Saturday, October 16, 2010

Bajet RMK 11

Sewaktu saya berada di UKM kerana kelas ganti Dr Ravi saya sempat mendengar pembentangan bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan. Apa yang saya nak ulas adalah kenyataan beliau sebelum ini yang melihat pembentangan bajet adalah merujuk kepada suara ramai adalah benar. Bantuan atau elaun Ketua Kampung/ Pengerusi JKKK/Tok Batin akan dinaikkan dari RM 450 kepada RM 800 jelas menunjukkan keprihatinan beliau kepada masyarakat agar Ketua Kampung lebih berusaha dan bekerja untuk masyarakat. JIka sebelum ini Ketua Kampung adalah kakitangan awam yang besara juga,kerajaan tidak meninggalkan orang yang bersara dalam pembentangan bajet, malah kenaikan elaun persaraan dan duit bonus tetap diberikan.

Walaubagaimanapun terdapat komen2 yang berbisa tentang pemberian RM500 kepada seluruh kakitangan kerajaan bergred 54 kebawah termasuk kontrak yang begitu sedikit. Tuntutan CUEPACS yang sebelum ini menuntut 2 bulan gaji atau paling kurang satu bulan gaji tidak kesampaian kerana kemampuan kerajaan untuk memberikan bayaran hanya RM500 sahaja. Ulasan Perdana Menteri yang menyatakan jika ikut diri beliau memang dia nak bagi bonus sebulan tetapi jika ikutkan diri beliau sebagai Menteri Kewangan beliau tidak mampu melihat negara membelanjakan duitnya lebih daripada jumlah pendapatan negara.

Apa yang saya nak ulaskan,kakitangan awam yang bergred 41 ke atas mungkin melihat pemberian RM500 adalah kecil namun bagi kakitangan bergred 41 ke bawah beliau berterima kasih kerana kumpulan ini biasa mendapat jumlah gaji bulanan yang lebih kecil jika dibandingkan yang di atas. Namun lebih bersyukur lagi kerana kakitangan swasta langsung tidak dapat tambah2 syarikat kecil yang hampir gulung tikar. Syukur juga jika RM 500 dapat digunakan untuk pembelian barang sekolah anak,yuran sekolah anak dan yang mustahak dapat digunakan untuk keperluan kebahagiaan keluarga.

No comments: