Monday, June 11, 2012

PROGRAM RAWATAN ISLAM

Alhamdulillah...pada 10 Jun 2012 sempat saya bertemu dan berbual dengan tokoh rawatan Islam di Malaysia ini iaitu Prof. Dato' Dr. Amran bin Kasimin yang merupakan seorang pensyarah, bekas ADUN (BN) Bangi, Selangor dan anak murid Dato' Dr. Haron Din dalam perubatan Darul Syifa. sempat saya membeli buku-buku, air, cd perubatan Islam yang dapat dimanfaatkan untuk keluarga saya dengan keizinan Allah SWT. Program yang sangat baik dan menjadi keinginan bagi diri saya untuk mendalami ilmu perubatan Islam dengan niat untuk membantu masyarakat Islam khususnya agar tidak terpesong dari soal akidah dalam perawatan yang hendak dijalankan. Dalam pemerhatian saya ramai yang terkeliru antara yang masyarakat kita lakukan ini adalah perbuatan yang diizinkan Allah atau perbuatan mensyirikkan Allah. Daripada tulisan yang menggunakan ayat al quran kemudian dijadikan wafak dengan pecahan tulisan yang membawa kepada penggunaan alatan tradisional seperti keris, pedang serta haiwan yang dikeraskan telah membawa kepada perbuatan bertentangan dengan Islam. Oleh itu saya, bermohon kepada Allah SWT agat masyarakat Islam di Malaysia ini dapat menghindari perbuatan yang terlarang. Gunakanlah cara perubatan Islam yang sebenar, jangan menyengutukan Allah dengan sesuatu. Dan insya Allah saya berazam untuk belajar perubatan Islam ini setelah saya menamatkan Phd saya...amin . Gambar kenangan bersama Prof. Dato' Dr. Amran bin Kasimin (pengamal perubatan Islam)