Wednesday, August 3, 2011
Selamat Menjalani Ibadah Puasa
Salam semua, pembaca blog yang saya kasihi, saya ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa bagi tahun 2011. Kita amat bersyukur kepada Allah SWT dengan izin-Nya kita dapat meneruskan ibadah puasa ini, jika kita bayangkan mereka yang masih hidup namun tidak mendapat nikmat untuk berpuasa masakan pula yang telah meninggal dunia. Syukur alhamdulillah dengan keizinan yang telah diberikan.
Sahabat sahabat semua, sebagai salah seorang bloggers di Malaysia ini, saya mengajak dan menyeru kepada umat Islam marilah kita bersatu untuk kebaikan sebuah negara yang kita cintai, perkara titik bengik dalam politik kerana tafsiran yang berbeza kita hentikanlah, kita melihat keadaan negara di luar kotak, meneliti tentang kebaikan dan kemakmuran yang sama-sama kita kecapi, apa jua permasalahan yang timbul jika ianya logik dan ada cara untuk menyelesaikannya kenalah dengan cara berbudi dan berbahasa, apa yang kita lihat bloggers yang seolah-olah tidak takut akan hukuman dan balasan dari-Nya terus menerus menyerang individu. Sempena bulan puasa ini juga kita angkat diri kita dari penghinaan kerana tindakan dan perbuatan diri kita.
Wahai pembaca bloggers, sedikit renungan di bulan ramadhan apabila kita berpuasa :
Sesungguhnya telah termaktub di dalam Al-Quran dan Sunnah tentang kelebihan berpuasa secara umumnya, antaranya:
Puasa mendekatkan diri dengan Allah:
Allah berfirman :
Maksudnya: “Lelaki-lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang menjaga kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar” [Al-Ahzab: 35]
Puasa mengawal syahawat:
Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Wahai pemuda-pemuda! Barang sesiapa antara kamu berkemampuan, maka berkahwinlah, kerana pernikahan itu menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan, dan barang sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai (memutuskan syahawat)” [HR Al-Bukhari: 5065, Muslim: 1400]
Puasa menyelamatkan seseorang dari neraka:
Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah, kecuali Allah akan menjauhkan dia (kerana puasanya) dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” [HR Al-Bukhari: 2840, Muslim: 1153]
Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Puasa adalah perisai, di mana seorang hamba itu berperisai dengannya dari api neraka” [HR Ahmad: 15299, Lihat Shahih Attarghib: 970]
Puasa menjanjikan syurga:
Dari Abi Umamah, beliau berkata:
Maksudnya : Wahai Rasulullah! Tunjukkan kepadaku, amalan yang boleh membawaku kepada syurga, Nabi SAW bersabda: “Ke atasmu puasa, tidak ada amalan yang sama dengannya” [HR Annasa'i: 2220, Lihat Shahih Sunan Annasa'i: 2097]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment