Thursday, August 27, 2009

Ceramah 1Malaysia

Terima kasih kepada pihak KEMAS Daerah Muar kerana menjemput saya untuk berceramah 1Malaysia pada 27 Ogos 09. Ceramah yang disertai dengan 40 orang Pemaju Masyarakat seluruh kawasan Parlimen Bakri telah menekankan beberapa topik iaitu tayangan klip video pembunuhan masyarakat Islam di Palestin, Iraq dan Bosnia kemudian diikuti dengan ceramah 1Malaysia : "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan" dan akhirnya berkenaan isu-isu semasa khususnya politik yang berlaku di kawasan Bakri. Pada akhirnya sedikit tazkirah sempena bulan Ramadhan Al Mubarak.

Program seperti ini amat baik dijalankan dan diharapkan majlis penerangan dan kekuatan jati diri dikalangan kakitangan kerajaan kerap diadakan. Mengajak orang yang jauh daripada kerajaan lebih baik daripada membawa orang-orang baru di dalam kerajaan. Kerana merekalah yang banyak mengetahui rahsia, kelemahan dan kekuatan kerajaan itu sendiri. Untuk membawa balik mereka perlu berasaskan pada ilmu, agama dan tidak hanya bersandarkan kepentingan material semata-mata.

No comments: