Wednesday, December 8, 2010

Ketuanan Melayu Digantikan Kedaulatan Melayu

Saya menjujung kata-kata DYMM Sultan Ibrahim Ismail yang menyatakan ketuanan Melayu perlu digantikan kepada Kedaulatan Melayu. Ini kerana, ketuanan Melayu agak mengelirukan apabila wujud pandangan bahawa ketuanan Melayu akan melahirkan antara tuan dan hamba, ini bermakna orang Melayu menjadi tuan dan bukan Melayu menjadi hamba. Inilah yang menyebabkan orang Melayu sendiri yang menolak ketuanan Melayu atas kepentingan politik mereka dan ia amat mengguriskan rakyat Malaysia berketurunan Melayu dan Raja-Raja Melayu.

Oleh itu untuk menyelamatkan keadaan ini, saya beranggapan perkataan ketuanan Melayu wajar digantikan Kedaulatan Melayu yang melihat Raja-Raja Melayu dan rakyat Melayu adalah seorang yang berdaulat selepas daripada penyerahan Tanah Melayu daripada kerajaan British. Dengan adanya kedaulatan Melayu ini sudah pastinya kata lawan tidak berdaulat tidak akan wujud. Ini kerana Kedaulatan Melayu telah pun diterima sejak kita merdeka lagi, malah kedaulatan Melayu inilah yang menjadi asas kemakmuran negara Malaysia menjadi sebuah negara yang dikenali dan berdaya maju.

Soal orang Melayu menolak ketuanan Melayu amat mengecewakan dan mendukacitakan, tidak wajar mengambil pedang dari bapanya lalu menghayun pedang tersebut kepada bapanya, ertinya tidak wajar seorang yang dikatakan Melayu sanggup untuk membunuh kaumnya sendiri kerana nikmat yang sedikit. Saya minta kepada orang-orang Melayu tidak kira di dalam parti mana sekalipun dan tidak kira dalam NGO mana sekalipun janganlah kita menolak soal kedaulatan Melayu, malah kita wajib mempertahankannya selepas kita mempertahankan Islam sebagai agama kita, jika kita menolak kedaulatan Melayu sedangkan kaum lain mempertahankan kaumnya, maka kita teramat rugi ibarat yang dikejar tidak dapat dan yang digendong keciciran. Islam dan Melayu tidak boleh dipisahkan, Islam adalah agama kita dan Melayu adalah kaum kita, begitu juga dengan Islam dan Cina (jika dia Islam) tidak boleh dipisahkan, Islam adalah agama Cina adalah kaum mereka. Jangan campurkan antara kaum dalam perjuangan ketika bercakap antara Melayu dan Melayu, kita ada budaya, adat, kefahamannya tersendiri.

2 comments:

helmy said...

apa yang peliknya sekarang ini, orang melayu sendiri yang mahukan ketuanan atau kedaulatan melayu itu dihapuskan. mingkin kerana bagi mencapai cita2 politik individu yg tertentu..

Remy_Mohmad said...

betul 2..
sbb mereka hanya pentingkan diri sendiri..