Tuesday, December 29, 2009

MESYUARAT PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN BELIA 4B MALAYSIA

















Seramai lebih 600 perwakilan dari seluruh Negara tidak termasuk Sabah dan Sarawak telah menghadiri Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Gerakan Belia 4B Malaysia yang diadakan di Puteri Resort Ayer Keroh Melaka pada 20-22 Disember 2009. Mesyuarat yang dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, selaku Presiden Belia 4B Malaysia yang dihadiri juga isteri dan anak beliau yang turut menyertai Gerakan Belia 4B ini.

Belia 4B yang mempunyai rangkaian yang terbesar dan teramai di seluruh Malaysia merupakan satu persatuan belia yang mementingkan aspek bersatu, belajar, bekerja dan berkhidmat untuk agama, bangsa dan Negara.

Mesyuarat kali ini dianggap penting kerana meletakkan halatuju belia 4B pada masa akan datang. Setelah akta belia dikuatkuasakan maka kepimpinan belia 4B telah diambilalih oleh golongan yang berusia bawah 40 tahun. Presiden belia 4B yang baru iaitu Sdr. Muamar Gadafi bin Dato’ Jamaludin telah mengetuai pertubuhan belia ini tanpa berlaku pertandingan di antara kepimpinan yang ada. Banyak negeri telah sepakat menaikkan nama beliau selaku presiden memandangkan pengalaman beliau yang luas. Beliau yang berusia 30 tahun memiliki ijazah kejuruteraan di luar Negara, memiliki firma sendiri dan merupakan anak kepada Setiausaha Agong Gerakan Belia 4B Malaysia.

Walaupun belia 4B tidak berlaku pertandingan, sepertimana kata-kata perwakilan dari Kelantan, jangan hanya gah pada nama, sewajarnya pemipin yang mempunyai nama ini dapat turun ke kawasan dan akar umbi kerana mereka yang berada di akar umbilah yang menaikkan nama beliau hingga ke jawatan tertinggi. Ramai tokoh yang lahir daripada belia 4B antaranya Datuk Ali Rustam, Dato’ Noh Omar, Dato’ Johari Bahrom, Dato’ Khaled Nordin, Dato’ Dr Khir Toyo, Dato’ Raja Zainudian Raja Omar, Dato’ Ghani Othman, Datuk Dr. Haris Salleh dan ramai lagi di peringkat negeri seluruh Malaysia.

BERGERAK

No comments: