Wednesday, May 23, 2012

MENGHARAPKAN SINAR GEMILANG KEMENANGAN BN PARLIMEN BAKRI

Senario politik pada bulan April 2012 ini menampakkan perubahan politik yang positif ke atas BN di Parlimen Bakri khususnya dlm konteks UMNO. Kelibat bendera yang berlegar-legar di sekitar parlimen Bakri khususnya apabila ada program parti telah meningkatkan kembali sokongan untuk orang-orang UMNO dan memberikan keyakinan kepada orang kampung untuk terus memberikan sokongan kepada BN. Di bawah kepimpinan Ketua UMNO Bahagian dan Timbalannya yang aktif melaksanakan aktivi telah mengukuhkan kedudukan parti, malahan jentera wanita UMNO juga bergerak menerusi prgrm secara berkelompok. Pemuda UMNO menerusi larian sang saka bangsa menunjukkan gelombang UMNO seluruh Malaysia. Tida dinafikan ADUN Bukit Naning menerusi prgrm pembangunan yang memberi impak kepada rakyat bahawa kerajaan BN adalah kerajaan prihatin. Pembinaan masjid yang telah selesai di Batu 18 Air Hitam telah mengukuhkan lagi sokongan di peti undi batu 18 Air Hitam. Masjid 2 tingkat dengan finishing yang kemas menjadikan ia masjid yg sangat puas hati. Tidak ketinggalan NGO yang membantu kekuatan BN terutamanya Gerakan Belia 4B Kawasan Bakri, PEKIM, Belia Sinar Sri Kelantan dan Pertubuhan Kebajikan Islam yang memgadakan ceramah umum bersama Ust Hasan Basri telah menampakkan semangat yang cukup kuat. Kehadiran pendengar yang melebihi 300 orang dan pemasangan bendera UMNO, BN dan Belia menyemarakkan lagi kekuatan BN di peti undi Batu 18 Air Hitam. Sehingga kini bendera tersebut tidak ditanggalkan dan akan terus dipasang sehingga PRU 13 nanti. Walaupun pada masa yang sama ceramah pembangkang turut diadakan selang 3 buah rumah di Parit Arab namun kehadiran yang ramai di ceramah anjuran NGO telah mengatasi kehadiran ceramah pembangkang yang dihadiri oleh Mustafa Kamil Ayub, Cikgu Mala Shamsudin dan YB Ng Swee Lim. Saya amat mengharapkan jentera BN akan terus memantapkan lagi kedudukan BN dan pilihanraya kali ini adalah pilihanraya terpenting untuk kemenangan BN. Saya mempunyai keyakinan Parlimen Bakri akan dapat ditawan semula. Syabas pada semua jentera, petugas, orang orang UMNO dan penyokongan UMNO.

Sunday, March 11, 2012

PANDANGAN TERHADAP ISU PERLETAKAN JAWATAN DATO SHAHRIZAT

Agak terkejut dengan perletakkan jawatan Menteri oleh dato' Shahrizat selaku Ketua Wanita UMNO Malaysia. Ada yang psotitif dan ada yang negatif perletakan jawatan ini. Sudah pastinya pembangkang akan memperlihatkan kejayaannya dalam mempengaruhi siasatan yang masih dibuat oleh SPRM. Ia juga memperlihatkan kejayaan dalam menyerang BN.

Bagi saya, perletakan jawatan yang dibuat oleh dato' Shahrizat adalah satu keberanian beliau yang meletakkan kepentingan teramai berbanding dirinya sendiri. Beliau yang mempunyai penyokong yang ramai bukan mudah untuk melepaskan kerusi yang empuk hanya kerana dakwaan yang dibuat oleh Pengarah Strategi PKR, ini bukan isu parti tetapi isu prinsip yang terpaksa dikorbankan.

Namun bagi saya juga, dato' Shahrizat tak perlu risau, jika ia tak berlaku pada dirinya keputusan akan memihak padanya dan tindakan menyaman ke atas mereka yang mengaitkan dirinya boleh dilakukan. Saya percaya, undang-undang negara akan dilakukan dengan betul tanpa memilih siapa. Semoga beliau akan tabah dengan keputusan yang dibuat dan terus menjadi kuat dalam menghadapi pilihanraya.

Monday, February 27, 2012

Operasi Menembak Babi Hutan Di Mukim Air Hitam, Muar

Operasi menembak babi hutan di Mukim Air Hitam berpunca dari keresahan penduduk kampung berkaitan serangan babi yang semakin menjadi jadi. Ini kerana tindakan babi yang luar biasa kerana peningkatan jumlah babi yang semakin banyak telah menyebabkan babi hutan ini tidak lagi menyerang tanaman tetapi menyerang ternakan dan penduduk kampung.

Kes babi melanggar motosikal yang sedang bergerak di Batu 18 telah menyebabkan saya selaku pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Bakri bercadang untuk mengambil tindakan. Menerusi perbincangan dengan ADUN Bukit Naning,YB Datuk Abdullah bin Md.Ali yang membenarkan operasi ini dijalankan, serta sokongan kuat dikalangan rakan2 fb Mukim Air Hitam telah menyebabkan tindakan awal dengan pihak Jabatan Perhilitan Daerah Muar. Surat dihantar kali pertama yang mana Jabatan Perhilitan merasakan perlu mengkaji semula tarikh, masa dan tempat kerana ia tidak bersesuaian. Satu perbincangan dijalankan secara tidak formal dengan jabatan perhilitan yang menyebabkan satu tarikh perbincangan yang melibatkan JPMM Bukit Naning telah dibuat.

Pada 1 Februari 2012,seramai 15 orang terlibat yang mana Penghulu Mukim Air Hitam telah mempengerusikan mesyuarat, turut hadir En. Dasuki (Perhilitan Muar), ASP Roslan (wakil IPD Muar) ketua kampung Tok Jamil, Tok Salleh Karim, Tok Salleh Hashim, Tok Sarman, Tok Rohani, Tok Kudari dan wakil penembak dari Muar Shooting Club (En. Sia Bee Tiong). Namun tarikh yang dicadangkan asalnya pada 19/2/12 ditolak kerana pasukan menembak ada programnya tersendiri,maka tarikh 26/2/12 dipilih sebagai waktu operasi.

Semingga sebelum 26/2/12 hebahan telah dibuat menerusi fb, poster, kain rentang, hebahan menerusi budaya al quran, tahlil dan yassin serta orang ramai. Operasi yang melibatkan 3 buah kampung iaitu Kampung Sri Sempadan, Kg, Batu 17-18 dan Kampung Parit Hj Anuar bermula jam 7.00 pg sehingga 3.00 ptg. Datuk Abdullah bersetuju untuk menyumbangkan peruntukan membeli peluru kepada setiap kumpulan yang terdiri daripada kumpulan Bukit Bakri (En Ah Teong),Kumpulan Parit Jawa (En Teo) dan Kumpulan Ledang (En Anuar/En Ah Lek. Peluru ini akan digunakan selama sebulan bagi menangani masalah babi.

Hasil operasi tersebut sehingga jam 3.30 ptg sebanyak 18 ekor telah berjaya ditembak, majlis penutupan program dijalankan yang mana liputan media yang membabitkan akhbar Melayu, Inggeris dan Cina telah dibuat. Saya mewakili JPMM Bukit Naning dan Gerakan Belia 4B Kawasan Bakri ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan fb, pasukan polis, pasukan menembak 3 kumpulan, perhilitan, ketua kampung Mukim Air Hitam dan orang ramai. Program menembak babi akan diteruskan ke kampung lain tanpa dimajliskan. Semoga masalah babi di kampung kita dapat dikurangkan. Gambar sedang diusahakan untuk diupload, lambat sangat...

Wednesday, February 8, 2012

KERJASAMA PARTI KOMPONEN AMAT PENTING

Dalam pilihanraya ke 13 ini, kerjasama antara parti komponen amat penting. Sikap mementingkan parti sendiri perlu dikikis dan sikap mementingkan diri sendiri perlu dibuang dalam menghadapi pilihanraya. Sikap bersatu padu yang ditunjukkan oleh parti pembangkang iaitu gabungan PAS,PKR dan DAP wajar dicontohi.

Jika melihat kepada aktiviti PR yang dilakukan sebagai contoh kain rentang yang dipasang mereka menampilkan pimpinan ketiga-tiga parti, tidak ada gambar kecil atau terbesar malah sama saiz gambarnya. Jika dilihat kepada ceramah pembangkang ketiga-tiga parti akan turun dan memberikan ceramahnya walaupun pimpinan itu tidak sehebat mana. Gerak kerja bersama dalam PR perlu dilihat positif oleh parti BN, ini kerana sikap berkerjasama di antara mereka ternyata membuahkan hasil walaupun mereka mempunyai mimpi yang berbeza.

Dalam pemerhatian ini, BN khususnya parti komponen UMNO,MCA dan MIC mesti bergerak secara seiring, tidak boleh meninggalkan tubuh badan lain dan tidak boleh mengkhianati antara satu dengan yang lain. Kerjasama antara parti komponen perlu ikhlas, teguh, bertenaga dan berwawasan. Jika parti komponen meninggalkan sikap pentingkan diri sendiri ia pasti akan menjadi lebih kuat dan mudah untuk menghadapi pilihanraya akan datang.

Saya percaya masih ada masa dan ruang untuk mengadakan kerjasama yang erat antara pimpinan parti.

Tuesday, January 24, 2012

Selamat Tahun Baru Cina


Kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai kepada rakan-rakan Chinese saya. Kita beruntung di bumi Malaysia ini, rakyat hidup penuh bersatu padu, mengamalkan toleransi yang baik,mempunyai sikap tolong menolong yang tinggi tanpa mengira jawatan dan tempat. Saya akui kemahiran dan kelebihan kaum Cina di Malaysia memberikan banyak manfaat kepada kaum yang lain.

Tidak rugi kaum cina berada di Malaysia kerana ia memberikan kebaikan kepada negara China dan begitu juga dengan kaum India bagi negara India. Kehebatan bumi Malaysia yang memiliki hasil masyhur, keindahan geografinya dan kepelbagaian budaya telah mengikat hubungan yang baik sesama kita.

Dalam kesempatan ini saya menyeru sikap buruk sangka, sikap merendahkan kaum lain dan sikap mementingkan kaum semata perlu dikikis, saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pemimpin terdahulu yang berjaya menyatukan kepelbagaian kaum dan seterusnya pemimpin terkini begitu teguh mempertahankan perpaduan sesama kita. Saya juga berharap pemimpin yang akan datang akan mencipta lebih banyak kekuatan dengan bersendikan kepelbagaian masyarakat yang mempunyai kekuatannya tersendiri.

Oleh itu sempena Tahun Naga ini saya percaya bagi kaum Muslim melihat sesuatu itu dengan penuh kebaikan dan berharap kita dapat menghasilkan sebuah negara yang penuh kebaikan untuk generasi yang akan datang.

Thursday, January 12, 2012

Tahun 2012 Tahun Cabaran Untuk BN dan PR

Tahun 2012 merupakan tahun yg amat penting bagi rakyat Malaysia menentukan masa hadapan negara dari sudut mandat memerintah negara. Jika dilihat tahun 2008 keadaan politik yang berlaku kucuk mengejutkan kedua belah pihak, ia dipanggil tsunami politik atau perubahan politik secara tiba-tiba. Pada tahun 2004 ia amat menggalakkan untuk Barisan Nasional kerana mempunyai prestasi yang sangat cemerlang jika dibandingkan pada PRU sebelumnya.

Namun pandangan penulis kali ini lebih menjurus pada keputusan PRU 13 kerana ia menentukan masa hadapan kelangsungan kedua-dua parti. Bagi UMNO dan BN amatlah mustahak untuk menentukan keputusan yang cemerlang pada pilihanraya kali ini, rekod tanpa kalah selama ini perlu dipertahankan, bukan sahaja mahu mendapat majoriti 2/3 malah kerusi negeri-negeri yang tumbang perlu diambil semula. Tempoh 4 tahun selepas dinafikan kemenangan 2/3 amat penting untuk jentera dan orang BN bermuhasabah dan bertindak mengikut kehendak akar umbi.Transformasi yang dibuat oleh Perdana Menteri sangat menakjubkan sehingga rakyat berpendapatan bawah RM 3,000 menikmati faedah terus. Bukanlah mudah untuk menguruskan penduduk malaysia yang menjangkau hampir 29 juta orang, namun kegigihan yang ditunjukkan oleh Najib dan jentera transformasinya perlu dipuji kerana landskap politik agar berubah. Najib menghadapi kesusahan kerana situasi yang diwarisi dalam keadaan yang membimbangkan. Namun kegigihan Najib harus diakui dan wajarlah jika beliau diberikan nama BAPA TRANSFORMASI. Namun tidak cukup Najib untuk berubah,paling mustahak adalah parti yang menjadi juara rakyat,inilah imej sebenar yang rakyat mahukan. Sifat buruk yang ditomah seperti politik wang, tidak turun padang, pilih bulu dan tidak prihatin perlu dikikis.Kali ini tunggul yang diletakkan tidak memihak lagi untuk BN.

Bagi PR pula, adalah diakui serangan bertali arus dan kegigihan pembangkang perlu dipuji. Usaha untuk menawan Putrajaya dengan apa jua sekalipun tetap diteruskan, strategi yang dimainkan oleh PR cukup ampuh dan bersatu, mereka tidak lagi menghiraukan peranan polis dan keputusan mahkamah, apa yang penting slogan RAKYAT MENJADI HAKIM sering terbit dibibir pemimpin mereka. Ceramah kecil dan besar sentiasa menjadi,sasaran yang dijangka kadangkala melebihi malah berduyun-duyun hadir. Penglibatan mahasiswa juga dikaitkan apabila Soladariti Mahasiswa Malaysia telah berani menurunkan bendera PM di PWTC dan membuat himpunan haram di UPSI pada jam 1.00 pagi. Namun PR menghadapi dilemanya sendiri iaitu tempoh sepenggal yang diberikan oleh mandat rakyat masih banyak yang belum tertunai malah janji baru untuk meyakinkan pengundi tetap dibuat. Isu pemecatan Hasan Ali,isu keluarnya sekutu kuat Anwar Ibrahim seperti Dato Nala, Chandra Muzafar, Ezam Md. Nor,Anwar Shaari dan pelbagai lagi pimpinan telah menolah Anwar Ibrahim.Terdapat juga pimpinan Ahli Parlimen yang keluar dan menyertai konsensus bebas seperti Datuk Seri Zahrin, Tang Te Beng, Datuk Zulkifli Nordin, Wong Meng Chu (Wangsa Maju).Isu makin parah apabila kes seks luar tabii dan akuan sumpah hubungan seks dengan pelacur Cina masih berterusan dan BN terus menerus menjadikan senjata untuk menyerang.

Namun apa yang penulis lihat, kali ini kedua-dua Parti akan bertempur habis-habisan di atas padang yang hampir rata dan penggunaan pemerhati antarabangsa akan diperluaskan sebagai tekanan kepada pilihanraya yang lebih adil dan bebas.

Monday, December 12, 2011

BELIA 4B MENYERAHKAN MEMORANDUM PADA HJ MD SABU


Tn Hj Mohamad bin Sabu selaku Timbalan Presiden PAS menerima memorandun dan menurunkan tandatangan ke atas memorandum tersebut. turut hadir Chegu Bard, Dato' Chua Jui Meng, YB Er teck Hwa, Yb Mohamad Taslim, Ketua Cabang PKR Muar, Ketua Cabang PKR bakri dan lain-lain pemimpin


Tn Hj Md Sabu dan Chegu Bard membenarkan saya berucap kira-kira 10 minit, namun provokasi dan celaan dari pembangkang semakin panas. Tapi saya tak kisah, kerana kita sama-sama profesional, dan pihak polis pun banyak membantu


Pihak polis dan penganjur iaitu unit amal memberikan perlindungan kepada saya untuk keluar dari tempat berceramah...alhamdulillah semuanya selamat kerana kita nakkan politik yg selamat iaitu kerajaan membela rakyat, kerajaan 1Malaysia...lain kali kalau nak ceramah boleh jemput lagi...