Friday, July 29, 2011

SPR guna ‘Sistem Biometrik’ elak manipulasi



Di antara kelebihan sistem biometrik ialah:

sistem biometrik membolehkan proses pengesahan pengundi dilakukan secara elektronik. Ini bermakna sistem ini dapat membuat pengesahan terhadap kad pengenalan untuk membuktikan ia dokumen asli (mykad). Sistem simpanan data warga negara yang dikendalikan oleh JPN adalah ‘kalis manipulasi’ dan mempunyai data lengkap setiap individu yang mempunyai Mykad tulen.

Mudah dikendalikan secara telus. Pengundi hanya perlu meletakkan ibu jarinya di alat biometrik dan maklumat yang keluar pada skrin itu sama dengan kad pengenalan pengundi. Sebelum mengeluarkan kertas undi, SPR akan meneliti sama ada nama pembawa kad pengenalan itu tersenarai dalam daftar pemilih atau tidak. Stakat ini ada 12 juta pemilih berdaftar.

Dapat hindari pengundi hantu seperti didakwa pembangkang. Sistem Biometrik mampu mengesan orang yang sama mengundi untuk kali kedua dan sekali gus dapat kesan pengundi hantu. Jika orang yang sama cuba mengundi kali ke dua di tempat lain komputer akan mengesan kesan orang tadi sudah pun mengundi .
Oleh itu, kaedah ini kebal daripada manipulasi dan penyalahgunaan dan penipuan ketika pilihan raya. Cara ini akan dapat memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara telus, adil dan bersih. Bagaimapun SPR perlu membuat kajian dan persedian ynag rapi supaya tidak timbul masalah ketika dilaksanakan nanti.

SPR JAWAB 8 TUNTUTAN BERSIH



LAPAN tuntutan Bersih adalah bersihkan senarai undi, reformasi kepada undi pos, gunakan dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Dalam sesi dialog bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pengamal media dan wakil agensi kerajaan anjuran Institut Perkembangan Minda (Inmind) baru-baru ini ,Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menjelaskan lbeberapa tuntutan utama itu.

Senarai pengundi berdaftar :

daftar pemilih untuk lebih 12 juta orang pengundi telah dikemas kini mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja iaitu alamat pada MyKad pengundi bermula 2002.
Menjadi tanggungjawab pengundi menyemak alamat berdaftar mereka untuk dibersihkan kerana SPR tiada kuasa untuk menukar alamat tersebut tanpa dipohon sendiri individu berkenaan.
seseorang itu berhak mendaftar alamat mengundi di kampung halamannya,bukan di tempat dia bermastautin. Lebih 40 peratus pengundi berdaftar yang ada kini berbuat demikian. Ada undang-undang menetapkan alamat perlu dikemaskini dengan JPN selepas tiga bulan berpindah tetapi tidak ramai yang berbuat demikian.
SPR hanya merujuk kepada maklumat JPN mengenai kematian pengundi, bukannya mengikut cakap sesiapa sahaja.Maklumat kematian bergantung kepada waris untuk memaklumkan kepada JPN. Kesukaran paling banyak timbul untuk penduduk pedalaman di Sabah dan Sarawak. Inilah yang dicanang-canangkan kononnya ada pengundi hantu.
Hakikatnya, tiada daftar pengundi di dunia yang bersih 100 peratus memandangkan faktor seperti kematian adalah sesuatu ynag tidak boleh dijangkakan.

Undi Pos:

SPR sedang membuat penambahbaikan. Untuk memansuhkan terus kaedah itu tidak mungkin kerana tidak adil kepada rakyat yang bertugas pada hari mengundi atau di luar negara.
Pengundi yang dibenarkan membuang undi melalui pos adalah polis, tentera, pelajar sepenuh masa di luar negara dan kakitangan kerajaan yang bertugas di luar negara berserta ahli keluarga mereka. SPR juga sedang mengkaji undi pos untuk petugas media.

SPR akan memantapkan lagi undi pos dan akan laksanakan undian awal mulai Pilihan Raya Umum Ke-13.
Walkil (Ejen) parti-parti politik juga kini dibenarkan memantau undi pos di kem dan ibu pejabat polis hasil usaha penambahbaikan itu.
Penggunaan Dakwat Hitam:

Amalannya seolah-olah satu langkah ke belakang. Yang praktikal ilaah sistem 12 digit individu pada MyKad merupakan antara tercanggih di dunia. Dakwat hitam digunakan di negara yang tidak memiliki sistem seperti MyKad serta mempunyai berpuluh juta pengundi.

Penggunaan dakwat juga bercanggah dengan Perlembagaan negara dan pindaan perlu dibuat jika kaedah itu mahu dilaksanakan.
SPR juga pertimbangkan untuk gunakan sistem biometrik dan mengikut maklumat asal JPN.

21 hari berkempen

Tempoh kempen yang diberikan SPR adalah sesuai dengan realiti negara ini. Ia sudah berpatutan untuk rakyat kerana kita hanya mempunyai hanya 12 juta pengundi.
Di negara luar seperti Indonesia berkempen selama satu bulan adalah wajar kerana negara itu mempunyai ribuan pulau dan lebih 100 juta pengundi.
Tuntutan-tuntututan yang lain lebih merupakan tuduhan-tuduhan politik semata-mata.

Tuesday, July 26, 2011

BERSIH AKUI LANGGAR TITAH TUANKU


Adalah amat mengecewakan, kenyataan seorang rakyat yang dah berjumpa dengan Tuanku, menyatakan kesediaan untuk akur namun mengengkari apa yang dipersetujui dengan alasan yang tidak munasabah. Inilah Ambiga selaku pengerusi penganjur Demontrasi Haram BERSIH yang merugikan banyak perkara termasuk soal imej negara Malaysia di kaca mata dunia. Beliau sewajarnya insaf dan menghadap tuanku memohon maaf atas sifat kegagalannya.

Dengan memberikan alasan yang kononnya mereka tidak tahu yang kerajaan tidak membenarkan penggunaan stadium Merdeka dan tidak bersedia untuk buat di stadium lain kerana masalah logisitik dan kesuntukan masa sebenarnya tidak boleh diterima akal. Sewajarnya, Ambiga kena sedar, sebagai rakyat yang patuh kepada Kedaulatan Undang-Undang, ia menerima apa juga sebab yang dikeluarkan oleh kerajaan. Sebagai pertubuhan yang tidak mendaftarkan dengan ROS, sudah cukup baik kerajaan beri layanan isteimewa termasuk segera memberikan permit dengan menggunakan pertubuhan yang sah dan menggunakan stadium di luar dari Kuala Lumpur.

Secara jujurnya, jika dilihat modus operandi BERSIH ia jelas memperlihatkan mereka mahukan provokasi agar memastikan kerajaan kita mendapat tekanan dari pihak asing. Cuba lihat kumpulan yang diketuai oleh Tian Chua, Dr. Hata Ramli, Ambiga dan pelbagai kumpulan lagi yang datang dalam laluan yang berbeza-beza, ini menjelaskan lagi sesungguhnya mereka sengaja mahu untuk mencabar dan menyatakan polis itu jahat.
Saya lihat, kenyataan Ambiga yang kononnya, majoriti rakyat Malaysia menyokong 8 tuntutan tersebut adalah satu bentuk penipuan, sumber manakah beliau dapat, data mana ia perolehi, jika hanya segelintir kecil yang menyokong dan ramai yang berbelah bagi dan majoriti tidak menyokong ini jelas memperlihatkan Ambiga hanya pandai main wayang.
Saya juga tidak setuju dengan kenyataan Ambiga yang kononnya beliau menganggap kerajaan kita tidak melayan pembangkang sebagai rakyat Malaysia. Ambiga kena jujur dan jangan jadi penipu, apa yang tidak dibuat oleh kerajaan untuk pembangkang atau ketua pembangkang mahupun rakyat yang membangkang. Di kampung-kampung yang dimenangi oleh Barisan Nasional, penduduk yang membangkang turut menikmati jalan tar di hadapan rumah, mendapat mesin bantuan perniagaan, mendapat perlindungan daripada pihak polis yang meronda kawasan rumahnya malah sedikit pun tidak ditinggalkan dalam majlis kemasyarakatan. Mereka mengadakan ceramah di rumah atau di markaz, adakah ia dihalang oleh kerajaan, mereka mengutuk UMNO dan polis adakah kerajaan mengambil tindakan dan adakah UMNO membalasnya. Jika di parlimen sahaja, ketua pembangkang diberikan tempat khas termasuk bilik sendiri. Sebenarnya Ambiga kena faham, bahawa kerajaan tidak sama sekali menganggap pembangkang itu bukan rakyat Malaysia, ia adalah persepsi sendiri dan Ambiga juga tidak jujur kerana kenyataan beliau sebelum ini menyatakan beliau tidak memihak kepada pembangkang tapi jelas, terang, bersuluh, berfakta dan berdata yang beliau duduk sebaris dengan pembangkang.

Monday, July 25, 2011

Pendedahan Cincin Rosmah

Salam kepada pembaca...saya ni tak pandai nak korek benda yang tidak betul supaya dijadikan betul, tak pandai nak ngata benda yang tak nyata, hanya nak bagi tahu pada kawan-kawan yang membaca dengan menggunakan akal yang waras.

Isu kali ini adalah cincin yang dikaitan dengan Rosmah Mansur.

Pertama....Adakah logik seorang isteri perdana menteri membeli cincin dengan harga RM 24.4 juta dengan cara pembelian secara kurier. Adakah Rosmah tidak tahu yang cincin sebentuk boleh dibeli terus ketika beliau keluar negara. Tidak perlulah dia bersusah payah dengan menanggung kritikan orang ramai dan perlu bayar cukai kastam untuk mendapatkan cincin tersebut. Jawapannya adalah syarikat Jacob & Co hanya menghantar cincin tersebut untuk tujuan Rosmah membelinya, namun Rosmah tidak sebodoh itu, takkan dia nak beli, sudah tentulah dia pulangkan semula. Kalau dia beli apa Datuk najib tak marah, tentulah marah ketika rakyat marah takkan nak buat hal pulak.

Keduanya ...Adakah kita nak halang syarikat yahudi iaitu Jacob ini nak berniaga atau nak hantar mesej pada kita, mana boleh halang, sebab kita sendiri terdedah dengan perkara ini, siapa di antara kita yang suka dengan kaum Yahudi, kita sebagai Islam tentu menolaknya, tapi kalau memang syarikat yahudi ini kirim sesuatu pada seseorang di Malaysia ini siapa boleh halang. Ini semua mainan politik, kalau syarikat itu adalah ciptaan pihak yang tak sokong Rosmah namun menggunakan nama Rosmah, ia juga boleh berlaku jika cincin itu dihantar kepada Wan Azizah, so jelas kat sini, syarikat Jacob boleh atau tidak boleh dikaitkan dengan Rosmah.

Ketiganya...Cincin itu telah dihantar pulang ke syarikat asal, ini bukti Rosmah seorang yang bertangungjawab untuk tidak menyembunyikan cincin tersebut. Ini bermakna kes ini selesai, namun bagi golongan yang tidak puas hati akan terus menghentam Rosmah kerana ada nama dia tertera di screen kastam dan mengapa Rosmah dikaitkan dengan syarikat Yahudi. Kalau memang taknak faham dan taknak bersangka baik tentu aje jawapan yang diberikan tak akan puaskan orang yang tak berpuas hati.

saya nak tanya pada golongan yang seangkatan seperti Chegu bard, adakah anda menilai dan menghukum tanpa jelas dan sahih kebuktiannya...ayuh jangan kita tanggung dosa terus menerus. Kes ini telah selesai dan alangkah baiknya jika anda turut mendoakan kebaikan orang lain termasuk saya mendoakan saudara....