Thursday, December 31, 2009

KENAIKAN HARGA GULA


Langkah menaikkan harga gula secara mendadak tanpa memberikan tanda-tanda lebih awal mengejutkan banyak pihak dan ia pastinya memberikan implikasi yang tidak baik khususnya kepada pengguna atau rakyat. Kenaikan harga gula sebanyak 20 sen iaitu dari RM 1.45 kepada RM 1.65 di Semenanjung manakala di Sabah dan Sarawak dari RM 1.55 kepada RM 1.75. Walaupun kerajaan memberikan alas an kenaikan ini adalah wajar memandangkan harga dunia pada masa kini adalah RM 2.20 yang bermaksud kerajaan masih menanggung subsidi gula sebanyak 80 sen dan membandingkan kepada Negara jiran iaitu Thailand RM 2.50 sekilogram, Indonesia RM 3.40 sekilogram, Singapura RM 3.05 sekilogram dan Filipina RM 3.62 sekilogram.

Sewajarnya kenaikan ini pasti akan memberikan kesan walaupun ia kesan minima (jika ia boleh dikawal) atau kesan maksima jika kerajaan tidak mengawal peniaga-peniaga yang menggunakan gula seperti kos makanan dan minuman. Ini termasuklah peniaga yang menjual teh tarik, teh o, milo o, kopi o, air botol, makanan dan lain-lain.

Bagi isi rumah atau suri rumah, kenaikan kos 20 sen mungkin tidak terasa jika isi rumah hanya 3 orang atau jumlah yang kecil namun, bagi isi rumah yang mempunyai bilangan anak sehingga 7, 8, 9 dan 10 orang sudah pastinya duit 20 sen yang dinaikkan itu akan terasa. Saiz kuih akan menjadi kecil atau saiz yang sama harga yang berlainan.

Adalah dicadangkan kenaikan yang ingin dilakukan adalah secara terperingkat iaitu naik paling tinggi 10 sen atau 5 sen bagi mengelakkan ianya terasa dan memberikan alasan yang munasabah serta penjelasan kepada orang ramai mengapa ia perlu dinaikkan, bukan naik malam tadi malam tadi umumkan. Perkataan silap mata tidak lagi boleh dijalankan kerana dalam keadaaan hari ini kerajaan BN adalah lemah. Apa yang rakyat tahu adalah Malaysia mempunyai kilang gula, ladang tebu dan mempunyai raja gula iaitu Robert Quock.

No comments: