Monday, August 31, 2009

Sambutan Kemerdekaan Kali Ke 52 Peringkat Muar

Majlis sambutan Hari Kemerdekaan Kali ke 52 Peringkat Daerah Muar yang diadakan di Stadium Muar telah menyaksikan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat.Turut hadir semua Pegawai Daerah Muar (Hj. Mislan Karmani),ketua-ketua jabatan, YB-YB, 12 orang pejuang kemerdekaan dan dirasmikan oleh wakil YAB Menteri Besar Johor iaitu YB. Encik Hoo Seong Chang (EXCO Pelancongan dan Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna).

Majlis bermula jam 8.00 pg yang mana pertandingan sepanduk dan keseragaman pakaian diadakan. walaupun majlis berjalan dengan ringkas akibat HINI dan bulan puasa namun semangat kemerdekaan jelas kelihatan di wajah setiap kontinjen. Tahniah kepada JPMM DUN Bukit Naning kerana mendapat tempat kedua di dalam kategori JPMM, Agensi kerajaaan dan Swasta. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Kadi Muar, Nyanyian lagu Negaraku dan Bangsa Johor yang diketuai oleh pasukan koir SMK Convent. Kemudian diikuti dengan amanat daripada wakil MB dan seterusnya membawa masuk 12 pejuang kemerdekaan. Syahdu melihat tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang berhempas pulas mempertahankan tanah air daripada penjajah termasuk British, Jepun, Komunis dan persitiwa berdarah 13 Mei 1969.

Majlis bersurai jam 9.00 pg....nak minum dengan kawan2 tak dapat sebab berpuasa....

No comments: