Thursday, January 14, 2010

PELANCARAN PERKASA NEGERI JOHOR


Saya dengan ini menjemput sdr/sdri/tuan/puan/Datuk/Dato’ ke Majlis Pelancaran PERKASA Negeri Johor yang akan diadakan pada 17 Januari 2010 pada jam 2.00 petang di Dewan Jubli Intan Batu Pahat, Johor. Saya yang dilantik sebagai EXCO Wira Perkasa Johor amat berbesar hati jika tuan/puan yang menyintai perjuangan Islam dan Melayu turut hadir di dalam pelancaran PERKASA tersebut yang akan disempurnakan oleh YB. Dato’ Paduka Ibrahim Ali selaku Presiden PERKASA Malaysia.

Secara jujurnya saya melihat, PERKASA adalah satu wadah, satu platform satu medium yang sesuai untuk digunakan oleh mereka yang menyintai kepada perjuangan Islam. Pelbagai isu yang timbul pada hari ini yang mengaitkan soal kepentingan Islam dan mengheret soal keperibadian Melayu yang dimanipulasikan oleh sesetengah pihak yang tidak sensitive atau mereka yang cuba untuk menguji kesepakatan Melayu/Islam dan cuba untuk mencabar kekuatan kita. Jika kita tidak bertindak selain menggunakan saluran politik yang diterajui oleh UMNO dan PAS, maaflah PKR boleh diisukan kamampuannya, jika kita tidak melibatkan badan-badan NGO Islam, jika kita tidak melibatkan kerajaan BN yang dipimpin oleh Islam dan jika kita tidak membawa kepada Raja-Raja Islam sudah pastinya sesuatu kes atau isu tidak dapat diselesaikan.

Ayuh sahabat-sahabatku, kita bergegas kesana, sebagai tanda sokongan kita kepada satu badan NGO yang sanggup untuk meletakkan kepentingan Islam dan Melayu sebagai agenda utama. Jika kita kuat dan bersatu kita akan dihormati.

Salam Perjuangan....

AKHLAK RASULULLAH IKUTAN KITA

Tuesday, January 12, 2010

TAN SRI KOH TSU KOON DATANG KE BAKRI


Ketibaan Tan Sri Koh Tsu Koon diiringi oleh pimpinan PGRM







9 Jan. 2010 : Kehadiran Koh Tsu Koon datang ke Bakri di sambut dengan lebih daripada 1,000 orang dalam majlis Makan Makan Malam Sempena Perayaan Ulang Tahun Ke-25 Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) Bahagian Bakri Serta Pertandingan Karaoke Kanak-Kanak Peringkat Negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Majlis turut dihadiri oleh pimpinan parti Gerakan iaitu Ybhg. Dat’ Teo Kok Chee selaku Pengerusi PGRM Johor, YB. Liong Teck Meng (Ahli Parlimen Simpang Renggam), Ybhg. Wee Chong Yan selaku Pengerusi PGRM Bakri merangkap Naib Pengerusi PGRM Johor, Sdri, Tai Moon selaku Ketua Wanita PGRM Johor, Sdr. Yap Zhen Xian selaku Ketua Pemuda PGRM Johor serta pimpinan lain disemua peringkat Johor.

Turut hadir dalam parti komponen adalah Dato’ Saipolbahri selaku Ketua UMNO Bahagian Bakri, Hjh. Jamilah Othman selaku Ketua Wanita Bahagian bersama AJK, Hj. Mohd Fuad Tukirin selaku Ketua Wanita dan AJK, Cik Hanizah Rafidah Mohd Shukri selaku Ketua Puteri dan Mohd Radzi Amin selaku Pegawai JASA Daerah Muar. Mewakili MCA bakri adalah En. Sia Ka Tuan selaku Pengerusi MCA Bakri, En. Chriss Lee Ching Yong selaku Ketua Pemuda MCA Bakri merangkap Pengerusi JPMM DUN Bentayan.

Majlis yang bertemakan dengan 1 Malaysia telah dimulakan dengan ucapan Wee Chong Yan yang menyatakan bahawa hanya parti BN sahaj yang memperjuangkan semua kaum, menyatakan kerisauan keadaan ekonomi negara yang tidak baik telah menyebabkan ramai penduduk telah berhijrah ke luar negara kerana ditawarkan keadaan ekonomi yang lebih baik. Sudah tiba masanya kerajaan membetulkan keadaan ini agar keharmonian dan kesejahteraan negara dapat dicapai melalui kejayaan ekonomi. Terima kasih juga kepada UMNO dan kerajaan yang telah memajukan Daerah Muar.

Didalam ucapan Ketua UMNO Bahagian Bakri telah mengucapkan terima kasih kepada tan Sri Koh Tsu Koon yang sudi datang ke Bakri dan membantu keadaan politik di bakri. Jalinan kerjasama yang lebih erat dan akrab menerusi program seperti ini pasti akan mengukuhkan kekuatan Barisan Nasional Parlimen Bakri. Marilah kita bersama-sama berusaha mengambil semula kerusi-kerusi yang telah tewas dan berikanlah satu tepukan gemuruh kepada Presiden Parti Gerakan Malaysia sebagai pemimpin utama yang kita sokongi.

Di dalam ucapan Pengerusi Parti Gerakan Johor, Sdr. Teo Kok Chee, beliau melihat perlunya kita bersatu di dalam menjayakan gagasan 1 Malaysia, kita mestilah melihat kejayaan 2020 sebagai matlamat bersama.

Tan Sri Koh Tsu Koon juga menyatakan bahawa pada siang tadi Perdana Menteri telah menghadiri perhimpunan raksasa bagi melancarkan konsep Juara Rakyat di Ulu Selangor. Perdana Menteri telah menekankan bahawa kita hendaklah berjuang untuk rakyat dan Barisan Nasionallah sebuah parti yang terbukti mempunyai pengalaman yang luas dan berkemampuan dalam mentadbir negara. Marilah kita memupuk semangat perpaduan dan sikap toleransi antara semua kaum, kita hormatilah hak kaum masing-masing, kita menerima agama Islam sebagai agama persekutuan tetapi dalam masa yang sama agama lain boleh dijalankan di Malaysia ini. Marilah kita bersatu dan berganding bahu menjayakan gagasan 1 Malaysia di dalam era yang baru. Kita mengetahui bahawa kita bukanlah sempurna, kita juga ada kecacatan dan marilah kita berusaha membaiki keadaan ini, kita mestilah bersatu padu dengan parti-parti yang berpengalaman. Muar adalah pengeluar perabot yang terbesar di Malaysia, hasil eksport dari Muar sebanyak 40%, boleh dipanggil Muar adalah bandaraya perabot, namun kita menghadapi 2 masalah dalam industri ini iaitu kurangnya tenaga buruh dan status tanah yang tidak diluluskan oleh majlis sebagai kawasan industri, ini menyebabkan insentif dari kerajaan tidak dapat diberikan. Mengucapkan tahniah kepada PGRM Bakri kerana telah menambahkan ahli baru, cawangan baru dan PGRM Pusat sedia untuk kerjasama dalam membantu mendapatkan kerusi-kerusi yang hilang di kawasan Bakri. Walaupun Pulau Pinang telah jatuh kepada tangan pembangkang, namun kita tidak berputus asa dan kita mesti ada keyakinan untuk merampas semula negeri itu.

Wednesday, January 6, 2010

ISU KALIMAH ALLAH


Berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dengan ini Gerakan Belia 4B Negeri Johor berpendirian bahawa :
1. Kami dengan ini menyokong kenyataan YAB Perdana Menteri yang berjanji akan menyelesaikan isu ini bersandarkan proses undang-undang melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang akan bertindak memfailkan rayuan.
2. Kami juga menyokong hasrat YAB Perdana Menteri untuk mengadap Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu dalam jangka masa terdekat bagi menyelesaikan isu ini.
3. Kerajaan juga digesa untuk menggubal dan melaksanakan Akta Sekatan Dan Pengembangan Dan Dakyah Agama Lain ke atas penganut/orang Islam di negeri-negeri yang masih belum melaksanakannya dan sekiranya akta ini wujud di negeri berkenaan (yang belum melaksanakannya) sudah tentu keadaan akan berbeza iaitu menggunakan kalimah Allah selain daripada Islam akan menjadi satu kesalahan jenayah.
4. Kami juga ingin mengingatkan semua pihak yang berkenaan tentang Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke 82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008 memutuskan penggunaan kalimah Allah adalah khusus buat agama dan umat Islam sahaja.
5. Kami juga mahu member peringatan kepada pihak berkenaan tentang Keputusan Kerajaan sebelum ini melalui mesyuarat Kabinet bertarikh 16 Mei 1985 juga telah memutuskan bahawa perkataan Allah adalah termasuk antara kalimah-kalimah yang dilarang penggunaannya oleh mereka yang bukan beragama Islam. Malah penggunaan kalimah Allah, Baitullah, Solat dan Kaabah telah pun diwartakan hanya eksklusif buat umat Islam sahaja bertarikh 5 Disember 1986. Manakala Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 3 Januari 2008, memutuskan untuk mengekalkan larangan tersebut sebagaimana yang pernah diputuskan pada 18 Oktober dan 1 November 2006.
6. Kami di dalam Gerakan Belia 4B Negeri Johor mahu memberi amaran kepada pihak yang berkenaan supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang mendakwa kerajaan tidak mempunyai hak untuk campurtangan di dalam urusan dalam gereja berdasarkan hak yang diberi oleh Perkara 11(3a) Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana alas an ini adalah tidak benar sama sekali. Sebaliknya kerajaan telah diberi hak oleh Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 11(4) (untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam). Di bawah peruntukan ini kerajaan (sama ada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri) telah menggubal undang-undang mengawal dan menyekat pengembangan agama-agama bukan Islam terhadap umat Islam. Sebagai contoh Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Negeri Terengganu 1980, Seksyen 9 menyebut; (melarang seseorang (bukan Islam) daripada menggunakan perkataan-perkataan tertentu baik dalam tulisan, ucapan atau kenyataan untuk menggambarkan antaranya kepercayaan atau konsep mana-mana agama bukan Islam. Perkataan-perkataan itu termasuklah Allah, Ilahi, Rasul, Nabi, Wahyu, Iman, Imam, Syariah, Ulama, Dakwah, Ibadah, Injil dan lain-lain). Peruntukan ini jelas menunjukkan bahawa menggunakan kalimah “Allah” sebagai terjemahan kepada perkataan “God” di dalam Bible adalah menyalahi undang-undang yang sedang berkuatkuasa di negara ini. Oleh itu, ia tidak boleh disifatkan sebagai urusan dalaman gereja.
7. Pihak kami juga mahu mengemukakan soalan terhadap pihak berkenaan, mengapa mereka tidak menggunakan kalimah asal bagi tuhan sebagaimana yang terkandung dalam bahasa asal kitab mereka ? Mengapa nama tuhan perlu diterjemah sedangkan nama tuhan adalah satu nama khas yang sepatutnya digunapakai tanpa mengira bahasa pertuturan si penganut agama. Bukankah kalimah tuhan dalam Bible berbahasa Ibrani ialah Elohim, El, Eloh atau Elah ?
Dan soalan kedua kami mengapa masih wujud percanggahan antara penganut agama mereka tentang gelaran kepada tuhan mereka sendiri ? sedangkan pada Ogos 2007, seorang paderi Roman Katholik di Belanda, Tiny Muskines, telah membuat seruan supaya penganut Kristian menggunakan kalimah “Allah”. Bagaimanapun seruan tersebut telah mendapat bantahan daripada penganut Krisitan sama ada dalam kalangan Protestan mahupun Katholik. Presiden Liga Katholik Bagi Hak Agama dan sivil telah membantah saranan tersebut dalam kenyataannya.
8. Gerakan Belia 4B Negeri Johor mewakili sebahagian generasi muda menegaskan walaupun keputusan mahkamah itu harus dihormati berdasarkan prinsip keluhuran undang-undang, kami tetap berasa amat khuatir ianya boleh mencetuskan pergaduhan dan perbalahan dalam masyarakat malah tidak mustahil akan berlakunya rusuhan agama yang akan menggugat keharmonian dan keamanan negara. Ianya tidak mustahil berlaku sekiranya kemarahan umat Melayu sudah tidak terbendung lagi.
9. Selaku warganegara yang cintakan keamanan berteraskan perpaduan kaum dan semangat Satu Malaysia, pihak kami menuntut agar isu ini berakhir secara yang sebagaimana yang sebahagian besar rakyat mengharapkan.
10. Kami yakin dengan kemampuan kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri untuk menyelesaikan isu ini dengan sebaik-baiknya.
Inilah kenyataan media yang disampaikan oleh Sdr. Mohd Syahrin bin Jamaludin selaku Pengerusi Gerakan Belia 4B Negeri Johor

Sehubungan dengan itu Gerakan Belia 4B Kawasan Bakri meminta semua umat Islam agar dapat solat hajat dan membacakan surah yassin setiap malam agar keputusan Mahkamah Rayuan akan memihak kepada kita dan mengharapkan daripada Allah SWT agar dapat melindungi dan menyelamatkan Islam di bumi Malaysia ini.

Sunday, January 3, 2010

KUNJUNGAN MESRA DI DUN BUKIT NANING

3 Januari 2010 – Selepas daripada selesainya kunjungan di DUN Sungai Abong, maka kepimpinan UMNO Bahagian Bakri yang diketuai oleh dato’ Saipolbahri telah turun ke DUN Bukit Naning. 2 kawasan telah ditetapkan iaitu di perkarangan surau Batu 16 ¾ dan Balairaya Parit Tengah Parit Baru. Lebih daripada 400 orang menghadiri perjumpaan tersebut walaupun dalam keadaan hujan.

Di dalam ucapan Ketua UMNO bahagian, beliau menyatakan bahawa kelulusan untuk menubuhkan program giat mara di Parit Tengah telah pun diluluskan yang mana 4 kursus awal telah disediakan iaitu bengkel motosikal, kursus menggunting rambut, kursus jahitan dan grafik computer, pembangunan di Kampung Parit Tengah tidak akan dicicirkan, namun kerjasama dari semua pihak dan bersatu padu amat penting bagi hasrat yang ingin dibawa akan tercapai, beliau juga berharap puteri di kawasan Air Hitam dapat diadakan dan ditambah bagi mengukuhkan lagi jentera UMNO, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada persatuan Belia Restu yang telah dirasmikan dan merupakan medium baru untuk menarik sokongan. Beliau menjemput kepada semua penduduk agar dapat hadir pada malam ini untuk hiburan informasi bersama Band PGA Bakri.

Walaupun DUN Bukit Naning memenangi kerusi pada pilihanraya lalu, namun kemenangan yang tipis ini perlu digandakan usahanya bagi meningkatkan lagi majority dan seterusnya dapat menawan kembali kerusi Parlimen Bakri.

KUNJUNGAN MESRA DI DUN SUNGAI ABONG







Antara mereka yang hadir di dalam dewan PESTA 2
ucapan perpaduan, kasih sayang dan kerjasama antara yang ditekankan oleh Dato' Ketua Bahagian
Di antara pemimpin UMNO Bahagian Bakri yang hadir

3 Januari 2010 – Kunjungan mesra UMNO Bahagian Bakri diteruskan selepas daripada perjumpaan di DUN Bentayan, 3 kawasan telah ditetapkan iaitu di Dewan Serbaguna KKTDI 2, Dataran Kampung Parit Ulu dan Balairaya Parit Keroma Jalan Dato’ Haji Kosai. Lebih 600 orang telah menghadiri perjumpaan yang diketuai oleh Dato’ Saipolbahari bersama kepimpinan UMNO Bahagian Bakri.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Bersatu Bersetia Berkhidmat dan UMNO Johor ketika berada di KKTDI 2 diikuti dengan bacaan doa, ucapan Ketua UMNO Bahagian, penyampaian beg sekolah, penyampaian calendar dan jamuan. Turut diserikan dengan rombongan ke majlis perkahwinan bekas Setiausaha Puteri iaitu cik Haryati Osman dengan pasangannya dan ke rumah Naib Ketua Wanita iaitu Pn. Mariam Sharif yang dikenali Mariam A.
Di dalam ucapan Ketua UMNO Bahagian Bakri menyatakan UMNO Bahagian Bakri mempunyai asset sebanyak RM 7.5 juta iaitu nilai bangunan UMNO di Bakri Batu 1 yang akan dimiliki oleh ahli-ahli UMNO Bakri, ucapan terima kasih kepada ketua-ketua cawangan yang menggerakkan cawangan, sebagai ibu bapa kita perlu mengambilkira padangan anak-anak yang merupakan asset keluarga, bersama-sama berusaha merampas kembali kerusi di DUN Sungai Abong, majalah Suara UMNO Bahagian Bakri telah dikeluarkan dan akan terus dikeluarkan, kelulusan Penubuhan Peladang Kawasan Bakri yang mampu memberikan peluang kepada ahli-ahli UMNO dan berkaitan yuran keahlian.

Walaupun majlis dalam keadaan hujan, namun jentera UMNO tidak berpatah semangat dan meneruskan program kunjungan mesra dan percaya bahawa UMNO lah juara rakyat bukan juara membantah dan hanya polemic murahan.

KUNJUNGAN MESRA DI DUN BENTAYAN










3 Januari 2010 - Syabas dan tahniah kepada UMNO Bahagian Bakri serta AJK Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri kerana turun ke padang untuk bersama-sama dengan rakyat di kawasan DUN Bentayan. Dua kawasan telah ditetapkan iaitu di Pengkalan Tiram dan Balairaya Sabak Awor. Di antara pemimpin yang hadir adalah Ketua UMNO sendiri iaitu Dato’ Saipolbahri Suib, Naib Ketua UMNO Bahagian, Hj. Hasan Johari, Ketua Wanita Bahagian, Hjh. Jamilah Othman, Ketua Pemuda Bakri, Hj. Mohd Fuad Tukirin dan Ketua Puteri Cik Hanizah Rafidah Mohd Shukri. Turut hadir pimpinan di peringkat cawangan termasuk Datuk Dr. Haris Salleh yang merupakan Pengerusi JPMM DUN Sungai Abong.

Di antara pengisian program ramah mesra tersebut adalah penyampaian beg sekolah kepada pelajar darjah satu mengikut cawangan-cawangan dan penyampaian calendar UMNO kepada Ketua-Ketua Cawangan.

Di dalam ucapan kunjungan mesra tersebut, YBhg. Dato’ Saipolbahri berharap hubungan perpaduan yang kukuh antara peringkat bahagian dan cawangan mesti diteruskan dalam satu ukhwah yang baik, menumpang kasih kepada ahli-ahli cawangan agar hubungan yang mesra akan terus terpelihara, merapatkan barisan kepimpinan, memperkenalkan barisan ajk serta mengagihkan fungsi biro masing-masing dan berusaha untuk menawan semula kerusi di DUN Bentayan dan Parlimen Bakri.. Beliau juga memaklumkan bahawa setiap ketua cawangan diminta untuk menghadiri kursus yang dianjurkan oleh UMNO Malaysia yang akan dijalankan di Tebing Tinggi Segamat pada bulan Februari 2010. Berkenaan dengan yuran keahlian, beliau memaklumkan agar ahli baru yang mendaftarkan diri hendaklah membayar yuran keahlian sebanyak RM 2.00 manakala ketua cawangan yang telah membayar yuran bagi tahun lepas hendaklah mengambil semula duit tersebut.

Dianggarkan lebih 300 orang telah menghadiri 2 perjumpaan tersebut dan perjumpaan tersebut adalah satu pelan awal yang dijalankan pada tahun 2010.

GELANGGANG SUKAN PELBAGAI GUNA


Bersyukur kepada Allah SWT kerana kasih dan sayang-Nya, Parlimen Bakri telah mendapat 7 buah gelanggang sukan pelbagai guna sebanyak RM 150,000.00 setiap buah dan jika ada 7 unit ini bermakna kos keseluruhan gelanggang ini adalah RM 1,050,000.00. Walaupun Bakri berada di kerusi pembangkang yang terang-terangan tidak mampu dapat lakukan apa-apa pembangunan di kawasan Bakri, namun kepimpinan BN Bakri telah berjaya mengadakan peruntukan yang besar ini untuk golongan muda beriadah dan bersukan.

Gelanggang ini telah diperuntukan oleh Kementerian Belia Dan Sukan kepada setiap DUN yang mengandungi 2 gelanggang. Ia mengandungi gelanggang futsal, sepak takraw dan bola jarring. Memandangkan Bakri di bawah pembangkang maka Ketua UMNO Bahagian ketika itu YB. Datuk Hj. Abdullah Md. Ali telah meminta saya selaku Pegawai Khasnya untuk mendapatkan 6 tempat. Maka cadangan tempat di kawasan DUN Bukit Naning telah diletakkan di Kompleks Penghulu Mukim Air Hitam dengan bantuan Penghulu Zabidi Mahmud dan Padang Parit Tengah Air Hitam dengan bantuan Tok Sarman Othman selaku Ketua Kampung. Bagi DUN Sungai Abong, 2 tempat telah dicadangkan iaitu di Kompleks Penghulu Mukim Bakri atas bantuan Penghulu Khairul Azmi dan Pesta 2 atas bantuan En. Ghafar Said. Bagi DUN Bentayan, 2 tempat telah dicadangkan, peringkat awal adalah di kawasan lapang Pengakalan Tiram, namun ia tidak sesuai kerana tanah yang kecil, kemudian dicadangkan ke tanah milik hospital, namun sukar mendapat keizinan, maka dicadangkan di Pesta 1 atas kerjasama En. Abdullah Tahir dan ia dapat diluluskan. Satu lagi gelanggang yang berkonsepkan masyarakat Cina dibina di Taman Temiang Jaya.

Dalam perlaksanaan projek ini, hanya 4 gelanggang telah siap dibina iaitu di DUN Bukit Naning dan DUN Sungai Abong kecuali di DUN Bentayan yang masih dalam pembinaan. Bagi DUN Sungai Abong pula, sebuah gelanggang tambahan hasil usaha Tn. Hj. Hasan Johari yang dibina di Jalan Mahmud Bukit Batu.

Namun apa yang lebih musatahak adalah pengisian gelanggang tersebut termasuk soal pengurusan, jadual permainan, penyelenggaraan, undang-undang permainanan, masa permainan dan pelbagai lagi. Oleh itu saya mencadangkan agar gelanggang sukan ini diletakkan di bawah Kelab Sukan Komuniti bagi DUN masing-masing. Rasionalnya, Kelan Sukan Komuniti mempunyai sijil pendaftaran yang sah dan akaunnya yang sendiri serta dibawah Pengerusi JPMM.