Tuesday, January 12, 2010

TAN SRI KOH TSU KOON DATANG KE BAKRI


Ketibaan Tan Sri Koh Tsu Koon diiringi oleh pimpinan PGRM







9 Jan. 2010 : Kehadiran Koh Tsu Koon datang ke Bakri di sambut dengan lebih daripada 1,000 orang dalam majlis Makan Makan Malam Sempena Perayaan Ulang Tahun Ke-25 Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) Bahagian Bakri Serta Pertandingan Karaoke Kanak-Kanak Peringkat Negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Majlis turut dihadiri oleh pimpinan parti Gerakan iaitu Ybhg. Dat’ Teo Kok Chee selaku Pengerusi PGRM Johor, YB. Liong Teck Meng (Ahli Parlimen Simpang Renggam), Ybhg. Wee Chong Yan selaku Pengerusi PGRM Bakri merangkap Naib Pengerusi PGRM Johor, Sdri, Tai Moon selaku Ketua Wanita PGRM Johor, Sdr. Yap Zhen Xian selaku Ketua Pemuda PGRM Johor serta pimpinan lain disemua peringkat Johor.

Turut hadir dalam parti komponen adalah Dato’ Saipolbahri selaku Ketua UMNO Bahagian Bakri, Hjh. Jamilah Othman selaku Ketua Wanita Bahagian bersama AJK, Hj. Mohd Fuad Tukirin selaku Ketua Wanita dan AJK, Cik Hanizah Rafidah Mohd Shukri selaku Ketua Puteri dan Mohd Radzi Amin selaku Pegawai JASA Daerah Muar. Mewakili MCA bakri adalah En. Sia Ka Tuan selaku Pengerusi MCA Bakri, En. Chriss Lee Ching Yong selaku Ketua Pemuda MCA Bakri merangkap Pengerusi JPMM DUN Bentayan.

Majlis yang bertemakan dengan 1 Malaysia telah dimulakan dengan ucapan Wee Chong Yan yang menyatakan bahawa hanya parti BN sahaj yang memperjuangkan semua kaum, menyatakan kerisauan keadaan ekonomi negara yang tidak baik telah menyebabkan ramai penduduk telah berhijrah ke luar negara kerana ditawarkan keadaan ekonomi yang lebih baik. Sudah tiba masanya kerajaan membetulkan keadaan ini agar keharmonian dan kesejahteraan negara dapat dicapai melalui kejayaan ekonomi. Terima kasih juga kepada UMNO dan kerajaan yang telah memajukan Daerah Muar.

Didalam ucapan Ketua UMNO Bahagian Bakri telah mengucapkan terima kasih kepada tan Sri Koh Tsu Koon yang sudi datang ke Bakri dan membantu keadaan politik di bakri. Jalinan kerjasama yang lebih erat dan akrab menerusi program seperti ini pasti akan mengukuhkan kekuatan Barisan Nasional Parlimen Bakri. Marilah kita bersama-sama berusaha mengambil semula kerusi-kerusi yang telah tewas dan berikanlah satu tepukan gemuruh kepada Presiden Parti Gerakan Malaysia sebagai pemimpin utama yang kita sokongi.

Di dalam ucapan Pengerusi Parti Gerakan Johor, Sdr. Teo Kok Chee, beliau melihat perlunya kita bersatu di dalam menjayakan gagasan 1 Malaysia, kita mestilah melihat kejayaan 2020 sebagai matlamat bersama.

Tan Sri Koh Tsu Koon juga menyatakan bahawa pada siang tadi Perdana Menteri telah menghadiri perhimpunan raksasa bagi melancarkan konsep Juara Rakyat di Ulu Selangor. Perdana Menteri telah menekankan bahawa kita hendaklah berjuang untuk rakyat dan Barisan Nasionallah sebuah parti yang terbukti mempunyai pengalaman yang luas dan berkemampuan dalam mentadbir negara. Marilah kita memupuk semangat perpaduan dan sikap toleransi antara semua kaum, kita hormatilah hak kaum masing-masing, kita menerima agama Islam sebagai agama persekutuan tetapi dalam masa yang sama agama lain boleh dijalankan di Malaysia ini. Marilah kita bersatu dan berganding bahu menjayakan gagasan 1 Malaysia di dalam era yang baru. Kita mengetahui bahawa kita bukanlah sempurna, kita juga ada kecacatan dan marilah kita berusaha membaiki keadaan ini, kita mestilah bersatu padu dengan parti-parti yang berpengalaman. Muar adalah pengeluar perabot yang terbesar di Malaysia, hasil eksport dari Muar sebanyak 40%, boleh dipanggil Muar adalah bandaraya perabot, namun kita menghadapi 2 masalah dalam industri ini iaitu kurangnya tenaga buruh dan status tanah yang tidak diluluskan oleh majlis sebagai kawasan industri, ini menyebabkan insentif dari kerajaan tidak dapat diberikan. Mengucapkan tahniah kepada PGRM Bakri kerana telah menambahkan ahli baru, cawangan baru dan PGRM Pusat sedia untuk kerjasama dalam membantu mendapatkan kerusi-kerusi yang hilang di kawasan Bakri. Walaupun Pulau Pinang telah jatuh kepada tangan pembangkang, namun kita tidak berputus asa dan kita mesti ada keyakinan untuk merampas semula negeri itu.

No comments: