Thursday, July 2, 2009

Apabila Nizar Datang Ke Parlimen Bakri


Ikon baru PAS adalah Dato' Seri Nizar yang mendapat undi tertinggi di dalam pemilihan muktamar baru-baru ini. Maka Nizar dianggap hero kepada kaum Cina terutamanya di dalam kes Perak yang memberikan hak milik tanah selama 999 tahun yang tidak pernah dibuat oleh kerajaan BN selama ini khususnya di dalam penyerahan tanah kepada kaum Cina. Ikon baru ini dilihat seorang yang boleh meningkatkan sokongan kelab penyokong PAS kepada PAS yang amat mengharapkan penyokong PAS bertambah.


Maka pada 29 Jun 09 Markaz PAS Bakri didatangi oleh beberapa tokoh PR iaitu Dr. Boo (Pengerusi DAP Johor), Dr. Mahfodz (Pesuruhjaya PAS Johor), Hj. Anuar Salleh (Ketua PKR Johor), Dr. Sheikh Ibrahim (ADUN Sg. Abong), Gwee (ADUN Bentayan), Dr. Mohamad (ADUN Maharani) dan Nizar sendiri selaku bekas MB. Mazlan Aliman sebagai juruacara dan ketua penerangan PAS Johor.


Macam biasalah ceramah kali ini dihiasi dengan hentaman dan belasahan ke atas UMNO, habis orang UMNO yang duduk di tepi-tepi markaz terutamanya di tempat gelap dan bawah pokok yang datang, habis polis dibelasahnya oleh Nizar kerana memasuki dewan Perak. Kata-kata menghina jelas-jelas dikeluarkan oleh mereka yang bersongkok haji, Mazlan Aliman akan mengajarkan beberapa potong ayat al-quran kepada Dr. Boo untuk dijadikan bahan ketika berceramah menentang kerajaan. Dr. Mahfodz yang dikenali orang yang bijak beragama hilang serinya apabila hentaman demi hentaman dibuat membelasah UMNO, tidak kurang Nizar yang dari awal lagi dengan penuh semangat dan tak rasa segan menambah cerita, mengubah cerita, menyedapkan cerita tentang kononya rampasan kerajaan BN yang penuh jijik dan disamakan dengan kedahsyatan di Afghanistan dan Iraq.


Daripada apa yang saya lihat bersama 1,500 orang yang hadir ceramah Dr. Boo lebih matang kerana meletakkan fakta dan membicarakan persoalan pentadbiran kerajaan secara teknikal dan ceramah Hj. Anuar Salleh yang lebih berbentuk tazkirah, kebaikan dan nasihat tetapi ceramah mereka tidak mendapat sambutan kerana tidak belasah UMNO. Bila Hj. Anuar ceramah orang lebih beri tumpuan sampai terbangun-bangun untuk melihat kehadiran Nizar dengan konvoi kereta Toyota Fortuner dan diiringi dengan kompang, tenggelam terus ceramah Hj. Anaur yang berbentuk nasihat dan tazkirah.


Apabila Nizar datang ke Bakri, diajarnya orang Bakri bagaimana hendak menghentam orang UMNO, bagaimana hendak menceritakan keaiban orang UMNO, bagaimana hendak mencaci UMNO dan pelbagai lagi skill yang nak diajar. Kalau saya jadi Nizar, takde makna saya nak hentam pembangkang lebih baik ceramah saya menekankan bagaimana parti saya boleh bertambah kuat, bagaimana saya nak tanamkan kepada ahli saya jangan putus asa dan teruskan berjuang dan bagaimana ilmu itu dapat dijadikan senjata untuk mengukuhkan diri.


Semua orang tahu, dunia balas dunia dan dunia juga di balas di akhirat, sejahat mana seseorang yang melakukan kezaliman akan ada pembalasan sebaik-baiknya kita memaafkan seseorang di atas kesalahannya maka lebih mulialah diri kita jika dibandingkan dengan orang yang menghina orang lain.


selamat berubah ceramah PAS.....Islam itu nasihat dan Islam itu perdamaian.......ALLAHUAKBAR

1 comment:

org memali said...

biasa la . Dari dulu , kini dan selamanya org lain semua salah ,dia saja yg betul . Mana2 ceramah pun sama terutama ceramah abg mat .penuh dan sesak ,melimpah sampai kejalanraya .yg datang pulak dari kalangan yg tak tau nak buat apa - tak dak kerja . jenis yg kalau pakai motosikal ,motosikal lah sampai mati ,yg jenis tiada keinginan utk berjaya . penceramah pula selagi org ternganga ,dia tk mau nak berhenti , jenis yg suka pegang mikrofon . Banyak buang masa tapi tidak dapat apa2 faedah terutama dari segi ilmu yg baik dan menafaat . Agaknya dah tak bolih ubah dah kot perangai depa ni.