Friday, August 28, 2009

PEMECATAN DATO’ CHUA SOI LEK


Aduhai MCA, mengapakah isu yang baru pulak timbul, isu PKFZ belum selesai, isu pemecatan Dato’ Chua Soi Lek pulak timbul. Inilah luahan dikalangan pendokong BN yang melihat pemecatan Dato’ Chua Soi Lek akan memberikan kesan kepada BN khususnya kepada MCA kerana telah wujud dua naga di atas bukit.

Pemecatan beliau yang dikaitakan dengan cakera padat digital skandal seks beliau pada 2 tahun yang lalu telah dijadikan alasan mengapa beliau perlu dipecat daripada ahli kerana beliau telah mencemarkan imej MCA. Apa yang menghairankan mengapa sudah 2 tahun ia berlalu baru sekarang nak ambil tindakan, seolah-olah ia tidak professional dalam mematikan karier politik beliau. Skandal seks yang dilakukan oleh beliau telah menunjukkan beliau terperangkap walhal ia mungkin perkara yang tidak baik dilakukan oleh mana-mana pemimpin. Namun keberanian beliau dengan meminta maaf dan meletakkan jawatan Naib Presiden MCA dan Menteri Kesihatan telah dianggap telah membersihkan imej beliau yang pada ketika itu tidak sesuai. Namun para perwakilan telah menerima kemaafan beliau dengan memberikan kemenangan MCA pada pemilihan MCA yang lepas. Ini ditambah dengan tiada tindakan yang dikenakan ke atas beliau pada zaman Dato’ Seri Ong Ka Ting. Namun mengapa pada masa sekarang baru tindakan disiplin dengan memecat beliau sebagai ahli MCA dilakukan. Kata-kata sinis Dato’ Chua Soi Lek ada benarnya apabila menyamakan Dato’ Ong Tee Keat sebagai seorang yang bersih dan jernih sejernih batu kristal dan tindakan beliau akan menyebabkan beliau akan tidur dengan lebih lena.

Sewajarnya pemecatan Dato’ Chua Soi Lek bukan sekarang, ia patut dilakukan pada peringkat awal lagi, tetapi jika dilihat pada mata kasar adakah beliau mengkhianati parti atau melakukan perbuatan yang bertentangan dengan parti, tentu sahaja tindakan beliau adalah bersifat peribadi. Tidak dinafikan Dato’ Chua Soi Lek mempunyai pengaruh yang cukup besar di dalam politik MCA bukan sahaja di Johor malah di negeri-negeri lain dan saya percaya pengaruh Dato’ Chua Soi Lek mengatasi pengaruh Dato’ Chua Jui Meng yang keluar daripada parti MCA. Beliau seorang yang bekerja dengan penuh dedikasi dan seorang pemidato yang hebat lebih hebat daripada Dato’ Chua Jui Meng.

Bagi UMNO pula, pemecatan beliau adalah suatu yang serius dan perlu diberikan perhatian, dan beliau juga dilantik sebagai pemantau BN pada kerusi-kerusi yang kalah. Ini bermakna walaupun MCA tidak memberikan tempat kepada beliau namun UMNO memberikan ruang kepada beliau supaya beliau yang dilihat berpengaruh dapat memberikan khidmat bakti kepada negara. Prinsip UMNO mudah, apa sahaja yang memberikan kebaikan kepada negara, dengan melihat ciri seseorang itu mempunyai kelayakan sudah pastinya ia dipilih sepertimana Datuk Seri Idris Jala. Namun pihak MCA perlulah memberikan beliau peranan supaya tidak berlaku keluarnya Dato’ Chua Jui Meng.

Saya percaya jika pemecatan ini berterusan ia akan melahirkan 2 kumpulan besar di dalam MCA dan akan mewujudkan persaingan yang berterusan, namun MCA tetap setia kepada BN dan mereka berusaha untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Ada baiknya Dato’ Liow Tong Lai memainkan peranan dalam hal ini untuk kebaikan MCA.

1 comment:

halimzakaria said...

Pemecatan Dato Chua Soi Lek dan perletakan Jawatan Dato Chua Jui Meng dalam MCA pergi ke PKR. Memberi kesan impak yang amat mendalam bagi MCA setelah pemilihan dalam parti di buat baru-baru ini seterusnya ke peringkat Barisan Nasional. Umpama seperti mencubit peha kiri , peha kanan terasa sakitnya. Nampak kesannya kali ini lebih ke Negeri Johor dan diminta kaji semula PRU12 sebelum masuk ke PRU13. Apakah usul dan tindakan sepatutnya perlu dibuat. Yang penting....bekerjasama dgn 1Malaysia ( Seperti dlm sejarah Umno kita untuk pembentukan Malaysia ).
Jangan biarkan perjuangan Umno selama ini tinggal nama dan sejarah sahaja.