Terdapat di dalam masyarakat kita pada hari ini dengan berlindungkan parti politik cuba menghidupkan fahaman komunis yang pastinya tidak lagi diterima di Malaysia malah negara asal penubuhan komunis juga tidak lagi mengamalkan ideologi yang mementingkan soal kesamarataan dan tiada pemilikan serta menolak ketuhanan kerana dianggap mengongkong kepada kejayaan sesebuah negara. Ideologi yang diterapkan semasa meletusnya Revolusi Bolshevik pada 1917 di Rusia tidak lagi diterima, malah China sendiri yang sebelum ini menolak kapitalis juga mewujudkan ribuan kilang sebagai keperluan negara mereka. Namun ideologi komunis telah bertukar kepada fahaman yang lebih lembut iaitu fahaman sosialisme yang memeperjuangkan hak pekerja, peranan golongan pelajar dan bersikap anti penjajah.
Penahanan 30 orang dari Parti Sosialisme Malaysia (PSM) di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang bersama beberapa risalah termasuk kemeja T yang berimej tokoh komunis Argentina, Ernesto ‘Che’ Guevara atau El Che, bekas pimpinan Parti Komunis Malaysia (PKM) iaitu Chin Peng, Abdullah CD, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah telah memperlihatkan mereka masih memilih perjuangan komunis dari meletakkan perjuangan sebenar yang sepatutnya diterapkan. Meletakkan golongan yang kalah adlah satu yang silap, mereka menganggap golongan ini sebagai hero dalam hidup mereka sehingga hendak menyamakan kedudukan mereka dengan Tunku Abdul Rahman yang dilihat menekankan diplomasi dan cara lembut berbanding cara mereka yang bersikap gerila atau menjalankan cara pintas di jalan raya.
Sewajarnya golongan ini perlu ditahan dan dikenakan tindakan yang sewajarnya, kita menerima konsep yang diamalkan pada hari ini iaitu demokrasi berparlimen, mengapa mereka memilih fahaman komunisme. Saya akui golongan fahaman ini amat bersetuju dengan menyokong demonstrasi bersih yang diadakan pada 9 Julai 2011. Ini kerana setiausaha agung PSM memberikan penjelasan di Lobi Parlimen bersama Pengerusi PSM, Dr. Mohd Nasir Hashim merangkap ADUN Kota Damansara, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Naib Presiden PAS, Nurul Izah Anwar. Walaupun PSM menafikan tindakan mereka mahu menghidupkan semula komunisme namun pendekatan dan agenda yang diperjuangkan mirip kepada komunisme. Adakah dengan memperjuangkan pimpinan yang tidak diiktiraf sebagai satu keadilan untuk semua.
Saya menyeru kepada pihak polis agar mengambil langkah segera, pantas dan tegas supaya mengekang fahaman komunis ini, ia akan mengecewakan ramai rakyat Malaysia yang pernah bersama-sama menentang gerila komunis. Saya juga menyeru kepada rakyat Malaysia yang menyokong ideologi ini perlu hentikan, bawa bersama agenda Islam dalam melaksanakan Demokrasi Berparlimen. Elakkan diri dari menyokong Demontrasi Bersih pada 9 Julai ini kerana disebalik demonstrasi ini adala fahaman komunis yang cuba dihidupkan.
No comments:
Post a Comment