Monday, July 13, 2009

APABILA PERDANA MENTERI MENGIKTIRAF TABELIGH

Syukur alhamdulillah, ijtimak tabeligh yang bermula pada 8 - 12 Julai 09 di Nilai yang menghimpunkan lebih 200,000 jemaah Islam di seluruh dunia amatlah satu yang hebat kerana ia merupakan perhimpunan yang terbesar. Inilah ijtimak kali ke dua selepas 27 tahun yang lalu diadakan di Terengganu seramai lebih 50,000 orang. Kehadiran Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri ke dalam Ijtimak tersebut jelas memperlihatkan perjumpaan itu direstui oleh negara Malaysia dan disenangi oleh para jemaah kerana perhimpunan itu diiktiraf, malah pada penutupnya telah dihadiri oleh Tuanku Mukhriz selaku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Kehadiran Perdana Menteri juga telah menunjukkan bahawa pemimpin UMNO juga mahukan ajaran Islam terus berkembang di Malaysia ini dan mengharapkan akan adanya jemaah yang lebih ramai datang ke Malaysia dan mendoakan Malaysia sebuah negara Islam contoh kepada yang lain.

Agak terkejut juga kumpulan tabeligh yang bergerak ke seluruh alam ini bukanlah calang-calang jemaah kerana ia bergerak tanpa perlu parti politik malah ajaran sunnah dan al quran diterapkan di dalam ahli-ahlinya. Ia berbeza dengan fahaman politik PAS yang menggunakan agama untuk ideologi politik PAS dan tidak menekankan ajaran Islam yang sebenar. Malah pada pilihanraya 1998 PAS membawa manifesto Membangun Bersama Islam. Kemudian pada 2004 membawa manifesto Negara Berkebajikan dan telah berubah kepada PAS Untuk Semua apabila PAS bergabung dengan Pakatan rakyat. Nah..di mana perkataan Islam yang ingin dibawa oleh PAS.

Saya pernah bertanya kepada rakan-rakan saya yang menyertai tabeligh, beliau berkata, jika ia diberi pilihan antara UMNO dan PAS untuk menyertai politik ia akan menyertai UMNO. Saya tanya kenapa ? Beliau berkata UMNO tidak faham agama tetapi tidak mempermainkan agama manakala PAS dia faham agama tetapi ia mempermainkan agama untuk kepentingan diri. Saya pernah mendengar ucapan Mazlan Aliman selaku Ketua Penerangan PAS Johor, beliau akan mengajar Dr. Boo Cheng Hau selaku Pengerusi DAP Johor untuk beberapa ayat al-quran untuk dijadikan bahan ceramah menentang UMNO yang beragama Islam.


Di mana PAS sebenarnya untuk membawa Islam ????????

No comments: