Tuesday, August 4, 2009

MESYUARAT PERWAKILAN PEMUDA






Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Bakri diadakan pada 2 Ogos 2009 di Hotel Sri Pelangi, Muar yang dirasmikan oleh Dato' Saipudin Hasan (Bekas Pengarah BTN Perak). Turut hadir adalah Dato' Saipolbahari Shuib selaku Ketua UMNO Bahagian Bakri, Pn. Mariam sharif wakil Ketua Wanita, Cik Hanizah Rafizah Mohd shukri selaku Ketua Puteri, En. Mazlan Sabari selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian serta 298 perwakilan.

Mesyuarat ini adalah mesyuarat tahunan yang wajib diadakan. Pada kali ini mesyuarat berjalan dalam keadaan lancar hanyalah pemilihan 2 perwakilan ke Kuala Lumpur dan 10 wakil pemuda ke Mesyuarat Bahagian.

Tahniah pada Nor Azam Marwi dan Cikgu Khairul yang menang dalam pemilihan G2 manakala sahabat saya Zulhairi Ahmad Sabran, Suhaimi Satar dan Norman Ishak jangan putus asa dan teruskan membawa UMNO Bahagian Bakri dalam keadaan yang lebih baik dan mengangkat kedudukan yang lebih tinggi.

Tahniah kepada semua perwakilan yang hadir, saudara semua seorang yang bertanggngjawab dalam parti walaupun pada ketika ini UMNO dilihat semakin lemah, kita semualah yang akan mewarisi perjuangan datuk nenek kita. Mari kita bersatu mempertahankan asas penubuhan negara kita ini dan kita menghormati sahabat kita dari kaum lain...


Mohd Radzi Amin
AJK Pemuda UMNO Bahagian Bakri

4 comments:

halimzakaria said...

Azizan itu sebaya dengan saya. Orangnya baik dan berwawasan tinggi. Bantulah beliau ke arah sebagai perwakilan yang sepatutnya.

MOHD RADZI BIN HJ. AMIN said...

ye ke....kita bantu dia sama2 yea...aku pun tak brapa kenal sebab dia ketua pemuda baru...mungkin tak banyak aktvt pemuda yg menyebabkan tak begitu rapat...

halimzakaria said...

Semoga pantun di bawah ini dapat membantu anda

Padi setangkai dimakan tikus,
Tikus pandak kuat berlari,
Kalau pantai habis ditimbus,
Barulah ombak sedarkan diri.

Itulah masalah yang agak besar bila kita jadi orang yang mempunyai jawatan atau kedudukan tinggi. Kita lupa pada orang bawah yang sentiasa berjuang bersama dengan anda tanpa ada perhatian, dorongan dan displin dijalankan.

Biasanya orang bawah anda seperti pantun ini :-

Alus - alus larek diraut,
Papan di tepi sangkut pelamin,
Datang arus tarik ke laut,
Pusing kemudi mengikut angin.

Akhirnya anda akan menjadi begini :

Benting bersekat di Kuala Linggi,
Saudagar Cina belayar kapal,
Bukannya pangkat membawa tinggi,
Lama-lama pulang ke asal.

Maafkan saya. Jikalau saya silap.

MOHD RADZI BIN HJ. AMIN said...

bagus pantun tu....banyak isi dan pemaksud yang tinggi....saya pun tak pandai nak buat pantun tapi ini mungkin boleh kita kongsi :

Buah kurma dimakan bersama,
Anak kecil tidak berpura,
Balik agama perjuangan utama,
Tidak lupa bangsa dan negara.

Dalam UMNO ada puteri,
Tiang seri ibarat diberi,
Kalau UMNO ingin dihormati,
Buang pengkhianat di dalam parti.