Sunday, January 3, 2010

KUNJUNGAN MESRA DI DUN BENTAYAN










3 Januari 2010 - Syabas dan tahniah kepada UMNO Bahagian Bakri serta AJK Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri kerana turun ke padang untuk bersama-sama dengan rakyat di kawasan DUN Bentayan. Dua kawasan telah ditetapkan iaitu di Pengkalan Tiram dan Balairaya Sabak Awor. Di antara pemimpin yang hadir adalah Ketua UMNO sendiri iaitu Dato’ Saipolbahri Suib, Naib Ketua UMNO Bahagian, Hj. Hasan Johari, Ketua Wanita Bahagian, Hjh. Jamilah Othman, Ketua Pemuda Bakri, Hj. Mohd Fuad Tukirin dan Ketua Puteri Cik Hanizah Rafidah Mohd Shukri. Turut hadir pimpinan di peringkat cawangan termasuk Datuk Dr. Haris Salleh yang merupakan Pengerusi JPMM DUN Sungai Abong.

Di antara pengisian program ramah mesra tersebut adalah penyampaian beg sekolah kepada pelajar darjah satu mengikut cawangan-cawangan dan penyampaian calendar UMNO kepada Ketua-Ketua Cawangan.

Di dalam ucapan kunjungan mesra tersebut, YBhg. Dato’ Saipolbahri berharap hubungan perpaduan yang kukuh antara peringkat bahagian dan cawangan mesti diteruskan dalam satu ukhwah yang baik, menumpang kasih kepada ahli-ahli cawangan agar hubungan yang mesra akan terus terpelihara, merapatkan barisan kepimpinan, memperkenalkan barisan ajk serta mengagihkan fungsi biro masing-masing dan berusaha untuk menawan semula kerusi di DUN Bentayan dan Parlimen Bakri.. Beliau juga memaklumkan bahawa setiap ketua cawangan diminta untuk menghadiri kursus yang dianjurkan oleh UMNO Malaysia yang akan dijalankan di Tebing Tinggi Segamat pada bulan Februari 2010. Berkenaan dengan yuran keahlian, beliau memaklumkan agar ahli baru yang mendaftarkan diri hendaklah membayar yuran keahlian sebanyak RM 2.00 manakala ketua cawangan yang telah membayar yuran bagi tahun lepas hendaklah mengambil semula duit tersebut.

Dianggarkan lebih 300 orang telah menghadiri 2 perjumpaan tersebut dan perjumpaan tersebut adalah satu pelan awal yang dijalankan pada tahun 2010.

No comments: