Tuesday, December 15, 2009

KEPRIHATINAN KERAJAAN TERHADAP PEKEBUN KECIL


Ucapan Dato' Saipolbahri Suib selaku Ketua UMNO Bahagian Bakri


Ucapan YB. Hj. Aziz Kaprawi selaku EXCO Pertanian DanIndustri ASas Tani Johor


Turut Hadir Hj. Hasan Johari,Hj.Fuad Tukirin danbarisan pimpinan UMNO Bahagian Bakri


Bantuan Alatan Pertanian disampaikan kepada semua cawangan dalam DUN Bukit Naning


Turut disampaikan bantuan alatan kesenian

Turut disampaikan hadiah-hadiah program KEMAS Air Hitam

15 Disember 2009 : Kerajaan amat memberikan tumpuan kepada pekebun kecil dalam meningkatkan pengeluaran hasil pertanian mereka. Pelbagai bantuan yang ditawarkan kerajaan termasuk dalam bidang pembungkusan dan pemasaran sehingga hasil mereka amat diperlukan di pasaran dunia khususnya di negara China kata Tn. Hj. Aziz Kaprawi selaku EXCO Pertanian Dan Industri Asas Tani Kerajaan Johor. Beliau berkata demikian dihadapan lebih 300 orang penduduk di Kampung Parit Tengah Air Hitam di dalam program Pemimpin Bersama Rakyat. Turut hadir didalam program tersebut adalah Dato’ Saipolbahari Suib yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Bakri, Naib Ketua Hj.Hasan bin Johari, Ketua Wanita Hjh.Jamilah Othman dan Ketua Pemuda Mohd Fuad Tukirin dan barisan kepimpinan UMNO Bahagian Bakri.

Menurutnya lagi pasaran ubi sebagai contoh amat diperlukan di negara China sehingga keperluan lebih 10 tan sebulan daripada Malaysia. Malah pasaran di negara jiran juga memerlukan pengeluaran dari Malaysia. Beliau berharap pekebun kecil dapat mengambil bantuan dan peluang yang ditawarkan oleh pihak kerajaan termasuk geran-geran bantuan seperti mesin dan modal kerana kerajaan amat prihatin terhadap permasalahan rakyat menerusi slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Beliau amat berharap pekebun kecil dapat bersatu di dalam satu persatuan dalam menjadikan pengeluaran pertanian berskala besar. Mengambil contoh di dalam pembinaan pesawat Airbus, banyak negara di Eropah telah bersatu dalam menjayakan misi pembinaan Airbus tersebut sehingga ia dikenali pesawat terbesar di dunia.

Sementara itu, Dato’ Saipolbahri berharap peluang-peluang yang diberikan oleh kerajaan perlulah diambil oleh penduduk di kawasan Parlimen Bakri.Kedudukan Mukim Air Hitam yang dipenuhi dengan kawasan pertanian dianggap kawasan yang sesuai di dalam menjayakan dasar pertanian negara. Ini kerana banyak peluang pertanian yang ditawarkan masih tidak digunakan. Beliau yangmerupakan Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) Bakri dan Pengerusi Peladang Kawasan Bakri amat mengharapkan penduduk dikawasan parlimen Bakri dapat bersatu padu, saling sayang menyayangi dan menjadikan apa yang dilakukan dalam aktiviti seharian sebagai satu ibadah.

Pada majlis tersebut juga, Tn.Hj. Aziz sudi menyampaikan bantuan alatan pertanian kepada pemimpin masyarakat di kawasan DUN Bukit Naning dan hadiah pertandingan aktiviti KEMAS dan Sukaneka peringkat Zon Air Hitam.

2 comments:

Jawa said...

tahniah atas info tu. lelainkali jgnla lupa sms kita kalau ada majlis.

MOHD RADZI BIN HJ. AMIN said...

sori bang..ini semua last minute info...semalam mlm bgtau, esok pagi dah programnya...