Thursday, June 25, 2009

Strategi Pengukuhan UMNO

Pengukuhan UMNO adalah penting bagi memastikan soal perjuangan Melayu dan agama Islam akan terus terpelihara. Jika kebelakangan ini, pelbagai isu dan pandangan yang tidak begitu baik terhadap UMNO haruslah dipandang serius bukan dipandang sepi. Pelbagai isu yang ditimbulkan terhadap UMNO perlulah diambilkira dan diselesaikan bagi memastikan kelangsungan parti UMNO terus bertahan. Di antara perkara yang ditimbulkan terhadap UMNO adalah :
a. pemimpin UMNO meneruskan rasuah politik dan politik wang
b. pemimpin UMNO tidak mahu menegakkan kerajaan Islam
c. pemimpin UMNO pentingkan diri sendiri dan kroni
d. pemimpin UMNO telah melupakan pandangan rakyat
e. pemimpin UMNO memainkan semangat perkauman
f. pemimpin UMNO melakukan kezaliman dan ketidakadilan
g. pemimpin UMNO mempunyai moral yang buruk
h. pemimpin UMNO munafik
i. pemimpin UMNO kafir
h. pemimpin UMNO sombong
j. pemimpin UMNO babi
dan pelbagai lagi cemuhan, kejian, kata menghina, mencaci, menyumpah seranah dan pelbagai lagi yang amat menyayat hati. Persoalannya, datang dari mana kata-kata penghinaan tersebut, adakah datang dari mulut bukan Islam, dari Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Theresa Kok, Prof. Ramasamy, Sivakumar dan pelbagai lagi....tentu tidak , sudah pasti ia datangnya dari mulut seorang yang mengucap dua kalimah syahadah yang mengaku bahawa tiada tuhan disembah melainkan Allah dan mengakui Muhamad itu pesuruh Allah. Semulia manakah seseorang sehingga sanggup mencaci, menyumpah dan menghina seseorang, adakah ia lebih mulia dari junjungan besar Nabi Muhamad SAW yang tidak pernah menyumpah dan menghina seseorang. Inilah yang berlaku apabila seseorang yang mengakui dirinya lebih Islamic sanggup menghalalkan perbuatannya dan menggunakan ayat al quran dan hadis untuk dijadikan debatan untuk memperlihatkan dirinya adalah yang lebih benar, lebih bersih dan lebih baik. Rasulullah sendiri berkata barangsiapa yang mengaku dirinya lebih baik maka belum sempurna lagi imannya.

Kalau nak dikira dan dilihat, sejauhmanakah ahli UMNO yang jahil ini menyumpah seranah kumpulan sebelah sana, pemimpin UMNO sentiasa mengakui kelemahan dirinya dan ketidaksempurnaan yang ada pada dirinya, malah kalau ditanya kumpulan tabelik kumpulan PAS atau UMNO yang hendak diikutinya maka ia menyatakan ia akan mengikut kumpulan UMNO yang tidak faham agama tetapi tidak mempermainkan agama berbanding satu lagi yang faham agama tetapi mempermainkan agama untuk dijadikan keuntungan diri. Jika ditanya kumpulah Hisbullah Muslimin, kumpulan mana yang hendak dia ikut antara PAS atau UMNO, maka ia akan menyatakan kedua-duanya salah dan silap apabila tidak menegakkan sistem khalifah.

Nah apa yang berlaku, jika kita lebih jahil dari itu, maka marilah kita bersatu untuk kita belajar memartabatkan Islam sebagai agama suci dan menjadikan kaum Melayu terpelihara hak dan keistimewaanya seperti diketahui hak Melayu.

Tuesday, June 23, 2009

Perlaksanaan Sukan DUN Bukit Naning 2009

Sebagai Setiausaha Kelab Sukan Komuniti DUN Bukit Naning, kami telah berjaya mengadakan sukan yang ditetapkan oleh Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor iaitu bola sepak (11 sebelah), bola tampar, sepak takraw dan bola jaring. Walaupun DUN Bukit Naning kekurangan dari segi peralatan dan tempat permainan namun semangat yang ditunjukkan oleh penyelaras, pengadil dan pemain telah memperlihatkan ia bukan satu alasan untuk tidak melaksanakan sukan.

Sebanyak 14 pasukan bola sepak, 27 pasukan sepak takraw, 10 pasukan bola jaring dan 6 pasukan bola tampar. Peruntukan sebanyak RM 20,000 hanya dibelanjakan sebanyak RM 18,187 dengan menyediakan hadiah, piala iringan, makanan tengahari dan baju untuk penyelaras.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Datuk Abdullah Ali (ADUN Bukit Naning), turut hadir En. Mohamad Nazrul Abd Rahim (Penolong Pegawai Daerah Muar), En. Zulnoren bin Bain (Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Muar) dan En. Arifpudin Abd Latif (Penghulu Mukim Air Hitam).

Tahniah dan syabas kepada semua penyelaras yang masih bertahan dalam perlaksanaan sukan sejak tahun 2006 iaitu Abd. Razak Ithnin, Abd. Hamid Tasimin, Mohd Zain Amat Baki, zulkifli Amin, Salimi Md Shah, Mohd Nizam Amin dan Pn. Rozana Rodi.

Kegagalan Mewujudkan Kerajaan Perpaduan Sudah Dijangka

Terima kasih kepada PR kerana memutuskan usaha untuk tidak mewujudkan kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh PAS sendiri. Terima kasih kepada DSAI yang mengetuai keputusan ini, sesungguhnya keputusan ini tidak memberikan perubahan landskap politik negara, namun ia mengubah kelangsungan usaha menyatupadukan orang Melayu dan Islam. Keputusan ini sudah dijangka dan terlalu sukar untuk PR menerimanya tambah-tambah DSAI yang ingin menjadi PM selepas Pak Lah.

Apa yang memberi kesan adalah orang Melayu yang tidak berpolitik, tengah-tengah dan yang mahukan perdamaian di antara UMNO dan PAS dapat dihentikan, orang inilah yang kecewa teramat sangat kerana usaha untuk melihat perdamaian dan perpaduan parti terbesar Melayu gagal. Adalah amat kecewa apabila soal perpaduan Melayu dan Islam tidak diletakkan di atas dalam agenda perjuangan negara waimah mereka yang memakai lambang Islam, berjubah labuh, berjanggut panjang dan mereka yang menggelarkan dirinya lebih Islamik menolak usaha ini.

Pertengkaran politik antara parti-parti Melayu akan merugikan Melayu, apa sudah jadi dengan pilihanraya lepas, habis negeri Melayu jatuh ke tangan bukan Melayu, isu Perak satu bukti orang Melayu tidak bersatu. Kerana politik adab Melayu langsung ditinggalkan, di mana akhlak seorang Islam yang berjubah dan berjanggut berbaring di atas jalan raya menghalang kenderaan Raja, di mana akhlak seorang Islam yang menggelar dirinya Islamik meletakkan kepentingan DAP sebagai titik kepuasan, di mana akhlak seorang yang bergelar ulama memberi kata nista dan penghinaan kepada orang yang seagama, sekalimah, seakidah, sebangsa, sedarah, seketurunan dan sekeluarga sehingga sanggup menyumpah serakah.

wahai sahabat seagama dan sebangsa denganku...demi agama Islam yang suci yang menganjurkan akhlak yang mulia, marilah kita bersatu, marilah kita bersama-sama membawa Malaysia tanah Melayu ini kepada kemakmuran, perdamaian, keadilan, kejayaan seiring dengan konsep kongsi kuasa, seiring dengan menghormati hak istimewa yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, seiring dengan prinsip yang dipersetujui bersama, marilah kita memuliakan sahabat yang bukan seagama, hindarilah perbuatan terus mencaci dan merendahkan orang lain...insya Allah perasaan dan kehendak ini akan menjadi kenyataan di suatu hari nanti

Monday, June 8, 2009

Jangan Cemari Usaha Mewujudkan Kerajaan Perpaduan

Di dalam kita ingin bersatu mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan, kita haruslah sensitif dengan sahabat kita yang lain, kita tidak perlu mewujudkan provokasi yang akhirnya akan menyukarkan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan. Amatlah penting untuk sama-sama baik PAS dan UMNO untuk mengambilberat sensitiviti yang disukai dan tidak disukai oleh sahabat yang ingin mewujukan kersama.

Usaha PAS untuk menawan Pahang dan merampas Kelantan jelas mewujudkan satu ketegangan dan mencemari usaha perpaduan, ini kerana kerusi-kerusi Parlimen dan DUN yang dipunyai oleh UMNO adalah orang-orang Melayu. Adalah lebih baik menawan kerajaan Selangor dan Perak daripada diperintah oleh DAP dan PKR. Ini kerana apabila ingin mewujudkan kerjasama provokasi amatlah dilarang kerana ia akan dijadikan sentimen.

Perkara penting yang perlu dilakukan oleh kedua-dua parti adalah menghormati antara satu sama lain, memberikan pandangan dalam konteks membina bukan mengaibkan dan berkerjasama secara ikhlas kerana Allah bukan kerana kepentingan tersembunyi individu. Apabila sudah berpadu terimalah hakikat bahawa jika ia diukur tidak sempurna mengaku dan berundurlah demi kepentingan perjuangan yang dihajati.

CADANGAN MEWUJUDKAN KERAJAAN PERPADUAN

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada perwakilan PAS yang telah berjaya mengekalkan kumpulan ulama' di dalam tampuk kepimpinan parti. Jika dilihat pada muktamar tersebut wujud 4 golongan di dalam PAS iaitu golongan ulama, golongan erdagon, golongan aktivis dan golongan bukan Islam yang timbul kesan daripada pilihanraya ke 12.
Pada pandangan saya, kemengan Ust. Nasharudin amat penting kerana ingin memastikan survival parti PAS yang ingin menegakkan Islam akan terus bertahan, kukuh dan ampuh dalam menghadapi tekanan politik yang tidak menentu. Kemenangan ini juga dilihat PAS masih lagi mengekalkan golongan ulama. Ini kerana bagi saya mengapa golongan 3 lagi tidak mendapat tempat di dalam PAS khususnya Datuk Husam dan Hj. Mohd Sabu, ini kerana perwakilan yang dipilih bagi setiap kawasan adalah dikalangan mereka yang senior di dalam parti iaitu mereka yang mementingkan perjuangan Islam daripada perjuangan individu dan golongan profesional yang menjadi perwakilan adalah tidak ramai.
Berbalik kepada cadangan presiden untuk mewujudkan kerajaan perpaduan. Bagi saya amatlah bertepatan, bersesuaian dan perlu bagi mengadakan kerjasama antara PAS - UMNO. Di dalam keadaan perpaduan Melayu Islam yang tidak menentu, jelas sekali UMNO sebagai parti abang sanggup mewujudkan kompromi dalam memastikan perjuangan asal menegakkan bangsa, Islam dan Malaysia akan tercapai. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Dato' Hadi, Ust. Nasharudin dan ulama muda Nasrudin Tantawi serta mereka yang mendokong pemikiran ini kerana inilah masa yang paling sesuai untuk mewujudkan kerjasama antara UMNO-PAS.
Persoalannya....sejauhmanakah keberanian PAS sebagai parti dalam pakatan rakyat untuk berterus terang dengan PKR dan DAP, adakah benar-benar PAS adalah sebuah parti dominan di dalama Pakatan Rakyat, adakah wujud perjanjian-perjanjian politik antara mereka, apakah bentuk kerjasama yang ingin dijalinkan, adakah kerajaan perpaduan atau kerjasama perpaduan dan pelbagai lagi persoalan yang terarah kepada kerajaan perpaduan.
Sebagai anak muda di dalam UMNO, saya melihat tidak mustahil kerjasama ini dapat dijalinkan, harapan kami inginkan kita berbaik-baik dan berpadu tenaga secara kolektif membawa Malaysia sebuah negara Islam yang harus dicontohi dalam semua aspek tanpa meninggalkan atau merendahkan kaum dan agama lain yang berada di Malaysia ini. Oleh itu, golongan ulama PAS dan UMNO, golongan profesional PAS dan UMNO, aktivis UMNO dan PAS dan golongan bukan Melayu di dalam BN dan Pakatan Rakyat haruslah melihat sesuatu yang lebih besar pada masa akan datang tanpa menggadaikan nasib sebuah negara bernama Malaysia.