Monday, July 20, 2009

Apabila Dato' Chua Jui Meng Menyertai PKR

Siapa yang tidak mengenali Dato' Chua Jui Meng, beliau yang menjadi ahli MCA selama 33 tahun dan menjadi Pengerusi MCA Bahagian Bakri selama 23 tahun, pernah menjadi Menteri Kesihatan dan tewas bertanding jawatan Presiden sebanyak 2 kali kepada Dato' Ong Ka Ting dan Dato' Ong Te Keat. Beliau yang dilihat seorang yang berkepimpinan, berkaliber dan tangkas berpolitik telah meletakkan diri beliau ke dalam sebuah parti yang setahun jagung atas dasar mempunyai persamaan perjuangan dan hubungan yang rapat dengan Anwar Ibrahim.

Kemasukan Dato' Chua ke dalam PKR adalah sesuatu yang perlu diberikan perhatian oleh semua pihak, tidak kira MCA, UMNO, DAP, PAS mahupun PKR. Kemasukan Dato' Chua boleh dikatakan sesuatu yang menguntungkan atau merugikan kepada kesemua parti yang berkaitan. Terdapat beberapa perkara yang boleh kita berkongsi tentang kemasukan Dato' Chua ke dalam PKR :
1. Kemasukan Dato' Chua kerana tidak lagi mendapat tempat didalam MCA pusat
2. Kemasukan Dato' Chua disebabkan Mesyuarat Perwakilan MCA Bahagian Bakri hanya didatangi 150/392 perwakilan (ini bermakna tidak mendapat sokongan daripada MCA Bahagaian Bakri)
3. Kemasukan Dato' Chua kerana ada jaminan yang beliau dapat bertanding di kerusi parlimen di Lembah Klang atau Selangor atau mana-mana kerusi yang dilihat selamat untuk beliau menang
4. Kemasukan Dato' Chua akan menyebabkan tertubuhnya PKR Bahagian Bakri dan secara tidak langsung akan mewujudkan cawangan-cawangan di Bahagian Bakri
5. Kemasukan Dato' Chua akan menyebabkan perkembangan PKR di Daerah Muar, khususnya di Parlimen Muar dan Parlimen Ledang akan bertambah kuat
6. Kemasukan Dato' Chua akan memungkinkan beliau dapat bertanding di peringkat DUN Negeri Johor bagi membolehkan beliau menjadi ketua pembangkang
7. Kemasukan Dato' Chua akan menyebabkan sokongan pengundi orang tua dan dewasa Cina di Parlimen Bakri akan beralih ke Pakatan rakyat
8. Kemasukan Dato' Chua ke dalam PKR tetapi tidak ke dalam DAP mesti dikaji dan dilihat oleh kita semua
9. Kemasukan Dato' Chua akan menyebabkan veteran MCA akan mengikuti beliau
10. Kemasukan Dato' Chua akan menyebabkan undi Melayu di dalam Pakatan Rakyat akan bertambah kukuh manakala pengundi Melayu di dalam Barisan Nasional akan merasa benci kepada beliau. Beliau yang dikatakan telah kenyang perut ibarat nyamuk yang penuh darah telah berpindah ke tempat lain, bukan kerana prinsip tapi kerana ketamakan kuasa dan tidak berterima kasih kepada kerajaan BN yang telah menaikkan beliau menjadi popular

Friday, July 17, 2009

BEBERAPA ISU PENINGKATAN UNDI YANG BESAR DI MANEK URAI

1. Isu cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan di antara PAS dan UMNO
2. Isu perobohan pusat penyembelihan babi di Bandar Alor Star, Kedah
3. Isu ketidakpuasan hati pemimpin PKR di Pulau Pinang berhubung perlantikan YDP Majlis
Perbandaran dan penamatan khidmat Ahli Majlis
4. Isu cadangan Azmin Ali agar EXCO Selangor di rombak
5. Isu kampung Buah Pala di Pulau Pinang
6. Isu pemerintahan Dato’ Seri Najib yang mendekati rakyat selama 103 hari
7. Isu calon BN yang tidak mempunyai isu peribadi
8. Isu peranan Tan Sri Mahyudin dan Dato’ Mustapha Mohamed yang dimainkan di Manek
Urai
9. Isu peranan yang tidak dimainkan secara aktif oleh Ketua Pemuda BN iaitu KJ
10. Isu jentera BN yang tidak datang beramai-ramai di Manek Urai membawa kebaikan

BEBERAPA TUNTUTAN CUEPACS PADA 15 JULAI 2009

1. Meminta kerajaan membayar bonus secara tetap setiap tahun dengan menggabungkan elemen imbuhan bukan dibayar RM 1,000 minima atau sebulan gaji dengan melihat keadaan tertentu.
2. Mengkaji semula kadar faedah perumahan diturunkan dari 4% kepada 1% setahun
3. Menuntut supaya bayaran gantian cuti rehat bukan dihadkan kepada 150 hari tetapi
kepada jumlah semua cuti yang terkumpul dalam bentuk bayaran
4. Mengkaji semula formula bayaran pencen dengan memasukkan elemen elaun pada gaji
terakhir
5. Menuntut supaya cuti sakit menjaga anak dipanjangkan selama tempoh keuzuran anak
kakitangan
6. Mendapatkan bayaran balik bagi impalan gigi dan rawatan mata
7. Menggantikan sistem kenaikan matriks dengan sistem linear dengan tambahan lima
kenaikan
8. Mewujudkan skim subprofesional bagi pemegang diploma

Cuepacs boleh menuntut seribu macam tuntutan, persoalannya, bagaimana dengan kakitangan kerajaan yang memiliki keuntungan daripada perjuangan pemimpin Cuepacs tetapi tidak menyokong kerajaan yang memberikan tuntutan ini....fikir-fikirkanlah...

Monday, July 13, 2009

APABILA PERDANA MENTERI MENGIKTIRAF TABELIGH

Syukur alhamdulillah, ijtimak tabeligh yang bermula pada 8 - 12 Julai 09 di Nilai yang menghimpunkan lebih 200,000 jemaah Islam di seluruh dunia amatlah satu yang hebat kerana ia merupakan perhimpunan yang terbesar. Inilah ijtimak kali ke dua selepas 27 tahun yang lalu diadakan di Terengganu seramai lebih 50,000 orang. Kehadiran Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri ke dalam Ijtimak tersebut jelas memperlihatkan perjumpaan itu direstui oleh negara Malaysia dan disenangi oleh para jemaah kerana perhimpunan itu diiktiraf, malah pada penutupnya telah dihadiri oleh Tuanku Mukhriz selaku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Kehadiran Perdana Menteri juga telah menunjukkan bahawa pemimpin UMNO juga mahukan ajaran Islam terus berkembang di Malaysia ini dan mengharapkan akan adanya jemaah yang lebih ramai datang ke Malaysia dan mendoakan Malaysia sebuah negara Islam contoh kepada yang lain.

Agak terkejut juga kumpulan tabeligh yang bergerak ke seluruh alam ini bukanlah calang-calang jemaah kerana ia bergerak tanpa perlu parti politik malah ajaran sunnah dan al quran diterapkan di dalam ahli-ahlinya. Ia berbeza dengan fahaman politik PAS yang menggunakan agama untuk ideologi politik PAS dan tidak menekankan ajaran Islam yang sebenar. Malah pada pilihanraya 1998 PAS membawa manifesto Membangun Bersama Islam. Kemudian pada 2004 membawa manifesto Negara Berkebajikan dan telah berubah kepada PAS Untuk Semua apabila PAS bergabung dengan Pakatan rakyat. Nah..di mana perkataan Islam yang ingin dibawa oleh PAS.

Saya pernah bertanya kepada rakan-rakan saya yang menyertai tabeligh, beliau berkata, jika ia diberi pilihan antara UMNO dan PAS untuk menyertai politik ia akan menyertai UMNO. Saya tanya kenapa ? Beliau berkata UMNO tidak faham agama tetapi tidak mempermainkan agama manakala PAS dia faham agama tetapi ia mempermainkan agama untuk kepentingan diri. Saya pernah mendengar ucapan Mazlan Aliman selaku Ketua Penerangan PAS Johor, beliau akan mengajar Dr. Boo Cheng Hau selaku Pengerusi DAP Johor untuk beberapa ayat al-quran untuk dijadikan bahan ceramah menentang UMNO yang beragama Islam.


Di mana PAS sebenarnya untuk membawa Islam ????????

Thursday, July 9, 2009

Ustaz Nasarudin Tiada Di Manek Urai

Kerana menyokong kerajaan perpaduan dan diarahkan letak jawatan Ahli Parlimen Bachok oleh Tok Guru Nik Aziz, Ust. Nasarudin tidak kelihatan di dalam pilihanraya kecil Manek Urai, Kuala Krai Kelantan. Perasaan mana yang tidak luluh dan sedih apabila seorang yang bergelar ulama di dalam PAS mengarahkan beliau untuk meletakkan jawatan kerana buat kacau di dalam parti PAS.

Selaku pemerhati kecil yang berada di selatan tanah air, saya sendiri menyokong usaha Ust. Nasarudin untuk mewujudkan kerajaan perpaduan, saya percaya beliau ikhlas untuk melihat umat Melayu Islam bersatu padu dan menghindari dari persengketaan. Beliau bukan calang-calang orang yang dilihat barisan pemimpin PAS yang mahu melihat umat Islam bersatu, namun apakan daya beliau hanya pemimpin kecil di dalam Pakatan Rakyat sedangkang ramai lagi hero-hero di dalam PAS dan Pakatan Rakyat untuk membatalkan usaha kerajaan perpaduan.

Saya mendoakan semoga Ust. Nasarudin diberikan kekuatan, kesihatan dan kebaikan di dunia dan akhirat dalam membawa perpaduan Melayu Islam di negara ini.

BELIA 4B MENGADAKAN USRAH MINGGUAN

Alhamdulillah...syukur pada Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kasih-Nya kekuatan dan kesempatan serta akal fikiran telah membuka kami sekawan untuk mengadakan usrah setiap minggu bagi membaiki kelemahan, memantapkan keimanan, membetulkan niat kehidupan, memupuk semangat persaudaraan dan mengurangkan dosa kering yang berterusan.

Kesempatan ini jugalah masa yang paling sesuai setelah meninggalkan usrah ABIM dan jemaah tabeligh sewaktu di kampus USM untuk dihidupkan kembali bersesuaian dengan sunnah Rasululllah SAW. Apa ilmu yang tinggal itulah yang digunakan agar ianya menjadi istiqamah dan belajr-belajar menjadi zuhud dibumi Allah ini.

Usrah mingguan akan dijalankan secara bergilir-gilir di rumah masing-masing dengan menetapkan beberapa aktiviti :

a. Solat maghrib berjamaah
b. Bacaan Al-Quran serta terjemahan
c. Bacaan Hadis 40, kitab fadail amal, kitab sahih muslim
d. Kupasan isu-isu semasa
e. Hal-hal lain
f. Solat isyak berjamaah
g. Jamuan dan bersurai

Mudah-mudahan Allah SWT memberi kekuatan untuk amalan ini agar dapat menyelamatkan diri ini daripada azab kubur dan mendapat perlindungan dari-Nya.

Wednesday, July 8, 2009

PERASMIAN KEJOHANAN BOLA KERANJANG KEBANGSAAN PIALA PETRONAS KALI KE 15

Buat pertamanya kejohanan bola keranjang peringkat kebangsaan bagi merebut piala petronas kali ke 15 di adakan di DUN Bukit Naning. Program yang disusun oleh Persatuan Bola Keranjang telah dirasmikan oleh YDP Majlis Perbandaran Muar bagi mewakili YB. Datuk Abdullah Ali (ADUN Bukit Naning) bagi penyerahan bendera pasukan bola keranjang negeri Johor.
Program ini telah membelanjakan kos sebanyak RM 130,000.00 yang mana hotel sahaja telah menjangkau RM 50,000.00 bagi penginapan para pemain seluruh Malaysia selama 8 hari bermula 11 - 18 Julai 2009. Menteri Besar Johor telah menyumbangkan RM 10,000 manakala ADUN Bukit Naning telah menyumbangkan RM 5,000 bagi kejohanan yang disertai oleh kaum bukan Cina.
Penyerahan bendera Johor kepada pasukan bola keranjang Johor
YDP Majlis Perbandaran Muar menyampaikan ucapan mewakili ADUN Bukit Naning

Di antara pemimpin yang hadir semasa pelancaran kontinjen Johor

Sunday, July 5, 2009

JASA DI SUA RASA TV 9

Alhamdulillah, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Negeri Johor bersama ibu pejabat Kuala Lumpur telah mengadakan pameran "Rentetan Perjuangan Bangsa" di Dataran Tanjung Emas Muar bermula 3, 4 dan 5 Julai 09. Pameran yang bertujuan menceritakan kembali detik-detik peperangan dengan Jepun, Komunis dan bagaimana Malaysia berjaya menuntut kemerdekaan tanpa pertumpahan darah secara bergambar. Gambar-gambar tersebut tidak mudah diperolehi kerana ia adalah simpanan kerajaan. Jika ia diteliti satu persatu dan dihayati boleh luluh air mata mengenang kembali datuk nenek kita mempertahankan negara sehinggalah mereka sanggup dibunuh oleh Jepun dan Komunis. Selain pameran bergambar JASA juga menyediakan beberapa acara lain termasuk tayangan patriotik iaitu "Hati Malaya", "Bukit Kepong" dan Leftenan Adnan. JASA juga menyediakan kaunter pendaftaran dan penyemakan SPR yang memperolehi lebih 500 orang yang berdaftar.
Kehadiran pengunjung ke pameran JASA sangat memeranjatkan apabila lebih 10,000 orang mengunjungi pameran tersebut dengan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, ideologi politik dan agama. Walaupun dalam keadaan berhujan dan panas terik, pengunjung tetap ramai dan tidak putus-putus sehinggalah pihak urusetia tidak dapat menutup pameran mengikut jadual masanya.
Terima kasih kepada petugas-petugas yang menjayakan pameran termasuk pengarah kami En. Mohamad bin Hj. Abu Bakar dan kepada Dato' Saipolbahari Hj. Suib (Ketua UMNO Bahagian Bakri) yang sudi hadir untuk menyampaikan hadiah di dalam kuiz dan cabutan bertuah.
Pegawai JASA yang turut bersama menjayakan pameran
En. Mohamad Abu Bakar, Ust. Salleh Yusof dan isteri, Ust. Norlizan Misran, En. Md. Nor Bachok dan isteri, CC Limah, En. Badang, Pn. Syamsiah, GAP, Amri, Radzi, Mokhtar, Hjh. Noriah (EXCO Wanita Malaysia), Hj. Dasuki, Kalid, Azman, Rosli, Rohaizah (Naib Ketua Puteri Johor) Md. Seh, Boon, Zamri, Nora, Mufa, Syidah, Hafiz dan Helmi.

Thursday, July 2, 2009

Apabila Nizar Datang Ke Parlimen Bakri


Ikon baru PAS adalah Dato' Seri Nizar yang mendapat undi tertinggi di dalam pemilihan muktamar baru-baru ini. Maka Nizar dianggap hero kepada kaum Cina terutamanya di dalam kes Perak yang memberikan hak milik tanah selama 999 tahun yang tidak pernah dibuat oleh kerajaan BN selama ini khususnya di dalam penyerahan tanah kepada kaum Cina. Ikon baru ini dilihat seorang yang boleh meningkatkan sokongan kelab penyokong PAS kepada PAS yang amat mengharapkan penyokong PAS bertambah.


Maka pada 29 Jun 09 Markaz PAS Bakri didatangi oleh beberapa tokoh PR iaitu Dr. Boo (Pengerusi DAP Johor), Dr. Mahfodz (Pesuruhjaya PAS Johor), Hj. Anuar Salleh (Ketua PKR Johor), Dr. Sheikh Ibrahim (ADUN Sg. Abong), Gwee (ADUN Bentayan), Dr. Mohamad (ADUN Maharani) dan Nizar sendiri selaku bekas MB. Mazlan Aliman sebagai juruacara dan ketua penerangan PAS Johor.


Macam biasalah ceramah kali ini dihiasi dengan hentaman dan belasahan ke atas UMNO, habis orang UMNO yang duduk di tepi-tepi markaz terutamanya di tempat gelap dan bawah pokok yang datang, habis polis dibelasahnya oleh Nizar kerana memasuki dewan Perak. Kata-kata menghina jelas-jelas dikeluarkan oleh mereka yang bersongkok haji, Mazlan Aliman akan mengajarkan beberapa potong ayat al-quran kepada Dr. Boo untuk dijadikan bahan ketika berceramah menentang kerajaan. Dr. Mahfodz yang dikenali orang yang bijak beragama hilang serinya apabila hentaman demi hentaman dibuat membelasah UMNO, tidak kurang Nizar yang dari awal lagi dengan penuh semangat dan tak rasa segan menambah cerita, mengubah cerita, menyedapkan cerita tentang kononya rampasan kerajaan BN yang penuh jijik dan disamakan dengan kedahsyatan di Afghanistan dan Iraq.


Daripada apa yang saya lihat bersama 1,500 orang yang hadir ceramah Dr. Boo lebih matang kerana meletakkan fakta dan membicarakan persoalan pentadbiran kerajaan secara teknikal dan ceramah Hj. Anuar Salleh yang lebih berbentuk tazkirah, kebaikan dan nasihat tetapi ceramah mereka tidak mendapat sambutan kerana tidak belasah UMNO. Bila Hj. Anuar ceramah orang lebih beri tumpuan sampai terbangun-bangun untuk melihat kehadiran Nizar dengan konvoi kereta Toyota Fortuner dan diiringi dengan kompang, tenggelam terus ceramah Hj. Anaur yang berbentuk nasihat dan tazkirah.


Apabila Nizar datang ke Bakri, diajarnya orang Bakri bagaimana hendak menghentam orang UMNO, bagaimana hendak menceritakan keaiban orang UMNO, bagaimana hendak mencaci UMNO dan pelbagai lagi skill yang nak diajar. Kalau saya jadi Nizar, takde makna saya nak hentam pembangkang lebih baik ceramah saya menekankan bagaimana parti saya boleh bertambah kuat, bagaimana saya nak tanamkan kepada ahli saya jangan putus asa dan teruskan berjuang dan bagaimana ilmu itu dapat dijadikan senjata untuk mengukuhkan diri.


Semua orang tahu, dunia balas dunia dan dunia juga di balas di akhirat, sejahat mana seseorang yang melakukan kezaliman akan ada pembalasan sebaik-baiknya kita memaafkan seseorang di atas kesalahannya maka lebih mulialah diri kita jika dibandingkan dengan orang yang menghina orang lain.


selamat berubah ceramah PAS.....Islam itu nasihat dan Islam itu perdamaian.......ALLAHUAKBAR