, kesudahannya dia bukan sahaja akan mengalami kerugian di dunia tetapi juga akhirat.

Begitulah juga dengan keluarga mereka, janganlah kerana ada ahli keluarga kita pemimpin yang berkuasa, kita berasaskan boleh melakukan apa sahaja.

Ingatlah seseorang pemimpin itu berada di tampuk kekuasaan berikutan sokongan rakyat dan sokongan tersebut diberikan demi kesejahteraan mereka bukan untuk diri pemimpin atau keluarga pemimpin berkenaan.

Rasulullah SAW bersabda: ''Sebaik-baik pemimpin kamu adalah mereka yang kamu cintai dan mereka mencintai kamu dan kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu. Dan, seburuk-buruknya pemimpin adalah mereka yang kamu benci dan mereka membenci kamu, dan kamu melaknat mereka dan mereka pun melaknat kamu.''

Kelebihan Ramadan dan orang yang berpuasa


RAMADAN datang lagi. Umat Islam di seluruh dunia kini begitu sibuk beribadah, termasuk menggandakan ibadat pada bulan yang mulia ini. Ramadan amat sinonim dengan salah satu daripada Rukun Islam iaitu berpuasa.

Ibadat yang mempunyai seribu satu macam rahsia dan hikmah. Begitu juga ia membawa kepada banyak pahala dan keuntungan bagi mereka yang berpuasa serta melakukan ketaatan pada bulan Ramadan.

Dibincangkan di sini fadilat Ramadan, puasa dan kelebihan puasa dan orang yang berpuasa:

Pertama: Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi SAW: "Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka: Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi, malaikat mengampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi setiap hari syurganya, kemudian berfirman hampir-hampirlah hambaku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam."

Hadis ini menunjukkan kemuliaan Ramadan dan keistimewaan mulut orang yang berpuasa di sisi Allah SWT di samping syaitan yang dibelenggu kerana kelebihan Ramadan.

Kedua: Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad meriwayatkan hadis daripada Sahal bin Sa'd sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan al-Raiyyan di mana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya.

Al-Hafiz Ibn Hajar menukilkan daripada al-Zain bin al-Munir dalam al-Fath al-Bari : Sesungguhnya dikatakan pada syurga, tidak dikatakan bagi syurga untuk menggambarkan bahawa pintu itu sendiri sebahagian daripada kenikmatan dan kerehatan yang membawa lebihan rasa rindu kepadanya.

Ketiga: Mengikut riwayat al-Nasaie sama seperti di atas kecuali ditambah sabda Nabi SAW: "Sesiapa yang masuk di dalamnya nescaya dapat meminum dan siapa yang minum nescaya tidak dahaga selama-lamanya."

Hadis ini menunjukkan kelebihan minuman dalam syurga yang menghilangkan dahaga selama-lamanya.

Keempat: Mengikut riwayat Imam Ahmad dan al-Nasaie daripada Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah SAW: "Puasa merupakan perisai." Dan daripada Uthman bin Abi al-As, "Puasa merupakan perisai daripada neraka seperti perisai seseorang daripada kamu pada masa peperangan selama mana ia tidak mengoyaknya dengan berdusta atau mengumpat."

Ini kerana, puasa mempunyai kelebihan yang tersendiri dan pada ghalibnya (kebiasaannya), mereka yang berpuasa akan memelihara nilai puasanya.

Kelima: Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Uthman bin Abi al-As, "Puasa merupakan perisai daripada azab Allah.

Hadis ini menunjukkan kelebihan puasa yang melindungi tuannya daripada disambar api neraka.

Keenam: Imam Ahmad, Muslim dan al-Nasaie meriwayatkan daripada Abi Hurairah dan Abi Sa'id sesungguhnya Allah berfirman: "Sesungguhnya puasa bagi-Ku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescaya bergembira dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira. Demi jiwa Muhammad ditangan-Nya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.

Hadis qudsi ini menggambarkan kemuliaan orang yang berpuasa semata-mata kerana Allah SWT yang sudah pasti mendapat pembalasan daripadanya.

Ketujuh: Ibn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak".

Hadis ini menunjukkan kelebihan orang yang berpuasa dengan mustajabnya doa.

Kelapan: Al-Dailami meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya: "Diam orang puasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan".

Hadis ini menunjukkan terlalu banyak kelebihan orang yang berpuasa, sekalipun mereka diam dan tidur.

Kesembilan: Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn Jabir, Ahmad, al-Tabarani dan al- Baihaqi daripada Abi Umamah bahawa Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya bagi Allah ketika berbuka puasa mempunyai mereka yang dibebaskan daripada neraka yang demikian itu pada setiap malam."

Hadis ini menunjukkan keampunan Allah SWT kepada yang berpuasa.

Kesepuluh: Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: "Puasa merupakan separuh kesabaran dan atas tiap sesuatu mempunyai zakat dan zakat bagi tubuh badan adalah puasa."

Hadis ini menggambarkan betapa sabarnya orang yang berpuasa.

Kesebelas: Imam Ahmad, al-Turmidzi dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummi Imarah: "Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat ke atasnya sehingga selesai makanannya".

Hadis ini dengan jelas menunjukkan betapa malaikat berdoa dan berselawat kepada yang berpuasa.

Sebenarnya banyak lagi kelebihan puasa dan Ramadan seperti mendapat syafaat dan dijauhkan daripada neraka.

Justeru, marilah sama-sama kita mengambil kesempatan dengan kunjungan Ramadan al-Mubarak dengan berpuasa dan beramal. Selamat berpuasa dan semoga diterima Allah.

PEMECATAN DATO’ CHUA SOI LEK


Aduhai MCA, mengapakah isu yang baru pulak timbul, isu PKFZ belum selesai, isu pemecatan Dato’ Chua Soi Lek pulak timbul. Inilah luahan dikalangan pendokong BN yang melihat pemecatan Dato’ Chua Soi Lek akan memberikan kesan kepada BN khususnya kepada MCA kerana telah wujud dua naga di atas bukit.

Pemecatan beliau yang dikaitakan dengan cakera padat digital skandal seks beliau pada 2 tahun yang lalu telah dijadikan alasan mengapa beliau perlu dipecat daripada ahli kerana beliau telah mencemarkan imej MCA. Apa yang menghairankan mengapa sudah 2 tahun ia berlalu baru sekarang nak ambil tindakan, seolah-olah ia tidak professional dalam mematikan karier politik beliau. Skandal seks yang dilakukan oleh beliau telah menunjukkan beliau terperangkap walhal ia mungkin perkara yang tidak baik dilakukan oleh mana-mana pemimpin. Namun keberanian beliau dengan meminta maaf dan meletakkan jawatan Naib Presiden MCA dan Menteri Kesihatan telah dianggap telah membersihkan imej beliau yang pada ketika itu tidak sesuai. Namun para perwakilan telah menerima kemaafan beliau dengan memberikan kemenangan MCA pada pemilihan MCA yang lepas. Ini ditambah dengan tiada tindakan yang dikenakan ke atas beliau pada zaman Dato’ Seri Ong Ka Ting. Namun mengapa pada masa sekarang baru tindakan disiplin dengan memecat beliau sebagai ahli MCA dilakukan. Kata-kata sinis Dato’ Chua Soi Lek ada benarnya apabila menyamakan Dato’ Ong Tee Keat sebagai seorang yang bersih dan jernih sejernih batu kristal dan tindakan beliau akan menyebabkan beliau akan tidur dengan lebih lena.

Sewajarnya pemecatan Dato’ Chua Soi Lek bukan sekarang, ia patut dilakukan pada peringkat awal lagi, tetapi jika dilihat pada mata kasar adakah beliau mengkhianati parti atau melakukan perbuatan yang bertentangan dengan parti, tentu sahaja tindakan beliau adalah bersifat peribadi. Tidak dinafikan Dato’ Chua Soi Lek mempunyai pengaruh yang cukup besar di dalam politik MCA bukan sahaja di Johor malah di negeri-negeri lain dan saya percaya pengaruh Dato’ Chua Soi Lek mengatasi pengaruh Dato’ Chua Jui Meng yang keluar daripada parti MCA. Beliau seorang yang bekerja dengan penuh dedikasi dan seorang pemidato yang hebat lebih hebat daripada Dato’ Chua Jui Meng.

Bagi UMNO pula, pemecatan beliau adalah suatu yang serius dan perlu diberikan perhatian, dan beliau juga dilantik sebagai pemantau BN pada kerusi-kerusi yang kalah. Ini bermakna walaupun MCA tidak memberikan tempat kepada beliau namun UMNO memberikan ruang kepada beliau supaya beliau yang dilihat berpengaruh dapat memberikan khidmat bakti kepada negara. Prinsip UMNO mudah, apa sahaja yang memberikan kebaikan kepada negara, dengan melihat ciri seseorang itu mempunyai kelayakan sudah pastinya ia dipilih sepertimana Datuk Seri Idris Jala. Namun pihak MCA perlulah memberikan beliau peranan supaya tidak berlaku keluarnya Dato’ Chua Jui Meng.

Saya percaya jika pemecatan ini berterusan ia akan melahirkan 2 kumpulan besar di dalam MCA dan akan mewujudkan persaingan yang berterusan, namun MCA tetap setia kepada BN dan mereka berusaha untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Ada baiknya Dato’ Liow Tong Lai memainkan peranan dalam hal ini untuk kebaikan MCA.

Thursday, August 27, 2009

Ceramah 1Malaysia

Terima kasih kepada pihak KEMAS Daerah Muar kerana menjemput saya untuk berceramah 1Malaysia pada 27 Ogos 09. Ceramah yang disertai dengan 40 orang Pemaju Masyarakat seluruh kawasan Parlimen Bakri telah menekankan beberapa topik iaitu tayangan klip video pembunuhan masyarakat Islam di Palestin, Iraq dan Bosnia kemudian diikuti dengan ceramah 1Malaysia : "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan" dan akhirnya berkenaan isu-isu semasa khususnya politik yang berlaku di kawasan Bakri. Pada akhirnya sedikit tazkirah sempena bulan Ramadhan Al Mubarak.

Program seperti ini amat baik dijalankan dan diharapkan majlis penerangan dan kekuatan jati diri dikalangan kakitangan kerajaan kerap diadakan. Mengajak orang yang jauh daripada kerajaan lebih baik daripada membawa orang-orang baru di dalam kerajaan. Kerana merekalah yang banyak mengetahui rahsia, kelemahan dan kekuatan kerajaan itu sendiri. Untuk membawa balik mereka perlu berasaskan pada ilmu, agama dan tidak hanya bersandarkan kepentingan material semata-mata.

Majlis Berbuka Puasa Bersama Pegawai Daerah Muar

Syukur alhamdulillah, program berbuka puasa pada 26 Ogos 2009 bersama Pegawai Daerah Muar, Pentadbir Tanah Muar, YDP MPM Muar, Ketua-Ketua Jabatan dalam daerah Muar termasuk JASA, Penghulu, Ketua-Ketua Kampung dan penduduk setempat telah menjayakan majlis berbuka puasa di Masjid Pekan Lenga berdekatan dengan Balai Polis Bukit Kepong.

Suasana kekeluargaan antara satu jabatan jelas kelihatan sepanjang program tersebut termasuk melawati beberapa makam pejuang Islam di sana dan solat tarawikh sekali. Turut hadir rakan-rakanku iaiatu Ajak, Aji Nizam, Mawi dan Robert.

Insya Allah, selepas ini pada 28 Ogos 09 berbuka dan solat tarawikh di Surau Jalan Mahmod Parit Jawa, 30 Ogos 09 majlis tahlil dan berbuka puasa serta jamuan muhibah peringkat negeri di Tanjung Emas, 1 Sept. 09 di Surau Al Falah Parti Masjid Sungai Balang, 2 Sept. Masjid Parit Baru Air Hitam Muar, 3 Sept.09 di Masjid Paya Panjang, Jorak, 4 Sept. 09 bertadarus di rumah Pegawai Daerah Muar, 5 Sept.09 bertadarus di rumah Menteri Besar Johor. Kepada semua kaum muslimin dan muslimat dijemput hadir di dalam program tersebut.

Tuesday, August 18, 2009

Kontrak Sosial Masyarakat Majmuk Di Malaysia


Saya ingin mengajak saudara-saudara mengimbau kembali sejarah terbentuknya masyarakat Malaysia kita hari ini, bertitik tolak dari terbentuknya sebuah Negara Malaysia yang asalnya dikenali dengan Tanah Melayu atau Malaya sebelum tercapainya kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Saya juga ingin mengajak saudara-saudara mengimbau kembali sejarah bagaimana kita rakyat Malaysia hari ini yang terdiri daripada pelbagai keturunan, menganut agama yang berlainan dan mengamalkan cara hidup yang berbeza dapat hidup bersatu padu, aman damai dan menikmati kesejahteraan, kemakmuran dan kebahagiaan hidup bersama. Jawapannya muda, tetapi ternyata tidak semudah untuk menerima hakikat yang sebenarnya sekiranya rakyat Malaysia hari ini terutamanya golongan generasi muda tidak mahu mempelajari apa lagi memahami sejarah asal usul kita.

salah satu halangan yang paling utama yang perlu diatasi bagi membolehkan kita mendapat kemerdekaan daripada penjajah Inggeris ialah masalah perpaduan kaum dan masalah kerakyatan. Orang Melayu sebagai rakyat asal negara ini sesungguhnya amat keberatan dan tidak rela warga asing diberi hak kerakyatan dengan terlalu muda. Sebaliknya orang Cina dan India yang tinggal di Tanah Melayu merasakan mereka juga berhak untuk menjadi rakyat negara ini.

Demikianlah atas dasar semangat perpaduan yang kental, dengan kebijaksanaan para pemimpin yang terdahulu daripada kita seperti Tunku Abdul Rajman, Datuk Tang Cheng Lock dan Tun Sambanthan telah merangka satu kefahaman, satu permuafakatan dan satu persetujuan untuk mewujudkan Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC bagi membuktikan hasrat rakyat supaya ketiga-tiga kaum terbesar di Tanah Melayu bertolak ansur dan bekerjasama untuk melahirkan kesejahteraan dan keamanan negara.

Sikap tolah ansur daripada kalangan semua kaum dan kesanggupan menyatakan pendirian masing-masing telah menjadi teras kepada pembentukan sebuah masyarakat yang bersatu padu seperti yang kita amalkan pada hari ini. Orang-orang Melayu melalui UMNO bersedia menerima orang-orang bukan Melayu daripada keturunan Cina dan India mendapatkan hak mereka menjadi warga negara yang sah dan berkongsi kuasa dalam bidang politik. sementara itu orang-orang daripada keturunan Cina dan India dari MCA dan MIC telah bersetuju memberikan hak istimewa kepada orang-orang Melayu dalam bidang ekonomi, pentadbiran dan pendidikan, agama Islam sebagai agama rasmi negara dan kebudayaan Melayu sebagai teras kebudayaan kebangsaan. Atas dasr inilah iaitu dasar tolak ansur, persefahaman dan kerjasama kita dapat kemerdekaan tanpa titisan darah dan air mata. Kejayaan ini menggambarkan kebijaksanaan tokoh-tokoh politik kita daripada semua kaum yang sanggup berkorban demi kepentingan negara.

Oleh itu, pada hari ini isu hak keistimewaan sesuatu kaum janganlah diungkit-ungkit kerana ia termasuk didalam kontrak sosial sewaktu kita sama-sama hendak menuntut kemerdekaan. Dikesempatan inilah saya menyeru kepada diri saya, anak-anak muda sebaya saya dari High School Muar, Sekolah Tun dr. Ismail, Sek. Men. Bukit Naning, USM, UKM, sahabat saya dari usrah belia 4B, sahabat saya dari UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP serta sahabat saya yang berada di dalam pakatan rakyat, PAS, DAP dan PKR, sahabat saya yang berada di jabatan kerajaan, KEMAS, SB, seranta, MIO, MPM, Pejabat Daerah, Pejabat Belia Dan Sukan Muar, sahabat saya yang berada di media, Utusan, Metro, Berita, TV3 serta sahabat saya di dalam Parlimen Bakri, para bloggers dan semua yang mengenali diri saya....ingatlah bahawa perpaduan yang telah dibina antara semua kaum atas dasar sikap tolak ansur mesti kita pertahankan...SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 52

BAKRI AKAN MENUBUHKAN PPK


Tahniah saya ucapkan kepada Ketua UMNO Bahagian Bakri, YBHG. Dato' Saipolbahri yang akan membawa Pertubuhan Peladang Kawasan Bakri (PPK Bakri) bagi memberikan peluang baru kepada akar umbi untuk memperolehi pendapatan baru. Banyak projek-projek yang boleh dijalankan jika menjadi ahli peladang, bukan sahaja ternakan dan pertanian malah projek iks juga boleh dilaksanakan.

Di dalam ucapannya di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bakri, PPK Bakri akan diwujudkan pada Oktober 2009 ini yang mana pejabat operasinya berada di Pusat Perdagangan UMNO, Jalan Bakri Batu 1 Muar Johor. Menerusi kakitangan kerajaan yang akan memberikan khidmat kepada ahli-ahlinya, PPK Bakri akan berusaha untuk mewujudkan 110 unit sekurang-kurangnya, memiliki pusat timbang sendiri, projek pertanian seperti kelapa sawit, getah, sayur-sayuran, tanaman buah-buahan, cendawan, ikan keli, tebu dan pelbagai lagi yang akan menggunakan bantuan dari Peladang.

Sebagai orang utama di dalam penubuhan ini, saya telah bekerja keras bersama Lembaga Peladang Johor bagi mempastikan ia akan menjadi kenyataan. Profail kawasan Parlimen Bakri dalam konteks pertanian telah saya siapkan, peta kawasan yang akan digunakan telah diberikan, hanya tinggal mesyuarat awal penubuhan seramai 50 ahli yang pertama.

Kawasan Bakri bukan hanya dilihat sebagai kawasan padat dengan taman dan bandar sahaja namun ia juga mempunyai keluasan tanah untuk projek pertanian. Di samping itu juga, ada dikalangan penduduk taman yang mengusahakan minuman kacang soya, dadih, kuih basah dan kering serta pelbagai lagi. Inilah pulangan yang akan diberikan kepada rakyat dengan syarat rakyat berkehendakan dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Monday, August 17, 2009

Sabda Rasulullah SAW

" Tiada dua orang Muslim pun yang bertemu lalu keduanya berjabat tangan, melainkan keduanya itu diampun oleh Allah sebelum keduanya berpisah"
(Riwayat Abu Daud)

"Seseorang muslim yang menanam pohon atau tanam-tanaman, lalu sebahagian hasilnya dimakan oleh burung, manusia atau binatang, maka orang yang menanam itu mendapat pahala"
(Sahih Bukhari)

" Dunia ialah kesenangan, sebaik-baik kesenangan dunia ialah perempuan yang soleh"
(Sahih Muslim)

" Sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang berjalan di waktu malam ke masjid-masjid bahawa mereka akan memperolehi cahaya yang sempurna besok (hari kiamat)"
(Riwayat Abu Daud dan Tamizi)

APABILA NIK AZIZ BERKATA CINA SEPATUTNYA MEMIMPIN MALAYSIA







Program dialog bersama Tok Guru yang berlangsung pada 14 Ogos 2009 di Muar Traders Hotel jam 5.30 ptg telah mendapat sambutan seramai 200 orang. Program yang agak tertutup hanya melibatkan Pakatan Rakyat khususnya PAS di dalam kawasan Muar telah dihadiri barisan pimpinan PAS Kawasan Bakri, Muar dan Pagoh serta dari Parti keadilan Rakyat dan DAP Muar. Di dalam ucapan Tok Guru beliau telah menyentuh bahawa sepatutnya Malaysia dipimpin oleh orang Cina kerana negara China menerima kedatangan Islam 1,200 tahun berbanding Islam datang ke Tanah Melayu hanya 500 tahun yang lalu. Ini bermakna kefahaman Islam dikalangan orang Cina lebih tinggi jika dibanding orang-orang Melayu. Tok Guru juga mengatakan bahawa di Kelantan terdapat 90% orang Melayu dan hanya 10% orang Cina dan Siam yang berada di Kelantan. Jika ada orang Cina yang Islam dan mempunyai kelakuan serta pelajaran yang baik dia layak untuk menjadi Menteri Besar Kelantan.

Nah...ingin saya kongsi dengan saudara semua...jika ini yang dikatakan oleh Tok Guru PAS di Muar Traders Hotel dan Markaz PAS Parit Pecah Muar pada hari yang sama, kita lihat sendiri apa akan jadi orang Melayu Islam di Malaysia ini. Saya tertanya juga, mengapa orang Islam di China tidak memimpin negara China, malah kaum mereka diperangi oleh kaum bukan Islam, nak tanya lagi....bolehlah orang Islam di Malaysia yang warak, baik dan tinggi akhlaknya boleh jadi Presiden di Arab Saudi, di Iran atau di mana-mana negara Islam yang lain. Adakah mereka tidak bersuku atau tiada asal usul mereka yang selama ini menjadi tuan tanah di tempat mereka. Bila saya lihat kenyataan Tok Guru tidak lain hanyalah kenyataan politik kepartian yang mana ketika itu ada kaum Tiong Hwa yang merasakan sokongan Tiong Hwa adalah perlu bagi menunjukkan PAS juga seperti PKR dan DAP yang tidak mementingkan perkauman. Namun seikhlasnya boleh saya nyatakan, PAS sendiri mempunyai jiwa kemelayuan dan Islam yang menebal seperti tebalnya pada diri UMNO (Cuma wujud dikalangan pemimpin UMNO yang mewujudkan masalah di dalam parti sehingga UMNO dilihat rosak....namun masih lagi wujud hati-hati pendokong UMNO yang mahukan kebaikan di dunia dan akhirat).

Saya kongsi kenyataan kedua Tok Guru....beliau berkata PAS tidak menjadi pak turut PKR atau PKR tidak menjadi pak turut PAS, namun keduanya ada titik pertemuan yang boleh melibatkan kerjasama, sebagai contoh di Kelantan, apabila hotel-hotel didirikan di Kelantan, arak, perjudian, pelacuran tidak dibenarkan, mereka boleh buka sebanyak mana bintang sekalipun di Kelantan. Persoalannya, UMNO sendiri mempunyai titik pertemuan dengan PAS iaitu kita berjuang untuk agama dan negara, namun mengapa perlu diketepikan hubungan tersebut.....saya percaya di dalam PAS wujud perasaan seperti saya yang mahukan umat Islam di Malaysia ini bersatu atas satu kalimah, namun kerana politik kepartian telah menyebabkan kita terhalang, tambah-tambah lagi kononnya ketika UMNO semakin lemah dan PAS bertambah kuat.

Saya kongsi kenyataan Tok Guru yang ketiga....kita tidak boleh menyerang peribadi seseorang namun kita boleh menyerang dasar parti tersebut....apa yang saya lalui sepanjang pengamatan saya mengikuti ceramah, hanya Tok Guru sahaja yang menyerang dasar UMNO namun yang lain banyak menyerrang peribadi pimpinan UMNO. Sebagai contoh apabila Nizar datang ke Markaz PAS Bakri, ia menggelarkan Dato’ Zamri Kadir (Menteri Besar Perak) sebagai menteri maruku (makanan India kerana kulit beliau yang hitam)...disini mana akhlaknya yang mengatakan tidak menyerang peribadi, itu tak masuk lagi kenyataan pimpinan PAS yang menggelarkan suatu ketika dulu orang Arab Badui membela unta tapi di Malaysia Abdullah Ahmad Badawi membela babi. Saya lihat kalau penceramah PAS sentiasa menyerang peribadi seseorang takde bezalah dia dengan orang yang tidak beragama...lebih baik kita berceramah membaiki diri kita atau parti kita yang menjadi punca kejatuhan dan kekalahan....

Kenyataan Tok Guru keempat adalah UMNO mengekalkan dasar penjajah iaitu nasionalisme yang mesti ditolak oleh orang Islam dan hendaklah menngangkat perlembagaan Islam sebagai ikutan tertinggi. Perlembagaan yang dipakai hari ini adalah perlembagaan kafir dan taghut (kata-kata Hadi Awang). Namun apabila seorang wakil PAS dari cawangan Sungai Abong menyatakan bahawa terdapat pendapat mengatakan bahawa penglibatan Parti PAS di dalam pilihanraya adalah tidak syarie dan bertentangan dengan Islam kerana ia meneruskan demokrasi barat. Namun berikut kenyataan Tok Guru “ kita mesti wujudkan pemerintah, oleh itu kita perlukan undi dan PAS akan turut sama dalam pilihanraya dan kita menerima konsep demokrasi yang berjalan hari ini kerana ia menguasai diri kita. Mengundi tidak bermaksud berjudi atau taruhan walaupun adanya deposit kerana ia melibatkan gerak kerja pilihanraya”

Daripada majlis tersebut jelas saya nyatakan bahawa kenyataan Tok Guru tidak lari dari kenyataan politik kepartian PAS yang berada di dalam Pakatan Rakyat. Beliau cuba menunjukkan kepada Cina khususnya bahawa PAS diterima oleh semua orang, sebenarnya bagi saya tidak, ini kerana tiada pilihanlah yang menyebabkan Cina mengundi PAS, kalau nak dinilai Cina lebih suka mengundi DAP daripada PAS atau lebih suka mengundi PKR daripada PAS. Memandangkan tiada kerusi pembangkang lain selain PAS maka Cina memberikan undi terbuangnya kepada PAS di dalam kempen ABU (asal bukan UMNO).

Dinyatakan juga Pelancaran Pungutan Derma Dana Tanah wakaf Untuk Pembinaan Dewan Serbaguna PAS Kawasan Bakri sebanyak RM 26,500.00 datang daripada :
- Yeo Khun Liang RM 2,000.00
- Dato’ Lau Lian Seng RM 1,000.00
- Pn. Asmah binti Hj. Sirat RM 2,000.00
- Arshed bin Yahya RM 1,000.00
- Hj. Aminul Huda bin Hassan RM 1,000.00
- Tn. Hj. Nasir Ahmad RM 1,000.00
- Hj. Fadzil bin Taha RM 1,000.00
- Dewan PAS Muar RM 2,000.00
- Dewan PAS Bakri RM 2,000.00
- Tabung Pakatan Rakyat RM 500.00
- PAS Cawangan Batu 3 Bakri RM 1,000.00
- PAS Cawangan Sungai Abong RM 1,000.00
- PAS Cawangan Jeram Masjid RM 1,000.00
- PAS Cawangan Jalan Dato’ Haji Kosai RM 1,000.00
- PAS Cawangan Parit Beting RM 1,000.00
- PAS Cawangan Taman Desa RM 1,000.00
- PAS Cawangan Naib Kadir RM 1,000.00
- PAS Cawangan Parit Zin RM 1,000.00
- PAS Cawangan Sebatu RM 1,000.00
- Norin Rakan Enterprise RM 1,000.00
- Usaha RBA RM 1,000.00
- Awalin Ent. RM 2,000.00
Jumlah RM 26,500.00

Sunday, August 9, 2009

Mesyuarat UMNO Bahagian Bakri

UMNO Bahagian Bakri telah mengadakan Mesyuarat Perwakilan bagi tahun 2009 di Dewan Jubli Intan yang telah selamat disempurnakan perasmiannya oleh YAB Menteri Besar Johor. Ketua UMNO Bahagian Bakri, Dato' Saipolbahari telah mengetuai mesyuarat yang pertama kalinya diadakan di zaman pentadbiran beliau selaku ketua UMNO yang baru. Beliau yang memenangi jawatan daripada YB Datuk Abdullah Ali merupakan mantan Naib Ketua Bahagian dan pernah menjadi Ketua Pemuda Bahagian. Turut hadir di dalam mesyuarat tersebut adalah penasihat-penasihat UMNO Bahagian Bakri iaitu Dato' Hashim Rais, Datuk Dr. Haris Salleh dan Datuk Abdullah Ali. Mesyuarat ini telah dikendalikan oleh Datuk Sulaiman Taha selaku Ketua UMNO Bahagian Labis.

Seramai 589 perwakilan telah hadir daripada 127 cawangan yang meliputi 3 DUN iaitu DUN Bentayan, DUN Sungai Abong dan DUN Bukir Naning dan seramai 20 calon telah menawarkan diri sebagi Perwakilan Ke Perhimpunan Agung UMNO Malaysia bagi tahun 2009. Di antara ucapan Ketua UMNO Bahagian adalah menekankan soal perpaduan di dalam parti UMNO, usaha-usaha selama setahun di dalam pentadbirannya, pembinaan rumah UMNO di Jalan Bakri, usaha merampas kembali 3 kerusi yang kalah dan beberapa lawak jenaka tentang pengalaman beliau sewaktu menjadi ketua UMNO Bahagian.

Dato' Abdul Ghani Othman selaku perasmi turut menekankan beberapa perkara iaitu perpaduan di dalam UMNO bukan sahaja di Bakri malah di seluruh Johor perlu ditingkatkan, perpaduan di dalam parti komponen khususnya MCA dan MIC perlu memainkan peranan yang lebih kuat, beberapa kenyataan Anwar Ibrahim dan Dato Chua Jui Meng yang datang ke Bakri pada yang lepas iaitu tentang ISA perlu dimansuhkan, penyerahan tanah kepada penduduk Cina selama 999 tahun adalah perkara biasa sedangkan BN juga turut menyerahkan kepada Cina di Pulau Pangkor, Bukit Tinggi dan Genting Highland, usaha memansuhkan PPSMI. Dato' Ghani turut memberikan penerangan tentang fakta pembangkang yang diputarbelitkan dan tidak tepat, ini kerana UMNO Johor telah 7 tahun yang lalu memperjuangkan pemansuhan PPSMI sambil memperbaiki tahap pengajaran Bahasa Inggeris, beliau juga menanyakan kenapa Nizar tidak beri tanah kepada pekebun kecil Melayu dengan hak yang sama.

Berikut adalah kemenangag perwakilan ke Malaysia :
1. Datuk Dr. Haris Salleh
2. En. Mohd Ghazali Salamun
3. En. Mohd Hatta Md Nor
4. En. Haron Jaafar
5. En. Md. Saat Amat
6. Hj. Kahar Mashuri
7. En. Mohd Hisham Md Top

Persidangan telah ditangguhkan pada jam 4.30 petang

Thursday, August 6, 2009

Lagu Warisan


Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap diarus zaman.

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Pribumi merintih sendiri.

Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hiang.

Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.

Kini sudah tiada masa,
Bangunlah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayukan gagah dinusantara,
Melayukan gagah dinusantara.

sahabat-sahabat semua, hayatilah lagu ini, lagu yang penuh pengertian dan kesedaran, sesungguhnya kita sudah berpecah belah, kerana sesuatu kuasa dan kedudukan seseorang, kita berantakan...aduhai sahabatku, kita dah takde apa2 lagi, lihatlah tanah-tanah datuk nenek kita di tengah bandar, habis semua hartanya yang diberikan kepada orang lain...dimana kita nak duduk selepas ini, marilah kita pelihara harta yang masih kita tinggal, kita dah takde apa lagi saudaraku...ekonomi kita kalah, agama kita tak bersungguh dan lemah, masalah sosial terlalu bejat, kita tinggal kuasa yang sedikit, kuasa PAS dan Kuasa UMNO sahaja yang tinggal untuk Melayu.

Sahabat-sahabatku yang aku sayangi, lihatlah anak-anak kita disuatu hari nanti, mereka akan menanya-nanya mana kampung asal datuk mereka, mana kampung kelahiran mereka, mana tanah yang patut diwarisi, janganlah sampai anak cucu kita duduk di depan pusara kita seraya berkata "inilah pusara yang menggadaikan seluruh harta kita " Aduh saudaraku, betapa pedihnya disaat itu, mereka hanya menumpang di tanah bukan milik mereka, mereka akan dijadikan pelarian sendiri di tanah mereka....Ayuh saudaraku bangkitlah, bangkitlah dari kelenaan yang tiada kesudahan, kuatkanlah dengan ilmu, kuatkanlah dengan iman dan ihsan,kuatkanlah jati diri saudaraku, perkukuhkanlah hubungan sesama Melayu, pergiatkanlah aktiviti pengukuhan jatidiri.

Sahabatku seperjuangan di dalam Parti PAS, kita akan mewarisi negara ini, biarpun hubungan kita pernah tercalar, kita mampu untuk bangkit, kepada sahabatku dari USM, tabiin, faizalrizal, usop dan lain-lain, ayuhlah dengan kalimah tauhid dengan kalimah bangsa keramat kita gagah menyelusuri cabaran ini, kita tekad bersatu menghadapi cabaran ini, kita ikhlas dan penuh tanggungjawab untuk merangkul bebanan yang dipertanggungjawabkan....insya Allah kita akan kekal dan kuat untuk kita wariskan pada anak bangsa kita....Takkan Melayu Islam hilang didunia Malaysia....

Wednesday, August 5, 2009

Melahirkan Pemuda Yang Berketerampilan Tinggi


Syukur alhamdulillah kita masih diberi keizinan, kesihatan, kekuatan dan masih lagi di dalam nikmat Islam. Islam yang diwujudkan untuk memberikan kebaikan, kesejahteraan, perlindungan, perdamaian, persaudaraan dan ketenteraman kepada pengamalnya dan memberikan kebaikan kepada seluruh alam ini. Alam yang indah ciptaan dan kurniaan Allah inilah kita sama-sama berusaha mencari keberkatan hidup di dunia dan akhirnya di akhirat.

Pemuda UMNO pada hari ini.....ke mana halatuju yang hendak dibawa, adakah ia hanya sekadar sayap dalam parti UMNO, sebagai pewarna di dalam parti sahsiah, sekadar mencukupkan korum atau hanya satu tempoh yang perlu dilalui oleh semua orang tanpa ada perkara yang bermanfaat untuk kebaikan semua orang. Pemuda hari ini, dimana martabat dan taraf tertinggi dirinya, adakah hanya untuk diejek, digurau, disindir atau dibualkan oleh pihak parti lawan. Pemuda hari ini, mengapa melihat dan membisu, seribu kaku apabila serangan demi serangan ke atas parti UMNO, di mana kita ingin bermula dan bagaimana kita mahu bertindak.

Wahai pemuda UMNO.... kamu dilahirkan di dunia ini, alam ini, alam Melayu ini bukan untuk sia-sia bukan untuk mencukupkan syarat, malah kita dilahirkan semua ini untuk tanggungjawab yang lebih besar dan lebih suci, menjadikan seorang pemuda yang beriman kepada Allah, bertanggungjawab kepada agama dan negara, membela parti UMNO ini dari kelumpuhan dari serangan pihak lawan, menjadikan pemuda seorang yang berketerampilan tinggi.

Wahai pemuda UMNO, kita perlu balik ke pangkal jalan, kita perlu lihat bagaimana pejuang Melayu dahulu memperjuangkan Melayu hingga ke titisan darah dan penghujung nyawa, kita perlu jadikan ianya satu sumber kekuatan, kita perlu balik dengan ilmu, kita perlu balik kepada keikhlasana dan kita perlu meletakkan maruah agama, bangsa dan negara sebagai yang terpenting. Janganlah kita menjadi pemuda yang disogok dengan politik wang, janganlah kita dilenakan dengan nyanyian karaoke, janganlah kita diisi dengan caci mencaci, kata mengata, dusta mendustai, janganlah kita hanya menyeronokkan diri dengan kelab malam, rumah urut, janganlah kita mendekatkan diri dengan arak dan perjudian. Kita bangsa mulia, kita bangsa terpuji, kita bangsa bertamadun malah kita umat Islam yang diberikan jaminan diakhirat kelak.

Wahai pemuda UMNO, kita perlu bersatu seperti bersatunya kaum muhajirin dan ansar, mereka melupakan kampung mereka, mereka meluapakan persengketaan semasa mereka jahiliyah, kerana mereka bersatulah kerahmatan Allah datang ke bumi kita ini. Kita perlu memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepad UMNO, biarpun ramai mengatakan UMNO penuh kerosakan, UMNO penuh rasuah, UMNO penuh kejelekan, namun saya percaya dan saya yakin saudara juga percaya bahawa UMNO tidak bersalah, hanyala segelintir pemimpin yang membuat kerosakan menjadikan UMNO dihina, wahai jabatan kerajaan, wahai agensi kerajaan, wahai badan-badan NGO, marilah kita bersatu hati memelihara parti ini dari dihina dibumi sendiri, marilah kita pulihkan dan kita sama-sama baiki, wahai pemimpin UMNO atasan, dengarlah pandangan dan rintihan orang bawahan, janganlah meneruskan politik wang, ajarlah kami dengan ilmu pengetahuan, berikanlah kami satu kekuatan baru untuk kami menjadi benteng yang ampuh, kami tidak perlukan pemimpin UMNO yang perasuah, kami tidak perlukan pemimpin UMNO yang menjadikan UMNO ini satu syarikat, kami tidak perlukan pemimpin UMNO yang tiada keikhlasan, kami tidak mahu pemimpin UMNO yang rendah moralnya, kami mahukan pemimpin UMNO yang tulin, setulin Tun Abdul Razak, segigih Tun Abdul Rahman, sekuat Tun Husin Onn, secerdik Tun Mahathir Mohamad sesabar Tun Pak lah.

Wahai barisan pemuda UMNO Bakri, hayatilah lagu UMNO JOhor jiwailah lagu warisan dan kuatkanlah tekad merampas kembali kerusi yang kalah, wujudkanlah keikhlasan di dalam perjuangan, jangalah momokkan lagi dengan keseronokan, janganlah hiasi kami dengan duit yang bertaburan, kami dahagakan satu perjuangan Melayu yang tulin, perjuangan bangsa yang lebih mulia dari perjuangan diri sendiri, perjuangan yang penuh keihlasanan dan keilmuan. Insya Allah kita akan menjadi kuat jika kita melupakan persengketaan, kata mengata, caci mencaci dan melemahkan sahabat yang lain, janganlah jadi onak dalam belukar jadilah lilin yang menerangi alam, biduk berlalu kiambang bertaut..........

Mohd Radzi bin Hj. Amin
AJK Pemuda Bakri

Tuesday, August 4, 2009

MESYUARAT PERWAKILAN PEMUDA






Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Bakri diadakan pada 2 Ogos 2009 di Hotel Sri Pelangi, Muar yang dirasmikan oleh Dato' Saipudin Hasan (Bekas Pengarah BTN Perak). Turut hadir adalah Dato' Saipolbahari Shuib selaku Ketua UMNO Bahagian Bakri, Pn. Mariam sharif wakil Ketua Wanita, Cik Hanizah Rafizah Mohd shukri selaku Ketua Puteri, En. Mazlan Sabari selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian serta 298 perwakilan.

Mesyuarat ini adalah mesyuarat tahunan yang wajib diadakan. Pada kali ini mesyuarat berjalan dalam keadaan lancar hanyalah pemilihan 2 perwakilan ke Kuala Lumpur dan 10 wakil pemuda ke Mesyuarat Bahagian.

Tahniah pada Nor Azam Marwi dan Cikgu Khairul yang menang dalam pemilihan G2 manakala sahabat saya Zulhairi Ahmad Sabran, Suhaimi Satar dan Norman Ishak jangan putus asa dan teruskan membawa UMNO Bahagian Bakri dalam keadaan yang lebih baik dan mengangkat kedudukan yang lebih tinggi.

Tahniah kepada semua perwakilan yang hadir, saudara semua seorang yang bertanggngjawab dalam parti walaupun pada ketika ini UMNO dilihat semakin lemah, kita semualah yang akan mewarisi perjuangan datuk nenek kita. Mari kita bersatu mempertahankan asas penubuhan negara kita ini dan kita menghormati sahabat kita dari kaum lain...


Mohd Radzi Amin
AJK Pemuda UMNO Bahagian Bakri

ANWAR IBRAHIM DAN CHUA JUI MENG KE BAKRI

Anwar melancarkan Tabung Pakatan Rakyat
sumbangan daripada David Yeoh dan malam itu terkumpul RM 17,000 untuk tabung pakatan rakyat 4 parlimen termasuk sumbangan Chua Jui Meng, Saadon Abdullah dan Hj. Sumadi Ahmad dari Pagoh
Chua kali pertama berucap di pentas PAS sebelum ini, beliaulah paling kuat menghentam DAP, kali ini ceramahnya bukan hentam MCA tapi hentam UMNO....apa ni Dato' Chua, lain yang sakit lain diubat
Dulu lawan DAP sekarang kawan DAP....
Anwar bercakap pasal kitab Ronggo Warsito yang mana pada jaman ini jaman edan
Selepas berucap dapat lagi ucapan tahniah dari kawan-kawan pakatan

Kehadiran Dato' Chua Jui Meng bersama Dato' Anwar Ibrahim pada 1 Ogos 2009 di Markas PAS Kawasan Bakri telah dihadiri 2,500 - 3,000 orang. 1/4 yang hadir adalah dari kaum Tiong Hwa yang mahu mendengar apakah penjelasan yang akan diberikan oleh Dato' Chua Jui Meng tentang kemasukan beliau ke dalam PKR. Program bertajuk Majlis Meraikan Kemasukan Dato' Chua Jui Meng Ke Dalam Pakatan Rakyat (PKR) adalah anjuran Pakatan Rakyat Parlimen Bakri, Muar, Ledang dan Pagoh. Berikut adalah alasan mengapa Dato' Chua Jui Meng menyertai PKR :

- Trend yang tidak baik untuk BN pada PRU 12

- Ombak reformasi rakyat pada 2008

- Kerajaan tidak melindungi rakyat malah menggunakan kuasa untuk menghentam rakyat

- Anwar Ibrahim dipenjara atas tuduhan meliwat

- MCA tidak ada suara dalam BN hanya mengikut telunjuk UMNO

- Kerajaan menipu rakyat dengan menuduh Anwar meliwat


Berikut pula ceramah yang disampaikan oleh Anwar Ibrahim

· Polis bertindak ganas menggunakan pemedih mata dan semburan air ketika pemimpin PR menyerahkan memorandum bantahan penggunaan ISA. Melayan orang baik-baik seperti Dato’ Haji Hadi Awang dengan layanan buruk

· Menterjemahkan buku “Ronggo Warsito” yang merupakan buku Jawa yang menyatakan pada zaman ini adalah zaman “edan” iaitu zaman kerosakan yang mana orang baik-baik dilayan dengan buruk manakala penyangak dan penyamun diangkat menjadi pemimpin

· Kita bercakap dengan pemimpin UMNO tak boleh cakap baik-baik sebab dia penyamun, kita kena cakap standard penyamun

· Menyingkap perjuangan Burhanudin Helmy, Abdul Aziz Ishak yang dizalimi kerajaan

· Akan bersifat adil jika memerintah kepada semua kaum dan akan menagngkat orang-orang miskin ke atas

· Menyatakan beliau juga menjaga orang Islam dan mempertahankan Melayu sebagai contoh bantahan PPSMI

· Isu teo Beng Hock yang mati dalam siasatan SPRM dalam kes pembelian bendera Malaysia sebanyak RM 2,380.00

· Akan membongkarkan rahsia pemimpin BN yang mengamalkan rasuah

· Dukacita dengan pihak polis yang ikut tangan-tangan pemimpin BN

· Tidak berhajat untuk jadi PM, jika mahu ketika masa saya jadi TPM saya diam diri aje dan akan tetap dipilih, namun kerana nakkan keadilan untuk rakyat saya berjuang untuk rakyat

· Isteri PM, Datin Seri Rosmah yang menayangkan baju dan kecantikan kepada rakyat seperti yang dilakonkan oleh filem Hindustan

· PR berjuang untuk membetulkan undang-undang yang digunakan oleh pemimpin BN bagi mempertahankan kedudukan dan kekayaan mereka

· Orang UMNO kata saya pengkhianat bangsa dan membela Cina, apa yang saya beri pada Cina, ketika jadi TPM dan menjadi Menteri Luar Bandar saya berikan peruntukan sebaik mungkin untuk orang Melayu

· Pemberian tanah kepada Cina oleh Nizar tidak boleh disalahkan kerana BN juga beri tanah dan gunung kepada Cina seperti Genting Highlands kepada Lim Goh Tong, Bukit Tinggi kepada Tan sri Vincent Tan dan Pulau Pangkor kepada Yong Teck Lee

· Apa salahnya memberikan ribu ekar pada Melayu, Cina dan India kerana ia juga ada hak

· Membuka semula sejarah Hang Tuah dengan Sultan Mahmud, bahawa sembah derhaka memang ada ketika bendahara Tun Perak menyatakan yang beliau tidak membunuh Hang Tuah tetapi disorokkan. Kita taknak tiru Hang Tuah dan Hang Jebat tetapi kita tiru Bendahara Tun Perak sepertimana Nizar buat iaitu sembah derhaka

· Mengenai laporan siasatan tentang tuduhan meliwat Saiful masih belum diterima sedangkan laporan kehilangan motosikal boleh dapat report serta merta oleh pihak polis

· Saya akan tetap lawan Najib dan Musa Hasan jika mereka terus menerus memfitnah saya

· Negeri Johor akan PR tawan dan akan jadi banteng baru PR

· Memuji sifat Dato’ Chua Jui Meng yang sanggup menyokong prinsip keadilan dan berani bertarung untuk rakyat

· UMNO Nampak gagah tetapi semakin lemah, MCA pula bergaduh sesama sendiri

· PR akan hantar setiap minggu pemimpin kanan PR untuk berceramah di seluruh pelusuk Johor untuk menawan Johor

Waimah apa jua alasan yang diberikan oleh Dato' Chua Jui Meng adalah beliau sebenarnya kecewa kerana tidak mendapat tempat di dalam MCA, ini kerana beliau dianggap sebagai kuda tua dan zamannya sudah berakhir apabila sahabat beliau seperti Tun Lim Liong Sik, Ong Ka Ting dan Lim Keng Yaik telah pun meletakkan jawatan dan bersara dlam politik. Beliau semakin tercabar apabila tidak mendapat sokongan padu daripada MCA Bahagian Bakri yang mana team A dan Team B telah wujud di dalam MCA Bakri.