Monday, August 17, 2009

APABILA NIK AZIZ BERKATA CINA SEPATUTNYA MEMIMPIN MALAYSIA







Program dialog bersama Tok Guru yang berlangsung pada 14 Ogos 2009 di Muar Traders Hotel jam 5.30 ptg telah mendapat sambutan seramai 200 orang. Program yang agak tertutup hanya melibatkan Pakatan Rakyat khususnya PAS di dalam kawasan Muar telah dihadiri barisan pimpinan PAS Kawasan Bakri, Muar dan Pagoh serta dari Parti keadilan Rakyat dan DAP Muar. Di dalam ucapan Tok Guru beliau telah menyentuh bahawa sepatutnya Malaysia dipimpin oleh orang Cina kerana negara China menerima kedatangan Islam 1,200 tahun berbanding Islam datang ke Tanah Melayu hanya 500 tahun yang lalu. Ini bermakna kefahaman Islam dikalangan orang Cina lebih tinggi jika dibanding orang-orang Melayu. Tok Guru juga mengatakan bahawa di Kelantan terdapat 90% orang Melayu dan hanya 10% orang Cina dan Siam yang berada di Kelantan. Jika ada orang Cina yang Islam dan mempunyai kelakuan serta pelajaran yang baik dia layak untuk menjadi Menteri Besar Kelantan.

Nah...ingin saya kongsi dengan saudara semua...jika ini yang dikatakan oleh Tok Guru PAS di Muar Traders Hotel dan Markaz PAS Parit Pecah Muar pada hari yang sama, kita lihat sendiri apa akan jadi orang Melayu Islam di Malaysia ini. Saya tertanya juga, mengapa orang Islam di China tidak memimpin negara China, malah kaum mereka diperangi oleh kaum bukan Islam, nak tanya lagi....bolehlah orang Islam di Malaysia yang warak, baik dan tinggi akhlaknya boleh jadi Presiden di Arab Saudi, di Iran atau di mana-mana negara Islam yang lain. Adakah mereka tidak bersuku atau tiada asal usul mereka yang selama ini menjadi tuan tanah di tempat mereka. Bila saya lihat kenyataan Tok Guru tidak lain hanyalah kenyataan politik kepartian yang mana ketika itu ada kaum Tiong Hwa yang merasakan sokongan Tiong Hwa adalah perlu bagi menunjukkan PAS juga seperti PKR dan DAP yang tidak mementingkan perkauman. Namun seikhlasnya boleh saya nyatakan, PAS sendiri mempunyai jiwa kemelayuan dan Islam yang menebal seperti tebalnya pada diri UMNO (Cuma wujud dikalangan pemimpin UMNO yang mewujudkan masalah di dalam parti sehingga UMNO dilihat rosak....namun masih lagi wujud hati-hati pendokong UMNO yang mahukan kebaikan di dunia dan akhirat).

Saya kongsi kenyataan kedua Tok Guru....beliau berkata PAS tidak menjadi pak turut PKR atau PKR tidak menjadi pak turut PAS, namun keduanya ada titik pertemuan yang boleh melibatkan kerjasama, sebagai contoh di Kelantan, apabila hotel-hotel didirikan di Kelantan, arak, perjudian, pelacuran tidak dibenarkan, mereka boleh buka sebanyak mana bintang sekalipun di Kelantan. Persoalannya, UMNO sendiri mempunyai titik pertemuan dengan PAS iaitu kita berjuang untuk agama dan negara, namun mengapa perlu diketepikan hubungan tersebut.....saya percaya di dalam PAS wujud perasaan seperti saya yang mahukan umat Islam di Malaysia ini bersatu atas satu kalimah, namun kerana politik kepartian telah menyebabkan kita terhalang, tambah-tambah lagi kononnya ketika UMNO semakin lemah dan PAS bertambah kuat.

Saya kongsi kenyataan Tok Guru yang ketiga....kita tidak boleh menyerang peribadi seseorang namun kita boleh menyerang dasar parti tersebut....apa yang saya lalui sepanjang pengamatan saya mengikuti ceramah, hanya Tok Guru sahaja yang menyerang dasar UMNO namun yang lain banyak menyerrang peribadi pimpinan UMNO. Sebagai contoh apabila Nizar datang ke Markaz PAS Bakri, ia menggelarkan Dato’ Zamri Kadir (Menteri Besar Perak) sebagai menteri maruku (makanan India kerana kulit beliau yang hitam)...disini mana akhlaknya yang mengatakan tidak menyerang peribadi, itu tak masuk lagi kenyataan pimpinan PAS yang menggelarkan suatu ketika dulu orang Arab Badui membela unta tapi di Malaysia Abdullah Ahmad Badawi membela babi. Saya lihat kalau penceramah PAS sentiasa menyerang peribadi seseorang takde bezalah dia dengan orang yang tidak beragama...lebih baik kita berceramah membaiki diri kita atau parti kita yang menjadi punca kejatuhan dan kekalahan....

Kenyataan Tok Guru keempat adalah UMNO mengekalkan dasar penjajah iaitu nasionalisme yang mesti ditolak oleh orang Islam dan hendaklah menngangkat perlembagaan Islam sebagai ikutan tertinggi. Perlembagaan yang dipakai hari ini adalah perlembagaan kafir dan taghut (kata-kata Hadi Awang). Namun apabila seorang wakil PAS dari cawangan Sungai Abong menyatakan bahawa terdapat pendapat mengatakan bahawa penglibatan Parti PAS di dalam pilihanraya adalah tidak syarie dan bertentangan dengan Islam kerana ia meneruskan demokrasi barat. Namun berikut kenyataan Tok Guru “ kita mesti wujudkan pemerintah, oleh itu kita perlukan undi dan PAS akan turut sama dalam pilihanraya dan kita menerima konsep demokrasi yang berjalan hari ini kerana ia menguasai diri kita. Mengundi tidak bermaksud berjudi atau taruhan walaupun adanya deposit kerana ia melibatkan gerak kerja pilihanraya”

Daripada majlis tersebut jelas saya nyatakan bahawa kenyataan Tok Guru tidak lari dari kenyataan politik kepartian PAS yang berada di dalam Pakatan Rakyat. Beliau cuba menunjukkan kepada Cina khususnya bahawa PAS diterima oleh semua orang, sebenarnya bagi saya tidak, ini kerana tiada pilihanlah yang menyebabkan Cina mengundi PAS, kalau nak dinilai Cina lebih suka mengundi DAP daripada PAS atau lebih suka mengundi PKR daripada PAS. Memandangkan tiada kerusi pembangkang lain selain PAS maka Cina memberikan undi terbuangnya kepada PAS di dalam kempen ABU (asal bukan UMNO).

Dinyatakan juga Pelancaran Pungutan Derma Dana Tanah wakaf Untuk Pembinaan Dewan Serbaguna PAS Kawasan Bakri sebanyak RM 26,500.00 datang daripada :
- Yeo Khun Liang RM 2,000.00
- Dato’ Lau Lian Seng RM 1,000.00
- Pn. Asmah binti Hj. Sirat RM 2,000.00
- Arshed bin Yahya RM 1,000.00
- Hj. Aminul Huda bin Hassan RM 1,000.00
- Tn. Hj. Nasir Ahmad RM 1,000.00
- Hj. Fadzil bin Taha RM 1,000.00
- Dewan PAS Muar RM 2,000.00
- Dewan PAS Bakri RM 2,000.00
- Tabung Pakatan Rakyat RM 500.00
- PAS Cawangan Batu 3 Bakri RM 1,000.00
- PAS Cawangan Sungai Abong RM 1,000.00
- PAS Cawangan Jeram Masjid RM 1,000.00
- PAS Cawangan Jalan Dato’ Haji Kosai RM 1,000.00
- PAS Cawangan Parit Beting RM 1,000.00
- PAS Cawangan Taman Desa RM 1,000.00
- PAS Cawangan Naib Kadir RM 1,000.00
- PAS Cawangan Parit Zin RM 1,000.00
- PAS Cawangan Sebatu RM 1,000.00
- Norin Rakan Enterprise RM 1,000.00
- Usaha RBA RM 1,000.00
- Awalin Ent. RM 2,000.00
Jumlah RM 26,500.00

No comments: