Friday, September 3, 2010

BAHAYANYA PERSIMPANGAN KAMPUNG TENGAH BAKRI

Pada suatu ketika saya hendak ke Johor Bahru atas urusan jabatan dan menyerahkan nama pengundi baru kepada SPR, tiba dipersimpangan kampung tengah saya lihat ada seorang wanita India terbaring di atas jalan raya dihadapan sebuah kereta. Kelihatan wanita itu meraung dan memerlukan bantuan untuk dibawa ke hospital. Saya pun turun dan membantu untuk menghubungi cawangan trafik Muar bagi kejadian kes kemalangan yang telah berlaku. Tidak lama kemudian sebuah van ambulans dari klinik batu 6 Bakri telah sampai dan berjaya membawa wanita India itu ke hospital. Maka jalan Kampung Tengah tidak lagi sesak akibat daripada kemalangan yang telah berjaya diuruskan.

Pada yang saya tertanya, adakah persimpangan yang agak sibuk dan bahaya tidak mendapat perhatian yang sewajarnya, adakah untuk menunggu kemalangan maut. Ini kerana daripada apa yang saya tinjau persimpangan ini memang keliru kerana tidak banyak papan tanda keselamatan. Apabila waktu kemuncak seperti waktu pagi, tengahari dan petang maka kawasan ini akan mengalami kesesakan. Ini ditambah dengan dengan keadaan simpang yang sempit.

Saya minta perhatian kepada pihak JKR untuk menangani permasalahan simpang kampung tengah yang sentiasa menjadi isu bagi masyarakat setempat. Jika kos untuk membina lampu isyarat adalah mahal buatlah sesuatu seperti memasang alat-alat keselamatan yang lebih jelas untuk pengguna jalan raya. Kewujudan jalan Muar By Pass juga meningkatkan lagi bilangan kenderaan yang melalui kawasan ini.