Wednesday, September 2, 2009

Perasmian Surau Parit Belukar Cina






Alhamdulillah pada hari semalam 2 Sept. 2009, Surau Parit Belukar Cina di Air Hitam Muar telah selamat dirasmikan oleh Pegawai Daerah Muar (Tn. Hj. Mislan Karmani). Turut hadir ADUN Bukit Naning, Ketua UMNO Bahagian Bakri, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bakri, Ketua-Ketua Jabatan, Penghulu Mukim Air Hitam serta penduduk setempat. Hampir 150 orang yang hadir dalam menyaksikan perasmian tersebut. Surau yang dibina ditapak asal atas usaha YB. Datuk Abdullah Ali yang menggantikan surau yang reput dan berkayu dengan digantikan surau batu berharga RM 120,000.00.

Tidak dinafikan, usaha YB. Datuk Abdullah dalam membawa banyak bangunan baru di DUN Bukit Naning dan parlimen Bakri termasuk Surau, Masjid, Jeti Nelayan, tempat menunggu bas, jambatan batu, balairaya, dewan masyarkat, turap jalan, lampu kuning dan pembangunan modal insan dengan memberikan ruang kepada belia serta sukan.

Perasmian surau ini turut diikuti dengan bermarhaban beramai-ramai, berbuka puasa, solat maghrib berjamaah, solat isyak berjamaah serta bertarawih 20 rakaat. Majlis bersurai pada jam 10.10 malam.

3 comments:

halimzakaria said...

Salam Umno dan salam 1Malaysia,

Jasa serta pengorbanan beliau, YB Hj Abdullah di dalam Dun Bukit Naning memang tidak dapat nafikan lagi semoga Allah sentiasa memberi pahala atas perbuatan baik beliau demi Islam, Bangsa Dan Negara.

Beliau saya kenali semasa perasmian mesyuarat PIBG di Sekolah Kebangsaan Sg.Abong Muar pada tahun 2007. Alhamdullillah berkat pemberian beliau untuk membiayai buku - buku bacaan di perpustakaan sekolah ini banyak membantu pelajar - pelajar di sekolah ini ke arah aktivikti memupuk minat membaca dapat dilakukan dengan sewajarnya.

Walaupun pada pendapat saya ucapan beliau kurang mantap tapi boleh diperbaiki lagi tapi keperibadian beliau tetap terserlah segi kebajikan dan tanggungjawab beliau terhadap rakyat.

Itu aje wasallam

P/s :
" Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan "

Rasulullah SAW telah mengibaratkan umat Islam seperti satu tubuh:

Daripada Nukman bin Basyir Radhiallahu `anhu katanya: Kamu lihat orang-orang yang beriman itu dalam saling kasih mengasihi, saling cinta mencintai dan saling tolong menolong,seperti sebatang tubuh. Kalau ada salah satu anggota yang terkena penyakit, seluruh batang tubuh ikut menderita tidak dapat tidur dan menderita panas." [Hadis riwayat Bukhari].

MOHD RADZI BIN HJ. AMIN said...

Tkasih tuan atas pandangan ke atas Datuk Abdullah, cumanya saya nak tahu lebih lanjut ttg diri tuan utk kita sama2 kongsi pandangan...boleh email kat saya radzibakri@yahoo.com

MOHD.HILMI BIN JAAFAR said...

Banyak usaha perubahan yg dilakukan YB. Datuk Abdullah dalam membawa banyak bangunan baru di DUN Bukit Naning dan parlimen Bakri termasuk Surau, Masjid, Jeti Nelayan, tempat menunggu bas, jambatan batu, balairaya, dewan masyarkat, turap jalan, lampu kuning dan pembangunan modal insan dengan memberikan ruang kepada belia serta sukan.Walaupun kerusi satu-satunya milik BN dlm Parlimen Bakri,sekali lagi,saya terima kasih kerana telah membawa perubahan di DUN BUkit Naning