Friday, July 17, 2009

BEBERAPA TUNTUTAN CUEPACS PADA 15 JULAI 2009

1. Meminta kerajaan membayar bonus secara tetap setiap tahun dengan menggabungkan elemen imbuhan bukan dibayar RM 1,000 minima atau sebulan gaji dengan melihat keadaan tertentu.
2. Mengkaji semula kadar faedah perumahan diturunkan dari 4% kepada 1% setahun
3. Menuntut supaya bayaran gantian cuti rehat bukan dihadkan kepada 150 hari tetapi
kepada jumlah semua cuti yang terkumpul dalam bentuk bayaran
4. Mengkaji semula formula bayaran pencen dengan memasukkan elemen elaun pada gaji
terakhir
5. Menuntut supaya cuti sakit menjaga anak dipanjangkan selama tempoh keuzuran anak
kakitangan
6. Mendapatkan bayaran balik bagi impalan gigi dan rawatan mata
7. Menggantikan sistem kenaikan matriks dengan sistem linear dengan tambahan lima
kenaikan
8. Mewujudkan skim subprofesional bagi pemegang diploma

Cuepacs boleh menuntut seribu macam tuntutan, persoalannya, bagaimana dengan kakitangan kerajaan yang memiliki keuntungan daripada perjuangan pemimpin Cuepacs tetapi tidak menyokong kerajaan yang memberikan tuntutan ini....fikir-fikirkanlah...

1 comment:

halimzakaria said...

Saya bersefikiran dengan anda tentang dasar beberapa tuntutan cuepacs sepatutnya dapat dilaksanakan oleh satu akta atau undang-undang yang patut diambil kira atau diperbaiki dengan mengikuti keadaan era zaman masa kini. Supaya kajian dijalankan ( soal selidik ) dengan sepenuhnya sebelum dilaksanakan.

Supaya diambil kira di Malaysia ada 2 jabatan :-
1. Pekerja kerajaan
2 Pekerja swasta
sentiasa membantu ekonomi Malaysia.

Sebab tu saranan Dato Seri Najib tentang KPI itu penting supaya tidak lari daripada matlamatnya.