Monday, August 31, 2009

Bacaan Yassin, Tahlil, Doa Kesyukuran Dan Jamuan Muhibah

Semalam 30 Ogos 2009, majlis bacaan yassin, tahlil, doa kesyukuran, berbuka dan jamuan muhibah telah diadakan di Masjid Sultan Ibrahim Muar. Majlis berjalan pada jam 5.30 petang dengan ketibaan YAB Menteri Besar Johor diiringi dengan Ahli Majlis Kerajaan Johor, SUK, Dato' Bandaraya JB, Pengerusi Majlis Agama Islam Johor, YB-YB, Ketua UMNO Bahagian-Bahagian, Ketua-Ketua Jabatan (termasuk akulah) serta rakyat diseluruh negeri Johor.

Majlis ini diadakan sempena menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos kali yang ke 52. Turut hadir juga Ketua Polis Johor Dato' Mokhtar Sharif, Ketua Polis Muar Tuan Nasir dan yang memberikan tazkirah Dato' Hj. Tahrir bin Kiai Samsudin (Mufti Negeri Johor).

Majlis dimulakan dengan bacaan yassin, kemudian bertahlil dan berdoa memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi. Selepas itu diikuti tazkirah yang disampaikan oleh Mufti Johor yang bertajuk Nikmat Kesyukuruan. Di antara pengisian tazkirah adalah kita hendaklah bersyukur kerana Islam menjadi agama rasmi di negara ini, kemudian kita mesti bersyukur kerana Islam yang ada di Malaysia ini adalah Islam dari ahli Sunah Waljamaah, kemudian kita mesti bersyukur kerana kita termsuk dikalangan mazhab Syafie dan kita wajiblah bersyukur kerana menikmati kehidupan Islam.

Majlis berbuka puasa diadakan kemudian semua jemputan berjalan kaki dari masjid muar ke Tanjung Emas kerana bersama dengan rakyat berbilang kaum di dalam majlis jamuan muhibah. Majlis potong kek dan penyerahan watikah kepada pelbagai kaum diadakan. Syabas dan tahniah kepada rakyat Muar yang masih mengekalkan perpaduan yang muhibah dikalangan kita semua.

No comments: