Tuesday, July 26, 2011
BERSIH AKUI LANGGAR TITAH TUANKU
Adalah amat mengecewakan, kenyataan seorang rakyat yang dah berjumpa dengan Tuanku, menyatakan kesediaan untuk akur namun mengengkari apa yang dipersetujui dengan alasan yang tidak munasabah. Inilah Ambiga selaku pengerusi penganjur Demontrasi Haram BERSIH yang merugikan banyak perkara termasuk soal imej negara Malaysia di kaca mata dunia. Beliau sewajarnya insaf dan menghadap tuanku memohon maaf atas sifat kegagalannya.
Dengan memberikan alasan yang kononnya mereka tidak tahu yang kerajaan tidak membenarkan penggunaan stadium Merdeka dan tidak bersedia untuk buat di stadium lain kerana masalah logisitik dan kesuntukan masa sebenarnya tidak boleh diterima akal. Sewajarnya, Ambiga kena sedar, sebagai rakyat yang patuh kepada Kedaulatan Undang-Undang, ia menerima apa juga sebab yang dikeluarkan oleh kerajaan. Sebagai pertubuhan yang tidak mendaftarkan dengan ROS, sudah cukup baik kerajaan beri layanan isteimewa termasuk segera memberikan permit dengan menggunakan pertubuhan yang sah dan menggunakan stadium di luar dari Kuala Lumpur.
Secara jujurnya, jika dilihat modus operandi BERSIH ia jelas memperlihatkan mereka mahukan provokasi agar memastikan kerajaan kita mendapat tekanan dari pihak asing. Cuba lihat kumpulan yang diketuai oleh Tian Chua, Dr. Hata Ramli, Ambiga dan pelbagai kumpulan lagi yang datang dalam laluan yang berbeza-beza, ini menjelaskan lagi sesungguhnya mereka sengaja mahu untuk mencabar dan menyatakan polis itu jahat.
Saya lihat, kenyataan Ambiga yang kononnya, majoriti rakyat Malaysia menyokong 8 tuntutan tersebut adalah satu bentuk penipuan, sumber manakah beliau dapat, data mana ia perolehi, jika hanya segelintir kecil yang menyokong dan ramai yang berbelah bagi dan majoriti tidak menyokong ini jelas memperlihatkan Ambiga hanya pandai main wayang.
Saya juga tidak setuju dengan kenyataan Ambiga yang kononnya beliau menganggap kerajaan kita tidak melayan pembangkang sebagai rakyat Malaysia. Ambiga kena jujur dan jangan jadi penipu, apa yang tidak dibuat oleh kerajaan untuk pembangkang atau ketua pembangkang mahupun rakyat yang membangkang. Di kampung-kampung yang dimenangi oleh Barisan Nasional, penduduk yang membangkang turut menikmati jalan tar di hadapan rumah, mendapat mesin bantuan perniagaan, mendapat perlindungan daripada pihak polis yang meronda kawasan rumahnya malah sedikit pun tidak ditinggalkan dalam majlis kemasyarakatan. Mereka mengadakan ceramah di rumah atau di markaz, adakah ia dihalang oleh kerajaan, mereka mengutuk UMNO dan polis adakah kerajaan mengambil tindakan dan adakah UMNO membalasnya. Jika di parlimen sahaja, ketua pembangkang diberikan tempat khas termasuk bilik sendiri. Sebenarnya Ambiga kena faham, bahawa kerajaan tidak sama sekali menganggap pembangkang itu bukan rakyat Malaysia, ia adalah persepsi sendiri dan Ambiga juga tidak jujur kerana kenyataan beliau sebelum ini menyatakan beliau tidak memihak kepada pembangkang tapi jelas, terang, bersuluh, berfakta dan berdata yang beliau duduk sebaris dengan pembangkang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment