Thursday, December 31, 2009

PENSYARAH USM DILANTIK SEBAGAI YDPMAIPP


Tahniah diucapkan ke atas perlantikan Ustaz Ellias Zakaria sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang setelah berlaku kemelut perlantikan dijanjikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang ingin melantik Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohd Salleh Man sebagai Pengerusi namun beliau hanya dilantik sebagai Timbalan sahaja iaitu jawatan yang baru diwujudkan.

Sebagai orang yang mengenali Ustaz Ellias yang kerap keluar di dalam Forum Perdana Ehwal Islam, beliau pernah mengajar saya dalam subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara (TITAS), beliau juga merupakan pensyarah di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM dan apa yang dibanggakan beliau kerap memberikan khutbah Jumaat tanpa perlu menggunakan teks di Masjid Al Khaleq USM.

Perlantikan beliau adalah tepat kerana beliau bukan orang politik, beliau merupakan seorang professional dalam bidang keagamaan dan perlantikan beliau sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang adalah tepat. Semoga perlantikan beliau yang menggantikan En. Shahbudin Yahya akan mengukuhkan lagi Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan syiar Islam di Pulau Mutiara.

No comments: