Tuesday, August 18, 2009

BAKRI AKAN MENUBUHKAN PPK


Tahniah saya ucapkan kepada Ketua UMNO Bahagian Bakri, YBHG. Dato' Saipolbahri yang akan membawa Pertubuhan Peladang Kawasan Bakri (PPK Bakri) bagi memberikan peluang baru kepada akar umbi untuk memperolehi pendapatan baru. Banyak projek-projek yang boleh dijalankan jika menjadi ahli peladang, bukan sahaja ternakan dan pertanian malah projek iks juga boleh dilaksanakan.

Di dalam ucapannya di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bakri, PPK Bakri akan diwujudkan pada Oktober 2009 ini yang mana pejabat operasinya berada di Pusat Perdagangan UMNO, Jalan Bakri Batu 1 Muar Johor. Menerusi kakitangan kerajaan yang akan memberikan khidmat kepada ahli-ahlinya, PPK Bakri akan berusaha untuk mewujudkan 110 unit sekurang-kurangnya, memiliki pusat timbang sendiri, projek pertanian seperti kelapa sawit, getah, sayur-sayuran, tanaman buah-buahan, cendawan, ikan keli, tebu dan pelbagai lagi yang akan menggunakan bantuan dari Peladang.

Sebagai orang utama di dalam penubuhan ini, saya telah bekerja keras bersama Lembaga Peladang Johor bagi mempastikan ia akan menjadi kenyataan. Profail kawasan Parlimen Bakri dalam konteks pertanian telah saya siapkan, peta kawasan yang akan digunakan telah diberikan, hanya tinggal mesyuarat awal penubuhan seramai 50 ahli yang pertama.

Kawasan Bakri bukan hanya dilihat sebagai kawasan padat dengan taman dan bandar sahaja namun ia juga mempunyai keluasan tanah untuk projek pertanian. Di samping itu juga, ada dikalangan penduduk taman yang mengusahakan minuman kacang soya, dadih, kuih basah dan kering serta pelbagai lagi. Inilah pulangan yang akan diberikan kepada rakyat dengan syarat rakyat berkehendakan dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

1 comment:

halimzakaria said...

Salam untuk Umno dan Salam 1 Malaysia,
Ianya amat menarik dan tahniah kepada anda .......terutama sekali
tujuan tubuhkan PPK di bahagian Bakri. Pastikan pemberian itu telus dan ikhlas kepada orang yang membantu menjanakan pembangunan Ekonomi negara dan memberi bantuan untuk membantu membasmi kemiskinan peringkat tegar di kawasan Bakri.
Berharap adanya PPK Bakri ini pergi ke arah sasaran yang betul.
Biarlah konsepnya demi untuk rakyat tapi bukannya lagi untuk kepentingan diri sendiri bersama kroninya. Supaya nampak payung Umno berkembang selaras dibawah dengan misi dan visi oleh Perdana Menteri kita Dato' Seri Najib.