Monday, February 27, 2012

Operasi Menembak Babi Hutan Di Mukim Air Hitam, Muar

Operasi menembak babi hutan di Mukim Air Hitam berpunca dari keresahan penduduk kampung berkaitan serangan babi yang semakin menjadi jadi. Ini kerana tindakan babi yang luar biasa kerana peningkatan jumlah babi yang semakin banyak telah menyebabkan babi hutan ini tidak lagi menyerang tanaman tetapi menyerang ternakan dan penduduk kampung.

Kes babi melanggar motosikal yang sedang bergerak di Batu 18 telah menyebabkan saya selaku pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Bakri bercadang untuk mengambil tindakan. Menerusi perbincangan dengan ADUN Bukit Naning,YB Datuk Abdullah bin Md.Ali yang membenarkan operasi ini dijalankan, serta sokongan kuat dikalangan rakan2 fb Mukim Air Hitam telah menyebabkan tindakan awal dengan pihak Jabatan Perhilitan Daerah Muar. Surat dihantar kali pertama yang mana Jabatan Perhilitan merasakan perlu mengkaji semula tarikh, masa dan tempat kerana ia tidak bersesuaian. Satu perbincangan dijalankan secara tidak formal dengan jabatan perhilitan yang menyebabkan satu tarikh perbincangan yang melibatkan JPMM Bukit Naning telah dibuat.

Pada 1 Februari 2012,seramai 15 orang terlibat yang mana Penghulu Mukim Air Hitam telah mempengerusikan mesyuarat, turut hadir En. Dasuki (Perhilitan Muar), ASP Roslan (wakil IPD Muar) ketua kampung Tok Jamil, Tok Salleh Karim, Tok Salleh Hashim, Tok Sarman, Tok Rohani, Tok Kudari dan wakil penembak dari Muar Shooting Club (En. Sia Bee Tiong). Namun tarikh yang dicadangkan asalnya pada 19/2/12 ditolak kerana pasukan menembak ada programnya tersendiri,maka tarikh 26/2/12 dipilih sebagai waktu operasi.

Semingga sebelum 26/2/12 hebahan telah dibuat menerusi fb, poster, kain rentang, hebahan menerusi budaya al quran, tahlil dan yassin serta orang ramai. Operasi yang melibatkan 3 buah kampung iaitu Kampung Sri Sempadan, Kg, Batu 17-18 dan Kampung Parit Hj Anuar bermula jam 7.00 pg sehingga 3.00 ptg. Datuk Abdullah bersetuju untuk menyumbangkan peruntukan membeli peluru kepada setiap kumpulan yang terdiri daripada kumpulan Bukit Bakri (En Ah Teong),Kumpulan Parit Jawa (En Teo) dan Kumpulan Ledang (En Anuar/En Ah Lek. Peluru ini akan digunakan selama sebulan bagi menangani masalah babi.

Hasil operasi tersebut sehingga jam 3.30 ptg sebanyak 18 ekor telah berjaya ditembak, majlis penutupan program dijalankan yang mana liputan media yang membabitkan akhbar Melayu, Inggeris dan Cina telah dibuat. Saya mewakili JPMM Bukit Naning dan Gerakan Belia 4B Kawasan Bakri ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan fb, pasukan polis, pasukan menembak 3 kumpulan, perhilitan, ketua kampung Mukim Air Hitam dan orang ramai. Program menembak babi akan diteruskan ke kampung lain tanpa dimajliskan. Semoga masalah babi di kampung kita dapat dikurangkan. Gambar sedang diusahakan untuk diupload, lambat sangat...

Wednesday, February 8, 2012

KERJASAMA PARTI KOMPONEN AMAT PENTING

Dalam pilihanraya ke 13 ini, kerjasama antara parti komponen amat penting. Sikap mementingkan parti sendiri perlu dikikis dan sikap mementingkan diri sendiri perlu dibuang dalam menghadapi pilihanraya. Sikap bersatu padu yang ditunjukkan oleh parti pembangkang iaitu gabungan PAS,PKR dan DAP wajar dicontohi.

Jika melihat kepada aktiviti PR yang dilakukan sebagai contoh kain rentang yang dipasang mereka menampilkan pimpinan ketiga-tiga parti, tidak ada gambar kecil atau terbesar malah sama saiz gambarnya. Jika dilihat kepada ceramah pembangkang ketiga-tiga parti akan turun dan memberikan ceramahnya walaupun pimpinan itu tidak sehebat mana. Gerak kerja bersama dalam PR perlu dilihat positif oleh parti BN, ini kerana sikap berkerjasama di antara mereka ternyata membuahkan hasil walaupun mereka mempunyai mimpi yang berbeza.

Dalam pemerhatian ini, BN khususnya parti komponen UMNO,MCA dan MIC mesti bergerak secara seiring, tidak boleh meninggalkan tubuh badan lain dan tidak boleh mengkhianati antara satu dengan yang lain. Kerjasama antara parti komponen perlu ikhlas, teguh, bertenaga dan berwawasan. Jika parti komponen meninggalkan sikap pentingkan diri sendiri ia pasti akan menjadi lebih kuat dan mudah untuk menghadapi pilihanraya akan datang.

Saya percaya masih ada masa dan ruang untuk mengadakan kerjasama yang erat antara pimpinan parti.