Monday, March 30, 2009

REUNION EX STUDENT HIGH SCHOOL 1996/97

Salam kawan2 High School Muar tahun 1996/97 yang habis belajar atau pindah awal. Ini adalah quotation yang diperolehi daripada Bidara Puteri Beach Resort, Malacca.

Event : Family Day
Date Of Arrival : 1 May 2009
Date Of Departure : 2 May 2009
Accommodation : Studio (RM100/ per night) Apartment (RM200/per night)
Meals : Adult (RM90) Children (4-12 years old) RM 50
Rates Inclusive Of : Breakfast, Lunch, BBQ Dinner and Telematch (5 games for adult & child)
Facilities : Tennis Court, Swimming Pool, Restaurant, Laundry, Credit Card, Seminar Hall

Rasanya tempat yang ok dari semua aspek memang kat sini jika dibandingkan dengan PD, bajet RM 280 utk sekeluarga (anak bawah 4 tahun tak yah kira) kalau bujang RM 190 aje siap dgn aktiviti, tak yah fikir lagi dah. Tapi kena ambil bajet sikit utk beli hadiah.

Nama yang comfirm
- Radzi
- Fazli
- Nazul
- Rahida
- Raijah
- Rosalita
- Nieza
- Nieta
- Nur
- Ujang
- Saddad
- Arshad (akan bgtau)
- Norafida (tak pasti)
- Rafidah (tak pergi kat sabah)
- Azhar (tak dapat dikesan)
- Zaharah (tak pasti)

So, nak minta kawan2 nyatakan secara sms kat aku atau nieta berapa jumlah ahli keluarga yg datang. Date line pd 5 April 09 (ahad). Ada apa2 cadangan bgtau nieta atau niezah. Kena booking awal kalau tidak payah sikit sebab cuti hari pekerja. Lupa nak minta pandangan kawan2 perlu tak kita offer pada kawan kita yg india dan cina ? Tolong reply kat ruangan comment...atau email kat radzibkari@yahoo.com ...sila layari http://www.bjaya.com/hotelsresorts_bidaraputeribeachresort.html thanks

Antara Guru Dan Politik

Sepertimana cadangan Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishamudin yang mencadangkan agar guru kumplan A dibenarkan berpolitik bagi menggembleng dan memantapkan lagi UMNO perlu dilihat dalam aspek positif dan negative. Guru yang merupakan orang terpenting dalam melahirkan masa hadapan anak bangsa bukan mempunyai kedudukan yang selesa tetapi kedudukan yang kritikal. Jika gagal menumpukan kelas dan pelajar maka gagal jugalah anak murid tersebut dari sudut akademik. Oleh itu meletakkan guru dalam keadaan berpolitik atau tidak perlu berhati-hati.
Dari aspek positif pertamanya kemasukan guru kumpulan A sudah pastinya akan melahirkan seramai mungkin golongan professional di dalam UMNO dan secara tidak langsung akan menguatkan parti UMNO. Keduanya pada masa UMNO dalam keadaan kritikal seperti hari ini, sudah tiba masanya golongan yang berlatarbelakangkan moral dan akademik yang baik dibawa masuk semula ke dalam UMNO sepertimana perjuangan era awal kemerdekaan. Ini kerana pada masa kini larangan guru berpolitik sebelum ini disebabkan melihat UMNO dalam keadaan yang kuat. Ketiganya kemasukan kumpulan A akan menjadi role model kepada anak-anak muda untuk melakukan tindakan yang lebih bermoral. Keempatnya kemasukan guru akan mengimbangi golongan korporat yang pada hari ini dilihat menguasai UMNO. Kelimanya kemasukan guru kumpulan A sudah tiba masanya untuk membetulkan keadaan parti UMNO yang dalam keadaan kritikal di dalam menjamin survival parti.
Dari aspek negative pula kemasukan guru kumpulan A akan menyebabkan hilang focus kepada sekolah, kelas dan pelajar yang pastinya akan member kesan kepada pencapaian akademik pelajar. Keduanya dikhuatiri golongan guru tidak semestinya menyokong UMNO malah akan menyokong parti lain jika kebenaran berpolitik diperolehi. Ketiganya akan member imej buruk kepada sekolah berkenaan jika guru tersebut gagal melakukan moral politik yang baik. Keempatnya guru tersebut.
Dalam hal ini saya berpandangan kemasukan guru untuk berpolitik atau tidak bukanlah satu yang penting memandangkan pada masa kini guru sendiri terbahagi kepada 3 iaitu ia menyokong kerajaan, menyokong pembangkang dan atas pagar. Apa yang lebih penting bagaimana pendokong UMNO hari ini membetulkan persepsi dan mewujudkan harapan bahawa UMNO benar-benar parti yang membela rakyat, memperjuangkan hak Melayu dan institusi beraja, mempertahankan dan mendaulatkan Islam dan memahami aspirasi penduduk yang berbilang kaum. Malah pada hari ini UMNO dalam keadaan kritikal apabila dihumbani pandangan bahawa UMNO parti korupsi, kroni, tidak focus kepada rakyat, menggunakan kuasa sewenangnya, meninggalkan golongan muda professional dan bermacam lagi. Satu lagi perkara penting yang perlu difahami oleh golongan kakitangan kerajaan termasuk guru adalah Malaysia sebuah Negara membangun yang mana apabila sesebuah regim dalam keadaan terancam maka ia akan mengancam keselamatan Negara Malaysia. Jika regim UMNO tumbang maka tumbanglah Negara kerana kemerdekaan Malaysia berasaskan prinsip kongsi kuasa antara pelbagai kaum yang mana pada hari ini pakatan rakyat cuba meniru pendekatan UMNO melalui kongsi kuasa Pakatan Rakyat. Mereka perlu memberikan sokongan, meningkatkan tahap perkhidmatannya, menegur perkara yang perlu dibaiki. Dalam keadaan regim BN kritikal perlulah kakitangan kerajaan bangkit bersama-sama dengan parti dan rakyat agar kelangsungan hidup Negara kita dalam keadaan selamat.

Kita juga perlu memahamai selain daripada moral pemimpin UMNO yang dilihat berpersepsi buruk sebagai punca UMNO jadi rosak, kita juga mendapati punca kakitangan awam bersikap sambil lewa dalam melayani karenah orang awam , mempunyai persepsi tersendiri terhadap kerajaan dan melakukan moral yang tidak baik telah meletakkan persepsi buruk masyarakat terhadap kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh parti UMNO. Adilkah kita apabila UMNO telah dihina, dihentak ke dinding, dipertikaikan sedangkan kakitangan awam tidak bersalah. Alangkah indahnya jika kakitangan awam menunaikan haknya, orang politik memelihara tanggungjawabnya dan rakyat bersatu padu dalam semangat kongsi kuasa. Sudah pastinya KDNK Negara akan bertambah baik dan masyarakat dalam keadaan harmoni dan bertoleransi.

Sunday, March 29, 2009

Pemilihan Di Dalam UMNO

Selepas meneliti Perhimpunan Agung UMNO tahun 2008, banyak yang menarik dan boleh dikatakan tidak disangka-sangka apa yang berlaku. Dalam konteks pemilihan pemuda calon popular yang disebut-sebut akan menang antara Datuk Mukhriz atau Datuk Dr. Khir tetapi yang menang adalah Khairi Jamaludin. Siapa sangka calon yang mendapat pencalonan terendah telah bangkit dengan perlbagai cara untuk mewakili pemuda seluruh Malaysia. Bagi calon Puteri pula memang telah dijangka apabila perlawanan yang melibatkan 6 penjuru ia akan beri kelebihan kepada penyandang. datuk Rosnah banyak kelebihan yang beliau miliki, selain daripada senior di dalam Puteri, beliau juga Naib Ketua Puteri yang sudah pastinya beri kelebihan kepada beliau. Beliau juga seorang Ahli Parlimen dan juga wakil tunggal dari Sabah. Persepsi pada hari ini wakil Sabah penting bagi memastikan wujudnya pembahagian kuasa antara semenanjung dan Sabah Sarawak. Bagi pemilihan Wanita pula telah dijangka yang akan menang adalah Datuk Shahrizat. Selepas kekalahan dalam PRU 12 banyak wanita inginkan perubahan termasuk menukar kepimpinan wanita yang dilihat tidak lagi memberikan kemenangan pada pilihanraya akan datang. Perubahan angin ini telah memihak kepada Datuk Shahrizat untuk memenangai kerusi Ketua Wanita.

Di peringkat Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, memang menarik kerana rata-rata negeri ada wakinya kecuali Perlis. Apa yang tidak menarik apabila 4 Menteri Besar yang bertanding tidak dipilih kerana persepsi perwakilan yang menyatakan MB atau KM akan dilantik secara automatik, tetapi ia bukanlah sesuatu yang ditetapkan oleh perlembagaan parti. Kejujuran dan keikhlasan pemimpin tertinggi UMNO seperti kenyataan Pak Lah yang mamaafkan Tan Sri Mahyudin, keikhlasan Datuk Najib yang inginkan reformasi dalam UMNO, keikhlasan Tan Sri Mahyudin dalam mentaati bosnya, kejujuran Datuk Ali Rustam yang terus beri sokongan kepada UMNO dan yang paling terkesan apabila Tun Mahathir merelakan dirinya untuk naik ke pentas untuk sama-sama meraikan peralihan kuasa presiden. Terima kasih Tun dan Terima kasih Pak Lah. Kami rakyat Malaysia amat beruntung dan bersyukur diperolehi pemimpin yang mementingkan soal Melayu, Islam dan Negara.


HIDUP UMNO, HIDUP UMNO, HIDUP UMNO

Monday, March 9, 2009

ISU PPSMI PERLU DITANGANI DENGAN BIJAK BUKAN EMOSI KEPARTIAN

Adalah benar bahawa agak mengecewakan apabila keputusan BI dalam UPSR kurang memuaskan dan seperti tiada peningkatan. Banyak pihak yang menyalahkan pelaksanaan ETEMS dimana pengajaran Sains n Maths dilakukan dalam B. Inggeris. Sesungguhnya pelaksanaan ini bukanlah untuk menidakkan keberkesanan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Ianya bertujuan untuk membentuk geberasi yang berdaya saing selaras dengan arus globalisasi masa kini.

Kebanyakan buku-buku rujukan masa kini adalah di dalam B. Inggeris, malahan journal2 terbaik juga di dalam B. Inggeris. Jika tidak dimulakan dari sekarang maka generasi kita terutama yang berbangsa melayu akan lebih ketinggalan. Mengapa kita hanya ingin menentang dan membatalkan pelaksanaan yang telah dijalankan selama 6 tahun ini? Mengapa kita tidak mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan ini? Guru-guru telah dihantar kursus bagi memastikan mereka mampu mengajar Sains n maths dalam BI. Malah disekolah-sekolah juga wujudnya Sistem Bimbingan Taulan ataupun Buddy system dimana jika mereka menghadapi masalah mereka boleh merujuk kepada guru yang sememangnya opsyen BI. ABM pun banyak dalam BI sekarang ini seperti CD pengajaran yang dibekalkan untuk pelajar Tahun 1.

Sebenarnya, pelajar itu sendiri perlu mangambil inisiatif sendiri untuk belajar dan galakan ibubapa adalah penting. Setiap maltamat tidak akan dicapai dalam jangka masa yang pendek. Masih terlalu awal untuk mengatakan yang Etems itu gagal. Malaysia juga tidak membangun hanya dalam masa 6 tahun.Jangka masa panjang diperlukan dan indikator2 tertentu perlu dilaksanakan. Kebanyakan pelajar2 yang menghadiri kelas2 tambahan yang dianjurkan oleh PIBG sekolah tidak menumpukan perhatian malahan datang ke kelas tambahan hanya untuk bersuka ria berjumpa kwn2 dan bermain2.

Jangan cepat melatah dengan mempersoalkan martabat B. melayu. Seharian di sekolah, di rumah, atau dimana-mana sahaja B. Melayu tetap no 1 dan digunakan setiap saat, setiap minit dan setiap jam.Maka bolehkan kita katakan dengan mempelajari Sains n Maths selama 270 minit setiap subjek selama 5 hari persekolahan boleh mengugatkan kemartabatan B. Melayu sebagai bahasa kebangsaan?? Memenag tidak salah pandangan dan pendapat untuk memastikan B. Melayu mapu bersaing di peringkat antarabangsa. Malahan sekarang ini, ramai pelajar dari universiti luar negara yang bukan berbangsa melayu yang mengambil pengajian dalam bahasa melayu dan boleh berbahasa melayu.Tetapi bagi memastikan generasi kita ini mampu bersaing dengan dunia luar yang semakin menbangun kita perlu mendidik agar mereka memahami B. Inggeris.

Cuba kita bayangkan betapa bangganya kita jika anak kita kalau dapat melanjutkan pelajaran ke UK, USA, Australia atau mena2 negara luar. Tapi bolehkan mereka survive ngan kehidupan disana jika mereka tidak mampu berkomunikasi dalam BI dimana semuanya dalam BI malahan buku-buku rujukan juga dalam BI..Adakah kita ingin lihat anak kita gagal? Bak kata pepatah.. 'BERAKIT-RAKIT KE HULU, BERENAG-RENANG KE TEPIAN, BERSAKIT-SAKIT DAHULU, BERSENANG-SENANG KEMUDIAN'...

Yang penting sebagai ibubapa dan masyarakat kita seharusnya menggalakkan anak kita untuk belajar dalam BI sekurang2nya mampu memahami dan berkomunikasi dalam BI dan bukan hanya mengutuk dasar dan pelaksanaan yang telah dibuat. Ya,mmg ramai yang gagal adalah bangsa melayu oleh yang demikian kita harus mencari jalan agar anak-anak melayu ini mampu bersaing dengan bangsa lain seperti mana orang cina belajar bahasa melayu..Malahan kalau dilihat sekarang ini bahasa melayu pun ramai anak-anak melayu yang tak dapat score. Mengapa dan kenapa??? Itulah yang kita harus renungi....sumbangan Nornita Mazlan (Guru Bahasa Inggeris dan bekas pelajar High School Muar)

HINDARI PERTELINGKAHAN INGATAN YDPA


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW 1430H".


Syukur alhamdulillah, kita dapat bersama-sama meraikan sambutan maulidur rasul saw. secara aman dan harmoni, perhimpunan seramai 100 ribu orang di Dataran Merdeka jelas menunjukkan semangat cintakan agama di dalam kalangan umat Islam dan Melayu di negara ini masih lagi menebal dan menunjang.


Titah Yang Dipertuan Agung (YDPA) yang mengingkatkan kita semua rakyat Malaysia yang hidup di dalam negara yang berbilang kaum mestilah diambil ingatan. Banyak perkara yang berlaku di dalam negara kita ini kerana inginkan kuasa sampai institusi raja turut diheret. Jelas terbukti apa yang berlaku di negeri Perak. Jika rakyat di bumi Malaysia ini patuh dan taat kepada pemimpin ulul amri, insya Allah orang bukan Melayu dan Islam akan respect dengan agama kita dan bangsa kita.


Kepada generasi muda dan belia, apa yang berlaku dihadapan kita yang dilakukan oleh orang tua-tua kita, kita jadikan ianya sempadan, yang baik kita ikut yang buruk kita jadikan pengajaran. Kita mempunyai cabaran yang lebih besar dan hebat lagi untuk kita terus mengimarahkan bumi ini.


Kepada wanita di negara ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Wanita. Tanpa wanita, kami kaum lelaki akan kesunyian dan sengetlah hidup ini. Anda umpama sinar matahari yang menghidupkan alam ini, peranan dan sumbangan wanita tidak lagi dinafikan, selamat maju jaya dan teruskan perjuangan mengangkat martabat wanita selaku sayap kanan negara

Wednesday, March 4, 2009

PERSIDANGAN DI BAWAH POKOK



Kalau kila lihat cerita P. Ramlee (Laksamana Do re Mi) bagaimana Raja Pasola mengadakan mesyuarat tentang kerajaannya yang hilang bolehlah diumpakan dengan Pakatan Rakyat yang kehilangan kuasa dan bermesyuarat di bawah pokok. Aduhai orang Melayu Islam di Perak yang, bukan tidak ada pelajaran, bukan tidak tahu adab, bukan tidak tahu hormat dan bukan tiada kedudukan, tetapi kerana emosi politik mesyuarat bawah pokok pun diadakan. Saya percaya Pakatan Rakyat sedang membuat provokasi supaya adanya liputan media, bila ada liputan media di dalam dan luar negara maka orang akan bersimpati dan seterusnya akan menyalahkan kerajaan. Pakatan Rakyat sentiasa hidup dalam keadaan isu-isu yang boleh dijaja dan menyatakan dirinya lebih betul daripada kerajaan.

Saya nak beritahu pada pemimpin Melayu Pakatan Rakyat, anda telah menghina Sultan dengan tidak bersetuju perlantikan Menteri Beasr yang baru. Adakah anda begitu hebat sehingga langsung tidak menghormati Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak. Sila fikirkan fakta ini :

1. PAS, DAP dan PKR yang menang di DUN Perak pada 2008 bukan atas satu lambang tetapi 3 lambang menentang satu lambang iaitu BN. Dengan adilnya Sultan Perak, Tuanku telah memanggil semua wakil rakyat dari 3 lambang menanyakan sokongan untuk memerintah, lantas 3 lambang tadi bersetuju untuk duduk sebagai Pakatan Rakyat. Lalu Sultan Perak perkenaan dan melantik Mohd Nizar selaku MB Perak. Persoalannya ? Adakah BN mengadap Sultan untuk mohon membubarkan DUN sedangkan BN memiliki 28 kerusi ?

2. Ketika Sultan Perak perkenaan melantik MB yang baru iaitu Dr. Zamry, mengapa pemimpin Melayu dalam Pakatan Rakyat menentangnya sedangkan BN tidak pun buat ketika perlantikan Mohd Nizar ?

3. Ketika PAS memerintah di Kelantan pada 2004 dengan majoriti 1 kerusi sahaja dengan BN, adakah pemimpin BN minta Sultan Kelantan supaya bubarkan DUN atau mengganggu sidang DUN ? Adakah pemimpin BN mengajar ADUN PAS melompat parti ? Tentu sahaja tidak.

4. Speaker Perak, V. Sivakumar memanggil sidang tergempar DUN, beliau tahu jika ia memanggil ADUN BN sudah pastinya ADUN BN tidak hadir kerana ADUN BN tahu yang tindakan Speaker telah menyalahgunakan kuasa. Mintalah kebenaran Sultan dulu.?

5. Isu Elizabeth Wong, mengapa hubungan beliau dengan lelaki yang mengambil gambar tidak ditekankan sedangkan ia berada di dalam satu rumah, ini dipanggil bersekedudukan. Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim minta supaya Elizabeth bercuti sedangkan beliau sendiri mahu meletakkan jawatan exco dan adun bukit lanjan. Tetapi bila kena pada orang BN (Chua Soi Lek) cepat-cepat pembangkang minta beliau letakkan jawatan. Inilah double standard Pakatan Rakyat ?

6. Berbaring atas jalan menghalang kereta Raja Muda Perak dan berani mengetuk tingkap kereta Raja Perak. Kalau yang baring orang tidak beragama dan tiada pegangan hidup, memanglah setuju, tetapi orang yang berjubah dan membawa bendera Palestin digunakan untuk menghalang kereta Raja Muda bagi majlis angkat sumpah Menteri Besar yang baru. Inilah yang akan dinilai oleh orang bukan Islam sebagai Islam itu orangnya ekstremis.

7. Mesyuarat Cawangan PAS atau DAP atau PKR pun buat dalam bilik atau dewan atau balairaya. Tetapi mesyuarat tergempar DUN buat bawah pokok. Ia menjatuhkan imej parti pakatan rakyat sahaja, buatlah kat Pejabat DAP ke atau Markas PAS negeri.

Nah, apa yang orang Melayu Islam di dalam Pakatan Rakyat buat. Mereka digunakan oleh DAP untuk capai kejayaan untuk memerintah negara secara keseluruhan kecuali Perdana Menteri (orang Melayu) dan PKR lah yang membuka jalan tersebut. Sedarlah wahai orang Melayu Islam di dalam Pakatan Rakyat, kalau taknak masuk UMNO masuklah PAS yang mempunyai asas yang sama dengan UMNO. Inysa Allah UMNO dan PAS akan bersama di suatu hari nanti, bukan PKR yang didokongi oleh asas yang tidak kuat dan kumpulan India profesional. Ambil analisa ini :

KERUSI BN
UMNO 27 kerusi (27 muslim)
MCA 1 kerusi (1 bukan muslim)

KERUSI PAKATAN RAKYAT
DAP 18 kerusi (18 bukan muslim)
PKR 7 kerusi (3 muslim)
PAS 6 kerusi (6 muslim)

JUMLAH YB MUSLIM BN
27 kerusi
JUMLAH YB Muslim Pakatan Rakyat
9 kerusi
Soalan 1 : Adakah orang Melayu Muslim di Perak menyokong Mohd Nizar ? Adakah kerana Mohd Nizar sebagai orang PAS mewakili orang Melayu Islam di Perak.
Soalan 2 : DAP dapat 18 undi daripada siapa ?

Monday, March 2, 2009

HADIS SAHIH MUSLIM

MUSLIM YANG BAIK
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda : "barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah ia memuliakan tetamunya. Dan barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam."
Riwayat Sahih Muslim :
MENCACI ORANG MUKMIN
Dari Abdullah bin Mas'ud r.a katanya Rasulullah SAW bersabda : "mencaci maki orang muslim hukumnya fasik dan membunuhnya hukumnya kafir"
Riwayat Sahih Muslim :

MENAWAN KERUSI YANG KALAH

UMNO Bakri yang kehilangan 3 kerusi mestilah mengadakan post mortem, perancangan strategi dan pelaksanaan yang praktikal. UMNO Bakri masih lagi kuat dan utuh, cuma tidak boleh melatah atau terbawa-bawa dengan propoganda pembangkang. Walaupun ada dikalangan ahli UMNO yang sudah melatah dan berhasrat untuk meninggalkan parti, UMNO Bakri mesti sentiasa kukuh kerana ia wadah terbaik untuk orang Melayu dan Islam di Bakri ini. Rekod UMNO Bakri yang telah banyak berjasa kepada rakyat perlu diambilkira dan yang paling penting prinsip di dalam UMNO yang memperjuangkan Islam dan Melayu.

Beberapa perkara yang perlu ditekankan oleh UMNO Bahagian Bakri adalah :
1. Menarik semula pengundi muda
2. Mengenalpasti permasalahan pembangunan kawasan
3. Mendampingi rakyat melalui 3K (kematian, kenduri kahwin,kedai kopi)
4. Mengurangkan birokrasi kerajaan
5. Mengadakan program kemasyarakatan
6. Memasukkan golongan akademik / profesional
7. Memasukkan golongan beragama
8. Meletakkan calon yang popular kepada rakyat dan bermoral serta berpendidikan
9. Memperkasakan jentera parti dan sayap
10. Menumpukan bidang usahawan dan perniagaan