Sunday, October 28, 2012

SELESAINYA SUDAH PERINGKAT SARJANA

Dari kiri Firdaus, Dato' Laksamana Pertama Fazilah, saya, Azrul dan Yunos
Pertamanya aku bersyukur kepada Allah SWT, Tuhan Sekelian Alam, Tuhan Yang Maha Perkasa, Tuhan Yang Maha Berkuasa, Tuhan Yang Maha Agung dan Tuhan yang Amat Mulia Sifatnya....tiada Tuhan ku sembah melainkan Allah dan Muhamad itu pesuruh-Nya.

Keduanya aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu dan bapaku iaitu Tn Hj Amin bin Haron dan Pn. Hjh. Jaharah binti Masri, ibu dan bapa mertuaku Tn. Hj. Yaakob bin Hamat dan Pn. Hjh Hasmah binti Deraman, isteriku yang banyak membantu dan memberikan semangat yang tidak putus-putus Cikgu Faizah binti Hj. Yaakob dan anak-anakku yang kukasihi iaitu Balqis Batrisyia (7 Tahun, SK Convent) dan Durrah Darwisyah (2 tahun).

Ketiganya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang tidak terhingga kepada Prof. Madya Dr. Kuik Cheng Chwee yang telah membimbing saya dari permulaan kajian ini dibuat sehinggalah akhir mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak UKM. Beliau yang membimbing saya dalam bidang strategi, dasar luar Malaysia dan penggunaan teori neoklasikal realisme. Terima kasih juga kepada Prof. Madya Dr. Zarina Othman selaku Ketua Program Analisis Strategi dan Keselamatan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Bangi, seluruh anggota akademik yang mengajar saya iaitu Prof. Dr. Kamarulnizam Abdullah (Isu Keselamatan Negara Malaysia), Prof. Madya Datuk Dr. Agus Yusof (Pentadbiran Awam), Prof. Madya Dr. Nor Azizan Idris (Kaedah Penyelidikan Analisis Keselamatan), Prof. Dr. Ruhanas Harun (Hubungan Antarabangsa Kontemporari), Dr. Sharifah Munirah Syed Hussein Alatas (Perbandingan Dasar Pertahanan), Dr. M. Ravichandran (Isu Utama Keselamatan Asia Pasifik) dan  En. Chin Kok Fay (Seminar Keselamatan Antarabangsa Semasa). Tidak lupa Datuk Ruhanie Ahmad (Pelajar PhD) dan Puan Siti Mariah Elias (Pusat Sumber Jabatan Politik, Sejarah Dan Strategi). Terima kasih kepada Biro Antarabangsa UMNO Malaysia, YB. Nurul Izzah Anwar selaku Naib Presiden PKR, YB. Yusmadi Yusoff dari Biro Antarabangsa PKR dan Tn. Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob dari Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Malaysia serta YB. Dr. Sheikh Ibrahim Salleh selaku Pengerusi PAS Kawasan Bakri.

Terima kasih juga kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) khususnya Allahyarham Dr. Gunawan Mahmud (semoga rohnya dicucuri rahmat Allah swt), En. Mohammad bin Abu Bakar dan Dato’Fuad bin Tan Sri Hassan, kerana mengizinkan saya menyambung pengajian, YB. Datuk Hj. Abdullah Md. Ali (ADUN Bukit Naning), Datuk Dr. Haris Salleh (JPMM Sungai Abong), En. Chris Lee Ching Yong (JPMM Bentayan) yang banyak memberikan motivasi, rakan-rakan JASA, rakan-rakan Gerakan Belia 4B Bakri dan seluruh pihak yang sudi untuk memberikan sokongan dan pandangan. Kepada sahabat-sahabat seangkatan dalam bidang strategi, selamat maju jaya dan teruskan perjuangan untuk membawa Malaysia ke puncak gemilang di peringkat antarabangsa.

Sesungguhnya tanpa bantuan kalian, tidak mungkin saya berjaya menamatkan Sarjana saya di UKM pada 22 Oktober 2012 yang lalu. Saya begitu seronok sekali apabila rakan-rakan seperjuangan iaitu Dato' Laksmana Pertama Fadzillah Salleh, En Yunos, En Mohedin, Cik Aini Fatihah, Pn Hani, Pn. Khuzaimah, Cik Umi, Cik Nadhirah, Cik Shazwani, En Firdaus dan lain-lain lagi turut sama berkonvokesyen yang disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus TUANKU MUHRIZ IBNI ALMARHUM TUANKU MUNAWIR.

Tamatnya peringkat Sarjana ini tidak bermakna saya akan berhenti mencari ilmu, malah saya akan teruskan insya Allah di peringkat Doktor Falsafah atau Phd. Walaupun pengajian saya dalam bidang Analisis Strategi Dan Keselamatan yang tidak banyak berkait dengan jabatan saya namun penerokaan dalam bidang yang baru saya ceburi ini amat menarik minat saya khususnya Dasar Luar Malaysia Terhadap Amerika Syarikat. Semoga ilmu yang saya pelajari ini dapat saya manfaatkan untuk agama, bangsa dan negara yang saya cintai.
Bersama Sdr Mohedin (JPM)

4 pelajar di bawah seliaan Prof. Madya Dr. Kuik Cheng Chwee

Sebahagian rakan Sarjana Analisis Strategi dan Keselamatan