Tuesday, December 29, 2009

PROGRAM GERAK TUMPU ZON 8 BAKRI (C)









Tahniah kepada Pn Hjh Jamilah Othman selaku Ahli Majlis Perbandaran Muar yang telah menganjurkan program gerak tumpu sebagai satu program yang memberikan sifat tanggungjawab ahli masyarakat di taman tersebut terhadap kebersihan. Program yang diadakan di Padang Taman Jeram Mulia Bakri pada 27 Disember 2009 telah dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Bakri YBhg. Dato’ Saipolbahri bin Hj. Suib.
Turut hadir di dalam program tersebut adalah YDP Majlis Perbandaran Muar iaitu Hj Wahab bin Ridwan, imam masjid Batu 3, ketua Kampung Jeram Masjid Tok Khalil bin Ismail, Pegawai JASA Daerah (akulah tu), Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Bakri, Pn. Mariam Sharif dan mantan wakil rakyat DUN Bukit Naning, Hj. Hashim Rais.
Program yang diisi dengan sukaneka kanak-kanak, pertandingan sepak takraw yang diuruskan oleh Pengerusi Belia Jati, Mohd Fitri Iskandar, senaman JRobik yang diketuai oleh En. Husin Pagoh, pertandingan gubahan tuala dan memasak yang diketuai oleh Pn Mariam Sharif dan Kak Rosminah Warno, serta ceramah kesihatan daripada Jabatan Kesihatan Muar, Pn. Normala Ayub.
Di dalam majlis tersebut, YDP MPM mengharapkan agar penduduk dapat mengamalkan cara hidup yang sihat dan menguruskan sampah dengan baik. Ini kerana dalam sehari penduduk sekitar Muar telah menghasilkan 250 tan dan setahun 90,000 tan, jika sampah tidak dikitar semula ia telah menyebabkan pusat pembuangan sampah di Bakri Batu 6 menghadapi masalah. Beliau berharap barang-barang yang boleh dikitar semula dapat dijual dan digunakan untuk membayar bil elektrik dan air yang pastinya menjimatkan duit. Beliau mengambil contoh plastic yang sukar dilupuskan walaupun 100 tahun, namun ia boleh dikitar semula untuk kegunaan masa akan datang, apa yang mustahak adalah generasi akan datang dapat menikmati kehidupan yang lebih baik dengan adanya pengurusan sampah yang cekap.
Sementara itu, Dato’ Saipolbahri mengharapkan apa jua yang dilakukan seharian adalah satu ibadah, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak MPM yang bertungkus lumus dalam menjadikan masyarakat di Daerah Muar ini hidup dalam keadaan bersih dan sejahtera, masyarakat pada hari ini menumpang kasih kepada pihak MPM yang banyak berikan kesenangan dan ikatan ini perlu dipupuk dan dikekalkan sampai bila-bila. Beliau juga menekankan bahawa penduduk di kawasan ini perlulah bersatu di dalam usaha merampas kembali kerusi di DUN Sungai Abong.

No comments: