Sunday, February 22, 2009

LARIAN AMAL PALESTIN DAN MAJLIS PECAH TANAH

Semalam aku menyertai larian amal Palestin anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Muar. Syukur alhamdulillah, dapat tempat keempat sejauh 3 km kategori terbuka walaupun ada pelajar sekolah yang memasuki kategori ini. Sebelum ni tempat pertama ketika mengikuti Johor Assesment Centre (JAC) di INTAN, Kluang pada bulan Januari 2009.

Lepas daripada majlis larian, ketibaan Pegawai Belia Dan Sukan (En. Mohd Shafiq), ADUN Bukit Naning (YB. Datuk Abdullah Ali) dan Ketua UMNO Bahagian Bakri (Dato' Saipolbahri Suib). Turut hadir timbalan ketua UMNO Bahagian (En. Mazlan Sabari), Naib Ketua UMNO Bahagian (Hj. Hasan Johari), Ketua Pemuda Bahagian (Hj. Mohd Fuad Tukirin) serta kepimpinan masyarakat setempat. Lebih 200 orang telah menghadiri majlis pecah tanah gelanggang rakyat berharga RM 150,000 yang membolehkan penggunaan belia dan pemuda untuk aktiviti sukan seperti futsal, bola tampar, bola jaring dan sepak takraw.

Kehadiran Datuk Abdullah dan Dato' Saipol telah memperlihatkan perpaduan UMNO Bahagian Bakri masih lagi kukuh, mereka saling hormat menghormati di dalam ucapan mereka walaupun mereka baru sahaja bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian. Kedua-dua mereka seorang yang profesional dengan menekankan aspek dan tanggungjawab yang dipegang dan hasilnya untuk kebaikan rakyat di kawasan Bakri. Mudah-mudahan barisan pengikut dapat melihat bahawa bos mereka boleh bersatu dan kita semua harus bersatu bagi memfokuskan perkara yang lebih penting iaitu merampas semula kerusi DUN Sungai Abong (PAS), Bentayan (DAP) dan Parlimen Bakri (DAP) disamping menjaga kemenangan kerusi Bukit Naning pada pilihanraya ke 13. Marilah kita sama-sama buat kerja ke arah kemenangan BN.

No comments: