Monday, July 20, 2009

Apabila Dato' Chua Jui Meng Menyertai PKR

Siapa yang tidak mengenali Dato' Chua Jui Meng, beliau yang menjadi ahli MCA selama 33 tahun dan menjadi Pengerusi MCA Bahagian Bakri selama 23 tahun, pernah menjadi Menteri Kesihatan dan tewas bertanding jawatan Presiden sebanyak 2 kali kepada Dato' Ong Ka Ting dan Dato' Ong Te Keat. Beliau yang dilihat seorang yang berkepimpinan, berkaliber dan tangkas berpolitik telah meletakkan diri beliau ke dalam sebuah parti yang setahun jagung atas dasar mempunyai persamaan perjuangan dan hubungan yang rapat dengan Anwar Ibrahim.

Kemasukan Dato' Chua ke dalam PKR adalah sesuatu yang perlu diberikan perhatian oleh semua pihak, tidak kira MCA, UMNO, DAP, PAS mahupun PKR. Kemasukan Dato' Chua boleh dikatakan sesuatu yang menguntungkan atau merugikan kepada kesemua parti yang berkaitan. Terdapat beberapa perkara yang boleh kita berkongsi tentang kemasukan Dato' Chua ke dalam PKR :
1. Kemasukan Dato' Chua kerana tidak lagi mendapat tempat didalam MCA pusat
2. Kemasukan Dato' Chua disebabkan Mesyuarat Perwakilan MCA Bahagian Bakri hanya didatangi 150/392 perwakilan (ini bermakna tidak mendapat sokongan daripada MCA Bahagaian Bakri)
3. Kemasukan Dato' Chua kerana ada jaminan yang beliau dapat bertanding di kerusi parlimen di Lembah Klang atau Selangor atau mana-mana kerusi yang dilihat selamat untuk beliau menang
4. Kemasukan Dato' Chua akan menyebabkan tertubuhnya PKR Bahagian Bakri dan secara tidak langsung akan mewujudkan cawangan-cawangan di Bahagian Bakri
5. Kemasukan Dato' Chua akan menyebabkan perkembangan PKR di Daerah Muar, khususnya di Parlimen Muar dan Parlimen Ledang akan bertambah kuat
6. Kemasukan Dato' Chua akan memungkinkan beliau dapat bertanding di peringkat DUN Negeri Johor bagi membolehkan beliau menjadi ketua pembangkang
7. Kemasukan Dato' Chua akan menyebabkan sokongan pengundi orang tua dan dewasa Cina di Parlimen Bakri akan beralih ke Pakatan rakyat
8. Kemasukan Dato' Chua ke dalam PKR tetapi tidak ke dalam DAP mesti dikaji dan dilihat oleh kita semua
9. Kemasukan Dato' Chua akan menyebabkan veteran MCA akan mengikuti beliau
10. Kemasukan Dato' Chua akan menyebabkan undi Melayu di dalam Pakatan Rakyat akan bertambah kukuh manakala pengundi Melayu di dalam Barisan Nasional akan merasa benci kepada beliau. Beliau yang dikatakan telah kenyang perut ibarat nyamuk yang penuh darah telah berpindah ke tempat lain, bukan kerana prinsip tapi kerana ketamakan kuasa dan tidak berterima kasih kepada kerajaan BN yang telah menaikkan beliau menjadi popular

3 comments:

halimzakaria said...

Penyertaan beliau ke PKR, perlulah diambil segera langkah yang sepatutnya yang di mana majoriti penduduknya ialah kaum cina lebih ramai daripada orang Melayu
dan kajilah semula kepada PRU12 dimana angka pembangkang hampir boleh mengatasi dengan BN.

Sekarang pembangkang tengah semarak banting tentang kehadiran beliau. Cuma menunggu daripada orang kuat daripada kaum india pula ( Samada MIC atau PPP ).

Kawasan Panas ( patut mencari wakil BN yang bijak )
Parlimen Bakri dan Parlimen Muar serta DUN nya pula mesti ke arah BN kalau tidak ianya melarat di seluruh Johor. Sebab sekarang tidak seperti dahulu lagi. Mungkin banyak Parlimen dan DUN akan dirampas pembangkang.

Cadangan khas difikirkan berjaya utk PRU13.
Prinsip 1 Malaysia patut dilakukan dengan segera. Seperti contoh di bahagian khidmat aduan rakyat mesti ada wakil BN di mana Umno membantu kaum Melayu dan kaum bumiputra , MCA untuk kaum Cina dan MIC untuk kaum india.

Ahli Umno wajid ada salinan Akta Perlembagaan Umno, Tataetika Ahli Umno dan nombor pendaftaran ahli.

Bacaan Doa,Lagu Negaraku,Bacaan Rukun Negara, Lagu Negeri Johor ( Bagi Negeri Johor ), Lagu Umno dan sebagainya dimainkan penuh Semangat,tegas, displin dan hormat. Bagi Setiap Majlis anjuran UMNO.

Ada banyak lagi .... tapi cukuplah setakat ni aje. - Halimzakaria

MOHD RADZI BIN HJ. AMIN said...

Thanks atas pandangan....nak cakap byk2 pun rasa penat kalau tak cakap lagi pula nak buat.

Tkasih atas pandangan saudara, tiba masanya, peranan NGO dimainkan secara aktif bagi mempaastikan mereka yang selama ini dipinggirkan akan memberikan peranan yang besar untuk menyokong kerajaan semula.

Kita tidak boleh mengharapkan UMNO lagi dalam mempertahankan parti, ngo perlu memainkan peranan yang lebih besar dan berani untuk membantu UMNO.

Berilah peluang kepada generasi baru, muda dan berpendidikan....

halimzakaria said...

Sila pergi ke web http://kiwanismuar.blogspot.com........Kami 1Malaysia sentiasa memberi khidmat bagi kanak-kanak di dunia.( 012-6646627 )