Sunday, July 22, 2012

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

Salam semua sahabat, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa bagi 1433H atau 2012. Pertamanya marilah kita memanjatkan rasa sykur kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita masih lagi diberikan kesempatan dalam meneruskan kehidupan di dunia ini. Jika dilihat sahabat, jiran dan saudara mara kita sudah tiada untuk bersama-sama kita untuk berpuasa. Keduanya marilah kita memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia pimpinan Barisan Nasional yang mewujudkan suasana negara yang cukup baik, makmur, mewah, sejahtera dan harmoni dengan pelbagai kaum sejak 1957 sehigga kini. Jika hendak dibandingkan dengan negara Syria pada masa kini yang mencecah hampir 20,000 orang kematian kerana perang saudara. Ketiganya marilah kita menjadikan ibadah puasa ini sebagai ibadah kita yang terakhir, lakukanlah dengan sungguh-sungguh dalam setiap perkara. bersihkan diri dengan sifat yang tidak baik selama ini yang telah kita lakukan, kita maafkan semua perbuatan yang tidak baik orang lain ke atas diri kita, kita jadikan sifat kita sifat zuhud dan menyesali dengan perbuatan yang kita lakukan.

Wahai sahabat sekalian, saya doakan kalian beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Perjuangan kita untuk memakmurkan dunia ini masih belum ada hentinya, buatlah yang seadilnya, buatlah yang baiknya, buatlah untuk bekalan kita di akhirat nanti, jangan kita terus menerus merosakkan diri kita dengan kehinaan, kezaliman dan kejahatan. Hidup kita tidak lama dan pasti kita akan dibangkitkan di Padang Mahsyar. Semoga berbahagialah kalian di akhirat sana. Sahabatmu yang hina...Mohd Radzi bin Hj. Amin