Sunday, August 9, 2009

Mesyuarat UMNO Bahagian Bakri

UMNO Bahagian Bakri telah mengadakan Mesyuarat Perwakilan bagi tahun 2009 di Dewan Jubli Intan yang telah selamat disempurnakan perasmiannya oleh YAB Menteri Besar Johor. Ketua UMNO Bahagian Bakri, Dato' Saipolbahari telah mengetuai mesyuarat yang pertama kalinya diadakan di zaman pentadbiran beliau selaku ketua UMNO yang baru. Beliau yang memenangi jawatan daripada YB Datuk Abdullah Ali merupakan mantan Naib Ketua Bahagian dan pernah menjadi Ketua Pemuda Bahagian. Turut hadir di dalam mesyuarat tersebut adalah penasihat-penasihat UMNO Bahagian Bakri iaitu Dato' Hashim Rais, Datuk Dr. Haris Salleh dan Datuk Abdullah Ali. Mesyuarat ini telah dikendalikan oleh Datuk Sulaiman Taha selaku Ketua UMNO Bahagian Labis.

Seramai 589 perwakilan telah hadir daripada 127 cawangan yang meliputi 3 DUN iaitu DUN Bentayan, DUN Sungai Abong dan DUN Bukir Naning dan seramai 20 calon telah menawarkan diri sebagi Perwakilan Ke Perhimpunan Agung UMNO Malaysia bagi tahun 2009. Di antara ucapan Ketua UMNO Bahagian adalah menekankan soal perpaduan di dalam parti UMNO, usaha-usaha selama setahun di dalam pentadbirannya, pembinaan rumah UMNO di Jalan Bakri, usaha merampas kembali 3 kerusi yang kalah dan beberapa lawak jenaka tentang pengalaman beliau sewaktu menjadi ketua UMNO Bahagian.

Dato' Abdul Ghani Othman selaku perasmi turut menekankan beberapa perkara iaitu perpaduan di dalam UMNO bukan sahaja di Bakri malah di seluruh Johor perlu ditingkatkan, perpaduan di dalam parti komponen khususnya MCA dan MIC perlu memainkan peranan yang lebih kuat, beberapa kenyataan Anwar Ibrahim dan Dato Chua Jui Meng yang datang ke Bakri pada yang lepas iaitu tentang ISA perlu dimansuhkan, penyerahan tanah kepada penduduk Cina selama 999 tahun adalah perkara biasa sedangkan BN juga turut menyerahkan kepada Cina di Pulau Pangkor, Bukit Tinggi dan Genting Highland, usaha memansuhkan PPSMI. Dato' Ghani turut memberikan penerangan tentang fakta pembangkang yang diputarbelitkan dan tidak tepat, ini kerana UMNO Johor telah 7 tahun yang lalu memperjuangkan pemansuhan PPSMI sambil memperbaiki tahap pengajaran Bahasa Inggeris, beliau juga menanyakan kenapa Nizar tidak beri tanah kepada pekebun kecil Melayu dengan hak yang sama.

Berikut adalah kemenangag perwakilan ke Malaysia :
1. Datuk Dr. Haris Salleh
2. En. Mohd Ghazali Salamun
3. En. Mohd Hatta Md Nor
4. En. Haron Jaafar
5. En. Md. Saat Amat
6. Hj. Kahar Mashuri
7. En. Mohd Hisham Md Top

Persidangan telah ditangguhkan pada jam 4.30 petang

4 comments:

Anonymous said...

-salam-
sian wakil tunggal wanita tak di pileh.
Tentang ketua bahagian bagi pempuan tu RM20.00,banyak sangat......RM2.00 pun cukup.hehehe.Tapi tak paham pulak tentang orang lelaki jalan bawa 2 telur dan pempuan jalan bawa 2 puting tuu.Cuba sambung skit citer tu.

MOHD RADZI BIN HJ. AMIN said...

mcmn nak terpilih...dia org tengok lain, bukan jantina...tp oklah sebab tempat ke 8....aku nak terangkan benda yg aku sendiri pun tak berapa faham takut salah...ayatnya tergantung, tapi mesti awak tahu punya....

MOHD.HILMI BIN JAAFAR said...
This comment has been removed by the author.
MOHD.HILMI BIN JAAFAR said...
This comment has been removed by the author.