Terima kasih kepada YB. Datuk Hj. Abdullah bin Md. Ali kerana memberikan peruntukan bagi menjayakan sukan ini, pada awalnya nak hantar separuh acara sahaja tetapi atas keyakinan dan masa depan serta memberikan pengalaman kepada pemain-pemain maka semua acara Datuk sertai. Terima kasih juga kepada Datuk yang minta saya mewakilkan dirinya pada majlis perasmian pembukaan dan penutupan yang mana saya duduk bersama wakil-wakil rakyat dan ketua-ketua jabatan seluruh Negeri Johor.
Walaubagaimanapun, DUN Bukit Naning masih belum mampu untuk meraih apa jua pingat yang dipertandingkan termasuklah DUN Sungai Abong, DUN Bentayan, DUN Sungai Balang, DUN Maharani, DUN Jorak, DUN Bukit Serampang, DUN Tangkak, DUN Bukit Gambir kecuali DUN Serom yang memenangi ketiga bola jaring.
Insya Allah, pada masa akan datang, DUN Bukit Naning akan mengkaji tahap pemain dan akan meletakkan pemain-pemain sebaris dengan kejayaan DUN lain, tahniah kepada DUN Stulang yang memenangi keseluruhan sukan JPMM Negeri Johor bagi tahun 2010.


No comments:
Post a Comment